Friday, September 9, 2011

Teruk! Habis kemik keta orang...



Subhanallah... Memang mampus lah aku cmni! Waaa... Jahanam harta org aku kerjakan weh.

Nak dijadikan cerita...

Pada suatu petang,
Aku pandu kereta waja BGF4*** utk mengambil adik aku dr sekolah.. Perasaan yg hening pd masa itu, membuatkan aku berasa sgt selesa n relax. Maka, turut mempengaruhi mood drive aku...

Pada ketika aku hendak mengundur.. Aku tak pasti, ntah kenapa. Dgn perasaan yakin yg mendalam. Aku lgsung tak tgok cermin atas kpala tu (x thu apa nma cermin tu. Tahu side mirror je. Hehe)
Tgh asyik mengundur tu. Laju plak tuh. Tetiba je..
Dummmm!!!
Langgar tiang kot..
Amik kau. Bergegar jgak lah keta waja tu. Sekuat jntung aku berdebar. Huh? Cm hiperbola plak. Hehe..

Sumpah macam tersentak gler waktu tuh. Adik aku dok gelak-gelak plak. Aku pun bingung sudah. Nak gelak... Sengal apa? Keta langgar tiang la weh.
Waktu tuh, ada sorg budak ni selisih kt tmpt kjadian. Aku segan plak. Cepat2, aku blah dr tmpt tu.

Agak2 dh jauh n takde org.. Aku keluar jap n tgok belakang keta. Perghhh!! Sumpah kemek.. Bonet belakang tu dh jadi tak rapat. Lampu merah yg kt tgh2 tu, abis rosak.
Alahai. Cmne aku nak jawab dgn tuan empunya keta. Harta org kot. huhu. Serba salah gler!

'org' yg aku mksudkn kt sini ialah ibu bapa aku. Haruslah kn! Sbb itu harta mereka. Dah rosak n kemek cmtu, mereka yg akan keluarkan duet utk baiki. Aku? Simpan rasa jelah. Waaaaa. Tak sengaja lah! Sori~

Waktu ni, mereka keluar pergi Taiping jap. Ada hal.
Dalam pukul 10 mlm, baru dorg balik. Mula2 aku pesan kt adik, jgn gtau dlu. Yela, takot kot. Tp, memg peh la ckp.. Adik aku bgtau, on the spot je parents aku smpai dpn umah.
Aku telan air liur dlm2. Huhu.

Reaksi dorg?
Terperanjat lah. N mestilah membebel jgak kot. Aku dh blur n gigit lidah je. Waaaa....
Nk wt cmne ni? Huhu. Serba salah sgt.. Kemek gler la plak tuh.

Okeh2, aku tau. Mesti ada hikmah atas apa yg terjadi.
Dah tertulis yg keta tu nk jadi cmtu kot.
Waktu undur tu, apsal lah aku boleh tak tgok belakang. Selalu nya, berjaga-jaga lah sgt.
Nasiblah aku puasa wktu tuh. Subhanallah.
Redha jela!

Maafkan saya... Huhu...





Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comment:

anakperantau92 said...

aiyok..... dok blkg pintu x? heheheh