Tuesday, May 31, 2011

Welcome JUNE!!




5 facts about me for the previous MAY~

#1 Eat

#2 Sleep

#3 Facebook-ing & blogging

#4 Watching TV, Youtube, Korean

#5 Broken heart







Ceiittt, ingatkan fakta apa lah td kan?? Haha.. Saja je nk mempoyokan diri ini. *Huh, mngerlip2 mata aku tgok benda kat atas ni.. 
Please bring back the essence of awesomeness??? Huh?? Will you?? Can we?? Should I??
Mimpi jelah kan.. Sama je, hari-hari yg akan dtg ni. Aku dah mati katak kot kebosanan di dalam rumah ni. Nak sembang dgn org pun. Xde mood. Kalau ada org msj pun, sumpah aku dh malas nk text. Padahal tiap 5 minit jeling tipon kot. Huhu. Tunggu msj sape pun aku x tahu.. Nak call org, lagi lah aku nyampah. Malas nak picit-picit nombor. Apa lah punya perangai kan.. Nasib badan lah~ Huhu..



Tapi, aku ada 5 benda nak buat di kala cuti yg berbaki 3 bulan ini.. *Sumpah lama lagi weh! 




#1 Belajar memasak
mak bapak suruh jadi wanita mithali. Sementara ada waktu terluang ni, belajar jd wanita sebenar! Dan aku pun, tergerak hati lah kan..




#2 Turunkan berat badan. 
Dari 50++ kepada 48. Mesti boleh punya! Amalkan gaya hidup sihat.




#3 Mencari idea untuk tulis blog
perghh.. insyaAllah, klu idea tgh mencurah2 kan.. klu x, terkubur jela cita-cita ni??





#4 Tunggu putera impian 
nak duduk melangut depan pintu rumah. Dan menanti kuda-kuda istana bersama rombongan meminang. Serta bawa aku jauh dari dunia kebosanan ini! 



#5 Membaca sebanyak mungkin bahan ilmiah
Sekurang-kurangnya aku mengisi waktu lapang aku dgn perkara yg sedikit berfaedah kan~






Dan, perkara paling utama aku nak buat ialah...




Gain the Strength!!!








Albert Enstein cipta apa erkkk??

Salam rakan sekalian..

Tetiba teringat peribahasa 'Yang bulat tidak akan datang bergolek, Yang pipih tidak akan datang melayang'.. Kalau nak kaitkan dengan situasi aku ni ialah tentang I.L.M.U.
xkan ilmu tu dtg tiba-tiba dpn mata, kalau bukan kita dgn sendiri nya pergi cari~
Yela, ada suatu malam tu.. Mak aku ada tanya lah kan.. Enstein tu cipta apa erk?? Aku dengan terpinga-pinga n terkedu, x tahu nak jawab apa. Yela, kt sekolah mana ada belajar psl sejarah Enstein pun.. Tapi, aku jawablah yg dia ada bgtau dunia psl formula2 Fizik dia tuh.. Haha. Tak kan nk diam je kot.. Ego yg kita tahu semua benda tu mestilah ada kan.. Adui la, niat x bleh blah langsung. Hehe.. jadi, aku ni plak, dengan rasa semangat nya. Dan xnk perkara yg sama brlaku kalau2 ada org lain plak tanya soalan yg sama. Kemudian, aku x tau nk jawab apa. Bukan kah itu suatu perkara yg sgt2 rugi?? Hehe..
Maka, aku pun pergilah google dan jumpa lah sikit info kt wikipedia ni..







Waktu tu, baru aku perasan yg sebenarnya ilmu kt dada ni x lengkap lagi. Ilmu yg dikatakan banyak ni pun, sebenarnya hanya lah umpama setitik air lautan yg besar berbanding dgn ilmu Allah tu.. Sumpah banyak lagi benda yg perlu kita belajar. 
Walaupun kita tgh berjalan membeli belah sekali pun, sebenarnya ada je ilmu yg kita akan dpt.. Ilmu tu ada di mana-mana shj. Bergantung pada diri masing-masing lah kan.. Nak atau pun xnk??? Hehe..
"Tuntutlah Ilmu hingga ke negara China sekalipun"
Alaaa, x payah lah sampai kt China tu ha. Yang dalam negara pun x sempai nk teroka semua. Dah berangan mat Jenin plak kan.. huhu..

Eh, aku kan dh baca sikit2 info psl Enstein tu. Nak lah kongsi gak dengan korg~
Perkara yg membuatkan org kenal dia ialah, sbb dia ni telah menerima Anugerah hadiah Nobel dalam bidang Fizik mengenai kesan Fotoelektrik dan sumbangannya  terhadap Fizik Teori.
hebat kot! Kalau kita nk buat suatu penemuan sains mcm ni?? Mahu nya, jd bengong kot.. Haha... Belajar pun bagai nak pecah kepala..
Tapi, si Enstein ni.. Boleh plak dia jumpa teori cmni kan.. 
Lepas tu, menambahkan beban subjek kt kita lagi??.. Haha.. Just kiddin'..

Kalau anda adalah pelajar sains dan belajar Fizik. mesti kena tahu sumbangan2 Enstein ni kan.. hehe.. X kan nk belajar je? Ada bnyk lagi kot teori si Enstein ni keluarkan. Pasal molekul, konsep relatif lagi, dsb. Aku mcm mls nk selidik lg.. Haha.. Kalau nk buka satu persatu fakta dia ni, pening kot. Kena berguru lah gamaknya.. Hehe..







kesimpulan kt sini..
Jgn berasa jemu utk belajar benda baru K!! 

Sedangkan Jihad Ilmiah itu adalah jalan perjuangan menuju pd keredhaan Allah. Kalau kita terkorban sekalipun ketika sedang menuntut ilmu. Ketahuilah bahawa kita akan tergolong dalam mereka yg mati Syahid..


Maksudnya: Daripada Anas Radiallahu `anhu katanya, sabda Rasulullah SAW, 
" Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu bererti ia berjuang pada jalan Allah sehinggalah ia kembali"

Wallahu`alam







Friday, May 27, 2011

terjumpa Episod Akhir Cinta Melody~





Sedang aku sibuk selongkar itu ini dalam fb dan dalam proses nk remove beberapa rakan yg aku rasa x perlu tu, tetiba aku jumpa video ni! Haha.. Sumpah lawak plak.. Sempat lg plak nk usha2 kan.. I`m really a great n successful stalker lah! 
Nak tgok full version ke?? Nah! Amik ni.. Jangan terkilan ke apa lah plak kan.. Lepas aku tgok video tu, tetiba cm dah xnk  tunggu setiap episod kt Astro Ria.. Malas sudah. Yela, Melody bkn dgn Elang kot.. Hero dah la Elang?? tetiba si Melody ni dgn org lain plak.. Tapi, dah tajuk cerita dia pun Cinta Melody kan.. Apa kisah pun dgn si Elang tu?? Haha..




Antara babak2 dalam episod akhir tu
Ambil dari pak cik google jela kan.. Haha..




Inilah barisan utama sebenar bg drama ni. Kalau korg imbas balik drama ni punya video pengenalan, langsung xde hero yg belah kanan tu kan.. Ada muka Elang je kan.. Hehe.. Ntah la..









Sesiapa yg memg xnk tgok apa yg terjadi pada episod akhir tu.. Redha n pasrah lah menanti setiap episod tu eh! hehe. Aku pun xdelah berhenti terus drpd x tg0k langsung.. Nak jugak tahu cmne hero kedua n cinta seterus Melody ni muncul!
Jom sama-sama pasrah.. Walaupun aku dah tahu apa ending drama ni. Haha..






Bersambung........



Thursday, May 26, 2011

Interview kerja ekspress dan berjaya tapi tolak!



Gambar hiasan

Apa punya perangai lah kan. Haha. Serius ntah apa2.. 
Mcm ni tau. Kt tempat aku ni, Jakel yg kedai kain tu nk bukak cawangan kt Sungai Besar. Mak aku lah ni yg beria. Dia suruh aku pergi jela temuduga kerja tu kan. Alang-alang bosan sgt kt rumah tu~ 

Mula-mula aku mcm berminat lah jugak, tapi mak aku x bgtau tarikh yg spesifik bila temuduga tuh. Dan nasib lah baik, semalam(26 Mei) tu aku pergi merayau-rayau jap kt pekan tu kan.. Tapi, x perasan lak ada banner psl segala maklumat temuduga tuh. Jd, aku wt selamba jela. Waktu tu aku sorg2 je wt rondaan.. Lepas tu, rondaan yg kedua plak. Mak aku ikut sekali sbb dia mcm x puas ati. Haha.. 
Tengok punya tengok. Pergghh, temuduga tu hari tu jugak. Dengan perasaan cool n x bersedia nya.. Kami dua beranak pergilah menempek kt tempat yg diadakan temuduga tuh. Nasib lah akak tu sporting kan. Sumpah ntah apa2. Aku nak gelak je sepanjang isi borang n tunggu giliran tu. Senyum2 kambing jela yg mmpu aku lakukan.. Yela, dgn pengalaman bekerja yg kosong nya. Zero kot dtg sana.. Pen pun x terbawa. Nasib lah ada pakwe hensem ni bg pinjam pen kan.. Haha.. 
Lepas 2 minit hantar borang, terus je nama aku kena panggil.. What?? Padahal ramai je org lain tgh tunggu kt tepi-tepi tu kan. Tapi, aku bukan nya harap sgt dpt kerja ni. Jadi, aku redah jela. Tp, dlm hati selawat lah jugak kan.. Hehe.. 

A: Kenalkan diri adik
B:bla..bla..
A: x kisah ke kerja penat-penat ni?? Kena berdiri n xde duduk. X boleh main henset..
B: Ala kak, keja apa yg x penat kan. Kecuali tidur.. (sempat buat lawak plak. Haha) Saya x kisah pun lah. Saya nk kerja ni utk isi masa cuti saya je~
A: 0uh, psl gaji ni. Kami x dpt lah nk bg yg tinggi2 setaraf dgn diploma n ijazah punya level. Plg2 x, RM500 tu lah pendahuluan gaji adik..
B: Hah?? sy budak lg.. Belum ijazah pun lah. Saya x kisah jugak.. Huhu.. Lagipun, sy nk jd part-timer je.
A: Hurm, tu la masalah skrg. Klu bleh, kami nk yg permanent. Sbb klu adik diterima, kena pergi training. Kt Tanjung Karang selama sebulan..
B: ???????
(aku dah agak speechless)
A: Itu yg akak nk gtau awal2 ni.. Boleh ke agak2 kalau sabtu ni pergi training tu?? Kami ada sediakan hostel kat sana.. Gaji plak, duit makan jela eh.
B: Errrr, nanti sy bincang dgn Parents dulu lah.
A: 0k, nanti kalau adik diterima. Kami akan tipon. Kalau xde, maksudnya adik x dpt lah kerja ni..

Bla..bla..bla..


Whooaa, best lah kan klu cmni je temuduga. Soalan dia pun x mencabar sgt.. Haha.. 
Dipendekkan cerita, petang tu jugak.. Pihak temuduga jakel tu tipon aku. Aku diterima weh!! Haha. Dia dah suruh bawak bantal n barang2 keperluan diri lagi.. tapi, aku tolak dengan cara yg aman lah. Sebab aku xnk pergi training SEBULAN kt Tanjung Karang tuh.. Hish, X sanggup kot! Xnk! Haha..
Jadi, aku agak terkilan juga sebab tolak mcm tu je kan.. Tapi, sekejap je. Lepas tu, dh x kisah apa2.. 


Cuma kan.. aku teringat dgn pakwe yg bg aku pinjam pen td je. Hensem kot.. rugi aku x tegur dia td, dan bg biz card..  Aku sangat2 mempoyokan diri dan x pandang sesiapa pun.. Huhu.. Muka dia pun aku x berapa ingat.. Aduh! Betapa ruginya aku ni kan.. Lepas tu, mak aku cerita yg dia tu peramah semacam... Hehe.. Tanya2 psl aku.. Ceh, blushing kot! :p






Tetiba je Peter Gade kan.. haha.. Ada sikit-sikit bayangan muka dia yg lebih kurg mcm Peter Gade kot.. Hensem lah dia. Dapat tahu nama pun ok kot.. Klu tgok umur, mngkin sebaya ataupun ntah laa.. Hehe.. comel sangat lah..
Aduh! Angin cintun mana lah yg hinggap kt aku ni kn.. Tapi, lama-lama aku sedar lah jugak. Nak harapkan keajaiban terjadi? X mungkin lah. 
Jadi, aku hnya mmpu berdoa. 
Semoga dia bertemu jodoh yg solehah dan yg setaraf dgn diri dia.. huhu.. Ayat pasrah je kan. Tapi, nak lah jugak jumpa dgn dia.. sekali je..

0k nadia! Stop  it!! haha.. X malu ke apa?? :p
begitulah pengalaman temuduga kerja aku berakhir~








KUSESS juga tersenarai sebagai Sekolah Berprestij Tinggi (SBT)



Baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap sbg Menteri Pelajaran Malaysia ada umumkan lagi 9 sekolah baru yg diiktiraf sebagai SBT.. Dan menjadikan jumlah SBT terkini menjadi 52. Wah2, bangga x?? haha.. Apa ntah kn.. Alaaa, saja nk share kt sini.. Walaupun, aku ni hanya pelajar biasa2 je kn.. Hiraukan jela apa bebudak lain nak ckp.. Aku ada dgr juga psl perkara ni dari mulut org, tp x rasmi lg lah.. Alang2  dah ada artikel dalam surat khabar psl bnda ni. Buat apa nk ragu-ragu lg kan.. Hehe. :p



Antara 9 sekolah yg baru diiktiraf SBT;

Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban
Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu
Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong, Kuala Terengganu
Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan 
Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Kuala Selangor 
Sekolah Menengah Agama Naim LilBanat, Kota Bharu. 
Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam 
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tung Hua, Sibu. 






Tahniah! Di atas pencapaian di atas..
Barulah sekarang, orang nmpk sikit KUSESS tu apa kan.. Kalau x, jarang jugak orang nk tahu. Eceh, femes ke? Haha.. Xde mkna lah.. Gelaran je pun.. Tapi, apa yg pasti. Cabaran yg besar buat para guru utk pastikan kualiti para pelajar terjamin dan setaraf dengan gelaran ni kan.. 
Semoga SM SAINS KUALA SELANGOR a.k.a. KUALA SELANGOR SCIENCE SECONDARY SCHOOL ni terus maju jaya lah ye.. :)





Antara barisan para pentadbir KUSESS.. 
Pengetua Cemerlang, Bonda Pengetua Rossminah(satu-satu nya perempuan di barisan hadapan) yg telah membawa satu anjakan paradigma. Ketegasan beliau sangat2 membuahkan hasil lah. Memandangkan aku ni adalah antara batch pertama yg bersama dgn beliau. Agak terpernjat jugak lah dgn gaya pengurusan n pentadbiran beliau kan.. Hehe.. Apa-apa pun, memang sgt menampakkan suatu impak yg besar. Cuba tgok balik dlm senarai 9 sekolah kt atas tu, bekas sekolah Bonda Pengetua pun ada sekali lah iaitu SM Sains Sabah, KK.. Aiikk?? Siapa ikut siapa ni?? Haha.. Klu ada KUSESS, ada SMESH?? Klu ada SMESH, mesti ada KUSESS kah?? Haha.. sumpah lawak.. Apa2 jela kan.. Yang penting, dua2 sekolah beliau tersenarai. Jadi, xde lah terkilan ke apa. Huhu, Gurau jela..
Alahamdulillah, tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi.
KUSESS no. 1!
Go For Gold!! 





Zamrudians

Ucapan Tahniah daripada kami. Cewah! Haha.. Dari aku je kot?? Jangan poyo sangat lah kan..
Nak tekan kan sekali lagi lah eh..
Di sini lah lahirnya pemimpin yang bertaraf antarabangsa dgn sifat 
SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH dan FATANAH.



Selamat Mahu jaya!!!





With love,
0509- Beyond Boundaries






Wednesday, May 25, 2011

Keinginan Tekad! KePutusan Siap!

Sesi kemaskini UPU bg Fasa 2 dah nk tamat pun. Segala resah gelisah, keliru, kecewa dan tekanan perasaan, akhirnya hampir berakhir jua.. Sampai mcm tu sekali kn.. Haha.. Di kala semua org berbicara tntg pointer, kali ni aku x mampu nk tunjuk result penuh final aku, seperti aku ada beritahu psl result aku yg sebelum2 ni. 
Agak segan dan terasa hampeh jugaklah klu tunjuk pun! Tapi, aku nk kongsi lah apa pilihan yg telah aku buat.. Itupun, setelah berhempas pulas dengan otak dan disesuaikan dengan tahap kelayakan, minat, dan peluang pekerjaan. Aku betul2 ikut tips yg aku ada sarankan tu. Secara jujurnya, aku banyak 'berpihak' pd pandangan n kehendak ibu bapa. Aku agak kalah dlm bab-bab cmni. Kurg kekuatan utk berdebat itu ini. Sebab aku berpegang kuat dengan prinsip orang yang lebih tua lagi2 ibu bapa kita, selalu betul, sahih, tepat dan boleh dipercayai. Malah, restu mereka amat penting dalam segala hal. 
Mula-mula aku nk bangkang jugak lah kn.. Tapi, secara logiknya memg betul pun apa yg mereka suarakan. Dan, aku terima! Siapa suruh dpt pointer ciput?? Haha.. Gelak tawa dlm tangisan dan kekesalan~
Abaikan perbincangan di atas. Betapa aku cuba untuk menjadi anak solehah kn. Huhu. Poyo je lebih. Keputusan dah dibuat pun. Aku dah tunjuk jugak kpd mereka pilihan yg aku dah lakukan ni. Nampak sikit lah puas hati tu.. Hehe. Alhamdulillah~





Semua nk cerita psl result dan UPU ni. Aku pun nk lah jugak.. Hehe. Tapi, cerita aku mcm nmpak sadis sikit la kn. Huhu.

Semua mengharapkan agar pilihan pertama mereka yg akan di terima pakai. Macam aku jugak lah.
Kalau lah dpt Gigi tu. Alhamdulillah, aku akan sujud syukur.. And, I would like to say `welcome to the teeth world`.. Haha. Tetiba je kn. yela, x pernah2 rasa nk jd Dentist weh! Ntah la, tu yg rasa mcm nk la rasa apa yg best sgt dgn dentist ni. Ngeee~ tunjuk gigi sikit. Credit to Allah, because He gave U a beautiful smile with nice teeth. 0yeeaaahh!! Alhamdulillah. 
Tapi, ce tengok pilihan ke-8 tu. Macam lari je dgn 7 pilihan kt atas. Haha. Entah nape aku letak benda tu. Mungkin utk memuaskan jugak keinginan aku yg lain. Muka comel, tp hati ada bom kot. Xnk kalah jugak! I think, sometimes i really in love with Chemistry. But sometimes, I`m gonna to hate it. Entah la, mngkin saje letak bidang tu biar cantik mata memandang kot. Pelik kn?? 

Xpelah. I`ve just done with it. 

The rest, Just let Allah decide it which is the best for me and my future..




Tuesday, May 24, 2011

When I think, I`m useless..





Without Allah, we are nothing. 
Always ask for His forgiveness for all ur wrongdoings!
Don`t be too arrogant by ignore Allah. Especially, when you are happy..
0h my... My english is so suck beb! 
Just let myself to do this.. Otherwise, my english will be always suck and bad. So, i`ve to practice often.. Thanx to support me..




Right now!! I really need somebody to be here with me! 
And, HUG me tightly...
Lend her shoulder and let me cry... 
Ya Allah, Help me to be stronger. I just really can`t face this situation by myself! 
Please someone.. I can`t bear it any more..
Keliru, bimbang, Risau, Sedih..


Kata-kata semangat kau mana weh?!
Just stop  it, 0k!
Be strong girl! And, Stop crying.. 
Look forward n stop that negative thinking..
Pray harder to Allah
May Allah always bless us





Monday, May 23, 2011

UPU-Keliru utk buat Pilihan??



Alhamdulillah, sekarang aku ada lah sikit2 mood nk ckp pasal result, UPU, kerjaya dan hal-hal lain yg berkaitan dgn studi masing2 pada masa akan datang. Yela, siapa yg x risau weh! Masa depan ni. Dan sgt2 berkait rapat dgn kerjaya kita, di mana apabila seseorg itu memiliki kehidupan yg betul2 stabil dan mampu berdiri di atas kaki sendiri.. Sebenarnya, barulah boleh digelar sbg seorg yg berjaya..!! Don`t believe in my words?? Percayalah!! Hehe..

Di kala semua org asyik tanya-menanya psl pointer n pilihan UPU ni kn.. Aku naik rimas jugak lah.. Tapi, nk wt cmne. Biasalah, klu perasaan ingin tahu tu kuat kn.. Kalau xde org tnya langsung, digelarnya lupa kwn. Waktu senang bersama, waktu susah lupa! Haha..
Aku pulak, yg ditakdirkan dgn mndapat result yg kurg cemerlang ni.. Agak kurg lah nk g terhegeh2 tanya semua kwn2 aku punya result. Mestilah, dia akan tanya kita balik kn. Waktu tu, memg x bleh selindung lagi ah psl result kita tu. Wlu kau sorok mcm mana pun, org akan tahu jugak lah.. Huhu..

Lepas dh tau result, masing2 pening nk pilih apa kt UPU. Termasuk aku lah tu... Jadi keliru sbb terpaksa bergelut dgn pelbagai emosi dan kriteria-kriteria yg bermain2 kt fikiran masing2.. ditelan mati emak, diluah mati bapak. Nak pilih itu, mcm x layak. Dah pilih yg ni plak, X minat n mak bpk x bg.. Akhir sekali, terkapai-kapai lah kita antara cita-cita atau pun kehendak semasa..
Kalau aku lah kan, aku cadangkan korg semua wt cmni utk isi UPU..




>Kelayakan
Pertama sekali, kita kena ukur baju di bdn sendiri dulu. Kalau betul-betul layak dan memenuhi syarat-syarat minimum sst bidang yg kita pilih tu, barulah boleh kita amik kos tu. Bygkan klu saiz baju kita adalah L, tetiba dpt plak S. 100% gerenti, kita x pakai baju tu dah kn.. Jadi, bygkan plak klu kita pilih kos yg x penuhi syarat minimum bidang tu, sudah semestinya kena tolak dgn sistem.. Lepas tu, x pasal-pasal dpt bidang yg lelong plak.. Sumpah sedih kn.. pendek cerita, klu rasa x layak tu.. Xpayah lah gatal tgn nk mohon jugak.. X guna pun. Baik isi dgn kos lain yg agak2 sesuai dgn pointer. 



>Minat (kemampuan)
Ada ke org mohon bidang yg dia sndiri x minat?? Kalau ada, baik ubah balik weh! X guna klu kau teruskan wt bidang tu. Ini adalah pndangan peribadi aku. Klu x minat, susah lah kau nk bwk. Susah lah kau nk cemerlang. Melainkan klu kau dh tetiba suka bidang tu dan bidang tu plak dpt naikkan minat kau.. Tp, peratusan mustahil tu sgt tinggi lah jgak.. Sia2 je kau bazirkan masa utk sst yg kau kurg minat, utk sst yg kau tak ada hati langsung.. Jadi, pilihlah bidang tu ikut minat dan betul2 serasi dgn kita! 



>Ibu Bapa
Mungkin ada jugak yg jadi keliru dan pening sbb tetiba nk kena teliti pulak harapan ibu bapa.. Mana tidaknya, dah elok pilih bidang yg agak-agak sesuai dgn kelayakan dan minat.. Mak bpk plak x setuju, sbb mereka risau dgn kerjaya kita pd masa kan dtg.. Bidang yg kita pilih tu, `does not secure their child for any job in the future`. Sth like that lah..Klu lah anda berada kt tmpat sebagaimana yg aku rasai skrg ni. Jgn lah jd anak derhaka plak tau.. Cuba bincang elok2 dulu, sbb mereka hanya risau dgn kehidupan masa depan kita je. Mereka x nmpk apa kaitan nya bidang yg korg pilih tu dgn kerjaya yg akan korg miliki nanti.. Jadi, berilah mereka ruang dan waktu dgn menerangkan sebaik yg mngkin, akan bidang yg korg pilih ni.. Barulah betul anak yg solehah. Tapi, kalau ada kes yg parents x setuju dan nk jugak anak dia wt apa yg mereka suka.. Itu hal keluarga, pandai lah korg uruskan sendiri eh! Hehe..




>Peluang Kerja- 5 tahun akan datang
Sekarang ni pun, semua org blajar sbb nk dpt kerja. Nampak plak kt sini yg kita belajar sbb dunia.. Subhanallah. Moga diperbetulkan niat tu.. Huhu.. Lagipun, itulah yg merunsingkan para lepasan ijazah waktu kini.. Belajar tinggi-tinggi, tapi masih xdpt apa-apa kerja lg.. Jadi, sebelum pilih apa2 bidang tuh.. Selidik dulu kerjaya apa yg boleh korg join lepas dh abis belajar nanti.. Xde lah rasa sia-sia belajar 5-6 tahun kn.. Agak-agak tu juga, pandai-pandai lah selongkar mana2 peluang yg ada kn. Tingkatkan jugak kualiti diri tu. Contoh, kemahiran berkomunikasi. Sgt penting kot kemahiran tu.. Dan lain2 kemahiran juga~


>Istikharah
Dan kalau rasa buntu sgt2 dah, buatlah istikharah kepada Allah sebelum betul-betul yakin utk wt pilihan. Jgn suka ati nk hentam keromo je. Masa depan ni weh! Yela, sbg seorang Islam. Kita kena yakin satu perkara ni, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yg tentukan.. lagipun, Allah sebaik2 tempat kita memohon perlindungan dan pertolongan kn.. Jangan terlalu sombong dgn nikmat yg sedia ada ni. Maka, yakinlah.. Walau apa pun, yg kita lakukan dan pilih sekarang.. Sesungguhnya, Allah tahu apa yg terbaaik utk kita kn. 




"diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi mu, danboleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Surah Al-baqarah ayat 216. 






Secara tuntasnya...
Aku masih lagi perlukan masa untuk membuat keputusan. Janganlah tiru mcm sy ni eh! Haha.. InsyaAllah, klu korg cuba ikut serba sedikit yg aku dah gtau kt atas tu.. Xde masalah dah.
Bnykkan buat `research` jugak. Cari pengalaman org n kerjaya yg berkaitan!
Aku memg tgh bingung skrg ni.. Subhanallah.. Susah jugak rupanya nk wt keputusan. Iman x kuat agak nya.. Tu yg sukar berpendirian tetap.. Huhu..









Sunday, May 22, 2011

Back to 23th May





Amaran! Entry ini sgt pnjg dan terlebih kapasiti.. Harap Maklum lah..Kalau xnk baca, jgn bukk pun.. Haha...





Memoir




23 Mei........
Cepat! Siapa ingat tarikh keramat ni?? Haha...
Segalanya Bermula, Apabila.. Aku terima tawaran PASUM..
Bg tahun 2010, waktu ni jatuh pd hari ahad! Yakni, Hari Pendaftaran bg kemasukan Pusat Asasi Sains UM sesi 10/11.. Tapi, lebih tepat klu nk ckp yg waktu tu sbnarnya cuma pndaftaran bg penginapan je.. Di mana kami ditempatkan kt Kolej 12.. Antara kolej yg terunggul kt UM tuh! Sbb ada Tasik yg sgt besar kot?? dan kelihatan mcm apartment?? Haha..  Lepas tu, es0k nya Isnin plak hari pendaftaran bg PASUM tu plak.. Kena urus itu ini plak kn. Psl dokumen2 yg memeningkan kepala. Sabo je la~
Minggu HaluanSiswa yg mantap. Boleh lah simpan jd kenangan skit2 kn. Yela, bygkan antara 1000++ 0rg tu, kau hnya berkesempatan kenal dgn bebudak sel n skola lama je.. Jadual yg sgt padat, kdg2 susah nk kenal semua 0rg jugak.. Kena lari sana sini. Pastu, dgn x bleh nk guna fon.. bkn x bleh lngsung, tp dlm masa seminggu MHS tu, jadual xtvt sgt padat.. N ada syarat2 yg kau x bleh guna fon waktu xtvt sdg dijlnkan.. Lg2, bila dgn PP.. Aku yg sgt skema ni mls lah nk gaduh ke apa kn. Haha... Sampaikan, bpk aku naik hangin je sbb klu kol utk mnggu tu je mesti tak angkat.. Balik bilik pkul 1-2 pg pulak tuh. Penat tak terkira dah.. Terus terlupa nak kol atau mesej.. Huhu. Tp, ada 1 tmpt yg kau bleh guna.. Kt tandas.. Pergh, aku x terfikir nak buat cmtu k0t. Haha. Otak suci kan. Ceh! Bajet je..





Sel 15

Antara rakan-rakan baru pertama yang aku kenal. Itupun jarang jugak jumpa wktu MHS. Aktiviti kumpulan sangat sikit & tak berpeluang nk sembang sangat pun.. 



Segalanya tetap jua Bermula, Apabila... Adanya Sesi kuliah+tutorial+amali di makmal ..
Haha..Pengalaman belajar di PASUM memg sgt2 mencabar! Kau akan berada di awang-awangan sekiranya x kuat semangat weh! Kena ada strategi belajar yg cemerlang la, klu kau betul2 nk jd org yg luar biasa cemerlang kn. Susah ke PASUM ni? Xde lah. Sbb ada je yg berjaya. Ikut org tu jugak lah. Klu kau bnyk main, hancus lah. Kalau kau genius n bnyk main, 50-50 jugak lah.. Kalau kau betul2 struggle n terperap dlm bilik tenung buku je, insyaAllah kau dpt rata.. Brgantung pd usaha da rezki masing2 lah..
Para pensyarah yg tidak kurg hebatnya! Bnyk bg tnjuk ajar dan pengetahuan2 lain. Bersabar dgn karenah kami yg ramai ni. Mereka juga dah bg yg terbaik utk semua pljr, yg tinggal hnya lah diri pelajar itu sendiri.



Sesi kuliah yang memerlukan tahap penghayatan yg sgt tinggi. Lagi2, bebudak hayat kan.. Ramai sangat-sangat kot. Melimpah ruah-padat-rapat-sesak. Ouh, hyperbola pula >..<



Amali kimia yang agak mencabar.
Sbb bnyk bahan kimia yg sangat  merbahaya. Dan, yang melibatkan api. Ada sesetengah bahan tu meletup-letup kalau dibakar. Gulp. Takut. Tapi, tak kan lah nak tarik diri pulak. Alamat nya, kosong lah markah eden untuk kimia tu.


Pembedahan tikus di makmal biologi. Mula-mula rasa tak sampai hati nak bedah tikus yang sangat comel ni. Tapi, apakan daya.



Segalanya terus bermula, Apabila.. Aku disenaraikan sebagai ahli tutorial Z2..
Alhamdulillah, tersenarai dalam kumpulan kecil bidang Sains Hayat yang ratusan itu. Banyak benda aku belajar dari ahli Z2 tu sendiri. Dan banyak ragam jugak yang dapat aku terokai dengan pelbagai perangai dan kerenah. Nak cakap menyampah, mestilah tak. Seronok. Sebab mereka mewarnai hari-hari ku di pasum sepanjang sesi kuliah dan turorial =)





Bersama dgn rakan sekuliah, setutorial, segosip, segaduh, rakan mengantuk, datang lambat, dll jugak! Dia adalah antara kwn aku yang paling setia kt Pasum ni. Hehe.. Jiey! Rindu awak! Ecewah~
Dan, di antara kami tu adalah Profesor Abu Bakar.. Beliau adalah PA kami, yg sgt kacak bergaya dan berwibawa! Fizik beliau memang sangat mantap. Terpaku gitu. Selalu bagi kata-kata semangat dan motivasi kat kami anak-anak dia ni ^^,








Ekcelli, banyak sangat gambar dengan ahli-ahli Z2 ni. Rasa macam nak letak semuaaaa je. Hehe. Tapi, makin berjela lah nanti entry blog ni nanti. Walaupun aku tahu kebanyakan orang akan scroll down tengok gambar dan tak baca pun ayat-ayat jiwang aku ni :p







Takde gambar chantek lain. Gegarrrrr~ Hehe.

Pergi Berbuka Puasa kt luar. 
Bincang punya bincang, destinasi yg diplih ialah KLCC. Erkkk, plan last minute. 
Lagipun, alang-alang nak buat majlis 'selamat tinggal' buat 2 classmate yang akan fly ke Mesir tak lama lagi tuh. Maka, dengan hati yang relapaksa kaki pun melangkah bersama. Ecewah~



Tak jumpa pic yg cantik.  Dapat selongkar yg ni je...


Sambut Befday Bella..
Perghh, surprise yg tak berapa nk jadi. Hehe. Macam-macam plan, tapi lain yang terjadi. Tapi, Alhamdulillah ni jela satu-satu aktiviti kelas yang dapat kumpulkan ahli-ahli wanita nya bersama ^^,



Jamuan terakhir sebelum masing-masing bawa haluan sendiri




Banyak lagi cerita2 antara aku dan Z2 ni.. Tapi, taknk cerita bnyk2.. takut terlebih had lah.. Biarlah jd kenangan utk aku dan mereka2 sahaja..
Seronok kenal dgn korg.. Dari segi belajar, korg bnyk tolong aku! bincang itu ini dan bertelagah ilmiah sesama sendiri. Bnyk sedarkan aku tntg sst perkara tu.
Ada yang jadi pembakar semangat aku.
Ada yg jd kwn gaduh.
Ada kwn yg jadi partner tiru2 n ubah result waktu amali fizik..
Ada jugak yg jadi kwn peneman sepi. Cewah!! Haha..
Bg girls, klu bosan2 pun.. Kekadang mesti akan singgah kt bilik korg kn.. Klu boys plak, xkn lah nk wt cmtu jgak kot? Haha.. Tapi, biasalah klu g mkn kt kafe sama2.. itupun muka yg sama je kan.. Plg2 pun, aku jugak lah yg mesti ada.. pendek cerita, aku ni dh mcm plan maker korg je kan.. Apa2 rujuk kt aku?? Haha..
Btw, Congratulations for those who got the best result! Whoaa, bangga lah dpt kenal dgn org hebat.. Maka, kita semua tlh LULUS TAMAT di PASUM dgn jayanya.. Haha.
Terima kasih la k0rg.. Atas segala tnjuk ajar, Ilmu, Makan minum, gelak tawa, sedih hiba, pengalaman, kerjasama,dll. Kadang2, aku suka ajak korg itu ini kn.. Terima kasih sbb layan karenah aku ni! Thank U sooo Much! :)




Segalanya juga bermula, Apabila aku rasa bngga dpt bilik C612 ... Haha.
Rasa bersyukur sangat, sebab dapat kolej ni dan bilik yang selesa ni. Tinggal takde dapur je untuk masak-masak semua. Eceh, macam lah rajin dan tahu masak.



View inside of C612
Bilik yang selesa. Meja study yang kondusif. Katil yang empuk. Eh? Pendek kata, selesa lah bilik ni. Dua orang sebilik. Pejam celik, bangun tido. Kau tengok muka aku, aku tengok muka kau. Hehe.



Suasana meja studi. 
Selalunya, klu bersepah dan penuh dengan buku-buku mcm kt atas tu, wktu musim exam lah. Eceh, nak cakap kuat study lettew. 


Segalanya bermula pula, Apabila.. Aku dpt masuk team Volleyball KK12 utk SUKMUM!
Kenangan yang ni memang tak boleh dilupakan. Sebab (?) Nak kena bersaing dengan majoriti pemain senior yang berbangsa CINA. Rasa mcm racist pulak kan. Tapi, tak boleh lah nak demand sangat. Sebab dorang main hebat kot~ Aku setakat dapat tahan digging pun dah kira okay lah tu =)
Kiranya, kalau setakat dah terpilih tu. Walau tak jadi pemain tetap pun. Hebat jugak lah kan. Hikhik.



Dengan mengamalkan sikap rendah diri tu, maka team Bola Tampar memperolehi tempat Naib Juara. Oyeahhh! Walaupun setakat jadi penonton sahaja, dapat jugak medal free :pppp




Segalanya bermula, Apabila.. Hari Jogathon PASUM sesi 10/11 berlangsung..
Eceh, satu2 nya acara sukan kt situ.. Dan dpt jua mengumpulkan semua budak2 pasum, walaupun hakikatnya ramai jugak yg x dtg.. Klu ada yg dgt pun, semuanya semata2 utk markah kokurikulum je.. Hehe.. Dalam ramai2 tu, Aku lah antara org yg seronok.. Haha. Semangat tu dpt main lari2 kn.. Tapi, xde rezki lah nk dpt tmpat.. Bagi peluang kt org lain jela.. :p









Berlagak je dgn piala org... Nasib lah kau kenal Atieya tuh ;pppp




Segalanya Bermula, Apabila... Aku join plak Pasukan Boria KK12 utk FESENI 10/11..
Waktu ni, bnyk lah jugak konflik2 yg berlaku kn. Lagi2 dh nk dekat dgn Mid Exam 2ndSem! Sedap pulak tu nk joget2 lg kn?! Huhu..
Apsal bila aku masuk apa2 xtvt, mesti dekat dgn waktu exam! Sumpah x fhm.. Adoi! Memg sgt2 mencabar minda, fizikal dan mental lah jugak. Rasa2 mcm nk mnyerah kalah je. Tapi kesian lah kt semua org. Mana bleh pentingkan diri sendiri. Itu yg aku belajar smpai skrg, Jgn sekali2 fikir psl kepentingan diri je dan kena pandai imbang masa antara xtvt dan study jugak.. Dan yg plg penting, Jgn sia2kan masa n prepare study awal2.. Jgn lengah2kn masa jugak.. Kalau lah aku betul2 manfaat kn masa.. 
Hepp! Apa yg kalau2 ni?? Itu semua syaitan punya bisikan.. Shoohh, g main jauh2!! 
Haha.. X dpt lah nk undur balik pun. Terima segala dgn seadanya dgn ati terbuka! Jadikan pengajaran~




Sangat manis kenangan bersama korg!
Saat Naib juara!
Saat duka lara suka cita!


EH???




Akhirnya, KK12 berjaya jugak memegang gelaran Juara setelah 3 tahun berturut2 hnya bergelar Naib Juara shj.. Klu x silap lah. Aku pun dgn rasa bngga nya menabik dada, sebab menjadi antara penyumbang kepada gelaran tersebut! Hoho. Tahniah lah kan..


Segalanya masih lagi Bermula, Apabila... Aku ada kawan yg  comel, cun n cantik belaka...
Cewah! Haha. Nasib lah kt bumi PASUM tu aku ada kenalan dr sekolah lama kn.. Xdelah nk terkapai2 sgt. Masuk2 je dh ada kawan. Jadi Rum8 lg tu.. Tak perlu risau apa2 pun..Bnyk jugak xtvt kehidupan seharian dgn mereka.. Mula dgn dftr masuk,g kuliah sesama, gosip itu ini, studi n stay up smpai pg.. Semua lah. memg xde ganti dah.. 



Faezah & Micak
Kawan Selamanya. Bnyk bntu klu aku x fhm studi, bg nasihat klu aku tgh tensen, gelak tawa, gurau senda, belanja mkn n minum, g mkn angin, sabar dgn karenah entah apa-apa aku ni jugak.. Gaduh n terasa ati?? xde kot.. Setakat ni, x ingat lah klu2 ada peristiwa yg kita bertiga bermasam muka kn. Hehe.. Kalau ada pun.. Minta maaf lah.. 

Dengan korg juga, aku belajar bnyk benda. Ada yg mematangkan, n ada jugak yg meng`kanak`kn.. Haha.. Terima kasih atas segala kenangan.. Walaupun, aku kadang-kadang takde dekat dgn korg.. Yela, aku ni kdg2 tu ntah merayap ke mana je.. Asyik xde dlm bilik, asyik jumpa itu ini.. Ntah apa2 je kn.. Kadang2, sampai seminggu jarang nk sembang sama2.. Padahal, takde la sibuk mne pun n bilik tak jauh pun.. Kdg2 tu , chat dekat fb je.. Haha.. Terima kasih la sbb tak kisah dgn `kesibukan` aku ni....  :p


Hari pertama aku turun ke Midvalley dgn korg
Utk berbuka puasa. Ingat lg tak? Hehe.. Dan peristiwa dompet tu. Memg benda nk jadi kan.. Apa punya masalah daaa.. Dah la, pertama kali jugak aku dapat keluar dgn korg kn.. Tup2, jd peristiwa cm tu.. Tp, mood tu hilang skjp jela.. Hurm, mungkin jugak peristiwa nak ajar aku tentang sesuatu. Zapppp! Terkesan sampai sekarang~


Keluar pergi Petrosains jugak
Yg ni pun, sbb aku yg ajak n kempunan yang amat sangat.. Bukak je 2nd sem terus nk berajalan.. Mentang2 lah tutorial tak start lagi. 



Ait?? Hehe.. Nk jugak selitkan cerita yg ni.. Waktu ni, My BF tersayang, Ana dtg tau.. Memandangkan ada krisis kt  Mesir tu yg dia dpt balik Malaysia.. Alang-alang waktu tu dia tgh shopping kt Midvalley, Tu yg dia singgah jap jenguk aku kt UM, ni kn.. Rindu sgt katanya. Aku pun sama gak. Dpt jmpa skjp pun, dh seronok sgt! :)



Aku syg gambar ni! Hehe..
Ala-ala 60-an gitu..






Eh?? Dan, x lupa jugak dgn 2 girls kt atas ni.. Mereka pun comel jugak tau!
Afifah dan Ilah
Terima kasih sbb berada di sisi sy di saat2 genting tu.. Kpd leader2 yg lain tu, maaflah x sebut nama dan tnjuk gambar secara individu eh? Lgpun, takde data utk korg lah.. Haha.. Tapi, terima kasih bnyk jugak lah sbb bnyk bg bimbingan dan pertolongan~ Semoga akan tercapailah matlamat masing2.. Kecilkan masalah, Besarkan Matlamat..  :)




Segalanya tetap bermula, Apabila.. Aku hadir ke Malam Emas PASUM 10/11...
Not bad lah.. Awesome night.. Bravo bg pihak yg terlibat secara langsung dan tak langsung dlm mnjayakan Malam Emas tu.... Nmpk grand lah jugak majlis tu. Walau apapun, aku tak kan lupa peristiwa2 yg terjadi mlm tu. Haha..


The Best Dress for these 3 Gorgeous Girls!!



Gadis yg menawan hati~ 










Dah ketandusan idea nk hurai gambar-gambar di atas.. Hehe..
Hubungan yg kami jalinkan mngkin dipisahkan dgn jarak dan masa. Tapi, kenangan yg dilalui akan terus terpahat dalam hati..  InsyaAllah~



Segalanya bermula jua, Apabila.. Aku ada kembar seiras??? Kak Bib.
Kadang-kadang tu, ke mana sahaja aku jumpa pp. Akan ada yg pnggil aku, `Bib`... Hishh, apakah itu?? Klu ada yg tak tau cerita.. memg terpinga2 jugaklah kn.. Kalau yang kenal kak Bib & tgok aku, mesti akan tnya.. Ada kakak ke kt sini? Aku dah pelik? EH?? Sah! dia salah sangka.. Aduh la..
Nasib lah akak ni sporting kn.. Hehe.. All the best lah in ur life Kak Ummu Habibah ^_^




Tapi, di sini pula.. 
Segala-galanya, hampir berakhir 

(no display image)






Terlalu banyak pengalaman yang aku lalui. Ya, sgt bnyk! Nikmat Allah yg satu ni, memg tiada tandingan nya.. Ada yg manis, pahit, masin, masam, tawar jugak! Dan, aku tahu. Bukan aku sorg je yg rasa mcm ni. Semua org pun sama jugak!
Aku nukilkan serba sedikit kenangan ni bukan utk ungkit kembali kisah2 hitam mahupun putih. Tapi, di sebalik kisah2 ni.. Ada yang harus aku ambil iktibar nya! Mngkin di kemudian hari, aku akan alami prkara yg sama, jd sekurg2nya aku dh tau apa yg harus dan x patut aku lakukan.. Alaa, lebih kurg mcm guide line lah jugak kn.. 
Sesungguhnya, Perkara yg plg jauh dlm kehidupan kita ialah masa lampau..
Jadi,tak payah lah nk tatap sgt kn.. Tp, tak salah jugak kalau nk imbas kembali.. Dan, tapi.. Jangan harap lah nak dapat balik semua kenangan tu sebijik mcm yg sebelum ni..... 




The Past is never dead, it is not even Past.
~Willian Faulkner





















SeLamat Hari Ulangtahun Yg pertama, AsasiaNs~