Monday, July 25, 2016

Study leave vs Surirumah

Tiap kali bila jumpa saudara-mara, kenalan arwah Emak.
Semua akan tanya soalan yang sama.

' Memang tengah cuti ke sekolahnya waktu ni?'

Dan, tiap kali tu lah kena ulang jawapan yang sama. Haha.

' Tak jugak acik/pakcik/kak/atok/nenek/embah...
Alhamdulillah kebetulan sekarang dah habis kelas. Pastu ada cuti untuk study. Bulan 8 nanti ada Exam besar. Rezeki dapat balik jumpa mak '

Ternyata menjalani 'study week' di rumah iaitu kt Malaysia. Pergh! Seriyes sangat mencabar. Bak kata sorang kawan ni. Yela, kadang kita macam dah set mind. Kalau kt rumah Malaysia, kan ke tempat untuk rehat-rehat belaka, tengok tv, relaks, krohh krohhh haha.
Dalam hati tanpa sedar, mengiakan kata-kata dia.

Tapi, kepulangan ke Malaysia kali ni bukan untuk suka-suka.
Tersangatlah perlu susun masa sebaiknya.

Apatah lagi, tiada siapa yang mengingini perkara sebegini berlaku.
Iaitu, semua perancangan kita sebelum ini. Semua lari.

Dan, siapa kita untuk menidakkan perancangan terhebat yang tersedia oleh Tuhan?
Sebagai Hamba-Nya yang patuh dan percaya dengan Qadak & Qadar, maka nak ataupun tidak. Perlu terima dengan REDHA, malah berlapang dada lah selalu dengan takdir Allah yang tersusun ini.

*seka air mata dan senyum.


 Bertambah nya status dan tanggungjawab kepada keluarga.

Kalau sebelum ni, bila emak ada. Urusan rumah dan hal teknikal keluarga, banyak bergantung dengan dia. Bila emak dah takde, semua tugasan tu sikit-sikit mula diserahkan pada aku. Anak sulung kan. Biasalah gitu.
Mungkin masih lagi baru. Kadang rasa pancit sangat. Kadang rasa bosan buat benda sama tiap hari. Kadang macam nak lari kejap, sebab nak ada masa untuk diri sendiri.

Tipu lah kalau takde rasa yang kadang-kadang tu.
Yela, kita kan manusia biasa. Pasti akan ada rasa yang ada je benda yang tak kena nya.

Namun, inilah masa kita banyak refleksi diri.
Tanya pada diri.
Bagaimana nak konsisten buat kerja yang sama setiap hari dengan penuh dedikasi, malah dengan sepenuh hati seperti emak?
Bagaimana nak kawal emosi diri ketika melayan pelbagai karenah adik-adik yang bagi kita 'annoying' nya seperti emak, yang penuh sabar melayan satu keluarga yang ada pelbagai perangai yang dia kena hadapi tu.
Dan lain-lain lagi.

Ternyata bukan senang nak jadi surirumah.
Terbukti bukan kerja mudah nak kawal dan seimbangkan hal urusan keluarga ni.

Dalam tak sedar, aku sangat kagum dengan batchmate sendiri terutamanya atau umur sebaya apatah lagi golongan muda yang masih dalam alam pembelajaran, yang sudahpun berumah tangga dan memiliki anak. Wow. Macam dapat rasa, apa yang dorang lalui tiap hari cewah.
Itu tak masuk lagi kt part PJJ (Perhubungan Jarak Jauh). *Yang couple tak masuk dalam citer PJJ ni eh puihhhh.
Mereka sangat kuat semangat, itulah satu perkara yang tidak boleh disangkal.
Tak semua orang mampu.


Study leave vs Surirumah

Siapa kata kerja surirumah tangga ni, biasa-biasa sahaja?
Cuba kau sekali sekala tu kan, buat semua kerja-kerja rumah yang mak korang ada buat setiap hari, dalam masa sehari. Full time.
Daripada kejutkan pagi subuh, buat sarapan, basuh baju, sidai baju, lipat baju, gosok baju, kemas rumah, siram pokok bunga, masak lunch, amik bebudak sekolah, masak dinner, basuh pinggan....
And the list still goes on !!!

Dan, apa kau rasa?

*pengsan*


Dalam keadaan aku nak buat persediaan untuk hadapi peperiksaan besar akan datang ni.
Dan, melihat kepada besarnya juga tanggungjawab yang ada.

Mesti ada yang fikir, yang Nadia pun akan...

*pengsan*

Study nya ke mana.
Kerja-kerja rumah nya pun entah ke mana.

Kalau kt Ejip, kebiasaan nya lah. Yang mana, kita guna sistem bergilir-gilir buat tugasan rumah.
Kalau tetiba kita ada kerja ke, atau malas ke. Boleh lah 'negotiate' sikit untuk osmet tu gantikan kita. Sekurangnya ada yang tolong cover.

Tapi, bila kt rumah Malaysia ni. Kalau kita tak buat, semua kerja rumah tu  jadi tertunggak dan bertimbun. Kalau nak mintak tolong adik-adik buat pun,
lepas dah membebel setimba, menjerit sebatu, menjeling tahap juling pun tak tentu lagi dorang akan terus bangkit bangun buat kerja tu HAHAHA.
Perangaiiiiiii...
Ceh! Tak sedar dulu-dulu pun dia ada buat gitu gak. Benkeng je mak. Sian mak.
Eheh. Pastu, kena kt dia semula. Biasalah, inilah namanya lumrah kehidupan. Terima seadanya hehe.

Okay jadi, tanya pada diri sendiri semula.
Bagaimana nak seimbangkan study dan tanggungjawab yang ada?

Rasanya tips ni, boleh digunapakai je untuk bila-bila.

1) Spesifikkan waktu yang ada.

Yela, dah tahu nak buat apa. Pukul berapa yang free. Pukul berapa kena buat kerja-kerja tertentu.

Maka, susun waktu sebaiknya.

Sebagai contoh, pagi-pagi bangun kejut orang subuh, buat sarapan, kemas rumah, dll. Hantar adik sekolah, mintak tolong abah. Jadi, cut masa dah kt situ.
Pastu, kau tahu ada masa lapang bila adik-adik gi sekolah.
Study lah waktu tu! Dapat 3 jam inshaaAllah masa yang berkat. Fokus sungguh-sungguh.

Jangan pulaknya cengkelat. Contoh, lepas dah settle kerja pagi tu. Kau sambung tidur sebab alasan bangun pagi awal. Haihhh, perangaiiiii eheh. Jangan gitu. Produktif kan diri anda.
Kita punya mujahadah lain dengan orang lain. Kena paksa diri. Selalu!

2) Kurangkan aktiviti yang tidak bermanfaat.

- Waktu study, jauhkan gadget daripada tempat study. Silent kan fon.
- Takyah lah tengok tv. Tutup tv. Cabut suis.
- meminima kan kerja rumah. Buat yang penting sahaja!

3) Toleransi dengan keluarga.

Bincang elok-elok dengan Abah dan adik-adik.
Terangkan sebaiknya yang kita nak study sebab nak exam nanti.
Dorang faham je.
Yela, kalau kt Malaysia kadang tu pelbagai aktiviti atau program yang ada. Takkan kita tolak, taknak join. Terasa hati kang susah pulak nya.

Pembahagian kerja rumah pun boleh bincang jugak.
Supaya kita tak rasa terbeban kena buat sorang-sorang. Pengsan kang, masalah lain pulak jadi nanti =p
Lagi-lagi, kita bukan nya selalu ada kt rumah. Jap lagi nak balik ejip dah. Haaa, pastu memasing ternganga taktahu nak buat cemana je.



Aku anggap bahawa ini semua adalah suatu latihan.
Ya! Ini lah proses tarbiyah yang Allah beri untuk diri aku, bekalan pada masa hadapan. Tidak dinafikan, walaupun agak sukar pada permulaan nya.
Tapi aku percaya, tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sudut pandang apa yang kita nak refleksi kan semula pada diri kita, kita yang tentukan.
Latih diri untuk lihat semua yang datang pada kita baik-baik belaka.
Fikir yang baik-baik sahaja.
By time, these wounds will be healed by themselves.
Beramal lah sebaiknya.

Wallahu'alam.

Doakan! Doakan! Doakan tau!

Study masih lagi on off jugak ni sebenarnya. Ahah.
Mood kejap dia datang, kejap dia lari. Penat kejar.

Apa pun, kena sungguh-sungguh dah ni.
Sebab nak cuti panjang hujung tahun ni nanti.

Mungkin niat pun kadang lari ke sana sini.
Pastu lupa nak perbaharui.
Adusss! Jom pelihara niat baik-baik. Dan, dapat beramal dengan penuh optimum.

Kullu kheir inshaaAllah!
All is well =')

Sunday, July 24, 2016

Pemergian bonda tersayang pada Syawal 2016

Jam 11.45pm
Bertarikh 7/7/2016
Pada 2 Syawal.
Hari Khamis malam Jumaat.

Bonda ku telah kembali ke pangkuan Ilahi.
Tak tergambar perasaan sayu hiba ini.
Tak terkata bagaimana rasa kehilangan insan yang paling dikasihi ini.

Namun, apakan daya.
Tuhan lebih menyayangi beliau.

Diri ini, rela dan redha atas pemergian bonda.
Atas sebab sudah banyak tanggungan kesakitan yang dihadapi, yang kita sendiri tak mampu untuk gambarkan disebabkan yang menanggung lagi perit daripada orang yang melihat.

Cewah. Acah-acah guna panggilan bonda untuk pemanis kata. Biasanya panggil Emak je. Okay, kembali kepada kebiasaan jela ya.



Alhamdulillah, terasa hebat dan kagum sangat dengan percaturan Allah tu sendiri. Sebabnya, kebanyakan peristiwa aku dengan arwah Emak yang tidak terjangkau telah berlaku, malah Allah begitu mengizinkan diri ini untuk bersama dengan arwah Emak pada saat-saat getir nya.
Antara contoh lain adalah pada tahun 2013, waktu tu adalah sesi pembedahan pertama yang arwah Emak hadapi. Dan, mungkin rezeki Allah kurniakan waktu tu atas alasan pergolakan yang berlaku di Mesir, maka tarikh mula sesi pengajian ditangguhkan selama 2 minggu lama nya. Sekali gus, memberi peluang kepada aku untuk bantu menguruskan keluarga di Malaysia, tatkala keuzuran yang dihadapi oleh arwah Emak pada ketika itu.

Hmm. Aku di sini, mahu mengambil kesempatan untuk bercerita sedikit tentang kronologi detik-detik yang aku lalui bersama arwah Emak dan ahli keluarga. Semua nya baik-baik aje inshaaAllah.

Okay.
Pada mulanya, dalam perancangan kali ni takde pun terfikir nak puasa atau beraya di Malaysia. Memandangkan sesi kelas tak habis lagi dan exam final pun tak start lagi. Konon tak balik tu, supaya dapat fokus study, tak terganggu sangat dan boleh lah 'perform'.

Dan, nak dijadikan cerita.
(16 Jun 2016, 11 Ramadan)
Tetiba je waktu tu terdetik hati nak Skype. Waktu tu baru lepas habis end round Trop Med, tu yang ada masa free awal dan kt Malaysia tengah waktu nak berbuka.
Sembang macam biasa. Dengan abah, emak, adik beradik.
Emak nampak seperti biasa-biasa sahaja.
Dan, antara point perbincangan yang buat aku jadi tak sedap duduk adalah dia cakap sekarang ada sakit belakang. Sakit yang amat sangat, dan ada pernah tu dalam sehari je dia makan ubat 'pain killer' sebanyak 3 kali. Dia cakap takleh berdiri lama, duduk pun sekejap je boleh. Rasa nak baring je.
Macam biasa aku cuma syak wasangka seperti biasa jua, untuk sedapkan hati. Padahal lepas skype tu terus meleleh air mata sebab ada rasa risau dan ditambah lagi dengan rasa 'homesick' yang sangat kuat.

Kemudian, aku pun menjalani hari-hari persekolahan seperti biasa.

Dan, kadang tu ada juga sentiasa 'follow up' dengan famili melalui group whatsapp.
Dalam tu pun, aku macam ada rasa dan petanda eheh.
Ada satu hari tu, abah bagi gambar berbuka puasa di rumah dengan adik-adik atas meja makan. Dan, lepas-lepas tu baru terperasan.
" Eh. Mana mak? "
Takde pulak nak tanya kt abah. Mana Emak?
Bersangka baik selalu. Itu yang aku terus buat.

Pastu, berlaku sedikit perbualan tentang balik Malaysia waktu Raya nanti.
(30 Jun 2016, 25 Ramadan)
Nadia: Mak abah, takpee je kan nadia tak balik raya utk tahun ni?😅
Abah: Mak abh x kisah...dah jadual nye cm tu.....kak ya la kisah x....
Abah: Kak ya nak blk ke...😊

Dan, perbualan diteruskan pula setelah aku tetiba rasa naluri nak balik Malaysia tu sangat kuat tapi masih atas angin lalala. Tapi, dah mula cari tiket jela waktu ni. Last minit kan, banyak tiket mahal lah. Tarikh tak sesuai lah, apa lah. Jadi pencarian tiket tidak tentu hala.

Dan waktu perbualan tu, Abah masih lagi tidak menceritakan hal sebenar tentang keberadaan Emak.

Sampai lah pada ketika,
Ada dapat whatsapp daripada saudara perempuan dua pupu aku ni.
(2 Julai 2016, 27 Ramadan)





Jadi, bila dengan naluri tidak sedap hati yang kita rasa dalam beberapa hari sebelum nya.
Dan, bila takde keluarga terdekat pun nak cerita keadaan arwah Emak.
Dan, bilamana tetiba je dapat berita mendadak macam ni...

Apa je harapan lain yang kau jangka kan?

Sejurus je lepas dapat whtsp ni, tangan dah menggeletar.
Badan dan emosi tidak keruan. Air mata tidak tertahan.
Dan, dengan bantuan osmet Alhamdulillah urusan jual beli tiket dilakukan pada hari yang sama. Dan, balik ke Malaysia pun pada hari yang sama waktu malam nya. Sekali lagi, syukur tak terkata urusan nak balik tu sangat dipermudahkan. Dapat sama flight dengan junior.
Waktu tu, masih lagi memampukan diri untuk bersangka baik dengan Allah.

MasyaAllah, dengan keadaan kita sendiri taktahu seteruk mana sebenarnya keadaan Emak waktu tu.
Dan mampu berharap dan tawakal sepenuhnya, doa bebanyak kt Allah supaya jaga Emak baik-baik aje dan sempatkanlah aku untuk jumpa dengan Emak.
Mana kawan-kawan yang dah tahu cerita, aku bagitahu sikit update Emak dan hal mengejut aku nak balik Malaysia. Taksempat pun nak cerita satu-persatu kt semua. Dan, aku risau banyaknya air mata yang mengalir berbanding kata-kata penjelasan yang perlu dinyatakan.
Ya, inilah reaksi biasa bagi seorang manusia biasa yang lemah dan tidak pasti akan sebarang kebarangkalian yang bakal berlaku.



(3 Julai 2016, 28 Ramadan)

Alhamdulillah, sampai Malaysia tepat jam 10.20pm gitu.
Kepulangan kali ni disambut bukan lah seperti biasa, tiada senyuman mesra Emak menyapa. Hanya suasana kelam dan suram menyelubungi abah dan adik-beradik. Aku seperti nya mahu cuba mendengar segala cerita dan penjelasan yang ada.
Tapi, memasing cuba bertindak seperti biasa. Maka, tidaklah aku meneruskan hasrat yang terbuku dalam hati.

Jadi, mulanya di sini. Sesampai nya aku di KLIA, aku set mind dan tekad dalam diri,
' Nadia kena kuat! Apa jua yang bakal terjadi, ini semua suratan Ilahi. Dia yang punya perancangan.
Nadia, kau kena redha. Selalu. '

Pada malam tu jugak, dalam pukul 12.30pm. Abah bawa pergi ke Hospital Kuala Lumpur, di mana Emak ditempatkan.

Waktu ni, perasaan dah lemau sikit. Stabil.
Sebab taknak lah tunjuk perasaan sebenar kt Emak waktu tu. Sebab tak sampai hati pulak nya. Lagipun, yang menanggung perit nya tak tertahan penyakit yang dialami itu dan kita sangat-sangat lah perlu hadir di hadapan mereka dalam keadaan yang kuat dan stabil.

Sesampai nya di katil Emak waktu tu.
Ya, Emak nampak sangat sakit.
Jaundice.
Dark urine
Ecchymosis.
Cachexia
Ascites
Lower limb edema.

Semua nya ada kt Emak. Then, I've make my own diagnosis that....
Kanser mak dah mula merebak ke hati (liver).
Sebab semua simptom tu melibatkan ada sesuatu yang mengganggu hati.

Mulanya, aku tegur Emak. Bagi salam semua. Tapi dia umpama separa sedar. Buka mata sekejap pastu tutup semula.
Dalam hati aku ni, Emak penat kot takpe lah. Pastu abah datang dekat, kejutkan Emak semula pastu bila dia nampak aku.
Dia terus peluk tetiba.
Sobsss.

Rupa-rupa nya, abah cakap Emak under ttt of Morphine tu yg jadi mamai sikit tu.

Pada ketika itu ada makcik saudara tolong jaga Emak kt wad.
Jadi, setelah berbincang. Kami mengambil keputusan untuk balik dahulu ke rumah. Nanti datang semula keesokan hari nya.

( 4 Julai 2016, 29 Ramadan)

Alhamdulillah, dapat panggilan daripada makcik yang jaga emak ketika tu yang doktor bagi kelepasan untuk balik rumah.

Maka, kami pun bergegas gerak ke HKL untuk bawa emak pulang.
Waktu tu, takde pun nampak yang keadaan emak makin baik. Hmm.

Pastu, doktor beritahu yang emak dibenarkan pulang seminggu kemudian datang semula ke HKL untuk sambung rawatan kemoterapi nya.
Doktor waktu tu hanya menerangkan tentang fungsi kemoterapi tu je yang hanya dapat melambatkan proses progresif kerosakan hati tu, bukan untuk sembuhkan penyakit tu.
Tu je.

Namun, doktor tak cerita apa sangat tentang kebarangkalian yang bakal berlaku sepanjang tempoh di rumah. Ke aku je yang 'noob' sangat. Eheh.

Entah-entah abah dah tahu je atas sebarang kemungkinan yang akan terjadi.
Abah ada je cakap,
' Penyakit kanser emak tu dah merebak. Harap semua faham-faham lah ya. Bila-bila masa je Allah akan tarik nyawa dia. '

Rasa macam drama sangat saat ni.
Yela, selalu tengok kt TV je. Tapi, kini kami sendiri yang mengalami situasi itu. Eheh.

Pada waktu malam, emak takboleh tidur dengan nyenyak nya.
Ofkos lah kot kan. Badan dia terasa sangat sakit tu. Nak baring tak sedap badan, nak duduk pun apatah lagi. Mesti emak rasa letih, tapi badan dia tidak dapat berfungsi sebaiknya seperti biasa :')

Emak macam mengerang kesakitan.
Kita yang taktahu cemana je rasa kesakitan yang dialami oleh tuan punya badan, taksampai hati nak tidur pun, maka malam tu bergilir dengan ahli keluarga lain tak tidur untuk berada di sebelah emak. Usap-usap dia, urut mana yang mampu. Sembang sikit-sikit dengan dia.
Tu je yang mampu.


(5 Julai 2016, 30 Ramadan)

Pada mulanya, berkira-kira jugak lah nak beraya ke tidak. Balik kampung mana je. Dan ikut giliran kampung yang sepatutnya ke tidak.
Dalam keadaan emak ketika itu yang agak separa sedar.
Emak memang dah tak larat je sebenarnya waktu tu. Dia jelas terlantar kesakitan begitu. Namun, semangat kuat yang dimiliki dan kebiasaan nya selalu memang akan balik kampung untuk beraya. Dia yang mamai dan umpama memaksa diri untuk bangun jua sebab dia cakap nak kemas beg, nak bawak barangan yang sepatutnya untuk dibawa pulang ke kampung.
Haih. Sebak.
Memang tak lah, nak bagi dia buat. Lepas dah beritahu semua dah siap belaka, dia pun baring semula. Padahal waktu tu mata dia tengah pejam, berat untuk dibuka. Itu pun sekali sekala je dia celik. Sambil mamai-mamai gitu, tangan dihayun minta nak bangun ajak balik kampung.

Setelah keputusan dibuat, kami pulang beraya ke rumah nenek kt bendang iaitu ibu kepada arwah Emak.

Suasana menjelang raya yang tidak sama seperti biasa.
Tiada persiapan meriah yang dilaksana.
Suram dan kelam.



(6 Julai 2016, 1 Syawal)

Kali ni lah, pagi raya yang paling sederhana sekali.
Selalunya seawal pagi lagi emak dah bangun untuk siapkan juadah raya. Kadang kalau bangun awal, ada lah tolong-tolong sikit. Tapi, lebih kepada sambil gaul sikit ke, atau tolong hidang je ke. Haha. Rendang, kuah lodeh, ketupat, dll. Semuanya lah dah tersedia. Sebab emak punya air tangan luar biasa, jadi kita takde lah masuk campur sangat dalam hal memasak =p

Bila emak dah terlantar begitu, lagi lah terasa raya tahun ni kurang bermakna.
Dalam hati masih ada harapan,
' Ya Allah, sembuhkanlah emak aku ini. Jauhilah dia daripada segala kesakitan ini. '
Waktu tu, sungguh tak fikir raya langsung pun. Walaupun, jauh daripada sudut hati betapa kita nak sangat semuanya kembali seperti sediakala.

Alhamdulillah Allah panjangkan lagi umur arwah emak untuk habiskan bulan Ramadan nya. Itu lah Ramadan terakhir beliau.
Dan pada pagi Syawal yang hening itu, emak menggagahkan diri nya untuk bangkit dan memakai baju raya yang sempat tersedia sewaktu sihat nya.
Sayu sangat pagi Raya kali ini.
Semuanya ala kadar. Ringkas begitu sahaja. 



Ini sahaja lah kenangan bergambar di pagi Raya bersama arwah Emak untuk kali yang terakhirnya...
Cuba ajak yang lain, tapi semua tak sampai hati.
Suasana sayu menyelubungi. Bukan seperti biasa.


Setelah sesi bersalaman, emak kembali masuk ke dalam rumah untuk berehat.


Yela, hari raya kan. Jadi nya, ramai lah saudara mara nya yang mula datang berkunjung untuk menziarahi emak.

Untuk hari tu, emak seakan-akan penat.
Nafas dia umpama semakin singkat.
Something obstructing her respiratory tubules there.

Simptom ni agak ketara bila waktu malam.
Memandangkan malam sebelum, abah dah berjaga teman emak. Jadi, giliran aku pulak tolong teman emak.
Sebab kalau emak nak pergi tandas, dia perlu dipapah.
Kalau dia haus, kena suapkan.
Dan, memang kena ada selalu orang teman kt sebelah untuk tengok-tengok kan dia.

Lagi-lagi bila malam tu, dengan keadaan pernafasan emak yang sebegitu.
Aku tak sampai hati nak tidur.
Maka, dalam keadaan tersengguk-sengguk tu lah dok teman mak. Iye, berdua je dengan emak. Yang lain tidur dah krohhh krohhh.
Untuk malam tu, keseluruhan tidur sejam je rasanya. Eheh.



(7 Julai 2016, 2 Syawal)

Pagi.
Aku dan abah macam dah tekad nak bawak gak emak pergi hospital hari ni. Sebabnya, tengok emak punya pernafasan waktu tu tersekat-sekat sikit, dan bunyi yang kuat.

Tapi, disebabkan ramai tetamu yang datang tak putus-putus. Lepas Zuhur gitu, kami berdua sahaja yang gerak bersama dengan emak ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam.
Dengan harapan supaya dapat bantu keadaan emak tu.

