Okeh, nak sambung cite lagi. Hehe. Aku tahu
entry yang lepas tu, panjang sangat. Mungkin kebanyakan hanya scroll down tengok gambar, lepas tu dah- close tab! kan.kan.kan? Ahaha... Tapi, kalau ada yang baca words by words. Well done! Terimakasihbanyakbanyak! hehe...
Jadi, meh baca 'karangan' edisi khas sesi pendakian ke gunung Sinai pula :p
15 Julai 2012(Ahad)
Lepas solat Jamak taqdim Maghrib dan Isyak
Chek out hotel,
makan malam,
dalam pukul 9.30 malam, kami pun gerak ke Pergunungan Sinai.
Hati tengah melonjak-lonjak. Tapi, badan rasa sangat penat. Tak cukup rehat. Seharian bermain aktiviti lasak. Konon. hehe.
Lebih kurang 1jam setengah perjalanan, sampai ke destinasi. Mata mengantuk. Tak tidur nyenyak dalam bas sebab terbayang-bayang Gunung Sinai. Dah sampai ke? Dah sampai ke? Ahah. Eksaited.
Dalam pukul 12 pagi sampai ke destinasi.
Turun je dari bas. Brrrrr, sejuk lah pulak. Dah la berlagak tak bawak sweater. Hehe. Memang tak sangka sejuk macam tu malam tu.Yela, kalau pagi memang panas terik tak terkata. tak lah sangka sesejuk itu. Dapat bayangkan kalau summer dah sejuk cmtu. Kalau musim sejuk, macam mana lah sejuknya kan. Huhu.
Jadi, antara pesanan untuk mereka yang nak naik ke Sinai ialah;
#1 Sweater
Waktu ni musim panas. Jadi, taklah sejuk yang sangat-sangat. Boleh la tahan sikit-sikit. Angin sepoi-sepoi biasa je.
Kalau pergi ketika musim sejuk. Ofkos lah lagi wajib pakai sweater. Sangat sejuk, ok! :)
#2 Lampu suluh
Sangat diperlukan! Jalan gelap dan berbatu-batu. Kita akan mulakan pendakian sebelum subuh lagi. Hehe. Iaitu sebelum matahari terbit. Yela, tujuan lain pendakian Sinai ni selain mengamati sejarah Nabi Musa, ialah nak menghayati keindahan Matahari terbit di sebalik gunung-gunung yang indah itu. Maha Suci Allah~
#3 Air mineral
Bayangkan ketinggian gunung mencecah hampir 1000 kaki. Wow! Tinggi jugak tu. Dehydrated kot kalau takde bekalan air yang mencukupi ;p
#4 makanan atau cokelat
Banyak je R&R di sepanjang perjalanan pendakian. Tapi, seboleh-bolehnya nak jimat masa. Taknak rehat lama-lama. Lagi singkat masa sampai ke puncak lagi bagus. Macam main lumba-lumba je plak. Hehe.
Lagipun, sambil jalan boleh sambil amik sedikit sumber glukose dari coklat tu. Saranan akak-akak :)
#5 Kekalkan air wudhu
Ops, sedikit mencabar. Tapi, kepada yang yakin. Boleh je kan. Yakin diri. Huuuu~
Antara sebab nya ialah kt puncak tu mungkin takde air. Tak bermaksud takde tandas kt puncak tu. Tapi, guna tisu jela untuk beristinjak. Tapi, kalau nak selamat bawak air mineral lebih sikit. Bajet untuk wudhu kalau terbatal.
#6 kamera
eh? boleh plak. hehe. Tak penting pun. Tapi, untuk menyimpan memori serta kenangan yang indah. Malah, dikelilingi pula oleh alam semulajadi Allah yang wow! Harus ada kamera :p
Pemandangan yang cantik macam tu, susah nak dapat. Lagi-lagi lepas dah berjam-jam penat mendaki. Penat mengharungi jalanan batu-bata itu. Phewww, segalanya terbayar dengan pemandangan yang cantik itu. Maha suci Allah >.<
#7 Lain-lain.
Perlukan stamina yang tinggi. Kaki yang kuat. Jasmani yang hebat. Hehe. Kenapa???
Kerana>>>Ini bukan merentas desa. Ini bukan acara berbasikal. Ini bukan juga acara sukaneka. Ini bukan aktiviti jalan-jalan sambil cari makan. BUKAN!
Tapi, ini adalah aktiviti pendakian bukit-bukau ataupun gunung. Yang memakan masa selama 4 jam, itu pun tempoh yang paling lama seseorang itu bagi menyelesaikan aktiviti pendakian hingga ke puncak. Huh! Amaran awal. Kalau rasa lembik dan tak larat, jangan mulakan pendakian pun.
Eh? semangat ke emosi ni? haha. Saje je bagi ayat boaster kt korg2 yg nak naik Sinai~
16 Julai 2012(Isnin)
Selepas mendengar taklimat daripada Ustaz Faizal.
Lebih kurang dalam pukul 12.50 pagi. Kalau tak silap lah... Eh? ke pukul 1pagi. Eh? Dah lupa pukul berapa. Hehe.
Kami pun, mulakan ekspedisi pendakian. Yahoooo. Bajet perjalanan untuk sampai ke puncak, ialah kurang daripada 4 jam. Here we go!
Padahal, waktu tu. Errr, penatmengantuk tak terkata. Tapi, semangat nabi Musa! Yeay, saya nak naik jugak! Bukan senang nak dapat peluang macam ni >.<
|
Berkesempatan melihat SUNRISE :) Sungguh indah! Menakjubkan~ |
Alhamdulillah, selama 3 jam setengah. Aku telah sampai ke puncak Sinai. Hooray! Aku antara orang yang paling lambat sampai. ngaku plak dye :p
Siyes. Pendakian ini sangat mencabar stamina dan fizikal juga mental.
Sangat penat. Lagi-lagi dengan kekurangan rehat. Aku rasa banyak hilang tenaga kt aktiviti sebelumnya. Sepanjang pendakian tu, semangat kena kuat jugak. Kalau tak, rasa macam nak berhenti waktu tu jugak. Nak give up waktu tu jugak! Allahu. Macam-macam perkara berlegar di fikiran. Nak berhenti ke tak? nak teruskan ke tak? Haihhh, padahal dah separuh jalan. Tapi, itulah... Aku cakap kt diri sendiri. Sikit je lagi ni. 5 minit je lagi. Jangan berhenti sekerat jalan. Hoho.
Ke, aku sorang je yang rasa macam tu? ntah lah. Mungkin orang lain punya semangat lain sikit dari aku. Tapi, ini serious. Taktahu kenapa aku rasa penat sangat waktu daki tu. Asyik kena tarik je dengan orang lain. Sangat lambat berjalan. Sikit-sikit berhenti rehat, minum air. Hehe.
Tapi, bila lagi sikit nak sampai puncak. Jalan makin berbatu-batu dan curam. Waktu tu lah tetiba aku jadi makin semangat dan jalan makin laju. Orang lain plak yang kerap tercungap-cungap. Eh? Hehe.
|
Terpana dengan keindahan Alam Allah |
Bila dah sampai ke puncak tu. Rasa lega tak terkata. Bergegas untuk solat subuh.
Lepas tu, berehat sebentar. Amik udara segar.
Tiba-tiba. Aku rasa sebak. Lepas tengok matahari terbit. Aku terharu~
Subhanallah. Aku berada di mana ni? Tetiba terfikir. Aku telah dan sedang berada di puncak gunung Sinai. Tempat di mana Nabi Musa bermunajat kepada Allah. Mengasingkan diri untuk lebih dekat kepada Allah. Subhanallah.
Kisah nabi Musa yang tercatit dalam Surah Taha itu.
Aku sedang berada di tempat itu. Terharu tak terkata. Allah bagi peluang untuk aku berada di tempat itu. Pendakian yang tinggi dan sangat mencabar. Yang jauh daripada segala punca dunia. Aku juga berasa sedikit tenang si situ. Allah~
Fikiran melayang-layang.
Hanya Tuhan saje yang tahu apa perasaan waktu tu.
"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kpd sebuah gunung,
pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah
disebabkan takut kpd Allah.
Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat utk manusia agar mereka berfikir" (59:21)
|
Akhawat yang sangat haybat! Hoho.. Bravo sebab sampai ke puncak jua! |
Hurm, kalau perasan lah. Tak banyak gambar personal yang aku snap. Semua banyak gambar orang lain. Sebab nya?
Satu, mungkin penat!
Dua, terlalu kagum dengan ciptaan Allah.
Tiga, takde mood sebab terasa sangat sebak.
Empat, muka sangat berminyak dan rasa tudung berterabur waktu tu. Segan. Ahaksss, itu gedik :p
Lima, kamera rosak.
Enam, blablabla.
Sudah lah..
Panjang plak alasan nya. Tapi, siyesly. Tak banyak gambar yang aku snap sepanjang jaulah kali ni. Alasan utama mungkin>>> status kesihatan serta kamera yang rosak membuatkan mood turun naik. Kesihatan eh?Errr, sepanjang jaulah tu demam dah kebah. Cuma selsema dan sakit tekak yang tak baik-baik. Suara jadi garau dan serak. Ala-ala Ella. Hehe. Semua orang dok tegur suara hilang. Woooo, seronok sangat ke sampai suara hilang? opssss...
Alhamdulillah secara keseluruhan nya, aku enjoy!
Hurm, macam panjang sangat je aku dok potpetpotpet itu ini.
Nah! kt bawah ini untuk mereka yang suka scroll untuk tengok gambar je >.<
Jari ni pun dah penat menaip...
|
jalan yang berbatu-batu itu... setiap langkah mempunyai memori tersendiri. Oyeaahhh! |
|
Lagi jalan yang berbatu-batu. |
|
Salah satu bangunan yang ada di puncak Gereja dan jugak Surau. |
|
Gambar ni nampak epik Padang pasir dan Unta :) |
Lebih kurang 2 jam habiskan masa di puncak, tibalah masa untuk pulang. Sebak.
Selamat tinggal Sinai. Ntah bila lagi aku akan naik. Hehe. Fikir dua tiga kali dulu sebelum naik kali yang kedua :p
Nak turun dari puncak, lain plak cabaran nya. Matahari yang terik dah naik atas kepala. Waaaaaaa~ Panas, penat. Adoi...
Tetiba jarak perjalanan nak pulang tu terasa sangatlah jauh. Waktu daki, tak nampak sangat sebab gelap dan cuaca pun sejuk beserta dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
Tapi, bila turun tu. Panas terik dan silau. Cobaan. Hehe.
Namun, terpaksa gagah jua. Kalau tak, tak balik rumah la gamaknya :)
Jalan dan jalan. Redah batu bata. Sambil tadabbur alam. Dikelilingi gunung serta bukit bukau yang memukau. Itulah pengalaman.
Akhirnya sampai jua ke tempat asal. Ecewah~
Tetap juga. Antara orang yang terakhir turun dari puncak! Hoho :p
Misi Sinai diselesaikan pada pukul 8.40 pagi.
Kemudian, lepas bersihkan diri. Naik bas. Rehat.
Sepatutnya ada lagi tempat yang akan dilawati.
Tapi, mata dah berat. Badan sangat penat!
Tak terlayan dah. HAha...
Sempat amik gambar sikit-sikit je. Lepas tu, waktu tu dah tersengguk-sengguk. Adoi~
Antara tempat terakhir yang kami singgah ialah Kawasan Lembu Samiri dan Makam Nabi Soleh A.S
Tak turun pun dari bas pun. Tengok dari jauh je :)
|
kawasan lembu Musa Samiri |
|
Makam Nabi Harun A.S |
ZzzzzZzzZzzzzz
Sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 12 jam itu.
Tidur dan tidur. Penat lah katakan. Tapi, aku tak sepenuh nya tidur. Sempat jugaklah sembang itu ini dengan budak comel kt sebelah tu dan pandang ke langit yang penuh dengan bintang-bintang :) Subhanallah, lagi sekali! aku terpegun. Cantik.
Sebelum sampai ke Tanta, berhenti untuk solat Jamak takhir asar dan zuhur,
makan malam (yummy=sedap. Eceh),
Jamak Taqdim solat maghrib dan Isyak~
Lebih kurang pukul 2.30 pagi keesokan harinya, waktu ketibaan di Tanta.
Penat wooo! tapi, berbaloi. Hehe :)
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Terima kasih ALLah sebab bagi peluang menikmati jaulah yang haybat ni.
Dan terima kasih sekali lagi khas kepada Ummi MedicMesir. Sebab belanja jaulah kali ni.
Segala perbelanjaan untuk pengangkutan, tempat penginapan dan makanan. Semua ditanggung oleh Ummi. Jazakillahu Khairan :)
Terima kasih jugak kepada akak-akak dan abang-abang serta mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Dalam memastikan program ni berjalan dengan jayanya!
Hoho.
^_^
Hi sweet stalkers! terima kasih kerana membaca. Heh?! Ada ke??? :p
Jangan tertinggal
ENTRY yg lepas tu eh<<<