Wednesday, February 15, 2012

2 down! Another 2 to go~



Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah!!
Dah lepas pun paper Biochemistry dan jugak Physiology...
Dah abis 2 paper ni macam dah abis final gamaknya ya. Hehe... Takde lah sampai macam tu kot. Cuma rasa kurang lah sikit debaran hati ni haaa, kalau setiap kali nak exam tuh. Ish3...
Tambah lagi dengan kejutan hari ini....

Abaikan kalau ada jawapan yang salah tuh. Huhu

Eh nak cerita ke tak apa benda nya yang kejutan hari ni tuh? Takdelah surprise mana pun... Cuma, nak cakap lah jugak kan. Macam ni, bila sampai kertas jawapan/soalan ke meja. Dan lepas dah tulis nama bagai. Saje je lah selak nak usha soalan-soalan dia kan. Sebaliknya, tgok2 ada ruangan jawapan untuk soalan esei dan MCQ semata-mata. 
Dah mula gelabah.
Sebab, makluman yang diberitahu hanya ada soalan MCQ dan True/False sahaja....??? Apa fungsi ada nya banyak kertas kosong ni.. Aku dah bingung. Tapi, cuba lah jugak jadi cool. Menggelabah mana pun, kalau benda tak pasti ni... Tak jadi jugak kan. Memang terkejut lah... 
Lepas tu dengan takde soalan nya lagi....
Lagi lah macam terpinga-pinga dan terkedu. Apakah?? Dorang ni nak main-main ke apa? Haha..
Aku perasan gak waktu tuh semua orang dah gelisah. Adoi.
Yelah, sebab waktu jawab Physiology yang lepas, soalan dan jawapan pada satu unit kertas yang sama. Perghhhh, rupa-rupanya.... Memang asing. Ada gak 'sheet' soalan yang lain lepas tuh. Tak menyabar gamaknya. Apa nak jadi ntah....
Sampai je kertas soalan  tu kan kt tangan , terus usha jenis soalan yang akan dijawab... 
Alhamdulillah, nasiblah takde esei wehhhhh!!!
Selamat je menjawab soalan-soalan tuh.
Hurmmm, surprise lah sangat kan.
Habis semua menggelabah. Hahahaha.... :p
Dah lah hari pertama tuh(waktu paper physio), dapat je kertas soalan. Tak tahu nak buat apa. Nak tulis nama kt mana. Apa benda nya yang nak ditulis tu? Semua benda nampak macam asing je... Jahil tak aku? adoi.. Hehe. Itulah, suruh belajar arab sambilan taknak. Kan dah jadi macam ni.  Ish3...



Banner yang diletakkan di Ghamaah.
Dapat rasa tak apa yang aku rasa. Proud to be a foreigner student~

InsyaAllah, paper seterusnya ialah Anatomy (ketakutan semua orang, eh mungkin aku sorang je kot) dan Histology.... 
Fighting. Fighting. Fighting!












Balik dari exam Biochemistry tadi, sempat membeli belah. Takdelah beli belah apa sangat pun. Sekadar jajan coklat untuk stok letak kat rumah. Maklum lah musim sejuk, perut asyik lapar je. Beli lah sikit sekadar untuk mulut mengunyah. Hehe... 
Beli 3 kotak jajan ni dengan harga 25.5 LE iaitu bersamaan RM13... Errr, okaylah kot. Boleh tahan sebulan lah jugak. Sebab aku beli bundle camni ialah kadang-kadang tu malas nak turun pergi kedai semata-mata nak beli jajan. Oyeaaahhhh~ :p





Tuesday, February 14, 2012

Rindu pada VIVA Selangor saya ini =(


Di kejauhan ini, saya hanya mampu melihat ulang tayang video gol pasukan Selangor di youtube sahaja.. Waaaaaa, saya nak tgok yg LIVE punya untuk merasai kehangatn kejayaan Selangor itu.. Macam lagi best je kalau dapat pergi Stadium Nasional Bukit Jalil tuh!
Urggh, apakah yang aku skema sgt ketika ini? Haha...

Apa pun, aku rindu weh!
Nak tgok bola secara Siaran Langsung.. Sama ada kt TV ataupun kt Stadium. Huhu..
Siapa dapat bagi aku peluang camni? Huh, tak dapat lah nadia oi.... Jangan nak bermimpi di siang hari.
Nah! ini lah antara video ulang tayang yang aku mampu tengok!