Dalam perjalanan tu, dah tak terkata sangat dah bila tengok mak.
Bila kita panggil dia, dia sahut je. Tapi, mata tidak terbuka. Bila cuba suruh bukak mata, nampak macam berat jr bagi dia. Nafas turun naik dengan laju nya.

Bila sampai sahaja ke bahagian kecemasan hospital,
Setelah doktor buat pemeriksaan semua...

Waktu ni lah, emosi dan mental dan fizikal lagi teruji. Subhanallah!

Doktor yang in charge, pun beritahu bahawa;
' Keadaan pesakit (Emak) dah sangat kritikal.'
*waktu tu, blood pressure emak pun sangat rendah sampai kan mesin tak boleh nak baca. Dan keadaan emak yang sebegitu, end-stage liver damage. Tak boleh terima sangat drugs infusion. Cuma boleh bagi sikit pain killer je.


Jadi, doktor mohon daripada 'concern' keluarga untuk tandatangan dokumen ni;
Andai kata lah, kalau tetiba emak collapse ketika kt hospital ketika terima rawatan. Adakah kami pihak keluarga mahu para doktor dan staff kesihatan lain untuk 'all out' buat apa sahaja yang sebaiknya untuk bantu emak, atau sebaliknya? Dalam erti kata lain, kami sekeluarga akan 'redha' sahaja.

Waktu ni, aku dan Abah saling berpandangan.
Abah minta izin doktor untuk berikan masa berbincang dan kemudian baru beri keputusan.

Setelah sekian waktu yang ada.
Kemudian, dengan perasaan yang cekal dan redha nya. Dan diiringi dengan esakan tangis seorang suami dan bapa itu, keputusan telah dibuat.

Apa jua yang berlaku kepada emak di hospital, doktor takperlu 'all out' dan kami akan redha, inshaaAllah.

Bila keputusan ini diberikan kepada doktor, doktor pun dah mula pesan.
Boleh dah mula ajar mak nya ucap syahadah, dan panggil ahli keluarga lain datang ziarah.
Waktu tu dalam pukul 6pm.

Dan waktu tu, aku seakan menggeletar seluruh badan sebab menahan perasaan. Air mata bertakung tapi tidak tertumpah pun. Konon nak tunjuk kuat. Padahal dalam dada bergelora jiwa raga.

Kemudian emak dipindahkan ke wad.
Waktu ni makin berduyun orang datang melawat.

Memandangkan waktu melawat dah tamat, hanya 2 orang gitu je gilir-gilit dapat masuk wad untuk ziarah emak. Keadaan mak waktu tu, dipasang dengan oksigen untuk bantuan pernafasan. Tapi, mak tolak alat oksigen tu. Dia taknak.
Dan jugak dia macam rimas dengan 'line' yang ada pada dua belah tangan dia, membuatkan dia meronta-ronta nak cabut benda alah tu. Jadi, tangan nya diikat.

Harapan asal nya, bila bawak mak ke hospital adalah untuk bagi mak rasa lega sikit ke. Tapi, bila tengok keadaan dia yang makin macam agresif dan tak tenang dok tolak semua bantuan perubatan yang ada. Maka, keputusan untuk bawak mak balik telah dibuat sebulat suara oleh kami sekeluarga.

Kali kedua, aku menemani emak menaiki Ambulans.
Bezanya kali ini tiada bunyi sirens.

Sampai sahaja di rumah. Iaitu, kembali ke kampung bendang bukan rumah sendiri.

Dalam masa 40 minit kemudian nya, emak pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ya, sempat semua kami adik-beradik dan abah kelilingi emak waktu tu.
Suasana sangat sayu dan pilu.
Aku macam biasa, masih mampu menahan sebak. Sobssss.

(Bersambung....)


Wednesday, April 27, 2016

Pengalaman End round exam Paediatrics


Alhamdulillah habis dah round Paediatrics (wad kanak-kanak). Maaf lambat post entry ni. Padahal lama dah habis exam. Haha. Sibuk memanjang baru ada masa, baru ada kesempatan curi-curi masa.

InshaaAllah nak cerita sikit lah, pengalaman untuk dijadikan sedikit teladan dan rujukan kepada adik-adik junior yang sudi baca haha. Walaupun, sis ni takde lah excellent mana pun. Tapi, mana lah tahu sedikit sebanyak boleh membantu ;)

Okay.

Secara kasar nya...

Format 'End Round Exam of Paediatrics'.
  • OSCE = 10m
  • Case taking = 10m
  • Oral / VIVA = 10m
  • Tools = 20m

> Jumlah keseluruhan = 50m

Pastu, nanti kita akan dibahagikan tarikh peperiksaan mengikut raqam julus (= angka giliran)  memasing. Pembahagian nya adalah seperti berikut iaitu, exam 'OSCE & Case taking' pada hari yang sama, kemudian 'Oral & Tools' pada hari kemudian nya pula. Maksudnya kt sini, untuk end round exam Paeds akan berjalan selama 2 hari, dan inshaAllah ada gap di antara exam tu.

