Monday, September 19, 2011

Nostalgia Myvi Pink










Bapak saya ckp.. kalau sy dpt 4.0 flat asasi... myvi pink ni jd milik sy! wah, smngat tgh mmbara nih! wink3x... saya nk keta ni jgak.. nak sgt2!!!! huhu....



Pada suatu ketika dulu, sewaktu aku belajar di PASUM... Aku pernah letak gambar & kenyataan seperti di atas, di wall fb aku. Haha.. 
Semangat tak?? Betapa aku teruja dan teringin sangat-sangat kereta tu. Dan kaler tu jugak! Taknak kaler lain. Taknak hitam, atau putih, atau oren...Dapat tak korang bayangkan, betapa cantiknya kereta tu. Muahahaha... Overreacting plak!

Konon nya, waktu nak post pasal myvi pink ni. Boleh lah jadikan sebagai pembakar semangat dalam study. Peh! memang semangat lah jugak.
Waktu study tuh, berkobar-kobar je... Aku redah dan cuba juga.. Nak 4.0 flat, dan juga myvi pink lah katakan...


Tapi, dah rezeki nya tak sampai. Terima jelah dengan hati yang terbuka~


'kalau saya dapat 4.0 flat asasi'

Nak tahu tak, apa yang saya dapat waktu asasi dulu..



Alamak!!! Melepas Myvi pink aku tuh!! Haha..
Mana nak korek lagi 0.89 ni??
Aku dah bingung.. Takdir ini memang takdapat aku ubah. Redha menerima Qadha' & Qadar.. :)

Okeh, pointer saya memang agak teruk!
Buktinya, baru sekarang rasa nak post kt blog.. Huhu. 
3.11 weh! Boleh cari makan apa je?! haha.. Nampak sangat loser. Ditujukan kepada aku okeh! Bukan kepada sesiapa pun..

Waktu ni, memang hari kesedihan sedunia lah jugak!! 2 hari tak keluar bilik. Sebab segan dan malu. Serba salah pun ada sekali. Dengan parents lah terutamanya kan..
Nak sedih lama-lama pun. Benda dah berlaku kan. Lepas tu, aku makan hati je dengan kawan-kawan yang dapat pointer hebat. Hehe. Entah bahagian mana yang silapnya, aku pun takpasti. Penat gak memikirkan. Nak sedapkan hati, fikirkan nasib kawan-kawan yang setaraf dengan aku. Huhu..
Baru rasa lega sikit..
Sikit je pun..  :p

Sebelum keluar result.. Abah dah ckp awal-awal...
' Abah dah ready Myvi Pink nih...'

Terharu tak beb?! Huhu. Aku dah cakap awal-awal jugak yg, mngkin tak 4.0 kot ni. Naluri aku waktu tuh lain macam je.. Sebab aku tahu kemampuan aku setakat mana je... Sesak dada bila fikirkan. Aku pun, Telan air liur dalam-dalam.. 


Amekaww!! Sekali result dah keluar. Makan hempedu kot. Pahit semacam je yang aku terpaksa telan. Yela, lepas je result bebudak PASUM keluar.. Fasa ke-2 UPU plak dah mula bukak. Bebudak asasi/matrix lain dah lama keluar. Kitorg je yg paling lambat sekali. Huhu..
Dah pening, nak pilih apa. 
Macam tak layak apa-apa plak waktu tuh.
Meleleh deras je 'hujan' di mata kt depan lappy ketika isi UPU. Hehe..


Waktu tuh, takde plak terfikir pasal Myvi pink. Ntah ke mana ingatan pasal benda alah tu hilang. Hehe.

Sekarang ni, aku masih lagi menyimpan angan-angan untuk memiliki myvi.. Lagi-lagi, ada model terbaru tuh! Sumpah rasa membara hati ni. Panas je sentiasa! Haha.. Jaga kau!! Ceit, mcm nak cari gaduh plak... :p

Lepas tu, hati ni bertambah panas bila kt tengah-tengah jalan raya tuh! Myvi pink ni lalu plak. Ataupun, ada kt depan. Peh! jadi bahan jela aku ni. Adik-adik duk ejek itu ini.. Erk, pandai betul dorg ni kalau nak cari pasal kan. Hehe.
Tapi, nak buat mcm mana pun. Benda dah jadi..
Terima seadanya. 
Tunggu 10 tahun akan datang lah pulak. Kereta apa yang bakal ada. Tapi, harap-harap ada kaler pink sebijik macam tuh!
Kalau tak, aku nak cari myvi pink yang sebijik macam kt atas tuh jugak!!!! Haha..  :p



Dapat yang ni pun, cantik jugak kot.
Kalau hujan, dapat mandi free lagi! Hehe..

Cute nya!!! Boleh lah ngorat anak raja pasni! Bhahaha...




Agak-agak, cantik tak kalau keta Mercedes Benz kaler pink macam tuh???
Errrkkkk! Haha....


Eh??? Ada lah! Hehe..
Okeh, 10 tahun akan datang.. Aku amik 1.. Aminnn.. InsyaAllah~ 





Terserlah keterujaan nya. Peh! Buat malu je kot. Huhu....



Begitulah cerita aku dengan Myvi Pink comel tu...






No comments: