Wednesday, September 21, 2011

Interface baru Facebook: Stylo??



Pergh!
Mark Zuckerberg ni memang suka update facebook dia ni kan. Ntah jadi apa je.. Haha..
Waktu pertukararan stail fb chat dulu tu pun, ramai yang komplen itu ini. Ada yang positif & tak kurang jugak yang negatif.. Aku plak, semestinya tak suka! Hehe.. Nampak macam buruk je.. Melekat kt sebelah kanan tu ha! Pastu, cm susah nak tahu mana orang yang on9 dengan yang tidak?? Apa lagi, bila dah tahu cara nak tukar.. Aku pun cepat-cepat buat! Hehe.. 
Lagi satu, ingat tak fb yang dulu-dulu tuh... Aku pun tak suka jugak. Dengan format group yang berubah lagi.. Makin serabut aku tengok.. Semak sana- sini!

Yang baru ni lagi lah.. More complicated n no privacy!!
Privasi kita di fb makin tidak terkawal. Hehe. Terdedah sana sini. Apa sahaja yang kita bualkan atau kongsi... Sama ada komen, atau status, atau gambar. Memang semua orang akan perasan.. Tak caya?!? Usha sendiri INTERFACE FB baru ni.. Hehe.. :p

Bagi aku lah kan...
APa yang lain nya ialah~



1. Notification bar





Kalau anda perasan lah kan, waktu dulu... Notification bar yang biru ni akan hilang apabila kita scroll ke bawah... Lepas tu, bila dah sampai ke bwh sangat lepas dah penat stalk itu ini... Kena lah naik atas balik sebab nak tgok notification... Haha!
Tapi, yang baru ni plak.. Benda tu akan sentiasa melekat ke atas tu je.. Best tak??? Hehe.. Mula-mula tu aku keliru gak.. Tapi, syok plak.. Sebab tak payah nak scroll atas sampai ke atas balik, supaya jumpa bar biru tuh semata-mata nak tgok notification je~ 
Nak pergi profile sendiri pun senang kot. Dan, dye tak guna dah 'Profile'  tuh, tapi 'NAMA FB' sendiri! Hehe.. Part yang ni aku suka!



2. Scroll Box Gerak sendiri



Betul ke nama tuh? Haha.. Ah! Aku redah je sebab benda tu gerak-gerak lah. Macam yang ada kt blog yang traffic bagai tu ha! Agak serabut gak mata aku ni... Sebab mata aku mesti tertarik nak tengok benda tu je. Haha.. Pastu, mula lah nak usha komen n wall post orang. Menyibuk tak tentu pasal! Hehe..
Tapi, nampak menarik lah jugak.. huhu..
Aku ada baca yang benda tu ada kaitan dengan Twitter & Google Plus.. Mungkin dorg punya hal kot nak bersaing itu ini kan.. Aku malas nak amik tahu sangat! Lagi-lagi aku takde akaun si Twitter & Google Plus tu. Haha...
Aku benci part yang ni.. Agak mengganggu privasi lah plak!



4. 'Triangle' for Top News


Fb baru ni plak, ada bahagian-bahagian dye lagi. Perasan tak yang segi tiga 'bold' tuh?? Tanda segi tiga tu ialah status orang tu terpilih dalam senarai Top News!!! Dan kte boleh gak kalau nak mark kt mana-mana post kt News Feed tuh sbg Top News...
Benda-benda ni yang memang serabut!! Cmne aku nak tgok Most recent & Top News tu eh? Tak jumpa lagi lah~ Adoyaiii... Penat lah nanti nak scroll sampai bawah sebab nak usha itu ini! haha.. :p
Macam-macam lah...



5. Left bar




Bahagian yang ni pun aku suka gler!! Sangat menyenangkan aku bila nak pergi ke mana-mana group. Hehe. Dan jugak, kau boleh tgok post/status orang ikut tempat/group/sekolah/saudara mara.. Ikutlah mana yang kau nak. Setting ah sendiri kan! Hehe.. memang baru!!  


Interface baru FB ni memang ada yang serabut dan tak kurang yang best dan menyenangkan! Hehe. Malah, ada juga yang mempengaruhi kawalan privasi seseorang.. 
Tapi kan, kalau taknak hidup korg diintip oleh orang asing. Baik tak perlu ada akaun FB ni langsung ya! Deactivate je! :)



Tapi kan, korg nak tak tukar kepada FB yang LAMA tu semula tak??!! Hehe.. Mesti nak kan?!

Meh singgah blog Luqman Hakim ni..



Aku tak tahu lah bila nak tukar.
Nak layan jap stail baru FB ni jap.. Haha..
esok-esok ke tukar??? 
ke takpayah kot.. tengok lah cmne nanti ya! :)
Korg semua, semoga enjoy jela. Baik ke, buruk ke, huduh ke?? Buatan manusia kan... Kena terima seadanya...







Bingkisan idea dari  Firdaus Life








No comments: