#EH?
Macam mustahil je nak target puasa penuh. Eiii, tak malu! Dah besar panjang pun ponteng puasa lagi.
Sorok muka cepat!
Adik-adik kecik yang comel serta nakal tu pun, boleh puasa penuh tau! Huhu. Apa daaa, kalah dengan budak kecik :p
Tutup muka rapat-rapat. Tchhhh~ |
Sedikit terkilan.
Tatkala ingin merasai suasana puasa pertama di perantauan. Allah bagi 'cuti'. Uhuk-uhuk. Tersedak.
Malu konon. Namun, itulah fakta. Berbicara secara matang. Setiap wanita yang normal akan menghadapi kitaran seperti ini. Cuma lambat, cepat ataupun langsung tak mengalami'nya' ketika bulan puasa.
Tetiba jeles dengan orang lelaki. EH? Jangan macam tu.
Allah ada 'cakap',
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran).
(Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,
dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan;
(maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “
(An-Nisa’:32)
Semuanya kehendak Allah bukan. Segalanya ada hikmah tersendiri. Senyum.
Ops, saya bukan sengaja nak ponteng okay~
Allah izinkan >_<
Lagipun, bukan selamanya ABC. Ketika tempoh itu, Allah bagi peluang untuk kita sediakan makanan untuk orang yang berpuasa. Allah bagi peluang untuk kita buat kuih raya banyak-banyak. (pun boleh) Allah bagi peluang untuk kita lebih bertenaga untuk mengeratkan silaturrahim. Hehe. Cantik bukan pengaturan Allah :)
Rasa sedikit cemburu apabila mendengar cerita rakan-rakan lain yang bersolat terawih di masjid bersama dengan orang Arab. Berbuka puasa. Haih, jeles.
Takdapat beramal bersama. Aduhai, Allah. Maaf andai permulaan Ramadan ini, kurang menghayati dan tak beramal sepenuhnya seperti orang berpuasa.
Malu dengan Allah.
Eh? Disebabkan kau uzur, takkan tak boleh beramal atau beribadah langsung?
Berbicara secara matang. Tutup perasaan malu k.
Seperti yang kita semua tahu, wanita uzur(haid, nifas) tak boleh buat ibadah-ibadah khusus yang demikian;
- Solat
- Puasa
- Memasuki masjid (terdapat ikhtilaf dikalangan ulama)
- Membaca Al-Qur’an (ada perbezaan pendapat)
- Tawaf
Namun, kita (wanita) sering terlepas pandang dengan ibadah kecil lain yang juga boleh diamalkan seperti;
-Berdoa.
-Berzikir.
- Memberi makan orang yang berpuasa.
-Membaca buku / menambahkan ilmu pengetahuan.
-Istiqamah baca Ma'thurat pagi dan petang. Paling kurang pun, sekali sehari
-baca tafsir al-Quran
Haaa... Buat apa nak bersedih? Kita pun boleh sama-sama buat pahala jugak kan.
Paling senang pun, sediakan makanan untuk orang berpuasa. Dapat pahala seperti orang yang berpuasa jugak. Baiknya Allah kt kita kan :)
Nak buat qiamullail, tapi tak boleh solat? Macam mana tuh?
Apa daaa... Senang je. Bangun jugak pada dua pertiga malam macam biasa, tapi berzikirlah mengingati Allah. Beristighfar. Bertasbih. Tu je.
Jadi, La Tahzan! Jangan bersedih
Lagipun, kita (wanita) uzur tak lama kan. Paling normal pun, 7-8 hari. Lepas tu, dah boleh puasa seperti biasa.
Boleh solat terawih berjemaah dengan rakan, famili, adik-adik, jiran tetangga.
Raikanlah Ramadan dengan penuh kesyukuran.
kerana kita,
seorang wanita.
Allah loves us
Eh? lagi sekali eh? hehe.
Tetiba entry ni cerita pasal uzur plak.
Padahal nak cakap, tak ada benda menarik nak post pasal entry pengalaman puasa di negara orang.
Hurmmm...
Sebab nya, itulah~ ha'ah, sebab yang tula... Masih lagi segan. Ops~
Tapi, mungkin akan ada. Mungkinnn. Angkat bahu. Angkat kening.
Menghitung lagi 2 hari nak mendarat di tanah hari. Hooray!
Dan, debaran penantian result. Hoho
No comments:
Post a Comment