Contoh, tarikh exam saya adalah;

  • 12 April 2016 = OSCE & Case taking
  • 14 April 2016 = Oral & Tools
Kalau raqam julus lain, akan ada yg exam pada tarikh 11 dan 13 April 2016.

Haaa, jadi nya. Bagaimana kah keadaan sewaktu exam ni berlangsung?
Dah nama nya pun, tahun klinikal. Maka, stail ujian pun sudah berbeza. Sangat berbeza.


  1. OSCE
Waktu ni doktor nak tengok 'clinical skill' kita pada pesakit. Banyak nya doktor nak tengok lraktikal je. Takyah kena terangkan pun. 
Contoh soalan:
' How to do airway clearance? ' 
' Palpate the lymph nodes '
' Palpate and percuss the liver '
Lebih kurang macam tu lah. Jadi, kita kena buat je. Dalam kadar yang betul, tepat dan yakin. Tanpa ada rasa teragak-agak. Walaupun korg tgh cuak waktu tu, mohon jangan tunjuk. Ahah.

Tapi, ada jugak sebahagian 'examination' yang korg kena bagi 'full comment'.
Contoh soalan:
' Examine the pulse' 
- cerita lah semua point-point penting tu. 
' Examine the apex'
- jangan terus gelabah nak palpate atau percuss. Ikut turutan leklok. 
Inspection>palpate>percuss> auscultate


Pastu, terangkan leklok segala isi yang sepatutnya perlu dijelaskan ke doktor. Tapi, cuba jela tanya. Perlu ke korg cerita? Atau sekadar doktor nak tengok cemana je kita buat pada pesakit tu? Sebab nya, lain-lain doktor, lain memasing punya cara. Eheh.


  1. Case taking
Bagi saya, ini lah bahagian yang paling mencabar. Sobsss. 
Kita kena lagi-lagi extravaganza bersiap sedia. Sebab nya adalah;
- Doktor tak cakap pun, pesakit tu ada sakit kt sistem yang mana.
- Kesukaran memahami bahasa. Sedih. 
- Gelabah.

Meh, saya cerita pengalaman yang saya peroleh tempoh hari.
Waktu hari kejadian, saya dan rakan-rakan lain dipanggil bergilir-gilir, seorang demi seorang untuk membuat exam OSCE dahulu. Okay, siap dah satu! 
Kemudian, lepas tu ditarik untuk pergi jumpa pesakit pula untuk exam cade taking ni. Waktu tu, bila berdiri depan pesakit, debar terasa di dada tak terkata. Dalam mada 15 minit yang diberi, kena siap buat history taking dan clinical examination semua. So, what uollz expect? Haha. 

Dalam keadaan tenang dalam serabut tu, Nadia pun cuba lah sebaiknya bertanya tentang pesakit. Bila tanya-tanya itu ini. Ouh ni kes 'chest' ni. 
Okay, teruskan lagi tanya semua yang berkaitan sebab nak cuba jugak nak capai provisional diagnosis. 
Pastu, tetiba dah taktahu nak tanya apa, sebab taknampak kaitan complaint pesakit dengan simptom yang diberikan. Ah sudah! Pada waktu yang sama, ada doktor yang jaga exam tu dok cuit-cuit cakap yang masa dah habis. Tapi, sukati je mintak masa tambahan. Padahal waktu tu tengah serabut, lupa atau taktahu dah nak tanya apa kt pesakit. Lagi-lagi, pesakit tu macam tak menjawab sangat soalan aku. *ke sendiri yang takfaham. Urgh*
Kemudian akhirnya, dengan rasa yakin dalam pasrah. Takpe Nadia, ketepi je dulu. Cuba tenang dan susun makluman yang kau ada. 

Kiranya, sebelum bentang kes depan doktor. Akan ada je mada untuk kita susun cantik-cantik 'sheet' kita tu.


  1. Tools
Exam ni inshaaAllah baik-baik aje. wajib hafal semua ' normal value'.

Tuesday, March 29, 2016

Sejenak

Bilamana kau rasa macam nak 'give up', 
cuba tenang-tenang dulu, 
pastu duduk sejenak, 
renung kembali. 
Betapa banyak pengorbanan yang telah kau lakukan sebelum ni. 
Betapa pahit nya liku-liku perjalanan yang telah kau lalui,
Suka duka yang kau harungi,
Takkan lah nak biarkan jadi sia-sia begitu sahaja. 

Sesungguhnya, selagi ada kebaikan dalam hatimu.
Mohonlah moga Allah tunjukkan jalan sebaiknya.
Terus kuat dan bertabahlah.
Yang penting, jangan lupa untuk selalu ikhlaskan niat dan jaga hati ya.



************************


End round exam, subjek Paediatrics makin hampir.
Lagi seminggu lebih.
Nak kejar semula momentum tu, urgh agak mengambil masa jugak lah.
Mungkin sebab tak jadi rutin. Tu lah, 'time management' mana?

