Friday, May 6, 2011

Payung terJun punya PasaL, aku sanggup!!


Hari Polis IPD Sabak Bernam 2011
Tempat: Parit Baru


Memandangkan abah aku mcm tahu2 je yg aku ni tgh bosan duduk kt umah. Dia suruh aku ajak mak, pergi tg0k payung terjun kt Parit Baru tu. Aku pun, dh memg sah xde benda nk buat kn.. Apa lg, pergi jelah! hehe.. Macam best je.. Lagipun, x pernah berpeluang tg0k acara sebegitu, secara live! hehe.
Sampai je kt tmpt acara tu, ucapan para vvip dah lepas. Jadi, acara yg tgh berlangsung adalah persembahan 1Malaysia. Pelbagai persembahan yg ditunjukkan dari pelbagai kaum. Bukan persembahan tarian atau nyanyian. Tapi persembahan seni mempertahankan diri. Maklumlah, sambutan Hari Polis kn.. xkn nk berjoget2 plak. Dah la panas terik! bahang glerrr k0t. Subhanallah.X terkata lah kn..

Pembukaan persembahan adalah Silat Gayung 




Persembahan dari kaum India plak
Apa ntah nama Silat dia ni. Aku x ingat. haha. Tapi, boleh tahan lah. Gendang n seruling dia best!! Rasa mcm nk joget sekali. Yang menarik perhatian ramai ialah acara melompat ke dalam gelung berapi. Menjerit2 org kg tg0k acara tuh. Aku mcm, "Chillex lah makcik" .. Xde apa2 lah. hehe...







Lepas tu, persembahan disambung pula dgn Tarian Cina.
Huh.. Ok lah. Aku agak impressed bila naga tu main lompat2 kt atas tiang tu.. Kalau lah silap langkah sikit je, memg akan jatuh tergelincir dan mngkin akan cedera parah maaaa... Brav0! Sbb sgt2 berbakat dan berani membuat aksi lasak sebegitu. Lagipun, mesti dorg dh mahir kn.. Selalu buat persembahan kt merata tempat! Hehe..






Acara kemuncak yg aku nanti2kan.
waktu tu, suhu sekeliling hmpir mencecah 35 degree Celcius. Sumpah panas! Rasa mcm nk pengsan. Tapi, aku x kesah! Nak tgok jugak payung terjun tuh! N sanggup berhimpit-himpit dgn org yg ramai. hehe.. Kalau org main tolak2, aku tolak dia balik. Kalau org halang pndangan aku, aku halang dia balik! Haha.. Nasib badan lah kan. Aku dh x amik peduli dgn cuaca yg sgt panas lagi terik dan membahang tuh. Baju dh basah dgn peluh. Huh! 


8 penerjun yg mendarat pd waktu tu.
4 penerjun pertama yg diturunkan selamat. Dan 4 penerjun yg seterusnya pun selamat! Org2 kg berteriak dan menjerit kegembiraan menyaksikan acara itu berlangsung! Hehe. Aku tergelak je kot, kt tepi tu, dgr makcik2 tu bercerita+berceloteh dlm bahasa jawa. Nasib lah aku faham kn.. Kalau x, mesti akan fikir.. Apalah, makcik2 tu merepek2 ni. Haha..










Penerjun yg plg mndapat sambutan hangat ialah semestinya anak watan daerah sabak bernam! 
Maklumlah, memegang nama sbg anak kelahiran Sekinchan kn.. Mana x bangga. Pengulas acara x putus2, menceritakan psl beliau dan `memanggil2` beliau turun kerana ayahanda beliau sedang tunggu n menanti kepulangan anakanda dgn penuh sabar di bwh ini.. Cewahh!! Pandai plak nk ulas balik ea.. Hehe..




Sampai je ke darat, Atuk tu(ayahanda penerjun tu lah) terus menerpa pakcik penerjun tuh. Bangga glerrrr k0t!


Dan dalam sekelip mata je, ramai kamera yg mnerpa ke arah mereka! Tetiba plak?? Haha.. Aku nk jugak mnyelit n menyibuk kt tempat tu. Tapi, segan ke lah. Jadi, aku hnya mmpu tngkap gmbar dr belakang jela.. Lagi2, org yg sgt2 ramai tu kn~




0keh2, dah abis acara payung terjun, smbung plak dgn kawad formasi. Uhuk2, tetiba rindu nk kawad time f4 tu. 1,2,1,2,kanan,kiri, kanan.. Hehe.. Smart lah jugak kadet polis dari SMKA Simpang Lima ni. Walaupun ada yg slack! Tapi, biasalah tu, mngkin gementar sbb bnyk mata yg memandang mereka.




Lepas tu, ada sketsa pulak. Pasal penangkapan jenayah dadah di sekitar kg.





Eh?? sempat jugak bergambar dgn makcik ni kn.. Hilangkan gemuruh sebelum buat persembahan. Peace! Terima kasih sbb sporting!


Pasukan pancaragam ni pun mantap! Terbaik no-3 dunia.Wow! Hebat lah tu kan~ Waktu ni, aku dh menyerah kalah. X sanggup dah nk tg0k smpai habis. Setakat dgr jela muzik yg dorg mainkan tu.. Boleh tahan lah! Best! Dan lagu yg terakhir dorg mainkan, ialah lagu Wali Band-Jodoh.. Dangdut pulak.. Ibuk2, Bapak2, siapa yg punya anak, tolong aku..lalalalalala.. sempat nyanyi tuh! Haha..








Dan sebelum balik, konvoi motor besar ni pulak dilepaskan! vro0oomm, vro0oommm.. Berdesing telinga dan bergendang jantung aku ni. Motor2 dorg memg rock dan power!





Okeh! Itu shj utk hari ini..




No comments: