Saturday, May 19, 2012

Tentang stuDYING


#Gurauan semata-mata...
Mesti ada yang perasaan pasal ni~


*senyum kelat


Walau apa pun, masih lagi semangat
JOM STUDY!!!




Kadang-kadang, rasa jemu dan penat
Jadi macam ni :(




Tak sedar bahawa niat belajar untuk apa???

[credit]

Kemudian, baru rasa diri ini kerdil. Ilmu Allah itu sangat luas. Apa yang sedang dan akan kita pelajari buat setakat ni. Hanyalah setitik air lautan Allah itu (18:109)

[credit]

Percayalah! Allah Maha adil. Takkan nak berhenti sekerat jalan.
Allah dah pilih kita untuk berada di jalan ni.... XD
Believe in yourself

' Don't dissappoint people who are in believe in yourself! '
That'll be so hurt to yourself then 





Belajar itu adalah suatu JIHAD dan juga dikira sebagai ibadah.
Wow! banyak pahala yang akan kita dapat. Lagi-lagi niat kerana Allah SWT. Alhamdulillah :)







Keadaan meja study yang pura-pura tak serabut sebab nak tepek gambar ni kt dalam blog :p



Okay, lupakan apa yang dah berlaku, sedang berlaku atau yang bakal berlaku!
JOM!
Belajar, belajar dan belajar!

Lillahi Ta'ala :)


Sama-sama genggam MUMTAZ~





Friendship Lover






[credit]




[credit]


[^___^]



Susah dan senang




[Credit]



Be strong NADIA!!!


" Janganlah engkau berdukacita,
sesungguhnya Allah bersama kita "
[Surah at-Taubah 9:40]



Monday, May 14, 2012

#Part 4- Lega



Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk Allah. All praises to Allah.
Dah selesai pun practical exam untuk sesi 1st year ni. 
Lega tak terkata. Lagi sekali, tarik nafas dalam dan hembus laju-laju!


Itulah hari terakhir buat tahun ni. Main bahan kimia, pegang test tube, berdebar bakar cecair kimia atas api bunsen burner, hadapi letupan cecair kimia, dll... 




Bagi praktikal Biokimia pula,
Memang senang dan sangat mudah. Betul, saya tak tipu. Sebab paling best ialah boleh berbincang. Dalam erti kata lain meniru. Opss, kasar kot bahasa yang digunakan di situ! :p

Tak jugak. Bukan sebab tu je. Bagi aku lah kan. Praktikal Biokimia ni yang paling sempoi. Sebab nya, kena buat eksperimen je. Lepas tu kena tulis report. Lepas tu hantar. Siap! Hehe...




Macam ni format nya;
Masuk je dalam makmal, kita akan dapat 2 botol 'unknown solution' 
Salah satu cecair tu adalah protein, dan yang lagi satu adalah carbohydrate.
Lecturer yg jaga waktu tuh, ckp kt ktorang yg memg semua orang akan dpt protein dan carbohydrate. Takde yang dapat dua-dua solution tu carbohydrate ataupun dua-dua nya adalah protein. You got my point here? :)
Haaa, sebenarnya ada soalan lain jugak. Pasal Electrophoresis. 
Kiranya, ada dua benda lah kena study untuk practical Biochemistry ni. Tentang eksperimen dan jugak electrophoresis!
Masa yang diberikan ialah 1 jam sahaja....

219- dapat nombor ganjil

Aku masuk makmal exam lepas student 1st round dah selesai. Jadi, sementara tunggu dipanggil masuk, sembang-sembang dulu dengan dorg yang dah buat tu. Tanya punya tanya, ada 4 solution je.
Tak lari jauh pun. Maksudnya, senang nak pastikan apa jenis unknown solution yang kita dapat. *Hati dah berbunga-bunga. Moga dipermudahkan~
Lepas tu kan, bila giliran aku plak. Sembang dgn orang depan. Dia cakap, unknown Solution tu adalah sama ikut no. botol yang genap dan ganjil. Apa lagi, sambil buat tanya orang yang dok selang sebelah plak. Sama tak? Sama tak? Hehe...
Alhamdulillah, dipermudahkan. Sempat buat eksperimen dan sempat jugak tulis report & dapat soalan electrophoresis yang senang.



Pada hari yang sama juga, ada assessment Oral. 
Pada mulanya, ada ura-ura ujian lisan ni batal. Sebab nya ialah, sepatutnya assessment ni dah lama dilaksanakan pada pertengahan tahun dulu tuh. Tapi, masih tetap diteruskan jua.
Dah selesai exam praktikal ni, macam biasalah berdebar untuk oral pula. Topik oral- meliputi buku Volume I Biochemistry tu. Nak ckp tebal, buku CVS lagi tebal kot. Cuma banyak kena hafal struktur-struktur Kimia. Faham kan kimia macam mana ^__^
Alhamdulillah, selesai juga. Lecturer yang tanya tu sangat happening. Tak menekan, rasa tertekan ataupun ditekan :)


Berakhirnya praktikal exam. 
Errrrr, bermula pula perjuangan Written Exam yang bakal bermula pada 4th June nanti!
Ada 2+3 minggu je lagi ia akan menyusul...





Saya dapat Lollipop sempena berakhirnya praktikal exam hari ni.
Terima kasih awak! roommate, Afirah Zainal~
Hehe. Terima kasih sebab layan perangai 'keanak-anakan' saya ni. :)




p/s1: dah sihat sepenuhnya. Alhamdulillah. Selera makan dah bertambah~

p/s2: Link berkaitan dgn praktikal exam: Part 1 dan Part2+Part3





Thursday, May 10, 2012

#Part 2 + Part 3 : Gelabah+cuak



Alhamdulillah!
Selesai sudah Praktikal Exam bagi Anatomy dan jugak Physiology.
Tarik nafas dalam, hembus laju-laju. Fuuhhhhh, lega!
Masih berbaki lagi satu paper je. 




Apa yang seronok dengan practical exam Anatomy ialah
Anda akan bermain dengan...




TULANG 





ORGAN DALAMAN 

Ini adalah bahagian dalam jantung ya para pembaca sekalian~



X-RAY



dan jugak,
MAYAT=cadiver

muka suka main depan cadiver. Tiada rasa gentar dan cuak. *ayatpoyo

Tapi, apa yang tak seronok ialah bila bab nak menghafal muscle attachment pada tulang-tulang yang ada. (kalau bab hafal-hafal semua orang tak suka. Tapi, itulah kunci kejayaan dalam menuntut ilmu! peace ) Berbelit-belit lidah nak mengingat. Longus, pollicis, brevis, flexor or extensor, digitorum, profundus or superficialis. Huuu.... Sikit-sikit tertukar dengan benda lain. Rasa macam dah ingat yang ni tadi. Bila tinggal kan kejap je, sejam yang kemudian.... Dah lupa balik! Adoi... 
Tapi, secara keseluruhan nya. Alhamdulillah, tadaa hal lah. Kalau banyak kali main ulang-ulang. InsyaAllah, senang nak ingat! *senyum kambing~



kawan saya yang comel *that-person-i'm-talking-about kembang lah tu


Sila abaikan 2 orang kawan saya yang comel tuh.
Tapi, sila lihat pada meja-meja di sisi lorong panjang Anatomy tuh. Di situ lah tempat berlangsungnya practical exam kami. Ada 25 meja dalam satu baris. Jadi, untuk sekali harung pelajar yang masuk adalah seramai 50 orang.
Lebih kurang seperti Histology practical jugak.
Bila dengar je word 'CHANGE!!!'
Perlu lah anda bergerak ke stesen yang seterusnya. 
Gelabah tak gelabah. Itulah realiti nya. Key point kt sini ialah, kena 'fast-thinking' sebab walaupun seharusnya waktu yang diberi untuk satu-satu stesyen tu adalah 1 minit. Tapi, taktentu jugak. Ikut suka hati pakcik yang jerit change tu, dia nak arahkan student tukar stesyen bila-bila je yang dia nak. 
Lagi pun, 1 minit adalah masa yang lama........(?????) Don't waste time so much lah :p
Alhamdulillah, aku masuk hall exam ni ketika round yang ke-2. Jadi, bagi aku... Masa untuk aku jawab di satu-satu stesyen tu adalah mencukupi~ 

Tapi, ada jugak lah yang....
'Errrrrr, apa ni?'
'Nak hentam apa ni?'
 ' Ya Allah, berikanlah aku ilham. Kejap pakcik, jgn 'change' lagi. tak habis fikir lagi ni '

Gelabah punya pasal. Macam tu lah jadinya.
Highlight kan lagi sekali tentang format Anatomy practical exam ni.
Keseluruhannya, ada 25 stesyen yang mengandungi
11 Tulang
1 X-Ray
3 bahagian Cadiver (cth muscle/artery/nerve yang terdapat di bahagian tangan)
10 organ
*tertakhluk pada pindaan yang dibuat oleh pihak department bagi tahun pengajian tersebut.



Haaa, nak kongsi rahsia. Sebelum masuk exam tu, kami berpesan-pesan antara satu sama lain ;
1) kalau dah siap jawab, jangan terus angkat kepala. Pura-pura masih menjawab lagi. Supaya dapat bagi peluang kpd rakan-rakan lain yang belum siap lagi
2) kalau tulang, kalau ianya adalah tulang bahagian kanan, letak lah tulang tu kt bahagian kanan meja. Dan sebaliknya.
Best kan sepakat macam ni? Saya sayang akhawat yang baik hati dan setuju untuk berbuat demikian =)
Terima kasih sebab saling membantu....


Tutup cerita pasal Practical Anatomy~



Lepas tu, selang dua hari yang agak perit. Physiology practical exam pula~
Sebab apa perit. Pertamanya, rasa macam dua hari tu tak cukup nak cover semua topik. *impaknya apabila tangguh study!
Keduanya, Allah bagi saya dugaan sakit perut+muntah+pening kepala pada malam sebelum exam. Saya taktahu apa punca jadi macam ni. Nak cakap salah makan. Apa yang housemate makan, saya pun makan. Tapi, mereka tak kena apa-apa pun. Adoiiii~
Saya paksa diri juga untuk kuat. Sebab saya nak mumtaz! :)
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.....




Kalau Anatomy tadi, kita main dengan tulang dan mayat.
Kali ni, kt Physiology pula. Kita ada darah, katak, dan hal jantung :)

Format untuk Physiology Practical ni ada 2;
Oral (berdasarkan buku practical semata)
MCQ- 15q

Tu je... Yang macam cuak sikit ialah, waktu oral=lisan. 
Aku masuk berdua dengan coursemate. Dia mula dulu dan dapat topik HB content.
Aku dapat topik ESR(Erythrocyte Sedimentation Rate) 



Macam ni Professor=examiner tu tunjuk tube seperti kt atas tu

Lepas tu dia tanya,
'What is this?'
*answering
' What for? '
**answering
' Factors increasing??? '
***answering


'Syukran, you can go...'

Aku dah macam... Eh? Itu je dia tanya? Rasa tak puas hati. Tak sampai 5 minit pun. Apsal taknak tanya banyak? Penat aku cover satu buku tu dalam masa 2 hari. Haha. Sabo jela~
Takpe lah kan. Dia tanya sikit tu pun, dah gelabah dan tergagap-gagap bagai. Ni kan pula bila dia tanya banyak. Syukurlah soalan yang tu je! =)

Lepas oral, jawab MCQ pula...
Segalanya okayyy okayyy je! Alhamdulillah. 








p/s: Perut masih lagi berbunyi-bunyi angin apa ntah? Aku pun takfaham :(
Takde selera makan, dan taktahu nak makan apa untuk naikkan selera ni...












Saturday, May 5, 2012

Her Love Story



Read her blog first to know the whole story~

' Itu yang manis '
Dena Bahrin dan suami,  Arif


Can I have such love story like this???
I really believe in love after marriage. Mak Abah, can both of you have an arrange marriage for me pleaseeee??
Because I know it is so beautiful and full of barakah...
Hurmmm, never mind...
Allah kan ada! Doa banyak-banyak supaya kau akan dapat kisah cinta sebegini rupa.


Huuuuu... Nadia yang gedik dah mula berangan~

Ini memang doa yang dah terdesak sangat kot.... Amboiiiii~



Sudah-sudah laaa tu.
Haihhhh...



Kalau bab berangan, macam-macam yang difikirkan :p
Subhanallah, pelihara lah aku....

Nak macam niiii.....


But then,


okay noted!!! I will work on the relationship towards Allah first... ^_^



Thursday, May 3, 2012

Musibah dan Muhasabah





[credit]


By the way, why u ask? 
because Allah is giving u difficulties on the level that u can handle, and testing ur faith toward Allah,,
u may find it hard in this life,,
but Allah is the All knowing 
and this difficulties can actually be a way of finding Heaven in the future, think wise.





Nak ucap takziah kepada salah seorang rakan seperjuangan, Nurul Jannah bt Jasmine atas kehilangan bapa tersayang.
terperanjat jugak lah bila dengar berita ni kan. Hurm, namun ajal maut di tangan Tuhan kan. Bila dah tiba masa. Kita juga akan kembali semula menemui Allah SWT

Bila keadaan macam ni terjadi, ingatan terhadap mak abah sangat kuat. Sangat-sangat! Tetiba aku yang rasa macam nak balik Malaysia malam ni jugak! *air mata mengalir dengan laju...
Hurmmm... Tapi, memang tak lah kan. Dok fikir banyak-banyak pun takde guna nya. Aku yang over pulak. Orang yang mengalami takde plak rasa macam ni...

Apa yang aku nampak kt sini ialah, 
Jannah memang kuat dan tabah orang nya. 
Memang ada hikmah Allah turun kan ujian ni kt dia pada saat-saat genting fatrah exam macam ni. Subhanallah~

Moga roh bapa Jannah ditempatkan bersama orang-orang yg soleh. Aminnnn~











Ada lagi hal lain yang terlintas di fikiran dan hati...
opsss, shuhhh, shuhhhh...
Jauh dari pemikiran plizzzz~
Sila berfikiran positif! =)




#Next practical exam. Anatomy Practical~




#Part 1- Sedikit cuai


All praises to Allah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah!
Dah habis satu paper. Histology practical. Huuuuu.... 
Debaran yang terasa sebelum jawab exam macam nak apa je. Kalau nak cakap macam perasaan nak jumpa ehem2 tu, ntah lah. Tak pernah ada plak.. Tapi, macam ni lah kot ya perasaan debaran tu? Haha.. Gatal plak kau Nadia. Euuwwww~

Meh sini nak cerita sikit bagaimanakah gayanya practical exam Histology ni.
Sebelum tu, mesti nak tahu format dye kan.


Bagi Histology, keseluruhannya ada 3 bahagian
-Lukisan
-LM picture (usha pada microscope)
-EM picture (gambar hitam putih yg sudah di 'laminate' kan)

Mula-mula kena buat lukisan tu dulu. 15 minit masa untuk menjawab
Lepas tu, mula pula dengan soalan slide-slide. Ada 20 stesen kesemuanya. Selesai jawab satu, pindah ke stesen yang lain dan seterusnya. Sehingga lah selesai~

Nampak macam senang je kan. Haish, disebabkan macam ni jangkaan kami dan jugak sikap yang memandang enteng terhadap lukisan-lukisan dan slide-slide yang ada. 
Malam sebelum exam tu lah baru nak  'urghhh, haaaa, ooooo, huuuuu....'
Dulu waktu dalam kelas praktikal taknak fokus. Main-main. Setakat tengok-tengok slide kt microscope macam tu je.. Lepas tu blah! 
Bila nak exam baru tetiba rasa nak hargai masa ketika praktikal tu. Memang tak dapat lah kan. Haha.. Padan muka. Amik kau~
Kepada adik-adik junior ambil ikhtibar. Lagi-lagi kalau pasal gambar yang kena lukis tuh. Jangan dah last minute baru lah terkedek-kedek nak tahu kenapa kena lukis macam tu, nak letak dot-dot apa je, kena guna kaler apa..... Adoi~



Sebahagian lukisan yang perlu dilukis

Sebenarnya, benda yang macam susah sikit ialah bab yang lukis-lukis tuh. Secara terus terang, waktu kelas praktikal tak ambil berat pun pasal ni. Lagi-lagi lecturer tu takde lah plak nak cakap apa-apa kan. Jadi kami takdelah 'noted' sangat yang benda ni penting.
Sekali nyaaaa, seminggu sebelum exam dah pening itu ini. Malam sebelum exam lagi, ehhh?? Macam nya pagi sebelum exam pun.. Tak selesai lagi masalah lukisan ni! Hahaha... kaler biru lah, merah lah??? Akhirnya, K.I.V je... 
Tapi, Alhamdulillah lukisan yang rumit tu... Tak masuk pun.
Dalam 20++ lukisan yang ada tu. 
Sebenarnya, 2 lukisan je pun yang kena lukis ketika exam. Tu pasal lah berdebar semacam. Dalam banyak-banyak lukisan tu, aku nak kena lukis yang mana ni.

Alhamdulillah again, i've got....
Spinal Ganglia & Elastic cartilage
(no display image is available)

Ni baru bab lukis-lukis....
Masuk je part yang slide-slide tuh. Lagi lah, gabra dye dah jadi lain. Hehe.
Sebab nya????
Bila je dengar word MOVE!....
Memang rasa macam nak, terkinja-kinja kt tengah-tengah exam tu. Lepas tu, cakap.. 
'Kejap lah, kejap lah!!! Lek lu~'
HAHAHA.... Bajet lecturer2 Arab yang ada tu nak layan je kan...
Ada yang tak habis tulis lagi, dah kena tukar stesyen. What the *%4#%&??? Adoiiii~
Membebel Nadia, membebel~~~





Lepas tu, tengah dalam kegelabahan nak jawab tu serta pertukaran stesen yang menekankan lagi keadaan...
Aku jadi bingung antara 3 slide ni.
Mana satu moderator band, umbilical cord dan jugak Medium-sized artery & vein




Belum kira lagi dengan yang salah. Entah lah... Tawakal Nadia. Ingat, Allah lihat pada usaha anda.....
Ouh, my bad!! Tu lah... cuai sangat.. Huuuu~



Tapi, cakap banyak kt sini pun... Benda dah jadi pun. 
Tak boleh pusingkan masa dah. Apa aku jawab tempoh hari, itu lah dia! =)
Bila cerita semula kt kawan-kawan.. Yela , macam biasa lah kan. Lepas habis satu paper, mesti ada yang tanya, 'Okay tak tadi?'
Aku cerita lah balik apa yang aku dok membebel kat atas ni kan. Hehe..
Alih-alih, ukhti-ukhti yang positif ni pun jawab,
' Takpe je..... Doa banyak-banyak, biar lecturer yang tanda tu. Nampak betul je semua jawapan yang kita tulis tu! '
InsyaAllah~ 



*seronok jawab exam. Dapat pengalaman baru.
senyum lebar~