Hmm, tidak mengapalah.
Takpe lambat asal selamat. Haha.






Okay lah ni, untuk sesi kali ni.
Bila entah Nadia nak keluarkan sekurangnya, satu artikel yang bermanfaat kepada pembaca ya.
Esok lusa, cuba menulis cerita lain lagi.

Okay? Okay.
(Cabar diri)


* Mungkin salah satu inisiatif lain yang boleh kita buat bagi meningkatkan kekerapan menulis dalam blog adalah dengan mengurangkan posting di instagram. Ahah.
Tapi takdelah aktif sangat pun kt Istagram.

Kata akhir untuk diri sendiri adalah,
menulis lah.


Friday, January 1, 2016

[2016] Target yang saya nak capai adalah...


Tanpa disedari, dah masuk tahun baru 2016.
Sedar tak sedar, masa berlalu begitu pantas. Begitu sahaja.
2015 telah pun meninggalkan kita melambai-lambai tanpa sebarang notis. Cewah.

Maka, saya percaya banyak kesan atau tinggalan-tinggalan yang telah diberikan oleh 2015 untuk diri memasing. Sama ada ia baik ataupun boleh dijadikan sempadan diri untuk penambahbaikan. Senyum positif. Taknak cerita banyak sangat tentang 2015, nanti posting ni jadi panjang. Haha =p
Cukuplah ia ditutup dengan kalimah Alhamdulillah dan terima kasih Allah.

Ouh ya, hmm semua orang pasti ada lah kot eh serba sedikit azam atau target yang ingin dicapai untuk tahun baru mendatang ni. Yang dah lepas, tahun-tahun lepas yang tak tercapai tu. Sokayyy, boleh cuba lagi atau rancang lah dengan cara perlaksanaan yang lain sikit ke supaya target akan tercapai eheh. Apa pun, tak salah untuk berazam.
Kerana apa?
Kerana kejayaan kita tidak hanya terletak pada keberhasilan sesuatu perkara itu. Tanpa kita sedar, usaha yang berpanjangan atau ikhtiar yang tidak pernah kenal putus asa untuk mencapai sesuatu matlamat itu lah, yang lebih berharga nilainya.
Bagaimana?
Semua perkara memerlukan kita untuk melalui suatu fasa atau proses. Di mana kita akan melalui banyak fasa-fasa pembelajaran tentang nilai-nilai kehidupan. You got it? No? Haha.

Jadi, untuk tahun 2016 ini.
Dah ada azam baru lain ke tu Nadia? Ehem,
Hmm. Bukan lah azam apa pun. Cuma macam tekad lah kot eh.

Dan, target yang saya nak capai dalam 2016 ini adalah...

1) Bergiat aktif semula untuk penulisan dalam blog ni.
Setiap hari satu artikel. Macam dulu-dulu tu. Pergh haha. Sila ukur baju di badan tu. Yela2, ikut kemampuan lah inshaaAllah.
* pandang atas kanan, kiri, belakang. Ada lagi ke yang bukak blog? Siapa je yang pernah singgah blog aku ni? Eheh *
InshaaAllah, when there's a will, then there's a way.
Tingkatkan gaya penulisan sebaiknya, dan nak kongsi cerita yang berguna untuk tatapan umum.
Untuk manfaat orang lain. Okay? Okay.
Dan rasanya ni azam yang banyak kali tertangguh jugak lah untuk sekian tahun nya.
Sebab mungkin kesempitan waktu yang menghimpit dan bekalan internet yang terhad. Ke? Haha.
Maka, doakan lah saya ya.

2) ......

Hehe.

Tetiba dah takde nak tambah apa.
Sebenarnya ada je. Tapi, 'out of list' tetttt...
InshaaAllah senarai akan bertambah dari masa ke semasa.
Semua orang pun pasti ada target untuk jangka masa pendek dan apatah lagi untuk jangka masa panjang.
Jangan pernah putus asa untuk merancang. Sebab nya kadang tu, dengan merancang kita lagi jelas dan nampak apa jua yang kita sedang lakukan dalam kehidupan kita ini. Kita yang mencorakkan kehidupan kita. Malah, sandaran ketentuan kepada Allah swt jangan pernah sekali diabaikan pula ya ;)
Saya doakan kalian diberikan ilham dan kemampuan sebaiknya seiring dengan perancangan yang telah dilakukan. Fighting!

Dengan ini, saya akhiri posting kali ni dengan harapan untuk tahun 2016 ini diberikan kekuatan semampunya oleh Allah bagi mengharungi hari-hari yang mendatang. Tidaklah mengharapkan agar selalu dimudahkan urusan semata, namun cukuplah sekadar dihantar rasa ketenangan emosi dan kesihatan badan bagi menjalani tahun yang baru ini ;')))

Doakan yang terbaik ya.
Syukran.


* InshaaAllah akan ada End Round of General IM Exam (OSCE) pada 5 Januari 2016 ini. Doakan! Kbai.