Thursday, August 25, 2011

Jangan Lupa Nama ku~







Penyanyi: Pompa bensin


Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku


Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku mencintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana 
aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati


Kerana
Aku merindui mu
Kerana 
aku sentiasa menyintaimu





.......



I really mean it..





25th Ramadhan: Doa Mendapat Pasangan baik & zuriat penyejuk mata




رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا


 لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً





‎”Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami 

dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), 

dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa.” 

(Surah Al-Furqan 25;74)











It Seems to be spread by its own



Opsss, just ignore my bad english~ 
(Ceit, dah tahu teruk.. nak jugak cakap english tuh.. But, Practices make Perfect right!! Hehe)
Nothing much to say.
But, those 'rumours' are seem to be all over the spaces.
I'm still don't want to talk too much.
Still being like this.
Just want to shut my mouth.
N be safe in my pocket.
Sometimes, I feel so terrible because acting like this....
Make my friends wondering and keep asking...

Haha.. Aku sangat jahat..
Maaflah sebab tak bekerjasama dengan soalan-soalan korg~



Err, just wait and see. 
Then, you will be listening from me..

Aku ni memang tak abis dengan ayat tunggu dan lihat tu je.. 
Hehe... Sabor Je La~








Alhamdulillah.... It`s going smoothly...






Wednesday, August 24, 2011

Beremosi dengan cerpen, "Mana Mak?"



***

Jam 6.30 petang. 


Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” 

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
 
...............................

20 tahun kemudian 

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.” 

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh  menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 

Tiba-tiba adik bongsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” 

Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. 
Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagaimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamad. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telefon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak minta Mak Uda telefon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telefon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

................................

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam esakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telefon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?", "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. 

Kata Rasulullah saw. , Ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?







Cakap-cakap PuasaRaya




Dah lama gila tak blogwalking weh..
Sumpah rasa mcm loser sebab banyak benda yang aku tak tahu dan terkedek-kedek baru nak tahu.. Haha..
Biasa lah kalau dah duduk umah ni kan.. Puasa plak tuh.. Ada fon baru lagi. Memang payah lah aku nak jengah dashboard blogger tuh.. Apatah lagi, nak update kan. Hehe.. Lagi-lagi, tak ada cerita yg best nak kongsi. Fuhhh!! Kemalasan yang amat sangat kot.. 
Kalau on9 fb pun, sekarang guna fon je.. Cewah! Saja nak mempoyokan diri je ni. :p 




Okeh, sedar tak sedar. Dah Ramadhan yang ke-25.. InsyaAllah, lagi 5 hari je puasa. Sekejap je kan...
Tetiba je dah nak raya. 
Fikir pasal benda-benda ni. Hati aku jadi hiba. Hehe..

Opsss, emosi yang takde kena mengena~


Persiapan raya apa je yang dah siap??
Err, ntah la.. Aku sangat takde mood nak beraya tahun ni. 
Boleh tak kalau aku duduk rumah je, tengok tv sorg2, makan, minum, tidur je... Daripada ikut pergi beraya ke sana, ke mari.. Peh, sangat senak otak fikiran bila fikirkan... Sumpah takde 'feeling' raya tahun ni. Urgghhh... Lagi-lagi dah besar panjang ni kan..
Kalau bebudak kecik suka lah kalau raya ni..
* Boleh dapat banyak duit raya.
* Dapat pergi jalan sana sini
* Main bunga api


Aku??? Dah la takde mood, nak layan plak benda-benda tuh?? Haha.. 
Bergantung pada keadaan jugak lah macam mana kan tahun ni.. 
Agak-agak kalau suasana ceria, aku pun ikut lah suka gembira..
Agak-agak kalau susana hening dingin je, aku pun ikut sekali berduka-lara..
Waaaa... Haha... 


Tapi, tahun ni kan. Banyak buat kuih raya kot. Setakat ni, ada buat tat nenas, biskut samperit (abaikan ejaan yg salah tu, tak tahu cmne nak eja! Haha...), cornflakes lagi.. malam raya nak buat kek plak. Yang tu semestinya kek wajib.. Tiap tahun ada buat. Huhu..
Seronok plak buat kuih-kuih ni.. Rasa nak buat macam-macam jenis kuih yang lain juga. Hehe.



Apa-apa pun.. 
Pada detik-detik Ramadhan yang terakhir ni... Jangan lah sia-siakan dengan melewar-lewarkan waktu dengan membuat persiapan raya je semata-mata...
Orang kita ni, kalau dah ujung-ujung macam ni... Kurang orang kt surau @ masjid.. Ramai nya kt ekspo @ Market @ Gedung pakaian & lain-lain tempat yang berkaitan....
Aiseh!! Memang tak baik dijadikan amalan~


Para Sahabat menangis apabila Ramadan hampir habis, tetapi kita di akhir zaman ini lebih suka kerana Hari Raya hampir tiba! 
Yela, banyak ganjaran pahala yang boleh kita rebut pada bulan Ramadhan ni. Sebulan ni je. Takde kt dalam bulan yang lain.. Dah la ada bonus 1000 bulan plak tu.. 
Subhanallah..


Moga-moga dipertemukan dan dipermudahkan..
Wallahua'lam~





MENGHITUNG HARI 
>.<




Tuesday, August 16, 2011

Monday, August 15, 2011

Anda pun boleh berlagak mempunyai Blackberry melalui status facebook




Jom sama-sama join saya 'memiliki' status yang mempunyai 
via BlackBerry



Haha.. Sumpah gedik dan mengada-ngada ya! Aku tahu lah aku tak semampu tu nak ada bb yang betul-betul punya. Hanya mampu buat fake status je pun.. Hehe..
Itupun, semua org dah fuyoo2.. Dan paling tidak pun, ada yang dok minta pin bb lagi.. Aduhai, maaflah. Saya memperdayakan kawan-kawan tersayang ku.. Huhu..
*penangan bb ni memang hebat eh?? 
Yela, dah ada henset mahal-mahal. Buat apa nak simpan dalam poket je. Mestilah kena bagitahu kt orang kan.. Dah la, BlackBerry plak tu.. 
Tangan di dada mata kt atas~ 
Tiada diskriminasi HP kt sini ya! Hehe...



Mula-mula aku nak cari page Android kt fb je. 
Lepas tu kt page tu aku baca komen orang ramai tentang ketiadaan 'via Android' macam sebelum ni. Tapi, tetiba jadi 'via facebook mobile' je. 
Kemudian plak, ada orang post yang dia boleh buat 'via Android' tu..
Cara nya ialah... Melalui application fb yang dia sendiri cipta. Haha.. Macam-macam kan sekarang ni.. Aku pun apa lagi. Pergi lah godek-godek jap.


Yeahhh!! I Found that application.



Inilah dia wall bagi application tu.

Aku pun saje je cuba update status guna application ni. Tapi, aku tak guna via Android. Sebab ternampak lain-lain ICT gadget plak.. Haha.. Tangan dah gatal ni.. 
Huh! BlackBerry~ Aku pun guna yg tu.. Post kt wall. Yeah, it was working lah... Haha.. Evil laugh. Akhirnya, aku sudah 'memiliki' BlackBerry tu.. 
Padahal on9 guna lappy je. 
Nak join jugak ke???
Nah, amik LINK ni





Tak cukup sampai situ je.. Aku ni memang suka main godek-godek.. Jumpa lagi satu aplikasi. Lebih kurang je pun, tapi aku belum cuba main guna yang ni. Korang cuba lah sendiri ya! 
Yang ni plak, singgah kt SINI...
Enjoy...



contoh Wall tersebut



Harap-harap kamu semua terhibur dengan fake status anda nanti.
Anda boleh on9 melalui bb, Android, Ipad, iPhone mahupun iPad.. Hanya dengan menggunakan application di atas.  Haha..



Adakah aku seorang yang ketinggalan, 
sedangkan orang lain dah lama tahu pasal benda ni???








Sunday, August 14, 2011

An Error of application








We don't want that 'via facebook Mobile'
Please fix it...
Haha.. 
Macam-macam lah sekarang ni. Takpe, layan je~



I'm adore her so much! but I`m still normal...



Her??  I'm adore 'her' so much?? Wow, sounds crazy lah.. 
Am I lesbo?? Ouh, NO!! Of course not.. Just that, I'm falling in love with her acting so damn much!!
Aiyokkk!! Habislah. Aku dah kena demam Korea plak.. Memang susah lah kalau jadi camni.. Huhu..


Tapi, yang peliknya. Kau kan perempuan. Apsal minat perempuan plak.. Sah songsang..
Astaghfirullah. Istighfar banyak-banyak ya! jangan lah kolot sangat fikiran tu. Err, aku cuma minat dengan gaya lakonan dia. 



Kejap eh! Kau cakap pasal siapa ni???
Pelakon utama, heroin drama Princess Hours tu lah;
Yoon Eun Hye
(berbelit sikit bibir aku nak sebut)





Orang lain dok sibuk dengan Korean Boys yg Handsome, Caring, cool. Tapi kau??
Ek eleh, aku dah cakap kan tadi. Aku suka lakonan mantap dia je. Lain-lain alasan ialah dia comel dan nampak stail. 
She has her beauty by her own. I do sometimes to be like her which is having that confidence to be by our own way!! That's for real...
Kalau Korean boys eh?? Apa je yang aku boleh amik dari dorg?? Gaya rambut?? Takde makna nya lah..



Apsal kau minat sesangat dengan Eun Hye ni??
Huh?? Haha.. Ntah apa-apa kan aku ni? Sejak minat kt dia kan. Aku tengok semua lakonan drama dia. Obses plak.. Risau-risau.. Huhu.. Ingat tak kt entry ni??Antara sebab aku nak tengok drama korea ialah pertama, Bosan. Kedua, nak gak tengok apa yang syok sangat pasal korea ni. Dan yang ketiga aku tak tahan nak tahu apa pengakhiran drama tu.. Huhu..


Antara sebab kenapa aku minat dia (dari mata kasar aku) ;
Natural looking
Happy go-lucky
Peramah
Romantic
Open-minded
Lakonan dia memang menusuk hati. Bagi je apa-apa watak, setakat ni memang super duper lah! I love her acting!! Hehe...


Ok, dah cukup kot setakat tu. Aku buat penilaian berdasarkan lakonan dia je tau! Tak tahu lah di dunia sebenar dia macam mana.. Hoho.. Aku taknak ambil tahu lah.. Setakat tahu drama-drama dia sudah lah.. :p


Mula-mula perkenalan aku dengan beliau ialah melalui drama Coffee Prince.
Dah la dia berlakon sebagai seorang yang tomboi. Tapi, pada masa yang sama, dia guna kelebihan tu untuk bekerja, cari duit untuk keluarga. Memang kena kot watak tu kt dia. Sumpah aku ragu-ragu dia ni girl ke boy. Dengan stail rambut lagi.. Ish3..


Jadi lelaki pun comel jugak


Drama kedua dia yang aku tengok ialah Princess Hours.
Sumpah aku taktahu yang dia ni rupanya Heroin dalam drama tu. Haha.. Yela, masa dulu-dulu org dok kecoh psl drama ni. Mana lah aku layan. Pandang sebelah mata pun taknak tau! Aku sibuk dengan studi je kot. Ececehhh... Hehe.. 
Baru 2 hari yang lepas aku marathon selama 2 hari jgak lah cerita ni.
Sumpah best cerita tu. Lagi sekali, dia memang sesuai pegang watak camtu! Super Duper Friends!! Huuu...



Student style


Crown Princess style



Drama seterusnya plak, My Fair Lady
Watak dia kali ni pun menjadi. Jadi perempuan annoying kot! Berlagak giler.. Mentang-mentang harta banyak.. Hehe..  Memang rasa macam nak lempang-lempang je minah ni.. Huhu.. Tengok ah sendiri drama tu kalau nak tahu keterujaan aku ni..




Yang seterusnya lagi?? Lie to Me. Aku tak tengok lagi cerita tu. Nampak macam best.. Apa pun, aku tetap layan... 
Ouh, Yoon Eun Hye.. Anda memang comel dan universal!!! 
>.<










Jangan nak fikir bukan-bukan lah kan. Tapi, ini adalah hak saya untuk meminati siapa saja yang saya suka. Mesti akan ada yang tanya,
'Apsal kau takde cerita pasal Korean boys?? Tapi, tetiba je Korean Girl'
'Kenapa dia ni?? Kan ada pelakon lain yang lagi power?? Budak gedik n seksi ni yang kau suka??'



For that, I have my own reason.. I`ll post it one day.
Maybe, that's all for her & me..

favourite expression!








14th Ramadhan





Give thanks to Allah,
For the moon and the stars
Prays in all day full,
What is and what was
Take hold of your iman
Don't give it to syaitan o
h you who believe please Give thanks to Allah.
Allahu Ghafur 
Allahu Rahim 
Allahu yuhibbul Muhsinin,
Hua Khaliquna hua Raziquna wa Hua 'ala kulli shai'in qadir

Allah is Ghafur 
Allah is Rahim 
Allah is the 0ne who loves the Mukhsinin,

He is a Creater, 
He is a Sustainer and 
He is the one who has power over all.




Sedar tak sedar, dah nak masuk Ramadhan yang ke 15. Sekejap je kan. Kejap lagi nak sambut Nuzul Quran plak.. Hurm, masa berlalu begitu pantas sekali...
Alhamdulillah, buat masa ni puasa aku penuh lagi. Hehe..
Ehem2, kepada yang tak berpuasa tu sama ada bersebab yang dibenarkan syar'ie ataupun tidak.. Tolong lah hormat mereka yang berpuasa ni ya... Jangan lah berperangai yang tidak sepatutnya. Jangan nak gantikan ketiadaan setan dalam bulan puasa ni. Huhu..


Apa je yang aku buat pada hari-hari puasa ni??
Secara jujur aku adalah anak dara yang 'manja'.. Tiap kali sahur, mesti mak aku yang kejutkan dengan makanan sudah terhidang di atas meja makan. Sepatutnya, terbalik lah kan??? Huhu.. Memang sangat manja~ 
Sementara tunggu waktu subuh. Sapu rumah jap.. Dok layan channel astro oasis, sampailah azan. Solat dulu, lepas tu tidur. Pukul 11-12 baru bangun & mandi..  Opsss, tu kalau aku malas sgt lah... 
Kalau aku rajin, aku akan sambung kerja menjahit aku ni ha.. Banyak tempahan plak.. Haha.. Lepas solat subuh dan mengaji semua, aku tak tidur. Aku akan menjahit sambil layan korea kt Maaduu.com. Maklumlah, aku ni kan baru je nak layan Drama korea lama-lama yang popular tu... Peh, memang fokus lah kerja yang aku buat tu sampai pukul 1.. 
Yang seronok nya, takde org kacau. Yela, Adik-adik pergi sekolah kan.. Hehe..



Ah! bosan lah cerita aku ni kan.. Aku pun dah malas nak cerita.. 


Selamat memasuki fasa ke-2 dalam bulan Ramadhan. 
Di situ adanya keberkatan, keampunan, kemuliaan...
Semakin kita berada di penghujung Ramadhan, semakin banyak ibadah pahala yang boleh kita semua rebut. Tapi, ramai orang yang leka dan tidak nampak apa keistimewaannya. 
Maka, jom sama-sama kita kejar pahala ni. Yela, bukan selalu jumpa bulan yang penuh berkat ni kan. Alhamdulillah & Syukran Ya Allah, sebab masih bagi kita peluang untuk bertemu dan menghayati Ramadhan kali ini. 
Tahun akan datang pun, tak tentu lagi kan.. Wallahua'lam~


“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Qadr 97:1-5).