Naik bulu roma bila baca pasal statistik bawah ni~
*statistic exam first year batch 2011/2012
Out of 200+- first year student,
117 menduduki repeat exam
Result repeat exam:
14 org naik tahun tanpa carry.
29 org repeat first year.
71 org carry paper.
Out of 200+- first year student,
117 menduduki repeat exam
Result repeat exam:
14 org naik tahun tanpa carry.
29 org repeat first year.
71 org carry paper.
Allah... Errrr, aku terkedu weh. Sedih. Terkilan.
Aku tahu Allah sedang uji rakan-rakan yang terlibat.
Namun, aku turut berasa syukur kepada mereka yang naik tahun, tanpa carry paper. Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur!
You know what? Aku dah terasa... Macam mana weh, kalau yang naik tahun tapi ada carry paper tu. Allah~ Ni pun, kuliah 2nd year yang baru start dan tak sampai seminggu pun lagi. Dah terasa macam banyak nya nak kena belajar dan kena ingat dah ni. Memang dah takde masa nak main-main lagi. Kalau lah aku antara orang yang carry paper tuh. Aku tak tahu lah. Tak dapat bayangkan macam mana. Subjek 2nd year macam ni, subjek 1st year plak macam tu. Amboi, dugaan study. Mencabar kot. Aku doa supaya mereka kuat! Dan aku pun kena kuat, sebab subjek-subjek 2nd year ni makin mencabar.
Awwwww~ Cuak nya....
Bukan niat nak perlekehkan diri sesiapa atau pun nak jadi orang yang berfikiran sempit.
Tapi, kadang-kadang perasaan macam tu muncul dan tak salah biarkan ia keluar.
TAPI! Jangan dan jangan (!!!) layan perkara-perkara negatif macam tu.
Maka, dah jadi tugas kita untuk lawan balik dan cari semangat baru untuk bangun semula,
serta bina kembali harapan+impian+azam kita supaya dapat berjuang ke medan ini dengan lagak yang macho serta bergaya T___T
Okeh! Fuhhh.. Tarik nafas dalam, hembus laju-laju.. Phewwww~
ulang sampai 3 kali.
Ucap syukur Alhamdulillah.
Kerana masih diberi peluang untuk meneruskan perjuangan.
Tak kira lah korang tu kena repeat 1st year, atau naik tahun dengan carry paper, mahupun yang naik tahun tanpa paper.
Apa-apa pun, BELAJAR LAH DARIPADA KESILAPAN LALU.
Pesan kt diri sendiri jugak ni.
Sering kali, terfikir-fikir>>>
apa yang kurang nya usaha aku?
apa yang aku terlepas pandang waktu urusan kehidupan seharian ku waktu lalu?
atau, apa pula kurang nya dengan hubungan sesama Allah mahupun manusia???
Banyak ke yang aku abaikan dulu?
Kena banyak muhasabah diri >.<
Allah tu sentiasa ada bersama kita. Cuma kita je yang sedar atau pun tidak, yang Allah tu sentiasa menanti kita datang kepada-Nya serta memohon pertolongan dan segala pengharapan daripada-Nya.
Baiknya Allah pada kita semua...
Lepas tu, jangan lupa banyakkan usaha! Dah usaha bersungguh-sungguh, DOA banyak-banyak plak.
Tapi, ini tidak. Mintak orang lain doakan itu ini. Tapi, taknak usaha. Hangat-hangat tahi ayam je. Setakat usaha yang bagai melepaskan batuk di tangga. Lepas tu, nak mintak ganjaran berdasarkan usaha yang ciput. Itu ke konsep tawakal yang sebenar? Ouh, tidak... Sila jangan kufur nikmat, okeh?!
Sila muhasabah diri. Tingkatkan prestasi.
Dah hidup setahun pun kt Mesir ni. Mana-mana 'amalan' yang tak patut diteruskan tu, sudah-sudah lah. Perlahan-lahan hentikan tabiat lagha tuh.
Lepas tu, cari kawan yang agak-agak boleh booster kan semangat study korg setiap masa. Tapi, bukan bermaksud kau kena putus kawan dengan kawan lama yang takde semangat study tuh. Haha. Pandai-pandai lah kan nak oter macam mana kehidupan seharian sendiri. Pilihan di tangan masing-masing.
Apa-apa pun nanti, akhirnya... inilah kehidupan kita~
Whatever it is, back then it is YOUR LIFE!!!
Cakap pakai mulut memang lah mudah.
Taip guna jari jemari memanglah senang.
Tapi, yang akan hadapi semua tu. Adalah DIRI KITA sendiri juga. Fikir-fikirkan lah.
Jangan cipta suasana yang membuatkan kita nak tuding jari kepada orang lain atas segala yang menimpa diri kita.
Padahal semuanya berpunca daripada diri kita sendiri. Sebab kita ada hak untuk pilih, tolak, terima dan lain-lain lagi (~___~)
Tapi, kita sebagai hamba-Nya kena lah jugak yakin dengan Qadak & Qadar.
Yakin dengan perancangan yang dah Allah susun untuk kita.
Erk? entry ni tak berniat pun nak emosi. Hehe. Kasi panas sikit semangat tu.
Yang lembik tak bermaya tu, sudah-sudah lah. Bayangkan kalau kita berputus asa sekarang, tapi dalam masa yang sama ada orang lain yang terus bangkit serta merta dan dia pula dapat kejayaan yang gemilang tapi kita masih lagi berada dalam suasana yang kelam.
Sudah lah, jom tutup cerita! ^_^
Ayuh Study!!!
Dengan semangat yang baru. Fisabilillah~
Ampun & maaf andai ada terkasar bahasa ataupun terguris hati mana-mana pihak.
Saya tahu, saya pun harus belajar dari kesilapan lalu. Entry ni banyak dipengaruhi daripada kesilapan lama saya jugak. Saya bukan orang yang hebat berkata-kata dan cemerlang orang nya.
Saya tahu, saya pun harus belajar dari kesilapan lalu. Entry ni banyak dipengaruhi daripada kesilapan lama saya jugak. Saya bukan orang yang hebat berkata-kata dan cemerlang orang nya.
SEKIAN, Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment