Showing posts with label homesick. Show all posts
Showing posts with label homesick. Show all posts

Saturday, September 6, 2014

Cuti. Yayy or nayy?


Bismillah. Terketar-ketar jari jemari nak mulakan bait-bait taipan di blog sendiri. 
Ceh! Poyo nya ayat. Haha. Eh, hey. InshaaAllah I'm back. I'm really back. Eh, macam takperlu je nak bgtau dunia kau nak aktif blog lagi.

Assalamu'alaikum. Salam sejahtera ke atas semua *kenyitmata.Gedik* 
Alhamdulillah. Cuti panjang lagi tahun ni. Asalnya mula-mula dapat berita kuliah akan bermula pada 20 September gitu.. Dan, bercadang untuk menukar tarikh pulang awal daripada tarikh tiket asal iaitu 12hb Oktober. Punyalah cuak ye takut nak ponteng kelas, padahal dulu masa nak tetapkan tarikh balik punya lah yakin ya amat. Eksaited bagai nk balik ejip lepas raya haji. Haha.
Tapi, sepertinya Mesir umpama memahami bacaan hati student Malizi yang kebanyakan nya nak balik lepas raya haji walaupun tahu, yelaaa start awal pun. Bebudak taknak balik ikut tarikh kuliah yang telah ditetapkan. 
Kementerian Pendidikan Mesir telah menunda tarikh mula pengajian 2 minggu ke hadapan drpd tarikh asal, jadi kira nya SEMUA universiti tempatan di Mesir akan memulakan sesi pengajian bagi sesi 2014/2015 pada 11 Okteober 2014.
Ahah. Yayyy, takyah lah pening fikir urusan nak tukar tarikh tiket bagai. Dah lah, si airlines Qatar kali ni takpernah nya nak angkat talian panggilan nya. Urgh, geram! Sibuk dengan pelanggan kot. Hurm, takpe I mengalah lah. Husnuzhon :p

Well. Cuti kali ni takde spesifik perancangan. Seperti tahun lepas, ada buat attachment tu kan. Dan menguruskan sikit hal keluarga. Padahal kan, kalau kt Ejip sana tu. Macam-macam yang dibayangkan yang nak dilakukan. Ofkos lah nak meronggeng je kerja nya. Haha
Tetttttttt. Bila dah kt rumah. Jiwa dan jasad umpama kena kurung...
Tak berkembang pulak rasa nya bila dok terkuarantin macam ni. Tak pernah lah terfikir jadi sepasif macam ni. Haha.
Mungkin jugak lah, ni jadi penyebab aku aktifkan diri dengan melibatkan diri dalam bermacam aktiviti 'organization' kt ejip. Hakikatnya, memang takreti nak duduk diam. Hati memberontak dalam diam. Alahai~ Tapi, takpandai nak luahkan atau zahirkan dalam keadaan begini.

Eh, macam #luahan pulak.
Okay bukan pun. Haha.

Hmm, cuti ada lagi berbaki sebulan. Nak buat apa ni. Aktiviti yang berfaedah. Yang dilakukan. Di rumah. 
.....
.....

Hapdet blog JOM! 

.
.
.

Tchhh.. Okay, moga diberikan ilham untuk berbakti kepada keluarga dalam waktu yang singkat ni. Dalam senggang waktu yang mereka ada di depan mata kita.
*takyah nak update blog sangat lah. Pi masak lunch ke, bersenam ke*

Eh, hey. I dah aktip Instagram lah. Dah jadi macam instant blog pulak kt situ :p Patutlah pun belog ni diabaikan. Haha. Lagipun, belog tetap kesayangan, sebab kalau taip pepanjang kt Instag pun kadang orang takbaca sangat. Orang like gambar je. Percayalah~ *macam pernah buat je*

*Berangan*

Okayyy, nak pi mencari ilham ilahi.
Nak tadabur alam semula jadi.

.....
.....

*Scratch*

Daydreaming again.




Monday, July 29, 2013

Misi bersama AhliBait 2>Persediaan barangan untuk dibawa pulang


Salam Ramadan Kareem

Entry yang agak awal tentang pembelian & pembahagian barang-barang yang perlu dibawa balik ke Mesir bersama osmet terchenta. Takpe, senaraikan awal-awal supaya tak kelam kabut sebelum balik nanti :) Ouh ya, sekadar ingin berkongsi idea dengan orang lain. Nanti seronok sangat bercuti, sampai ada barang-barang yang tercicir. Susah woo.. Hehe.

