Assalamu'alaikum!
Ahlan Wa Sahlan Ya Februari. Bye2 Januari! Hehe... Memang lah kan, berkesempatan untuk update blog sekarang ni hanya setakat sebulan satu entry sahaja. Ish3, malas lah tu. Apa daaa...
Bukan nya apa, aku dah macam malas nak on laptop. Lepas tu, nak fikir idea lagi. Padahal banyak jugak kisah yang aku nak kongsi ni. Entah la~
Lepas tu jugak, sibuk dengan mood MidYear Exam kan. Study kot!!! =p
Nak tahu tak? Nak tahu tak?
Aku tadi kan, touching gilerrr.. Lepas tu kan, apa lagi...
Huuuuuuuu.... Hujan turun dengan lebatnya! Haha... Tak tertahan kot tadi. Entah lah, rindu sangat-sangat lah tu. Atau pun, masalah apa ntah yang aku sendiri tak faham tiba-tiba muncul. Aku ni memang suka beremosi tak tentu pasal. Perempuan kan. Hati mereka 'fragile' kot, sangat sensitif sebab tu kena jaga dengan sebaiknya. Hehe..
Ah! Manja sangat lah plak kan. Lempang nak?!!
Alhamdulillah, untunglah abah dah set up komputer kt rumah tu untuk aku skype dengan mereka. Yeayyy!! Sekurang-kurangnya, memang dapat lah jugak lepaskan rindu ni haaa... Aku ni, takde benda lain pun nak cengeng selain daripada HOMESICK tu. Masuk Februari ni, dah 4 bulan lebih jugak lah aku dok jauh dari malaysia.
Kalau kt PASUM dulu, walaupun tak setiap minggu balik rumah kan.. Tapi, sekurang-kurangnya mak abah akan datang jumpa aku, lepas tu bawak aku pergi jalan-jalan ke. Jadi, kurang lah sikit kot homesick tu. Walaupun, kadang-kadang tu pun hujan jugak.. Hehe...
Kalau kt Mesir ni, camne?!! Takkan lah sesuka hati nak suruh mak abah tempah tiket lepas tu datang lawat aku kt sini? Apakah?? kalau harga tiket tu seringgit ke, boleh lah kot. haha... :p
Tapi, lepas lama bersedih tu kan...
(takde lah lama sangat pun, hehe...)
Aku teringat bahawa~
Yang membawa maksud,
Jadi, tak perlu kot nak sedih lama-lama.
Nak homesick selalu.
Beremosi tak tentu pasal secara tiba-tiba kan.
Sebab, segala apa yang berlaku pada diri kita, haruslah kaitkan dengan Allah. Allah kan 'sweet'.. Segala apa yang dia buat kepada hamba-hambaNya. Ada hikmah di sebalik semua tu. Yakin pada Qadak dan Qadar-Nya! =)
Aku tahu, mereka pun rindu aku juga. Ops, perasan lah plak. Hehe...
Jadi, peranan rindu aku di sini... Haruslah dijadikan manfaat yang sebaiknya! Jom tunjukkan bukti rindu itu dengan beri yang terbaik dalam MidYear Exam ni. Yeayyyy~
No comments:
Post a Comment