Friday, November 11, 2011

K.O.R.B.A.N


Cantik kan tarikh ni, 11 September 2011. 
11.11.11

Jom kahwin! Ahakss, gedik sudah~
Best je klu dapat tarikh ni untuk majlis nikah. Hantaran pun boleh layan. RM11,111.11 sen. Cantik tak?? Haha.. :p
Macam ramai je yang mengungkapkan tarikh tu sebagai sebuah kenangan yang sangat bernilai. Huhu. Untunglah orang tu kan. Ada yang dah selamat kahwin, bertunang dan jugak yang gatai dok anniversary itu ini (???)... Hehe. No komen! 

Okay, sebenarnya bukan nak cerita pasal tarikh cantik tu pun. Aku cuma nak kongsi sedikit video dan ilmu lah sikit kot.Memandangkan kita baru je lepas raya Aidiladha kan. Dan sangat-sangat berkait rapat  dengan tema pengorbanan. Jadi, aku sangat terkesan dengan video ni.

" Apakah yang anda telah korbankan dalam kehidupan ini? "

Haaaa, agak-agak ada tak pengorbanan yang betul-betul kita dah lakukan untuk diri sendiri serta orang-orang yang tersayang? Kalau ada lah kan, cuba senaraikan dan lihat apakah hasil yang kita dapat daripada pengorbanan tu.
Kalau takde?? Cuba muhasabah diri semula, apa je yang dah kita lakukan sepanjang kita hidup ni (????????)

Tepuk dada, tanya selera!
^_^






Berkorban ialah menyumbang jiwa dan harta, 
masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat. 
Di dunia ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. 
Segala pengorbanan yang disumbangkan demi gagasan ini tidak akan disia-siakan sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang lebih baik. 


~ Imam Hasan Al-Banna ~
Risalah Taalim



Aku jugak sangat terkesan dengan pesanan terakhir Ummi MM sebelum beliau berangkat pulang ke Malaysia. Banyak yang beliau kongsikan dan bebelkan tentang pengorbanan dan jugak usaha! Terutama sekali, kesan nya kepada Orang yang paling tersayang dunia akhirat iaitu Abah & Emak. Huhu. Aku sangat terasa serta terharu dengan segala nasihat Ummi. Lagi-lagi, aku adalah anak sulung, satu-satunya harapan keluarga, adik beradik, saudara-mara... Satu-satunya, ahli keluarga yang ke luar negara. Banyak yang mengharap yang terbaik drpd aku! *Fuhhh, berat gak tanggugjawab tuh... 

Betapa banyak pengorbanan yang telah Emak & Abah lakukan, dengan harapan aku akan menjadi seorang doktor Muslimah yang berjaya dunia akhirat~
Alhamdulillah, dengan izin Allah juga. Aku dicampakkan ke kawasan yang penuh barakah ini. Begitu banyak perkara yang akan aku pelajari, yang dapat aku selami, dan banyak juga ilmu perkongsian drpd para senior yang ada.

Ummi MM pesan, berkorban lah untuk 3 bulan ni.
Berkorban lah selama 10 minggu yang akan datang ni untuk betul-betul FOKUS 
dan bersedia untuk menghadapi Mid Year Test! InsyaAllah~
Jadi, walau dengan apa niat sekali pun. 
Pastikan pengorbanan yang kita lakukan itu adalah kerana Allah dan sematkan juga dengan usaha yang setimpal 
dan juga doa serta tawakal kepada Allah setelah berusaha tu.


Hehe. Sebenarnya jugak kan! Entry kali ni, nak memotivasikan diri aku supaya BERKORBAN! 
daripada terus melayani perkara-perkara yang tak berfaedah ni haaa.... Mak bapak kita dah banyak berkorban kt luar sana tu! Ingat 10 sen je ke modal nak hantar kita kt sini? Sedarlah! Dan, berkorbanlah!
Tak lama pun, untuk Mid year je dulu. 10 minggu bukan masa yang lama. Tapi, sangat sekejap okay~
Berkorban lah! Tak rugi apa-apa pun.
Hasilnya, kita sendiri yang akan terima. Pahit atau manis bergantung pada rezeki masing-masing~

I ceased my sleep time to study!
I sacrificed FB to do the past year question!
I sacrificed myself from watching movie to revise the lecture!
N also, I will sacrificed myself from thinking about others!

(Ececehhh, semangat sangat2 dah tuh! huhu.. Jom zero-FB for next 10weeks! Hikhik.... )



Lets do the changes!
InsyaAllah.....








Sumber





No comments: