Pftttt... Post yang sepatutnya dibuat pada 5Julai yang lepas.
Uhuk2. Lama jugak tinggal kan blog ni... Hehe. Nak kata sibuk sangat. Eh? Dah habis exam pun.
Tapi, halangan paling besar adalah ketiadaan internet. Ecewah~
Jadi, entry kali ni untuk menceritakan tentang apa yang dah berlaku 14 hari yang lalu..
Agak-agak ada cerita yang tokok-tolak+tambah tu, biasa lah. Peristiwa dah lama. Tak berapa nak hengat sangat. Hehe :p
Alhamdulillah, final exam bagi sesi Tahun Pertama ni berakhir dengan paper Biochemistry.
Written+oral.
Segalanya berjalan dengan lancar. Segala puji bagi Allah. Sungguh tak sangka begini lah pengakhiran nya.
Tetiba teringat kembali, detik-detik 'itu'-Sebelum tiba ke Mesir ni. Dan tak sangka, tiba jua di penghujung detik ini.
Hoho. Guna bahasa kiasan pulak lah kan :)
Whatever it is, I'm relieved.
Tapi, kemudian nya... Dalam hati seperti berkata sesuatu waktu itu, 'Exam dah abis, tapi apesal aku macam tak rasa apa2 sangat?'
Aiyokkkk... Perasaan apa kah itu?
Wallahu'alam... Tawakal banyak-banyak kt Allah~
Sayonara Biochemistry!
InsyaAllah, janganlah kita ketemu lagi lepas ni. Biarlah masa yang menentukan. Cewahhh~
Gambar ni penuh nostalgia~ Sobs3... 1st Year is gone. Gonna missing everything. |
Errr, tak banyak benda nak hurai. Sebab dah tercicir mana ntah idea nak merapu tu~
Jadi, tacap dengan letak gambar-gambar yang comel ni je :)
Habis je exam, selang satu hari tu. Gerak ke Cairo Airport untuk menghantar kak Nadea pulang ke pangkuan keluarga nya di Malaysia. Memandangkan suami dan anak nya sudah berada di sana, selama sebulan yang lalu atas urusan kerja. Jadi, kerinduan yang membuak-buak menguasai diri. Maka, kak Nadea pun mengambil keputusan untuk pulang lebih awal ke Malaysia untuk bertemu keluarga yang dirinduinya~
*apesal ayat dramatis yang mengarut ni? Haihhh~
ops, posing bdn bengkok. |
Jeles! Sebab beliau dah sampai Malaysia! Huuuuu... Takpe, akan tiba jua masa untuk aku~
Lepas dah selesai segala urusan. Kami yang tertinggal ni pun, ambil kesempatan untuk pergi jalan-jalan cari makan. Hehe...
Destinasi yang dipilih ialah City Star dan Asfur.
Cadang nak pergi Pasar Husin, tapi macam tak puas pergi sekejap je. Lagipun, waktu tu dah nak malam. Pergi mana yang sempat je dulu. Yang lain-lain tuh, pergi lain hari jela XD
Makan dan makan.
Nothing much to find. Semua orang boleh bajet. *ke aku sorang je? Kalau pergi je shopping complex yang besar macam ni. Lagi-lagi shopping complex mesir plak tuh. Memang tak jumpa lah, Nasi Lemak ke, Mee Kari ke, Sate apatah lagi kan.
Kalau air plak, memang takde lah Teh Ais? Fresh oren? Laici Kang? Memang tak lah.
Yang ada KFC, McD, Burger King, Pizza Hut, Air pepsi, Coca cola, blablabla.... Kebanyakan nya, fast food dan air bikarbonat lah kan. Ofkos lah.
Alang-alang tu, tak singgah shopping ke?
Memang tak lah. Setakat pergi market dye tuh... Boleh lah kot. Kalau nak masuk butik ke, kedai kasut ke. Mak aiiihhhh, mahal nak mampus. Ops, terkesat bahasa di situ... Sekadar cuci mata je boleh lah. Heeee~
Kemudian, kami gerak pula ke Asfur. Iaitu suatu tempat yang menempatkan kristal-kristal asli tercantik di dunia. Eh? Betul ke hyperbola ni... Hentam saje lah labu. Labi dah malas nak google. Haha. Mengarut lagi!
Suasana di dalam Asfur tu sendiri. Mengerlip-ngerlip~ |
Sebelum pulang, kami membeli sedikit buah tangan umtuk orang yang tersayang di kampung halaman.
*Haha. Lagi ayat dramatis yang ntah apa-apa
Okaythanxbye!
Mengimbau kembali masa silam memang perit.
Dan mengharapkan peristiwa sebegitu tak kembali menyusul dalam hidup ni.
Sepertimana teka teki Imam Ghazali itu, masa lampau adalah perkara yang paling jauh dalam kehidupan manusia itu.
Mungkin Entry #1, #2, #3 boleh mengingat kan kembali nostalgia itu. dan memberitahu kpd mereka yang taktahu tentang sejarah itu. Ops, hyperbola lagi.
Walau apa pun, Allah lah sebaik-baik perancang! Sungguh~
Mungkin dahulu aku jahil. Atau pun, Allah nak tunjukkan sesuatu yang lebih baik untuk aku. Adakah aku sedar ataupun tak? Wallahu'alam...
Yakinlah dengan takdir-Nya. Berpegang teguhlah pada-Nya :)
*sebak di dada. Kesat air mata
Bersangka baiklah dengan Allah
No comments:
Post a Comment