Thursday, September 6, 2012

Misi bersama Ahli Bait>Cadangan pembahagian barangan pulang ke Mesir.


Tetiba rasa macam nak kongsi pasal pembahagian barangan yang nak di bawak ke mesir bersama dengan Ahli Bait. 
Berdasarkan pengalaman, kebanyakan benda yang ada kt Malaysia. Takde kt Mesir. Errkkk? Ape lah teruk sangat Mesir tu ya? Hehe. Bukan macam tu maksudnya. Sebenarnya ada sstgh barangan tu ada je terdapat kt Mesir tu, tapi dlm kuantiti yang terhad dan susah nak cari serta kadang kala agak mahal harganya. Yela, gaya pemakanan org Arab dan org Melayu ni lain sikit. Dorg mana ada makan bihun, kuey teow, keropok leko, laksa, karipap, dll. Kalau setakat, pizza, burger, fastfood, KFC, McDonald, spagetti, makaroni, roti, dll tu memang lah banyak. Merata-rata. Hehe.
Tu yang bila ada pembekal mknn cth macam bihun atau kicap ke kan, harga barangan jd up sikit. Tapi, takdelah tinggi sangat pun. Lebih kurang je sebenarnya kalau dah plusminus beza matawang. Hehe.

Kepada adik-adik yang baru nak dtg Mesir dan forever alone tu, eh bukan... (Kejam lah akak ni ==') Maksudnya, yang masih takde ahli bait atau mungkin terasa mcm nak berdikari dulu ke, atau tak dapat contact ahli bait yang takpernah dikenali sebelum ni tu, boleh tgok kt blog bawah ni sebagai rujukan barang-barang asas yang perlu dibawa :)


Dan, entry ni contoh barangan yg akak bawak masa mula-mula datang ke Mesir sebagai forever alone. Hikhik :p



Tapi, bila dah berbait ni, Senang sikit. Takdelah, rasa macam 'semua benda aku je yang kena' >.<
Hurm, lepas dah perah otak (konon) dan bahagi barangan makanan yang agak penting mengikut citarasa lidah Jawa saya ni. Maka, terhasil lah jadual di bawah. Hehe :p


NADIA
Sos tiram: 3 botol
Rempah kari: 5 peket BESAR
Sup Buncut: satu baris(yg mcm kedai tuh)
Kiub tomyam: 5 kotak
Asam keping, kayu manis, rempah ratus
Kiub ikan bilis, daging, ayam, sayur: 10 kotak

*Pecal, Belacan, Bawang goring, Suhun, kerisik, laksa kering 1 bungkus.



Barang yang wajib semua perlu bawak…

-Santan. Kalau boleh bawak 10, tapi paling minimum 5 bungkus ke atas okeh J

-Ikan Bilis: 1kg seorang

-Bihun kering: 3 bungkus. Boleh tak? Ke banyak sangat? Hehe…

-sardin: 2 tin sorg J

-Perencah Nasi goring: minimum sorang bawak 5, bwk lebih pun bagus… apa2 perasa, tak kesah~





*lain2 barang yang dicadangkan
-Keropok ikan
-Maggi tomyam. Yummy2 :p
-nestum
-agar-agar
-serbuk dadih
-barang nak buat kek( esen vanilla, pewarna kek, blueberry filling)



Sape nak bawak perencah brahmin’s tu, sgt digalakkan J
AFIKAH
Kicap: 3 botol
Milo: 2 peket besar
Rempah kurma: 3 peket BESAR
Serbuk cili: 3 peket BESAR
Kiub tomyam: 10 kotak
Kayu manis, Asam keping
Cili kering: 500gram


IZYAN
Sos Cili: 5 peket (cari yg peket tau, bukan botol… Ada kt giant atau tesco)
Serbuk kunyit: 3 peket BESAR
Serbuk cili: 3 peket BESAR
Kiub tomyam: 5 kotak
Lada hitam, lada putih
Udang kering: 500gram (ada ke?)


FATIN Nabilah
Sos Cili: 5 peket (cari yg peket tau, bukan botol… Ada kt giant atau tesco  
Milo: 3 peket besar
Rempah kurma: 3 peket BESAR
Asam jawa: 3 peket BESAR
Cili kering: 500 gram
Kiub ikan bilis, daging, ayam: 5 kotak

Kak AISYAH
Kicap: 3 botol
Milo:2 peket besar
Serbuk kunyit: 3 peket BESAR
Serbuk cili: 3 peket BESAR
Bawang goring
Lada hitam, lada putih

AFIRAH
Sos tiram: 3 botol
Rempah kari: 5 peket BESAR
Sup Buncut: satu baris(yg mcm kedai tuh)
Asam Jawa: 3 peket BESAR
Cili kering: 500 gram
Teh uncang. 1 kotak(100 uncang) cukup dah kot.
Udang kering: 500gram(ada ke?)


*Ikan MAsin, Ikan pekasam, Serunding,


Untuk pengetahuan, ahli-ahli bait saya pun orang Jawa jugak. 
Ahah. Tipu je. Saje je nak bergurau. Waktu buat jadual ni, dah tanya pendapat masing-masing. Alhamdulillah, semua menyetujui.
Nampak macam ringan dan sikit je kan? Tapi, memandangkan beg berat bagasi masing-masing adalah berbeza sebab naik flight yang berasingan dan mungkin nak bajet bawak barangan peribadi yang lain juga, maka sedikit kelonggaran telah diberikan. Ecewah~
1. WAJIB>>>Beli barang yang dah tersenarai untuk anda. Tapi, boleh kurangkan kuantiti yang ingin dibeli. Paling kurang 2 peket/botol/baris

Eh, tu je kot kelonggaran nya. Hehe. 
Yang lain-lain tu, pandai-pandailah sendiri nak oter. Lagipun, dah ada pengalaman hidup bersama serumah. Jadi, masing-masing faham macam mana erti kehidupan kita berumah tangga ni kan. Ececehhh...
Saya dah bagi panduan di sini untuk memudahkan semua. Pilihan di tangan anda.





Sebahagian barangan mknn yang dah masuk dlm beg
Memandangkan, saya antara ahli bait yang dah beli awal sebab balik nun di sana paling awal. Maka, itulah gambaran barangan yang telah dibeli. Jangan risau - ikan bilis, keropok lekor ada je. Hehe.
Tak sangka plak, lepas dah cuba timbang berat-hampir 15kg jugak kot jumlah barang2 ni. Amboi~ Belom lagi campur beg berisi baju. Baru letak baju blouse dan seluar slack je pun, dah jadi 10kg. Apa cer? Hehe. Tapi, takpe lah. Boleh tumpang orang lain. Ehem2...

Tu je kot setakat ni. 
Sila jangan abaikan sikit pun barang makanan asas yang tersenarai. Nanti diri anda akan terasa sangatlah...... d>>>> @_@ <<<
Gitu! Haha... Siyes tak tipu..
Ekcelli, nak cakap sikit kalau-kalau ada yang terlintas macam ni. 
Senarai barangan yang dibawak ni, macam nak buat kenduri je kt sana tu? Bukan sampai mcm tu. Cuma nak simpan sebagai bekalan je. Percayalah, bila dah sampai kt Mesir, semua benda yang ada kt Malaysia kita dok kempunan. Nak itu lah, nak ini lah. Tapi, bila dah ada kt Malaysia macam dah lupa semua benda yang kempunan tu. Hehe. Betul! Alang-alang, bila bawak semua barangan tu, kadar HOMESICK tu takdelah mendadak sangat. Tiap masa asyik fikir rumah je.
Bila peratusan homesick tu kurang, boleh lah kita study dengan tenang. Kan3x??? Hehe :)
Alaaa, banyak songeh plak. Alasan~  Tapi, Kalau korg jenis yang terima je mana yang ada dan jenis yang tak makan banyak. Okay je kot. Boleh lah survive kt Mesir tuh. Lagi satu, boleh amalkan gaya pemakanan yang sihat. Takyah risau pasal makan. Kurus je bila balik Malaysia nanti. Ecewah~


Last but not least...
Don't forget to bring this. Sooooo important.

Plug 2 pin



Tapi, ada je jual kt kedai elektrik sana. Cuma isu kualiti jela. Harga pun 3L.E. Lebih kurang Singgit LimaPuluh Sen gitu. Jadi jangan harap lah ia boleh tahan lama. Hehe.
Melainkan anda seorang yang cermat orangnya ;)





2 comments:

qylasyaqiera said...

nak kasi idea!
yg kicap tu (klu kicap kipas cap udang)
transfer la dr botol kace ke botol plastik. lebih jimat berat ^^

NadiaSarwani said...

ouh, betol gak tu. Thanx @qylasyaqiera :)