Wednesday, July 18, 2012

Coretan dan contengan Kembara Cinta Ilahi ke Sinai


Alhamdulillah. One word for it- Ohsem! 
Diberi peluang untuk menyertai jaulah yang sangat menyeronokkan ni. Memang best dan awesome!(guna ejaan normal dah)


Kalau ikut perancangan awal, dan seperti yang tertera pada poster di atas. Jaulah ini akan berlangsung pada 13-15Julai. Tapi, disebabkan sedikit masalah teknikal yang berlaku. Maka, tarikh terpaksa ditunda pada keesokan harinya, iaitu 14-16Julai. 

Hooray! Memandangkan komitmen belajar dan study 'berehat' buat seketika, maka hati rasa lapang dan tiada rasa gundah gulana untuk mengikuti program jaulah ini. Dan, terpana dengan banyaknya tempat menarik yang akan dilawati... Daaaaaaan jugak, yg pasti! PERCUMA!! Yuhuuuuu~
MM nak taja jaulah kali ni.
Terkinja-kinja bila dapat berita tuh.Ops, overacting pulak ^^,
Jazakillahu Khairan, Ummi MedicMesir sebab belanja transport , makanan, dan tempat penginapan.


Ada hikmahnya jugak tak pergi 13Julai tuh, sebab tetiba plak badan demam panas+selsema. Tekak rasa perit je. Memang seharian tu, tido+makan+makan ubat+tido+bangun+solat+tido. Pendek kata, tiduuuurrrr jela seharian tu. Sumpah tak larat nak buat aktiviti harian normal yang lain :p





13 Julai 2012(Jumaat)

Seawal 10.30 malam dah mula kumpul kt imarah MM. Ada taklimat sikit.
Perancangan nya, dalam pukul 12.00am nak gerak dah. Tapi, dapat berita bas akan sampai dalam masa 2-3 jam lagi. Tunda lagi~
Sungguh, Allah lah penentu segalanya. Manusia hanya mampu merancang :)
Kemudian, lebih kurang dalam pukul 3am. Kami pun mulakan perjalanan dengan hati yang berbunga-bunga. *sikit-sikit guna ayat dramatis. Uhuk2, hati berbunga-bunga :p

Waktu tu, demam tak kebah sangat. Kalau lah hidung tu boleh cabut pasang balik. Memang terbaik lah kan. Tapi, nak jalan-jalan punya pasal. Tak fikir sangat dah pasal kesihatan tu. Adoi~ Sanggup betul minah ni.



14 Julai 2012 (Sabtu)

Selepas solat subuh dan bersarapan di Sinai Rest, destinasi pertama yang dilewati adalah Terusan Suez. Fuhhh, tak sangka kot. Dulu ingatkan setakat dapat belajar dalam sejarah je. Kini, sejarah itu dapat jua ku tatapi. Depan mata! ecewah~ 

Menurut Ustaz Faizal, yg berperanan sebagai tourist guide kami. Bila je dah melepasi laluan Terusan Suez ni. Kami dah memasuki ke Asia Mesir. Di mana, secara sudut geografinya, Mesir terbahagi kepada Afrika Mesir dan Asia Mesir. Baru tahu jugak kot. Eh? Dah pernah belajar ke? Ntah, tak pasti. Dah lama tinggal kan subjek sejarah dan geografi. Huhu.


Kemudian perjalanan diteruskan lagi.
Tiba pula di Taba.
melihat panorama Kubu Salahuddin Al-Ayubi

-melewati sempadan Israel
Dan jugak dapat melihat sempadan melalui pelabuhan 3 buah negara iaitu, Arab Saudi, Jordan dan Palestin. Ouhhhh~
Macam-macam perasaan yang timbul waktu ni.
Terpana dengan keindahan alam. Subhanallah, cantiknya warna kebiru-biruan Laut Merah itu.
Terbenak di fikiran. Kaitan dengan sejarah Nabi Musa. Bahagian lautan yang mana satukah, yang terbelah pada suatu ketika dulu. 



Perjalanan masih diteruskan. Menuju ke Dahab.

We are here! :)

Sampai-sampai je, terus check in Hotel. Dan, terus kejar masa untuk Jamak takhir Asar dan Zuhur. 
Memang dah hujung waktu sangat pun, waktu sampai Dahab tu. Hurm, tak sempat. Terpaksa qadha~
Lepas solat Jamak taqdim Maghrib dan Isyak pula, tunggu makan malam siap. 
Kriookk3x, perut berbunyi-bunyi... Huuu~
2 jam yang kemudian baru dapat makan. Sambil makan, sambil dengar taklimat. Blablablabla... Dimaklumkan malam tu takde aktiviti yang akan dilaksanakan. Memandangkan baru sampai dan penat duduk berjam-jam dalam bas. Segala aktiviti akan bersambung keesokan hari nya~

[credit]
Makanan yang dimasak oleh ikhwah. Hurm, not bad lah~ eceh!

Tempat penginapan


Heh??! memang lah semata-mata tempat penginapan yang hanya menyediakan katil je. Musim panas sebegini dan 'Hotel' yang terletak di tepi pantai dan dikelilingi bukit bukau serta padang pasir itu, ditambah pula dengan ketiadaan kipas di bilik. Memang menjadi suatu cabaran untuk tidur. Eh? mengeluh ke? takde lah. saje je nak bagitahu, walaupun malam tu takde kipas dan sangat kepanasan, rasa macam tengah buat terapi sauna. Tapi, mata yg berat dan badan yang kepenatan. Mengabaikan semua halangan kepanasan itu~
Hoho. Panjang betul ayat merapu nya. 
Zzzzzzzz...




15 Julai 2012 (Ahad)

Subuh berjemaah :)

[credit]
Tazkirah pagi

Sesi tazkirah bersama Abg Hakim. Lupa lah bait-bait kata yang dia huraikan. Waktu tu tengah mamai, mengantuk kot. Tidur tak nyenyak sebab takde kipas? eh? rasa macam tidur mati. Tiba-tiba lelap lepas tu, dah subuh. Hehe :p

Lepas tazkirah beramai-ramai, kami pun bersurai. Tapi, tidak bagi akhawat. Ktorg kena stay sebab ada tazkirah spesel :) Ikhwah plak, apa lagi? masak untuk mknn sarapan lah pulak. Memang kerja ikhwah kt Dahab ni, masaaaak jeee. Hehe.
Kali ni, dah segar sikit sebab matahari dah naik. Jadi banyak jugak lah yang aku dapat.
Antara ayat yang agak best aku dengar dari Kak Ain Mahadi ialah- Kita kena sentiasa tajdid niat. Ataupun, mempelbagaikan niat kita setiap masa. Sebab, kita taktahu. Niat yang mana satu yang diredhai Allah SWT. Heeee.. Senyum tunjuk gigi. Wallahu'alam. Tapi, ingatan tu sangat bagus. Highlight pada 'niat yang mana satu yang akan diredhai Allah tu' okay??!

Lepas tu, dapat tugasan. Kena cari ayat Qur'an yang berkaitan dengan tadabbur alam. Lepas share sana sini, usha itu ini, teliti itu ini. Aku paling suka ayat yang ni,

" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal. Mereka yang mengingati ALLAH saat berdiri, duduk dan berbaring sambil memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) : "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia ; Maha Suci Engkau, jauhilah kami daripada azab neraka."

(Ali Imran : 190 - 191)

Tapi, tak pastilah ada kaitan ke tak dengan tema asal tu. Agak-agak kalau ada yang lain, kalau ada yang nak share jugak. Boleh je :)

Lagi satu, Kak Yana bagi pulak teka-teki. Ini memang pengalaman kali pertama, jawapan teka teki ada dalam al-Qur'an. Subhanallah~

Teka teki: kenapa batu itu meluncur ke bawah?

Jawapan: " kemudian, setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga hatimu seperti batu bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti akan ada sungai-sungai yang airnya memancar drpdnya. Ada pula yang terbelah, maka keluar lah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takutkan Allah. Sedang Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan. "
(Al-Baqarah:74)


Penat celoteh itu ini. Perut pun lapar. Makanan pun dah siap :)

[credit]
Sarapan pagi-Nasi Goreng

Lepas sarapan, perut pun dah kenyang. Menanti untuk aktiviti adventure yang pertama iaitu, merentasi persekitaran Pergunungan dan Padang Pasir Dahab. Dengan menaiki ATV...

Sebahagian Akhawat comel yang siap sedia umtuk merempit. Vrooommmmm~

[credit]
ouh, comel nya~gambar penuh memori. Bukan senang dapat pengalaman macam tu :p

Mula-mula, sebelum naik ATV tu... Rasa macam gentar je. Macam 1st time nak ujian memandu. Ecewah~ Padahal hati tengah sorak kesukaan sebab dapat buat benda baru. Huhu. Tapi, sekali bila dah jalan. Vrooommmmm! Memang rasa macam taknak turun dah. 
Bayaran utk satu trip pusing-pusing gurun padang pasir ni, adalah sebanyak 140LE untuk 2 org. Jadi, gilir-gilir lah naik benda alah tu. Kalau ikutkan, taknak tukar giliran pun. Tapi, errr.... Banyak cantik! Bahagikan duit dah kan :p

Woooo... Kami pendekar gurun Sahara. Ehh??

Sepanjang jalan-jalan di sekitar Padang pasir dan pergunungan tu. Sekali lagi aku kagum! Subhanallah. Alam semulajadi itu sungguh indah. Walaupun, cuaca ketika itu sangatlah terik. Sangatlah mencabar kulit dan minda. Yahoo! Kulit dah terbakar hangus. Itulah kenangan manis :p

[credit]
Gambar Epik I

Gambar Epik II

Ketika melewati sekitar kawasan pergunungan, singgah sebentar di Perkampungan Badawi. Yang terletak di tengah-tengah kawasan Padang Pasir. Di situ, kita dapat lihat serba sedikit bentuk rumah dan kawasan persekitaran. 
Dapat merasai teh pergunungan. Yummy! 

[credit]
Berehat sebentar di R&R perkampungan Badawi



Perjalanan diteruskan dan singgah pula di tepi Laut. Sekali lagi! Subhanallah. Sangat cantik dan hatiku tertawan. Laut itu kebiru-biruan. Sangat jernih. Rasa macam nak terjun dan berenang-renang dalam tu, waktu tu jugak. Lagi-lagi dengan cuaca yang panas terik tu. Huuuuu~

[credit]


Setelah kepenatan separuh hari bermain ATV. Balik sebentar di hotel untuk solat dan makan. 30 minit yang kemudian, gerak ke destinasi untuk aktiviti bersama dengan air pula. Hooray!
Padahal penat lepas main ATV tadi pun tak hilang lagi. Huhu. Tapi, disebabkan hati yang melonjak-lonjak hendak mandi di laut biru itu. Segala kepenatan diabaikan!
Opo bondo eh, ayat dramatis je ni. Rimas lah. Haihhhh~
Pada mulanya, cadang nak main snorkeling. Tapi, memandangkan tak berapa pandai berenang dan pihak aktivis tak menyediakan life jacket. Erk? Memang tak lah. Aku ni jenis yang agak penakut dan sedikit geli dengan hidupan laut. Lagi-lagi kalau tengah berjalan dalam air yg berpasir tu, memang meraung-raung kot kalau terpijak benda. Euwww, eh ada tapak sulaiman lah... Cantik dan unik, tapi aku geli. Huhu... 

Trip fes Akhawat yang naik banana boat. Eh? bukan. Pencil boat lah. Eh??

Dan lagi... Join jugak main banana boat. Lagi sekali terasa teruja. Heh? Padahal dalam hati takut. Lagi takut dari main roller coaster kot. Sebab, dia melibatkan air. Gerun dan gentar. Boleh rasa tak apa yang aku rasa? Hehe. Over'feeling' lah dye ni.
Ketika melayari Banana boat ni. Tetiba je kan, boleh pulak dia terbalik. Okay, memang kebiasaan nya dia akan jatuhkan kita jugak bila dah nak abis trip tu kan. Tapi, ni tidak. Kami terjatuh awal dari yang sepatutnya. Waktu tu, ofkos lah dah jatuh dalam air. Nak dijadikan cerita, kawan belakang waktu tu. Boleh plak dia berpaut kt aku dengan hampir menenggelamkan kepala dan badan. Subhanallah, waktu tu Allah je yg tahu apa perasaan. Eh, ofkos lah pakai life jacket. Kalau tak, tak naik kot.
Tercungap-cungap dan banyak jugak lah telan air masin. Haihhh~ pengalaman ngeri seumur hidup. Bayangkan, panik kot. Dengan tak rasa kaki kt atas tanah. Dalamnya air. Alhamdulillah, ada life jacket dan umur masih panjang. Selamat kembali jua ke daratan ^^,

Lepas Banana boat, sambung bermandi manda di pantai yang biru itu. Seronok tak terhingga. Lagi-lagi dah lama tak main air pantai kan :)
kecebushh, kecebusshh... Bunyi percikan air. Hehe. Pun boleh.



Rempit pun sudah. Berenang pun sudah. Kemudian, beralih pula pada agenda utama iaitu mendaki gunung Sinai. Jom eksaited dengan saya! :p

Tapi, macam dah panjang sangat je entry yang ni. Berhenti setakat ni dulu lah. Jap lagi sambung untuk entry sesi pendakian Gunung Sinai semata XD




Saya tinggalkan satu jejak untuk anda. Hehe.....





No comments: