Monday, July 25, 2016

Study leave vs Surirumah

Tiap kali bila jumpa saudara-mara, kenalan arwah Emak.
Semua akan tanya soalan yang sama.

' Memang tengah cuti ke sekolahnya waktu ni?'

Dan, tiap kali tu lah kena ulang jawapan yang sama. Haha.

' Tak jugak acik/pakcik/kak/atok/nenek/embah...
Alhamdulillah kebetulan sekarang dah habis kelas. Pastu ada cuti untuk study. Bulan 8 nanti ada Exam besar. Rezeki dapat balik jumpa mak '

Ternyata menjalani 'study week' di rumah iaitu kt Malaysia. Pergh! Seriyes sangat mencabar. Bak kata sorang kawan ni. Yela, kadang kita macam dah set mind. Kalau kt rumah Malaysia, kan ke tempat untuk rehat-rehat belaka, tengok tv, relaks, krohh krohhh haha.
Dalam hati tanpa sedar, mengiakan kata-kata dia.

Tapi, kepulangan ke Malaysia kali ni bukan untuk suka-suka.
Tersangatlah perlu susun masa sebaiknya.

Apatah lagi, tiada siapa yang mengingini perkara sebegini berlaku.
Iaitu, semua perancangan kita sebelum ini. Semua lari.

Dan, siapa kita untuk menidakkan perancangan terhebat yang tersedia oleh Tuhan?
Sebagai Hamba-Nya yang patuh dan percaya dengan Qadak & Qadar, maka nak ataupun tidak. Perlu terima dengan REDHA, malah berlapang dada lah selalu dengan takdir Allah yang tersusun ini.

*seka air mata dan senyum.


 Bertambah nya status dan tanggungjawab kepada keluarga.

Kalau sebelum ni, bila emak ada. Urusan rumah dan hal teknikal keluarga, banyak bergantung dengan dia. Bila emak dah takde, semua tugasan tu sikit-sikit mula diserahkan pada aku. Anak sulung kan. Biasalah gitu.
Mungkin masih lagi baru. Kadang rasa pancit sangat. Kadang rasa bosan buat benda sama tiap hari. Kadang macam nak lari kejap, sebab nak ada masa untuk diri sendiri.

Tipu lah kalau takde rasa yang kadang-kadang tu.
Yela, kita kan manusia biasa. Pasti akan ada rasa yang ada je benda yang tak kena nya.

Namun, inilah masa kita banyak refleksi diri.
Tanya pada diri.
Bagaimana nak konsisten buat kerja yang sama setiap hari dengan penuh dedikasi, malah dengan sepenuh hati seperti emak?
Bagaimana nak kawal emosi diri ketika melayan pelbagai karenah adik-adik yang bagi kita 'annoying' nya seperti emak, yang penuh sabar melayan satu keluarga yang ada pelbagai perangai yang dia kena hadapi tu.
Dan lain-lain lagi.

Ternyata bukan senang nak jadi surirumah.
Terbukti bukan kerja mudah nak kawal dan seimbangkan hal urusan keluarga ni.

Dalam tak sedar, aku sangat kagum dengan batchmate sendiri terutamanya atau umur sebaya apatah lagi golongan muda yang masih dalam alam pembelajaran, yang sudahpun berumah tangga dan memiliki anak. Wow. Macam dapat rasa, apa yang dorang lalui tiap hari cewah.
Itu tak masuk lagi kt part PJJ (Perhubungan Jarak Jauh). *Yang couple tak masuk dalam citer PJJ ni eh puihhhh.
Mereka sangat kuat semangat, itulah satu perkara yang tidak boleh disangkal.
Tak semua orang mampu.


Study leave vs Surirumah

Siapa kata kerja surirumah tangga ni, biasa-biasa sahaja?
Cuba kau sekali sekala tu kan, buat semua kerja-kerja rumah yang mak korang ada buat setiap hari, dalam masa sehari. Full time.
Daripada kejutkan pagi subuh, buat sarapan, basuh baju, sidai baju, lipat baju, gosok baju, kemas rumah, siram pokok bunga, masak lunch, amik bebudak sekolah, masak dinner, basuh pinggan....
And the list still goes on !!!

Dan, apa kau rasa?

*pengsan*


Dalam keadaan aku nak buat persediaan untuk hadapi peperiksaan besar akan datang ni.
Dan, melihat kepada besarnya juga tanggungjawab yang ada.

Mesti ada yang fikir, yang Nadia pun akan...

*pengsan*

Study nya ke mana.
Kerja-kerja rumah nya pun entah ke mana.

Kalau kt Ejip, kebiasaan nya lah. Yang mana, kita guna sistem bergilir-gilir buat tugasan rumah.
Kalau tetiba kita ada kerja ke, atau malas ke. Boleh lah 'negotiate' sikit untuk osmet tu gantikan kita. Sekurangnya ada yang tolong cover.

Tapi, bila kt rumah Malaysia ni. Kalau kita tak buat, semua kerja rumah tu  jadi tertunggak dan bertimbun. Kalau nak mintak tolong adik-adik buat pun,
lepas dah membebel setimba, menjerit sebatu, menjeling tahap juling pun tak tentu lagi dorang akan terus bangkit bangun buat kerja tu HAHAHA.
Perangaiiiiiii...
Ceh! Tak sedar dulu-dulu pun dia ada buat gitu gak. Benkeng je mak. Sian mak.
Eheh. Pastu, kena kt dia semula. Biasalah, inilah namanya lumrah kehidupan. Terima seadanya hehe.

Okay jadi, tanya pada diri sendiri semula.
Bagaimana nak seimbangkan study dan tanggungjawab yang ada?

Rasanya tips ni, boleh digunapakai je untuk bila-bila.

1) Spesifikkan waktu yang ada.

Yela, dah tahu nak buat apa. Pukul berapa yang free. Pukul berapa kena buat kerja-kerja tertentu.

Maka, susun waktu sebaiknya.

Sebagai contoh, pagi-pagi bangun kejut orang subuh, buat sarapan, kemas rumah, dll. Hantar adik sekolah, mintak tolong abah. Jadi, cut masa dah kt situ.
Pastu, kau tahu ada masa lapang bila adik-adik gi sekolah.
Study lah waktu tu! Dapat 3 jam inshaaAllah masa yang berkat. Fokus sungguh-sungguh.

Jangan pulaknya cengkelat. Contoh, lepas dah settle kerja pagi tu. Kau sambung tidur sebab alasan bangun pagi awal. Haihhh, perangaiiiii eheh. Jangan gitu. Produktif kan diri anda.
Kita punya mujahadah lain dengan orang lain. Kena paksa diri. Selalu!

2) Kurangkan aktiviti yang tidak bermanfaat.

- Waktu study, jauhkan gadget daripada tempat study. Silent kan fon.
- Takyah lah tengok tv. Tutup tv. Cabut suis.
- meminima kan kerja rumah. Buat yang penting sahaja!

3) Toleransi dengan keluarga.

Bincang elok-elok dengan Abah dan adik-adik.
Terangkan sebaiknya yang kita nak study sebab nak exam nanti.
Dorang faham je.
Yela, kalau kt Malaysia kadang tu pelbagai aktiviti atau program yang ada. Takkan kita tolak, taknak join. Terasa hati kang susah pulak nya.

Pembahagian kerja rumah pun boleh bincang jugak.
Supaya kita tak rasa terbeban kena buat sorang-sorang. Pengsan kang, masalah lain pulak jadi nanti =p
Lagi-lagi, kita bukan nya selalu ada kt rumah. Jap lagi nak balik ejip dah. Haaa, pastu memasing ternganga taktahu nak buat cemana je.



Aku anggap bahawa ini semua adalah suatu latihan.
Ya! Ini lah proses tarbiyah yang Allah beri untuk diri aku, bekalan pada masa hadapan. Tidak dinafikan, walaupun agak sukar pada permulaan nya.
Tapi aku percaya, tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sudut pandang apa yang kita nak refleksi kan semula pada diri kita, kita yang tentukan.
Latih diri untuk lihat semua yang datang pada kita baik-baik belaka.
Fikir yang baik-baik sahaja.
By time, these wounds will be healed by themselves.
Beramal lah sebaiknya.

Wallahu'alam.

Doakan! Doakan! Doakan tau!

Study masih lagi on off jugak ni sebenarnya. Ahah.
Mood kejap dia datang, kejap dia lari. Penat kejar.

Apa pun, kena sungguh-sungguh dah ni.
Sebab nak cuti panjang hujung tahun ni nanti.

Mungkin niat pun kadang lari ke sana sini.
Pastu lupa nak perbaharui.
Adusss! Jom pelihara niat baik-baik. Dan, dapat beramal dengan penuh optimum.

Kullu kheir inshaaAllah!
All is well =')

No comments: