Alhamdulillah! Sedar ataupun tidak. Tanggal 4hb ni, dah sebulan pun aku berada di perantauan. Pejam celik pejam celik, cepat je masa berlalu kan.
Hurm, tak sempat panas bontot pun kt rumah ni. Dah kena pergi kuliah. Hehe.
Okay, ayat di atas hanya lah sekadar metafora semata-mata
Itu lah jadual waktu kuliah setahun aku. Segala perubahan tertakhluk kepada para pensyarah XD
Itulah kehidupan baru aku sebagai 'Pelajar Perubatan Tahun Satu' di Universiti Tanta, Mesir.
Nampak macam padat kan jadual tuh. Tapi, tak dapat kalahkan jadual waktu di PASUM. Kuliah bermula dari 8 pagi sampailah 5 petang. Terkulai layu kau di tengah-tengah kuliah tu. Huhu
Jom usha kawasan persekitaran Universiti. Tapi, gambar kt bahagian luar je. Tak menyempat nak jalan-jalan kt department-department yang ada.
Mula dengan Pintu depan Ghamaah.
FYI, ghamaah=universiti
Pintu masuk UniTanta - Bahagian depan |
Taman dalam Universiti.
Lebih kurang macam border kt bahagian tengah jalan lah jugak.
Laluan pejalan kaki serta kereta & motor juga~ |
Dewan besar/utama Ghamaah |
Ada akak tu pesan, kalau rasa down atau penat belajar ke. Selain doa kepada Allah juga. Bayangkan yang kau akan 'graduate' besar-besaran kt dalam dewan gah tu!
Pandangan jauh |
Haaa, inilah fakulti Perubatan UniTanta. Semua orang yang belajar dalam tuh, InsyaAllah bakal doktor belaka. Segala department ada. Dari Anatomy, Histology, Phisiology, Biochemistry, Pharmacology, dll. Juga, pelajar dari tahun satu sampailah ke tahun ke-6/5...
Pandangan sisi UniTanta. |
Kalau bahagian kiri lagi tu kan, ada fakulti Pergigian plak. Tak sempat nak explore lagi lah. Hehe.. Tak berapa nak berkesempatan lah~
Lagi gambar bangunan |
AhLAN WASAHLAN!! |
Selamat Datang ke FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI TANTA, Mesir.
Pemandangan belakang Ghamaah dari tingkat 6 |
Agak-agak kepada adik-adik junior tahun depan....
Teruja tak, nak datang ke Universiti Tanta ni? Tak payah lah nak teruja sangat. Tak best pun! :p
Pergh, jujur tak bertempat. Hehe.
Best ke tidak, bukan itu yang kita nak tengok pun. Bukan nak mengharapkan Universiti yang 5stars. Tapi, menjadi suatu yg sia-sia apabila kita tak peroleh sebarang ilmu pun di universiti tu.
Lagi pun, kita datang nak korek sebanyak mana ilmu pengetahuan yang ada dan semata-mata untuk belajar... Lain-lain hal tu, belakang kira~
I've told you, not to expect too much ^__^
Setakat ni, yang ni dulu aku nak kongsi.
Lain-lain pengalaman, aku akan post jugak nanti. Sementara ada cuti yang panjang lah konon nya ni kan.
Lain-lain pengalaman, aku akan post jugak nanti. Sementara ada cuti yang panjang lah konon nya ni kan.
2 comments:
Salam nak tanya akak dulu asasi pasum setahun kan? Lepas tu akak amek perubatan dkat tanta ni 6 tahun ke 5 tahun je?
W'salam. Ha'ah setahun je. Lepas tu, amik medik kt tanta ni memang selalaunya 6 tahun 1/2 kt situ... :)
Post a Comment