Alhamdulillah, sekarang aku ada lah sikit2 mood nk ckp pasal result, UPU, kerjaya dan hal-hal lain yg berkaitan dgn studi masing2 pada masa akan datang. Yela, siapa yg x risau weh! Masa depan ni. Dan sgt2 berkait rapat dgn kerjaya kita, di mana apabila seseorg itu memiliki kehidupan yg betul2 stabil dan mampu berdiri di atas kaki sendiri.. Sebenarnya, barulah boleh digelar sbg seorg yg berjaya..!! Don`t believe in my words?? Percayalah!! Hehe..
Di kala semua org asyik tanya-menanya psl pointer n pilihan UPU ni kn.. Aku naik rimas jugak lah.. Tapi, nk wt cmne. Biasalah, klu perasaan ingin tahu tu kuat kn.. Kalau xde org tnya langsung, digelarnya lupa kwn. Waktu senang bersama, waktu susah lupa! Haha..
Aku pulak, yg ditakdirkan dgn mndapat result yg kurg cemerlang ni.. Agak kurg lah nk g terhegeh2 tanya semua kwn2 aku punya result. Mestilah, dia akan tanya kita balik kn. Waktu tu, memg x bleh selindung lagi ah psl result kita tu. Wlu kau sorok mcm mana pun, org akan tahu jugak lah.. Huhu..
Lepas dh tau result, masing2 pening nk pilih apa kt UPU. Termasuk aku lah tu... Jadi keliru sbb terpaksa bergelut dgn pelbagai emosi dan kriteria-kriteria yg bermain2 kt fikiran masing2.. ditelan mati emak, diluah mati bapak. Nak pilih itu, mcm x layak. Dah pilih yg ni plak, X minat n mak bpk x bg.. Akhir sekali, terkapai-kapai lah kita antara cita-cita atau pun kehendak semasa..
Kalau aku lah kan, aku cadangkan korg semua wt cmni utk isi UPU..
>Kelayakan
Pertama sekali, kita kena ukur baju di bdn sendiri dulu. Kalau betul-betul layak dan memenuhi syarat-syarat minimum sst bidang yg kita pilih tu, barulah boleh kita amik kos tu. Bygkan klu saiz baju kita adalah L, tetiba dpt plak S. 100% gerenti, kita x pakai baju tu dah kn.. Jadi, bygkan plak klu kita pilih kos yg x penuhi syarat minimum bidang tu, sudah semestinya kena tolak dgn sistem.. Lepas tu, x pasal-pasal dpt bidang yg lelong plak.. Sumpah sedih kn.. pendek cerita, klu rasa x layak tu.. Xpayah lah gatal tgn nk mohon jugak.. X guna pun. Baik isi dgn kos lain yg agak2 sesuai dgn pointer.
>Minat (kemampuan)
Ada ke org mohon bidang yg dia sndiri x minat?? Kalau ada, baik ubah balik weh! X guna klu kau teruskan wt bidang tu. Ini adalah pndangan peribadi aku. Klu x minat, susah lah kau nk bwk. Susah lah kau nk cemerlang. Melainkan klu kau dh tetiba suka bidang tu dan bidang tu plak dpt naikkan minat kau.. Tp, peratusan mustahil tu sgt tinggi lah jgak.. Sia2 je kau bazirkan masa utk sst yg kau kurg minat, utk sst yg kau tak ada hati langsung.. Jadi, pilihlah bidang tu ikut minat dan betul2 serasi dgn kita!
>Ibu Bapa
Mungkin ada jugak yg jadi keliru dan pening sbb tetiba nk kena teliti pulak harapan ibu bapa.. Mana tidaknya, dah elok pilih bidang yg agak-agak sesuai dgn kelayakan dan minat.. Mak bpk plak x setuju, sbb mereka risau dgn kerjaya kita pd masa kan dtg.. Bidang yg kita pilih tu, `does not secure their child for any job in the future`. Sth like that lah..Klu lah anda berada kt tmpat sebagaimana yg aku rasai skrg ni. Jgn lah jd anak derhaka plak tau.. Cuba bincang elok2 dulu, sbb mereka hanya risau dgn kehidupan masa depan kita je. Mereka x nmpk apa kaitan nya bidang yg korg pilih tu dgn kerjaya yg akan korg miliki nanti.. Jadi, berilah mereka ruang dan waktu dgn menerangkan sebaik yg mngkin, akan bidang yg korg pilih ni.. Barulah betul anak yg solehah. Tapi, kalau ada kes yg parents x setuju dan nk jugak anak dia wt apa yg mereka suka.. Itu hal keluarga, pandai lah korg uruskan sendiri eh! Hehe..
>Peluang Kerja- 5 tahun akan datang
Sekarang ni pun, semua org blajar sbb nk dpt kerja. Nampak plak kt sini yg kita belajar sbb dunia.. Subhanallah. Moga diperbetulkan niat tu.. Huhu.. Lagipun, itulah yg merunsingkan para lepasan ijazah waktu kini.. Belajar tinggi-tinggi, tapi masih xdpt apa-apa kerja lg.. Jadi, sebelum pilih apa2 bidang tuh.. Selidik dulu kerjaya apa yg boleh korg join lepas dh abis belajar nanti.. Xde lah rasa sia-sia belajar 5-6 tahun kn.. Agak-agak tu juga, pandai-pandai lah selongkar mana2 peluang yg ada kn. Tingkatkan jugak kualiti diri tu. Contoh, kemahiran berkomunikasi. Sgt penting kot kemahiran tu.. Dan lain2 kemahiran juga~
>Istikharah
Dan kalau rasa buntu sgt2 dah, buatlah istikharah kepada Allah sebelum betul-betul yakin utk wt pilihan. Jgn suka ati nk hentam keromo je. Masa depan ni weh! Yela, sbg seorang Islam. Kita kena yakin satu perkara ni, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yg tentukan.. lagipun, Allah sebaik2 tempat kita memohon perlindungan dan pertolongan kn.. Jangan terlalu sombong dgn nikmat yg sedia ada ni. Maka, yakinlah.. Walau apa pun, yg kita lakukan dan pilih sekarang.. Sesungguhnya, Allah tahu apa yg terbaaik utk kita kn.
"diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi mu, danboleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
Surah Al-baqarah ayat 216.
Secara tuntasnya...
Aku masih lagi perlukan masa untuk membuat keputusan. Janganlah tiru mcm sy ni eh! Haha.. InsyaAllah, klu korg cuba ikut serba sedikit yg aku dah gtau kt atas tu.. Xde masalah dah.
Bnykkan buat `research` jugak. Cari pengalaman org n kerjaya yg berkaitan!
Aku memg tgh bingung skrg ni.. Subhanallah.. Susah jugak rupanya nk wt keputusan. Iman x kuat agak nya.. Tu yg sukar berpendirian tetap.. Huhu..
No comments:
Post a Comment