Sebelum tu, berdasarkan muhasabah dari barangan tahun lepas. Serta merujuk pada entry di bawah;
Maka, sedikit pertambahan barangan dan pengurangan kuantiti telah dilakukan. Eceh. Jadi, adalah sangat DIGALAKKAN membawa senarai barangan masing-masing mengikut kuantiti yang telah ditetapkan. *Amboi, mendesak sungguh si Nadia ni* Sekaligus, bagi mengelakkan kesulitan kehidupan dari segi bahan makanan di rantau orang itu kelak. Ahah :p



Jadual rujukan barangan masing-masing.
Mintak maaf awal-awal kalau menyusahkan. Sama-sama lah kita bekerjasama demi kesejahteraan & kebahagiaan rumahtangga kita ini. Ewah...

NADIA
Sos tiram: 1 peket besar
Rempah kari: 2 peket BESAR
Kiub tomyam: 5 kotak
Kiub ikan bilis, daging, ayam, sayur : 10 kotak
Kayu manis, Rempah ratus
Suhun
Kerisik
Laksa kering: 3 bungkus
Cili padi



Barang yang SEMUA perlu bawa…

-Santan. Kalau boleh bawak 10, tapi paling minimum 5 bungkus ke atas okeh J

-Ikan Bilis: 1kg seorang

-Bihun kering: 3 bungkus.

-Perencah Nasi goreng: minimum sorang bawak 5, bwk lebih pun bagus(cth 10/15)
Apa2 perasa, tak kesah~





*Lain2 barang yang dicadangkan
-Keropok ikan
-Maggi tomyam
-nestum
-agar-agar
-serbuk dadih
-barang nak buat kek( esen vanilla, pewarna kek, blueberry filling)
-tepung ubi(kepok lekor)
-Serunding

AFIKAH
Kicap: 3 botol
Milo: 2 peket besar
Rempah kurma: 1 peket BESAR
Serbuk cili: 3 peket BESAR
Kiub tomyam: 10 kotak
Kayu manis, Asam keping
Cili kering: 500gram
Serai: 10 batang
Cili padi

IZYAN
Sos Cili: 5 peket (cari yg peket tau, bukan botol… Ada kt giant atau tesco)
Milo: 2 peket besar
Serbuk kunyit: 3 peket BESAR
Serbuk cili: 3 peket BESAR
Kiub tomyam: 5 kotak
Lada hitam, lada putih
Asam keping
Udang kering: 500gram

FATIN Nabilah
Sos Cili: 3 peket (cari yg peket tau, bukan botol… Ada kt giant atau tesco  
Milo: 2 peket besar
Rempah kurma: 1 peket BESAR
Asam jawa: 2 peket BESAR
Cili kering: 500 gram
Kiub ikan bilis, daging, ayam: 5 kotak
Serai: 10 batang
Suhun
Papadom/apalam

Kak AISYAH
Kicap: 3 botol
Milo:2 peket besar
Serbuk kunyit: 3 peket BESAR
Serbuk cili: 3 peket BESAR
Serbuk Hilal
Lada hitam, lada putih
Halia: 5 ketul
Lengkuas: 5 ketul
Papadom/Apalam

AFIRAH
Sos tiram: 1 botol
Kicap: 3 botol
Rempah kari: 1 peket BESAR
Asam Jawa: 1 peket BESAR
Cili kering: 500 gram
Teh uncang: 1 kotak(100 uncang) cukup dah kot.
Udang kering: 500gram
Halia: 5 ketul
Lengkuas: 5 ketul
Cili padi

*Ikan Masin, Ikan pekasam, Serunding





































































Itu sahaja setakat ni. 
Macam biasa pesanan terakhir, harap sangat kalian *merujuk pada osmet saya, khususnya* dapat memberi kerjasama dengan hati yang terbuka. Sebarang kesulitan tentang barangan yang berkaitan, jangan segan-segan inform kt saya ya. Sila follow senarai barangan di atas, sebab ingat tak yang ada bahan makanan yang terlebih, dan ada yang terkurang. Jadi, In shaaAllah yang dalam jadual tu kte dah oter sekadarnya. Harap maklum~
Kalau nak tambah bahan makanan tambahan lain, sangatlah dialu-alukan. 
Terima kasih osmet. Dan terima kasih semua yang sudi membaca entry ni. Kalau ada idea lain nak tambah, pun sangat digalakkan untuk komen.

Selamat membeli-belah.
Kbai
Assalamu'alaikum wbt







Thursday, September 6, 2012

Misi bersama Ahli Bait>Cadangan pembahagian barangan pulang ke Mesir.


Tetiba rasa macam nak kongsi pasal pembahagian barangan yang nak di bawak ke mesir bersama dengan Ahli Bait. 
Berdasarkan pengalaman, kebanyakan benda yang ada kt Malaysia. Takde kt Mesir. Errkkk? Ape lah teruk sangat Mesir tu ya? Hehe. Bukan macam tu maksudnya. Sebenarnya ada sstgh barangan tu ada je terdapat kt Mesir tu, tapi dlm kuantiti yang terhad dan susah nak cari serta kadang kala agak mahal harganya. Yela, gaya pemakanan org Arab dan org Melayu ni lain sikit. Dorg mana ada makan bihun, kuey teow, keropok leko, laksa, karipap, dll. Kalau setakat, pizza, burger, fastfood, KFC, McDonald, spagetti, makaroni, roti, dll tu memang lah banyak. Merata-rata. Hehe.
Tu yang bila ada pembekal mknn cth macam bihun atau kicap ke kan, harga barangan jd up sikit. Tapi, takdelah tinggi sangat pun. Lebih kurang je sebenarnya kalau dah plusminus beza matawang. Hehe.

Kepada adik-adik yang baru nak dtg Mesir dan forever alone tu, eh bukan... (Kejam lah akak ni ==') Maksudnya, yang masih takde ahli bait atau mungkin terasa mcm nak berdikari dulu ke, atau tak dapat contact ahli bait yang takpernah dikenali sebelum ni tu, boleh tgok kt blog bawah ni sebagai rujukan barang-barang asas yang perlu dibawa :)


Dan, entry ni contoh barangan yg akak bawak masa mula-mula datang ke Mesir sebagai forever alone. Hikhik :p



Tapi, bila dah berbait ni, Senang sikit. Takdelah, rasa macam 'semua benda aku je yang kena' >.<
Hurm, lepas dah perah otak (konon) dan bahagi barangan makanan yang agak penting mengikut citarasa lidah Jawa saya ni. Maka, terhasil lah jadual di bawah. Hehe :p


NADIA
Sos tiram: 3 botol
Rempah kari: 5 peket BESAR
Sup Buncut: satu baris(yg mcm kedai tuh)
Kiub tomyam: 5 kotak
Asam keping, kayu manis, rempah ratus
Kiub ikan bilis, daging, ayam, sayur: 10 kotak

*Pecal, Belacan, Bawang goring, Suhun, kerisik, laksa kering 1 bungkus.



Barang yang wajib semua perlu bawak…

-Santan. Kalau boleh bawak 10, tapi paling minimum 5 bungkus ke atas okeh J

-Ikan Bilis: 1kg seorang

-Bihun kering: 3 bungkus. Boleh tak? Ke banyak sangat? Hehe…

-sardin: 2 tin sorg J

-Perencah Nasi goring: minimum sorang bawak 5, bwk lebih pun bagus… apa2 perasa, tak kesah~





*lain2 barang yang dicadangkan
-Keropok ikan
-Maggi tomyam. Yummy2 :p
-nestum
-agar-agar
-serbuk dadih
-barang nak buat kek( esen vanilla, pewarna kek, blueberry filling)



Sape nak bawak perencah brahmin’s tu, sgt digalakkan J
AFIKAH
Kicap: 3 botol
Milo: 2 peket besar
Rempah kurma: 3 peket BESAR
Serbuk cili: 3 peket BESAR
Kiub tomyam: 10 kotak
Kayu manis, Asam keping
Cili kering: 500gram


IZYAN
Sos Cili: 5 peket (cari yg peket tau, bukan botol… Ada kt giant atau tesco)
Serbuk kunyit: 3 peket BESAR
Serbuk cili: 3 peket BESAR
Kiub tomyam: 5 kotak
Lada hitam, lada putih
Udang kering: 500gram (ada ke?)


FATIN Nabilah
Sos Cili: 5 peket (cari yg peket tau, bukan botol… Ada kt giant atau tesco  
Milo: 3 peket besar
Rempah kurma: 3 peket BESAR
Asam jawa: 3 peket BESAR
Cili kering: 500 gram
Kiub ikan bilis, daging, ayam: 5 kotak

Kak AISYAH
Kicap: 3 botol
Milo:2 peket besar
Serbuk kunyit: 3 peket BESAR
Serbuk cili: 3 peket BESAR
Bawang goring
Lada hitam, lada putih

AFIRAH
Sos tiram: 3 botol
Rempah kari: 5 peket BESAR
Sup Buncut: satu baris(yg mcm kedai tuh)
Asam Jawa: 3 peket BESAR
Cili kering: 500 gram
Teh uncang. 1 kotak(100 uncang) cukup dah kot.
Udang kering: 500gram(ada ke?)


*Ikan MAsin, Ikan pekasam, Serunding,


Untuk pengetahuan, ahli-ahli bait saya pun orang Jawa jugak. 
Ahah. Tipu je. Saje je nak bergurau. Waktu buat jadual ni, dah tanya pendapat masing-masing. Alhamdulillah, semua menyetujui.
Nampak macam ringan dan sikit je kan? Tapi, memandangkan beg berat bagasi masing-masing adalah berbeza sebab naik flight yang berasingan dan mungkin nak bajet bawak barangan peribadi yang lain juga, maka sedikit kelonggaran telah diberikan. Ecewah~
1. WAJIB>>>Beli barang yang dah tersenarai untuk anda. Tapi, boleh kurangkan kuantiti yang ingin dibeli. Paling kurang 2 peket/botol/baris

Eh, tu je kot kelonggaran nya. Hehe. 
Yang lain-lain tu, pandai-pandailah sendiri nak oter. Lagipun, dah ada pengalaman hidup bersama serumah. Jadi, masing-masing faham macam mana erti kehidupan kita berumah tangga ni kan. Ececehhh...
Saya dah bagi panduan di sini untuk memudahkan semua. Pilihan di tangan anda.





Sebahagian barangan mknn yang dah masuk dlm beg
Memandangkan, saya antara ahli bait yang dah beli awal sebab balik nun di sana paling awal. Maka, itulah gambaran barangan yang telah dibeli. Jangan risau - ikan bilis, keropok lekor ada je. Hehe.
Tak sangka plak, lepas dah cuba timbang berat-hampir 15kg jugak kot jumlah barang2 ni. Amboi~ Belom lagi campur beg berisi baju. Baru letak baju blouse dan seluar slack je pun, dah jadi 10kg. Apa cer? Hehe. Tapi, takpe lah. Boleh tumpang orang lain. Ehem2...

Tu je kot setakat ni. 
Sila jangan abaikan sikit pun barang makanan asas yang tersenarai. Nanti diri anda akan terasa sangatlah...... d>>>> @_@ <<<
Gitu! Haha... Siyes tak tipu..
Ekcelli, nak cakap sikit kalau-kalau ada yang terlintas macam ni. 
Senarai barangan yang dibawak ni, macam nak buat kenduri je kt sana tu? Bukan sampai mcm tu. Cuma nak simpan sebagai bekalan je. Percayalah, bila dah sampai kt Mesir, semua benda yang ada kt Malaysia kita dok kempunan. Nak itu lah, nak ini lah. Tapi, bila dah ada kt Malaysia macam dah lupa semua benda yang kempunan tu. Hehe. Betul! Alang-alang, bila bawak semua barangan tu, kadar HOMESICK tu takdelah mendadak sangat. Tiap masa asyik fikir rumah je.
Bila peratusan homesick tu kurang, boleh lah kita study dengan tenang. Kan3x??? Hehe :)
Alaaa, banyak songeh plak. Alasan~  Tapi, Kalau korg jenis yang terima je mana yang ada dan jenis yang tak makan banyak. Okay je kot. Boleh lah survive kt Mesir tuh. Lagi satu, boleh amalkan gaya pemakanan yang sihat. Takyah risau pasal makan. Kurus je bila balik Malaysia nanti. Ecewah~


Last but not least...
Don't forget to bring this. Sooooo important.

Plug 2 pin



Tapi, ada je jual kt kedai elektrik sana. Cuma isu kualiti jela. Harga pun 3L.E. Lebih kurang Singgit LimaPuluh Sen gitu. Jadi jangan harap lah ia boleh tahan lama. Hehe.
Melainkan anda seorang yang cermat orangnya ;)





Friday, July 20, 2012

Salam Ramadan Kareem dari perantauan~ Eceh!




Alhamdulillah. Allah beri peluang untuk aku merasai pengalaman berpuasa di Mesir. Erkkk?
Ops, kenapa erkk?
Kejap! Simpan cerita dulu :) 

Juadah berbuka fes Ramadan.
Makanan orang bujang. Cenggitu lah gayanya
Goreng kentang pun hangit. Sebab sambil berangan :p




Balik nanti saya nak top up makan.. Hoho. Niat ntah apa-apa je. 
Nak makan laksa, kuey teow, ayam percik, Bihun sup, nasi ayam, kuih-muih... Ahah! Air kelapa, jambu, mata kucing. Ahah! GELOJOH~





Selamat berpuasa kepada semua.
Walau di mana sahaja anda berada. 
Rebutlah ganjaran pahala yang ada dalam bulan penuh barakah ini. Huhu...
Aim for LailatulQadar. Ayuhhhh! :)
Wallahu'alam~





Wednesday, June 27, 2012

Oyeah!



Ahah! Macam biasa. Dah habis satu paper, terus nak update. Tchhh, gedik~ 
Alhamdulillah, physio - written+oral. Selesai jugak! 
Hooraay...Hooray...



Lagi sekali. Selamat tinggal PHYSIOLOGY..
Selamat lah kalian dalam kotak itu. InsyaAllah, tidak akan dipertemukan lagi kita di lain waktu!
Hewhewhew~


Apesal macam suka sangat?!
Haihhh... Nak bergumbira sekejap je ni. Sat lagi nak gerak study Human right(28/6-esok) dan Biochemsitry(4/7)
Perjuangan belum tamat lagi.
Misi belum selesai lagi.
Takperlu nak hoorayhooray sangat lah :p


InsyaAllah, sikit je lagi ni. Taksabar taksabar sangat dah ni. Huhu..
Pray the best for us :)





Short update from me.
Still counting the days... Hurmmm~



Hi, sweet stalkers!







Thursday, February 2, 2012

Sikit-sikit nak nangis~



Assalamu'alaikum!
Ahlan Wa Sahlan Ya Februari. Bye2 Januari! Hehe... Memang lah kan, berkesempatan untuk update blog sekarang ni hanya setakat sebulan satu entry sahaja. Ish3, malas lah tu. Apa daaa...
Bukan nya apa, aku dah macam malas nak on laptop. Lepas tu, nak fikir idea lagi. Padahal banyak jugak kisah yang aku nak kongsi ni. Entah la~
Lepas tu jugak, sibuk dengan mood MidYear Exam kan. Study kot!!! =p




Nak tahu tak? Nak tahu tak?
Aku tadi kan, touching gilerrr.. Lepas tu kan, apa lagi...  




Huuuuuuuu.... Hujan turun dengan lebatnya! Haha... Tak tertahan kot tadi. Entah lah, rindu sangat-sangat lah tu. Atau pun, masalah apa ntah yang aku sendiri tak faham tiba-tiba muncul. Aku ni memang suka beremosi tak tentu pasal. Perempuan kan. Hati mereka 'fragile' kot, sangat sensitif sebab tu kena jaga dengan sebaiknya. Hehe.. 
Ah! Manja sangat lah plak kan. Lempang nak?!!

Alhamdulillah, untunglah abah dah set up komputer kt rumah tu untuk aku skype dengan mereka. Yeayyy!! Sekurang-kurangnya, memang dapat lah jugak lepaskan rindu ni haaa... Aku ni, takde benda lain pun nak cengeng selain daripada HOMESICK tu. Masuk Februari ni, dah 4 bulan lebih jugak lah aku dok jauh dari malaysia. 
Kalau kt PASUM dulu, walaupun tak setiap minggu balik rumah kan.. Tapi, sekurang-kurangnya mak abah akan datang jumpa aku, lepas tu bawak aku pergi jalan-jalan ke. Jadi, kurang lah sikit kot homesick tu. Walaupun, kadang-kadang tu pun hujan jugak.. Hehe...
Kalau kt Mesir ni, camne?!! Takkan lah sesuka hati nak suruh mak abah tempah tiket lepas tu datang lawat aku kt sini? Apakah?? kalau harga tiket tu seringgit ke, boleh lah kot. haha... :p


Tapi, lepas lama bersedih tu kan... 
(takde lah lama sangat pun, hehe...)
Aku teringat bahawa~





Yang membawa maksud,



Jadi, tak perlu kot nak sedih lama-lama.
Nak homesick selalu.
Beremosi tak tentu pasal secara tiba-tiba kan.
Sebab, segala apa yang berlaku pada diri kita, haruslah kaitkan dengan Allah. Allah kan 'sweet'.. Segala apa yang dia buat kepada hamba-hambaNya. Ada hikmah di sebalik semua tu. Yakin pada Qadak dan Qadar-Nya! =)









Aku tahu, mereka pun rindu aku juga. Ops, perasan lah plak. Hehe...
Jadi, peranan rindu aku di sini... Haruslah dijadikan manfaat yang sebaiknya! Jom tunjukkan bukti rindu itu dengan beri yang terbaik dalam MidYear Exam ni. Yeayyyy~