Tuesday, September 4, 2012

Lagi-lagi kisah RAYA. Tak habis-habis lagi ke?


Salam Syawal


Amboi. Hehe. Takdelah kan, apesal dah malas sangat nak share something kt blog? Dulu bukan main rajin nak hapdetttt. Semua benda nak cerita.
Waktu study la sibuk nak update cerita. Bila dah ada kelapangan macam ni, takde datang plak idea yg mencurah-curah hingga ke ladang gandum tu haaa~ Haiyaaa, manyak songeh maaa...



Okay, jom sambung cerita raya. Raya tak abes lagi kan? Hehe...



  
#1

Sepatutnya, tahun ni ada Reunion budak-budak Sk Dr Abdul Latiff. Aku yang dilantik sebagai Assistant Program Manager kononnya, punyalah semangat. Sebab nak jumpa rakan-rakan lama. Alih-alih, tak pergi pun. Sebab lari jadual. Almaklum-lah, raya seminggu tu memang tak boleh kacau. Mesti clash dgn jadual raya famili. Waktu tu aku, berada di Pahang lagi. Acanerrr? tak kan nak terbang plak kan? Hehe..
Paling tak pun, aku telan air liur jela. Terkilan. Tengok gambar dorg kt FB. Dalam hati, dah tua bangka kawan-kawan aku ni. Uhuk2~ Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Hebat-hebat belaka para AJK yang uruskan ni =)

Kawan main lompat getah dulu-dulu =p
kanan gambar: Ain Kamarulzaman & kiri gambar: 
Khadijah
Lepas tu, ujung minggu yang terluang. Aku amik peluang pergi beraya ke rumah rakan-rakan sekolah rendah yang ada. Bertanya khabar. Mana yang sempat jela. Nak jumpa yang lain tu, lain kali lah kot. Mana tahu ada reunion yang akan datang ke. Hehe. 
Dan, tak sangka plak. Akan dapat cenderahati Reunion tuh. Dah lah tak pergi. Lepas tu, tak bayar apa-apa kot. Segan =='
Apa-apa pun, seronok tengok korg yang dah membesar. Dan masing-masing punya cerita sendiri. Orang tu belajar sini, orang ni belajar kt sana, kawan tu dah kerja, blablabla. Semoga berjaya dengan hendaknya walau apa jua perkara yang dilakukan. Moga dipermudahkan Allah.



#2

Jengjengjeng. Bertemu pula dengan kawan lama, Girlfrenz SMK Ungku Aziz. Dah lama tak jumpa. Kali terakhir jumpa waktu kt PASUM dulu tuh. Lepas tu, jumpa pun sekejap-sekejap je. Kadang-kadang tu, sembang kt FB je. Tu pun, tak puas. Yela, hampir setengah tahun tak jumpa. Banyak gosip nak kongsi bersama. Hehe. Yanie ni jenis yang periang dan banyak mulut orangnya.
Ada je benda yang nak dibualkan. Semangat pun ya jugak tuh. Hehe.
Kalau ikutkan perancangan awal... Yanie ajak pergi jalan-jalan hari tu. Tapi, tak dapat lah... sebab akan lari jadual. Nak kejar masa pergi beraya umah kawan2 lain kt Tanjung Karang lagi. Nak balik tu kan, nampak sikit lah muka terkilan dia. Huhu.


Kawan saing subjek Matematik ni....



#3

Konvoi beraya ke rumah kawan-kawan KUSESS di Tanjung Karang. 
Mula-mula amik Enan kt umah. Lepas tu, terus gerak beraya. Rumah pertama yang kami singgah ialah rumah makwe I, iaitu Anaaaa!! Amboi, eksaited bebenor nya haaa~  Dia hidangkan KFC utk kitorg. Amboi.... Makanan feveret dia tuh. Memang la. Hehe...
Lepas tu, bawak Ana sekali. Jalan-jalan ke rumah Fazrina dan Micak. Budak 2 orang ni lagi lah. Lama jugak tak sembang dgn dorg. Pernah suatu ketika dulu, rapat dengan dorg. Cuma berlainan situasi. Kalau faz, rapat sangat-sangat kt dorm asrama KUSESS. Kalau Micak, rapat sangat-sangat waktu kt PASUM. Hehe. Tapi, sekarang dah berubah. Takpelah kan. People changed. But the memories, NEVER change~


Habis pusing kt Tanjung Karang. Jalan-jalan kt Sungai Besar plak. Mula-mula singgah umah Enan. Amboi! Kali ni, rasa mcm VIP je. Alhamdulillah, kami dihidangkan dengan hidangan yang sungguh enak. Ada ketam, ikan besar, lala (alaaa, yang sejenis mcm kepah atau remis tu), ada sayur mcm yang kt restoran tuh. Waktu tu dah petang. Perut dah penuh sangat. Jadi, kami tak makan banyak pun. Yela, lauk dah best, banyak plak tuh. Tapi, dah kenyang. Tak habis mknn tu.
Ada dessert lagi. Aiskrim dan cokelat. Aduhduhduh... Terima kasih Enan. InsyaAllah, murah rezki satu famili =)
Lepas tu, gerak pergi umah Haida. Tersesat sikit. Hehe. 
Bawak Haida pergi rumah aku. Destinasi terakhir. Waktu tu dah masuk waktu Maghrib. Lepas solat Maghrib, barulah kami menjamu selera sambil bersembang potpetpotpet... lama jugak tuh.
Pukul 9 malam. Bersurai. Bye2 =p

Alhamdulillah, raya kali ni aku berkesempatan jumpa mereka. Sebab tahun lepas jumpa yang biasa-biasa je. Biasa-biasa je? Ana lah tu. Siapa lagi. Hehe.. Kali ni jumpa Micak, Fazrina, Haida. Cuma Izzah je yang tak jumpa :( Dia dah balik Kolej sebab terlibat dengan pendaftaran budak-budak 1st year Ijazah. Huhu.
APa-apa pun, ingatlah daku dalam doa kalian. InsyaAllah.
Semoga berjaya dalam kehidupan dunia & Akhirat. okayyy! 




#4

EH? yang ni bukan pasal raya. Tapi, nak tunjuk spek-mata-baru.
Silalah perasan... Hehe

Background- geng suka buat idung kembang =p

Ini bukan sengaja tukar. Tapi, power mata makin bertambah. Silau pun makin naik. Alang-alang tukar bingkai baru. Kanan dan kiri, dua-dua tambah jadi 100. Kiranya skrg power mata dah jadi 500, kanan dan kiri. Jumlah dua-dua mata, mencecah seribu ke? Aik?? Biar benarrr? Kritikal ke dah tu. Entah lah, tapi kalau tak pakai spek-mata. Memang tak nampak apa. Kabur semacam je dunia. Hehe.
Bila pakai spek-mata bingkai macam tu, makin comel plak. EH? masuk bakul angkat sendiri...



#5

Lain yang dirancang, lain yang menjadi. Tak sangka plak ke stadium Shah Alam perginya. Okay, yang ni memang takde dalam plan. Tapi, kalau nak tahu pesyen Abah saya. Macam ni lah dia. Kadang-kadang nak pergi sst tempat tu, tak diberitahu. Sengaja nak buat surprise kot. Entah lah. Tapi, sebenarnya dalam hati nak sangaaatttt pergi! 
Nak dijadikan cerita. Pagi tu mula-mula nya macam takde gaya je nak pergi mana-mana sebab abah dan adik bongsu tgh demam. Tapi, ntah macam mana. Dalam pukul 9 pagi tu Abah ajak pergi Shah Alam sebab ada kenduri kahwin. Dan lagi satu, ada gak ngendeng dengan mak, pujuk abah supaya pergi rumah terbuka Ummi medicmesir. Sebab tgok aturcara dari 8pagi hingga 10malam. Tapi, apakan daya. Dah sampai kt Kajang tu, baru tahu dah tukar waktu. Ummi bgtahu open house start lepas Maghrib plak. Hurm, terkilan eden nak beraya. Tapi, sekurang-kurangnya lepas jugak ke Kajang tuh. Dapatlah pusing-pusing Country Heights tu haaa, Walaupun tak jumpa rumah, tapi cuba jugak nak jumpa. Heee~ Tapi, takjumpa jugak. Mungkin salah masuk lorong kot. Ntohhh lerrr... Kenangan betul. Hehe.

Lepas tu, bila dah tak jadi singgah open house ummi tuh. Singgah dulu pergi beraya umah sedara kt Pelabuhan Klang. Ingatkan lepas tu nak terus balik. Sebab dah lewat petang.
Tetiba Abah ajak pergi shopping barang-barang nak bawak balik Mesir plak. Nasiblah ada talian hayat boleh mintak senarai barang. Hehe. Pergi lah shopping kt Giant Shah Alam yang memang betul-betul kt sebelah Stadium Shah Alam tuh.

Haaaa, memang dah sah! Tgok bola lah kita malam ni. Yippiiieee =p


Kali ni memang dalam sejarah sebab pergi stadium dengan memakai baju kurung. Yela, tak sangka nak singgah. Hehe. Sebab selalu nya kalau pergi stadium, memang kami sekeluarga akan pakai jersi Selangor! Senang nak main lompat-lompat kalau gol. Heeee~ Alhamdulillah, tak kempunan sangat dah pasni =)


#6

Pada tanggal 31 Ogos yang lepas, negara kita telah menyambut kemerdekaan yg ke-55. Di kesempatan itu juga, 2 hari selepas tarikh itu. Iaitu, pada 2 September hari Ahad. Entah macam mana jugak, Abah bawak jalan-jalan pergi Pasir Salak, Perak. Huhu. Dah lama tak pergi, banyak yg dah berubah kt situ...


Kepada mereka yang bersekolah, pasti belajar sejarah. Bila belajar sejarah, mesti tahu tentang Pasir Salak. Haaa?? siapa tau, siapa taktahu? Hehe. 
Padahal, aku pun terpinga-pinga dah lupa cerita tentang pahlawa-pahlawan Pasir Salak ni. Aku tahu pengakhiran cerita je.
Akhirnya, Residen British Perak, J.W.W Birch telah dibunuh oleh orang kampung sewaktu beliau sedang mandi di tepi sungai. Manakala, impak kepada org kampung pula... Dato Maharajalela, Dato' Sagor dan ada lg sorg.. Tak hengat apa nama dia, telah dikenakan hukuman gantung.
Lepas tu, Sultan Abdullah dan keluarga telah dibuang negara ke Pulau Secheyles. Macam tu lah kot ejaan pulau tu. Hehe. Hurm, agak tragis kan hukuman yang dorg terima. Tapi, itulah hakikat kekejaman pihak penjajah kepada rakyat negara kita pada suatu ketika dulu.

Betul lah kata pujangga, 
Mereka yang tak belajar melalui sejarah, pasti akan mengulangi kesilapan yang sama


Wallahu'alam. Keseluruhan nya, walaupun cuti dah nak abes. Tapi, hari-hari yang terluang adalah menyeronokkan. Alhamdulillah >.<





p/s1: bingung dah ni nak karang esei MARA dalam bahasa Inggeris tentang perihal peribadi, perancangan kerjaya dan masa hadapan. Dah lama tak mengarang, otak dah karat. Tepu dengan nota-nota medic je. Ecehhh~ InsyaAllah, moga dipermudahkan...

p/s2: Cuti nak abes dah! Hitung beberapa saat je lagi. Hoho =p



No comments: