Wednesday, August 24, 2011

Cakap-cakap PuasaRaya




Dah lama gila tak blogwalking weh..
Sumpah rasa mcm loser sebab banyak benda yang aku tak tahu dan terkedek-kedek baru nak tahu.. Haha..
Biasa lah kalau dah duduk umah ni kan.. Puasa plak tuh.. Ada fon baru lagi. Memang payah lah aku nak jengah dashboard blogger tuh.. Apatah lagi, nak update kan. Hehe.. Lagi-lagi, tak ada cerita yg best nak kongsi. Fuhhh!! Kemalasan yang amat sangat kot.. 
Kalau on9 fb pun, sekarang guna fon je.. Cewah! Saja nak mempoyokan diri je ni. :p 




Okeh, sedar tak sedar. Dah Ramadhan yang ke-25.. InsyaAllah, lagi 5 hari je puasa. Sekejap je kan...
Tetiba je dah nak raya. 
Fikir pasal benda-benda ni. Hati aku jadi hiba. Hehe..

Opsss, emosi yang takde kena mengena~


Persiapan raya apa je yang dah siap??
Err, ntah la.. Aku sangat takde mood nak beraya tahun ni. 
Boleh tak kalau aku duduk rumah je, tengok tv sorg2, makan, minum, tidur je... Daripada ikut pergi beraya ke sana, ke mari.. Peh, sangat senak otak fikiran bila fikirkan... Sumpah takde 'feeling' raya tahun ni. Urgghhh... Lagi-lagi dah besar panjang ni kan..
Kalau bebudak kecik suka lah kalau raya ni..
* Boleh dapat banyak duit raya.
* Dapat pergi jalan sana sini
* Main bunga api


Aku??? Dah la takde mood, nak layan plak benda-benda tuh?? Haha.. 
Bergantung pada keadaan jugak lah macam mana kan tahun ni.. 
Agak-agak kalau suasana ceria, aku pun ikut lah suka gembira..
Agak-agak kalau susana hening dingin je, aku pun ikut sekali berduka-lara..
Waaaa... Haha... 


Tapi, tahun ni kan. Banyak buat kuih raya kot. Setakat ni, ada buat tat nenas, biskut samperit (abaikan ejaan yg salah tu, tak tahu cmne nak eja! Haha...), cornflakes lagi.. malam raya nak buat kek plak. Yang tu semestinya kek wajib.. Tiap tahun ada buat. Huhu..
Seronok plak buat kuih-kuih ni.. Rasa nak buat macam-macam jenis kuih yang lain juga. Hehe.



Apa-apa pun.. 
Pada detik-detik Ramadhan yang terakhir ni... Jangan lah sia-siakan dengan melewar-lewarkan waktu dengan membuat persiapan raya je semata-mata...
Orang kita ni, kalau dah ujung-ujung macam ni... Kurang orang kt surau @ masjid.. Ramai nya kt ekspo @ Market @ Gedung pakaian & lain-lain tempat yang berkaitan....
Aiseh!! Memang tak baik dijadikan amalan~


Para Sahabat menangis apabila Ramadan hampir habis, tetapi kita di akhir zaman ini lebih suka kerana Hari Raya hampir tiba! 
Yela, banyak ganjaran pahala yang boleh kita rebut pada bulan Ramadhan ni. Sebulan ni je. Takde kt dalam bulan yang lain.. Dah la ada bonus 1000 bulan plak tu.. 
Subhanallah..


Moga-moga dipertemukan dan dipermudahkan..
Wallahua'lam~





MENGHITUNG HARI 
>.<




2 comments:

shahreign92 said...

baru nak komen.. tapi tulis penyibuk, x jd la pulak =,=

naDya SaRwaNi said...

Haha.. Abaikan lah 'penyibuk' tuh...