Sunday, May 22, 2011

Back to 23th May





Amaran! Entry ini sgt pnjg dan terlebih kapasiti.. Harap Maklum lah..Kalau xnk baca, jgn bukk pun.. Haha...





Memoir




23 Mei........
Cepat! Siapa ingat tarikh keramat ni?? Haha...
Segalanya Bermula, Apabila.. Aku terima tawaran PASUM..
Bg tahun 2010, waktu ni jatuh pd hari ahad! Yakni, Hari Pendaftaran bg kemasukan Pusat Asasi Sains UM sesi 10/11.. Tapi, lebih tepat klu nk ckp yg waktu tu sbnarnya cuma pndaftaran bg penginapan je.. Di mana kami ditempatkan kt Kolej 12.. Antara kolej yg terunggul kt UM tuh! Sbb ada Tasik yg sgt besar kot?? dan kelihatan mcm apartment?? Haha..  Lepas tu, es0k nya Isnin plak hari pendaftaran bg PASUM tu plak.. Kena urus itu ini plak kn. Psl dokumen2 yg memeningkan kepala. Sabo je la~
Minggu HaluanSiswa yg mantap. Boleh lah simpan jd kenangan skit2 kn. Yela, bygkan antara 1000++ 0rg tu, kau hnya berkesempatan kenal dgn bebudak sel n skola lama je.. Jadual yg sgt padat, kdg2 susah nk kenal semua 0rg jugak.. Kena lari sana sini. Pastu, dgn x bleh nk guna fon.. bkn x bleh lngsung, tp dlm masa seminggu MHS tu, jadual xtvt sgt padat.. N ada syarat2 yg kau x bleh guna fon waktu xtvt sdg dijlnkan.. Lg2, bila dgn PP.. Aku yg sgt skema ni mls lah nk gaduh ke apa kn. Haha... Sampaikan, bpk aku naik hangin je sbb klu kol utk mnggu tu je mesti tak angkat.. Balik bilik pkul 1-2 pg pulak tuh. Penat tak terkira dah.. Terus terlupa nak kol atau mesej.. Huhu. Tp, ada 1 tmpt yg kau bleh guna.. Kt tandas.. Pergh, aku x terfikir nak buat cmtu k0t. Haha. Otak suci kan. Ceh! Bajet je..





Sel 15

Antara rakan-rakan baru pertama yang aku kenal. Itupun jarang jugak jumpa wktu MHS. Aktiviti kumpulan sangat sikit & tak berpeluang nk sembang sangat pun.. 



Segalanya tetap jua Bermula, Apabila... Adanya Sesi kuliah+tutorial+amali di makmal ..
Haha..Pengalaman belajar di PASUM memg sgt2 mencabar! Kau akan berada di awang-awangan sekiranya x kuat semangat weh! Kena ada strategi belajar yg cemerlang la, klu kau betul2 nk jd org yg luar biasa cemerlang kn. Susah ke PASUM ni? Xde lah. Sbb ada je yg berjaya. Ikut org tu jugak lah. Klu kau bnyk main, hancus lah. Kalau kau genius n bnyk main, 50-50 jugak lah.. Kalau kau betul2 struggle n terperap dlm bilik tenung buku je, insyaAllah kau dpt rata.. Brgantung pd usaha da rezki masing2 lah..
Para pensyarah yg tidak kurg hebatnya! Bnyk bg tnjuk ajar dan pengetahuan2 lain. Bersabar dgn karenah kami yg ramai ni. Mereka juga dah bg yg terbaik utk semua pljr, yg tinggal hnya lah diri pelajar itu sendiri.



Sesi kuliah yang memerlukan tahap penghayatan yg sgt tinggi. Lagi2, bebudak hayat kan.. Ramai sangat-sangat kot. Melimpah ruah-padat-rapat-sesak. Ouh, hyperbola pula >..<



Amali kimia yang agak mencabar.
Sbb bnyk bahan kimia yg sangat  merbahaya. Dan, yang melibatkan api. Ada sesetengah bahan tu meletup-letup kalau dibakar. Gulp. Takut. Tapi, tak kan lah nak tarik diri pulak. Alamat nya, kosong lah markah eden untuk kimia tu.


Pembedahan tikus di makmal biologi. Mula-mula rasa tak sampai hati nak bedah tikus yang sangat comel ni. Tapi, apakan daya.



Segalanya terus bermula, Apabila.. Aku disenaraikan sebagai ahli tutorial Z2..
Alhamdulillah, tersenarai dalam kumpulan kecil bidang Sains Hayat yang ratusan itu. Banyak benda aku belajar dari ahli Z2 tu sendiri. Dan banyak ragam jugak yang dapat aku terokai dengan pelbagai perangai dan kerenah. Nak cakap menyampah, mestilah tak. Seronok. Sebab mereka mewarnai hari-hari ku di pasum sepanjang sesi kuliah dan turorial =)





Bersama dgn rakan sekuliah, setutorial, segosip, segaduh, rakan mengantuk, datang lambat, dll jugak! Dia adalah antara kwn aku yang paling setia kt Pasum ni. Hehe.. Jiey! Rindu awak! Ecewah~
Dan, di antara kami tu adalah Profesor Abu Bakar.. Beliau adalah PA kami, yg sgt kacak bergaya dan berwibawa! Fizik beliau memang sangat mantap. Terpaku gitu. Selalu bagi kata-kata semangat dan motivasi kat kami anak-anak dia ni ^^,








Ekcelli, banyak sangat gambar dengan ahli-ahli Z2 ni. Rasa macam nak letak semuaaaa je. Hehe. Tapi, makin berjela lah nanti entry blog ni nanti. Walaupun aku tahu kebanyakan orang akan scroll down tengok gambar dan tak baca pun ayat-ayat jiwang aku ni :p







Takde gambar chantek lain. Gegarrrrr~ Hehe.

Pergi Berbuka Puasa kt luar. 
Bincang punya bincang, destinasi yg diplih ialah KLCC. Erkkk, plan last minute. 
Lagipun, alang-alang nak buat majlis 'selamat tinggal' buat 2 classmate yang akan fly ke Mesir tak lama lagi tuh. Maka, dengan hati yang relapaksa kaki pun melangkah bersama. Ecewah~



Tak jumpa pic yg cantik.  Dapat selongkar yg ni je...


Sambut Befday Bella..
Perghh, surprise yg tak berapa nk jadi. Hehe. Macam-macam plan, tapi lain yang terjadi. Tapi, Alhamdulillah ni jela satu-satu aktiviti kelas yang dapat kumpulkan ahli-ahli wanita nya bersama ^^,



Jamuan terakhir sebelum masing-masing bawa haluan sendiri




Banyak lagi cerita2 antara aku dan Z2 ni.. Tapi, taknk cerita bnyk2.. takut terlebih had lah.. Biarlah jd kenangan utk aku dan mereka2 sahaja..
Seronok kenal dgn korg.. Dari segi belajar, korg bnyk tolong aku! bincang itu ini dan bertelagah ilmiah sesama sendiri. Bnyk sedarkan aku tntg sst perkara tu.
Ada yang jadi pembakar semangat aku.
Ada yg jd kwn gaduh.
Ada kwn yg jadi partner tiru2 n ubah result waktu amali fizik..
Ada jugak yg jadi kwn peneman sepi. Cewah!! Haha..
Bg girls, klu bosan2 pun.. Kekadang mesti akan singgah kt bilik korg kn.. Klu boys plak, xkn lah nk wt cmtu jgak kot? Haha.. Tapi, biasalah klu g mkn kt kafe sama2.. itupun muka yg sama je kan.. Plg2 pun, aku jugak lah yg mesti ada.. pendek cerita, aku ni dh mcm plan maker korg je kan.. Apa2 rujuk kt aku?? Haha..
Btw, Congratulations for those who got the best result! Whoaa, bangga lah dpt kenal dgn org hebat.. Maka, kita semua tlh LULUS TAMAT di PASUM dgn jayanya.. Haha.
Terima kasih la k0rg.. Atas segala tnjuk ajar, Ilmu, Makan minum, gelak tawa, sedih hiba, pengalaman, kerjasama,dll. Kadang2, aku suka ajak korg itu ini kn.. Terima kasih sbb layan karenah aku ni! Thank U sooo Much! :)




Segalanya juga bermula, Apabila aku rasa bngga dpt bilik C612 ... Haha.
Rasa bersyukur sangat, sebab dapat kolej ni dan bilik yang selesa ni. Tinggal takde dapur je untuk masak-masak semua. Eceh, macam lah rajin dan tahu masak.



View inside of C612
Bilik yang selesa. Meja study yang kondusif. Katil yang empuk. Eh? Pendek kata, selesa lah bilik ni. Dua orang sebilik. Pejam celik, bangun tido. Kau tengok muka aku, aku tengok muka kau. Hehe.



Suasana meja studi. 
Selalunya, klu bersepah dan penuh dengan buku-buku mcm kt atas tu, wktu musim exam lah. Eceh, nak cakap kuat study lettew. 


Segalanya bermula pula, Apabila.. Aku dpt masuk team Volleyball KK12 utk SUKMUM!
Kenangan yang ni memang tak boleh dilupakan. Sebab (?) Nak kena bersaing dengan majoriti pemain senior yang berbangsa CINA. Rasa mcm racist pulak kan. Tapi, tak boleh lah nak demand sangat. Sebab dorang main hebat kot~ Aku setakat dapat tahan digging pun dah kira okay lah tu =)
Kiranya, kalau setakat dah terpilih tu. Walau tak jadi pemain tetap pun. Hebat jugak lah kan. Hikhik.



Dengan mengamalkan sikap rendah diri tu, maka team Bola Tampar memperolehi tempat Naib Juara. Oyeahhh! Walaupun setakat jadi penonton sahaja, dapat jugak medal free :pppp




Segalanya bermula, Apabila.. Hari Jogathon PASUM sesi 10/11 berlangsung..
Eceh, satu2 nya acara sukan kt situ.. Dan dpt jua mengumpulkan semua budak2 pasum, walaupun hakikatnya ramai jugak yg x dtg.. Klu ada yg dgt pun, semuanya semata2 utk markah kokurikulum je.. Hehe.. Dalam ramai2 tu, Aku lah antara org yg seronok.. Haha. Semangat tu dpt main lari2 kn.. Tapi, xde rezki lah nk dpt tmpat.. Bagi peluang kt org lain jela.. :p









Berlagak je dgn piala org... Nasib lah kau kenal Atieya tuh ;pppp




Segalanya Bermula, Apabila... Aku join plak Pasukan Boria KK12 utk FESENI 10/11..
Waktu ni, bnyk lah jugak konflik2 yg berlaku kn. Lagi2 dh nk dekat dgn Mid Exam 2ndSem! Sedap pulak tu nk joget2 lg kn?! Huhu..
Apsal bila aku masuk apa2 xtvt, mesti dekat dgn waktu exam! Sumpah x fhm.. Adoi! Memg sgt2 mencabar minda, fizikal dan mental lah jugak. Rasa2 mcm nk mnyerah kalah je. Tapi kesian lah kt semua org. Mana bleh pentingkan diri sendiri. Itu yg aku belajar smpai skrg, Jgn sekali2 fikir psl kepentingan diri je dan kena pandai imbang masa antara xtvt dan study jugak.. Dan yg plg penting, Jgn sia2kan masa n prepare study awal2.. Jgn lengah2kn masa jugak.. Kalau lah aku betul2 manfaat kn masa.. 
Hepp! Apa yg kalau2 ni?? Itu semua syaitan punya bisikan.. Shoohh, g main jauh2!! 
Haha.. X dpt lah nk undur balik pun. Terima segala dgn seadanya dgn ati terbuka! Jadikan pengajaran~




Sangat manis kenangan bersama korg!
Saat Naib juara!
Saat duka lara suka cita!


EH???




Akhirnya, KK12 berjaya jugak memegang gelaran Juara setelah 3 tahun berturut2 hnya bergelar Naib Juara shj.. Klu x silap lah. Aku pun dgn rasa bngga nya menabik dada, sebab menjadi antara penyumbang kepada gelaran tersebut! Hoho. Tahniah lah kan..


Segalanya masih lagi Bermula, Apabila... Aku ada kawan yg  comel, cun n cantik belaka...
Cewah! Haha. Nasib lah kt bumi PASUM tu aku ada kenalan dr sekolah lama kn.. Xdelah nk terkapai2 sgt. Masuk2 je dh ada kawan. Jadi Rum8 lg tu.. Tak perlu risau apa2 pun..Bnyk jugak xtvt kehidupan seharian dgn mereka.. Mula dgn dftr masuk,g kuliah sesama, gosip itu ini, studi n stay up smpai pg.. Semua lah. memg xde ganti dah.. 



Faezah & Micak
Kawan Selamanya. Bnyk bntu klu aku x fhm studi, bg nasihat klu aku tgh tensen, gelak tawa, gurau senda, belanja mkn n minum, g mkn angin, sabar dgn karenah entah apa-apa aku ni jugak.. Gaduh n terasa ati?? xde kot.. Setakat ni, x ingat lah klu2 ada peristiwa yg kita bertiga bermasam muka kn. Hehe.. Kalau ada pun.. Minta maaf lah.. 

Dengan korg juga, aku belajar bnyk benda. Ada yg mematangkan, n ada jugak yg meng`kanak`kn.. Haha.. Terima kasih atas segala kenangan.. Walaupun, aku kadang-kadang takde dekat dgn korg.. Yela, aku ni kdg2 tu ntah merayap ke mana je.. Asyik xde dlm bilik, asyik jumpa itu ini.. Ntah apa2 je kn.. Kadang2, sampai seminggu jarang nk sembang sama2.. Padahal, takde la sibuk mne pun n bilik tak jauh pun.. Kdg2 tu , chat dekat fb je.. Haha.. Terima kasih la sbb tak kisah dgn `kesibukan` aku ni....  :p


Hari pertama aku turun ke Midvalley dgn korg
Utk berbuka puasa. Ingat lg tak? Hehe.. Dan peristiwa dompet tu. Memg benda nk jadi kan.. Apa punya masalah daaa.. Dah la, pertama kali jugak aku dapat keluar dgn korg kn.. Tup2, jd peristiwa cm tu.. Tp, mood tu hilang skjp jela.. Hurm, mungkin jugak peristiwa nak ajar aku tentang sesuatu. Zapppp! Terkesan sampai sekarang~


Keluar pergi Petrosains jugak
Yg ni pun, sbb aku yg ajak n kempunan yang amat sangat.. Bukak je 2nd sem terus nk berajalan.. Mentang2 lah tutorial tak start lagi. 



Ait?? Hehe.. Nk jugak selitkan cerita yg ni.. Waktu ni, My BF tersayang, Ana dtg tau.. Memandangkan ada krisis kt  Mesir tu yg dia dpt balik Malaysia.. Alang-alang waktu tu dia tgh shopping kt Midvalley, Tu yg dia singgah jap jenguk aku kt UM, ni kn.. Rindu sgt katanya. Aku pun sama gak. Dpt jmpa skjp pun, dh seronok sgt! :)



Aku syg gambar ni! Hehe..
Ala-ala 60-an gitu..






Eh?? Dan, x lupa jugak dgn 2 girls kt atas ni.. Mereka pun comel jugak tau!
Afifah dan Ilah
Terima kasih sbb berada di sisi sy di saat2 genting tu.. Kpd leader2 yg lain tu, maaflah x sebut nama dan tnjuk gambar secara individu eh? Lgpun, takde data utk korg lah.. Haha.. Tapi, terima kasih bnyk jugak lah sbb bnyk bg bimbingan dan pertolongan~ Semoga akan tercapailah matlamat masing2.. Kecilkan masalah, Besarkan Matlamat..  :)




Segalanya tetap bermula, Apabila.. Aku hadir ke Malam Emas PASUM 10/11...
Not bad lah.. Awesome night.. Bravo bg pihak yg terlibat secara langsung dan tak langsung dlm mnjayakan Malam Emas tu.... Nmpk grand lah jugak majlis tu. Walau apapun, aku tak kan lupa peristiwa2 yg terjadi mlm tu. Haha..


The Best Dress for these 3 Gorgeous Girls!!



Gadis yg menawan hati~ 










Dah ketandusan idea nk hurai gambar-gambar di atas.. Hehe..
Hubungan yg kami jalinkan mngkin dipisahkan dgn jarak dan masa. Tapi, kenangan yg dilalui akan terus terpahat dalam hati..  InsyaAllah~



Segalanya bermula jua, Apabila.. Aku ada kembar seiras??? Kak Bib.
Kadang-kadang tu, ke mana sahaja aku jumpa pp. Akan ada yg pnggil aku, `Bib`... Hishh, apakah itu?? Klu ada yg tak tau cerita.. memg terpinga2 jugaklah kn.. Kalau yang kenal kak Bib & tgok aku, mesti akan tnya.. Ada kakak ke kt sini? Aku dah pelik? EH?? Sah! dia salah sangka.. Aduh la..
Nasib lah akak ni sporting kn.. Hehe.. All the best lah in ur life Kak Ummu Habibah ^_^




Tapi, di sini pula.. 
Segala-galanya, hampir berakhir 

(no display image)






Terlalu banyak pengalaman yang aku lalui. Ya, sgt bnyk! Nikmat Allah yg satu ni, memg tiada tandingan nya.. Ada yg manis, pahit, masin, masam, tawar jugak! Dan, aku tahu. Bukan aku sorg je yg rasa mcm ni. Semua org pun sama jugak!
Aku nukilkan serba sedikit kenangan ni bukan utk ungkit kembali kisah2 hitam mahupun putih. Tapi, di sebalik kisah2 ni.. Ada yang harus aku ambil iktibar nya! Mngkin di kemudian hari, aku akan alami prkara yg sama, jd sekurg2nya aku dh tau apa yg harus dan x patut aku lakukan.. Alaa, lebih kurg mcm guide line lah jugak kn.. 
Sesungguhnya, Perkara yg plg jauh dlm kehidupan kita ialah masa lampau..
Jadi,tak payah lah nk tatap sgt kn.. Tp, tak salah jugak kalau nk imbas kembali.. Dan, tapi.. Jangan harap lah nak dapat balik semua kenangan tu sebijik mcm yg sebelum ni..... 




The Past is never dead, it is not even Past.
~Willian Faulkner





















SeLamat Hari Ulangtahun Yg pertama, AsasiaNs~


3 comments:

Nurliyana Farhah c(: said...

memang panjang gilaa. haha, but yeahh. apepon, life must go on kan? (: buang yg keruh, amek yg jernih.

"Memories may fade as the years go by but they won’t age a day."

naDya SaRwaNi said...

Haha.. Terima kasih kerana membaca~ Nk smbong lg.. tp x kesampaian... :p

Anonymous said...

boleh x nak kenal dgn org dlm gmbar yg ke 6 dari gmbar last.yg gmbar 3 orang tu.die duk kiri skali.plisssssss