Wow!!! memang terbaik Safiq Rahim dengan Bosko... Sangat superb, sebab semuanya jaringan di luar kotak penalti. Boleh lah dikatakan sebegitu. Okay, aku tahu aku jahil dalam bola sepak. Tapi, apa yang aku nampak umpamanya begitulah. Jarak dorang dari gol memang jauh dan cubaan yang sangat tepat serta menarik perhatian! Auuuwwwww~ 
Saya rindu itu semua.... Huhu.

Sudah-sudah lah tuh.
Sekurang-kurangnya dapat tengok sedutan gol tu kan. Takde lah kempunan sangat. Dapat jerit sorang-sorang dalam bilik ni pun jadilah kan. Hehe...



berpelukan lah korg. Hurmmmm.....




Keputusan akhir Selangor vs Kelantan [Liga Super] ialah;
2-1
Yeayyy!! Selangor saya menang! 
Alaaaa, ada banyak lagi perlawanan lain. Kita nantikan apa plak prestasi Selangor lepas ni. Memang aku akan sentiasa mengikuti kot. huhu... =)




Pemain pujaan ku Amri Yahyah forever!
Kapten kegemaran semua dan setia kt Selangor je tau.
Red Giant selamanya. Haha.
Inilah jadinya kalau dah fanatik sangat kan... :p


rajin aku update blog sekarang ni kan..
Whatever lah~
Biochem ouh Biochem. The next paper i'm going to sit. InsyaAllah....







Monday, February 13, 2012

Semata-mata angan yang ntah apa-apa



Opsss, ini bukan nya ada mood Valentine ke apa. Tapi, ntah lah ada mood jiwang sekejap ni haaa. Sila lah layan sebentar. Sewaktu aku fb-walking tadi. Terjumpa puisi yg Zahiril Adzim buat khas untuk isteri dia. Errrr, jeles sebab sangat romantik. Pandai lah dia buat kejutan untuk isteri dia. Sangat romantik kot.
Semoga pasangan Zahiril Adzim dan Shiera Ayob ni berpanjangan dan berkekalan dunia Akhirat. InsyaAllah~





“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu. 

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan. 

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu. 

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku. 
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, 


Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik, 

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, 

Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong


Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta. 

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan, 
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku, 
Aku berjanji akan menjagamu. 

Setiap saat dan waktu, 

Setiap siang dan malam, 

Setiap guruh dan hujan, 

Setiap panas dan terik. 

Setiap nafasku. 

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, 
bukan sahaja menjadi isteriku 
tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala. 

Isteriku, Selamat datang ke hidupku, 
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak, 
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku. 
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku. 

Selamat menjadi separuh dari aku.” 





Okay, Nadia jangan lah asyik berangan je! Subhanallah. Apakah???!?!?!?!? 
Tadi kata nak study kan... 
Ampun ya Allah!

Dan Nadia... Jangan lupa untuk sentiasa berdoa!
Doa dan doa!
Orang yang meminta-minta kepada tuhan, tidak akan pernah kecewa~
=)




Say No To Valentine!




"Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah 

dianjurkan oleh Islam.





"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut." 
(Riwayat Abu Daud)






Jom kita selidik apa sebenarnya Hari Valentine ataupun Hari Kekasih yang dok kita sambut sana sini ni haaa...
Mestilah kena tahu kan, apa benda ya hari yang dikatakan haram ni. Tetiba je cakap itu ini kan pasal Hari Valentine.


Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine.
Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewidewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.
Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.
Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.
Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.
Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.
Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.
Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.
Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’.
Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.
Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut,seumpama St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois, St. Valentine Church di Bethel Park,Pennsylvania, St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich dan St.Valentine Church di Buffalo, New York.
Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.
Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:“Bahawa
amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
Sumber rujukan : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



Rujukan link




Kalau nak cerita tentang hal ni memang tak habis. Panjang berjela-jela huraian nya. tapi, kt sini aku nak highlight kan lah sikit kot... Err, tak kisah pun sebenarnya nak sambut Hari kekasih ke Hari Bapa atau Hari Ibu ke. Tapi, tak perlu lah kot nak spesifik kan waktu dan tarikh. Sebab untuk orang-orang istimewa dan tersayang ni, setiap hari adalah hari istimewa bersama dengan mereka! Bukan sebab ada nya, hari itu ini je kita nak sambut. Nampak sangat hipokrit~
Lagi satu, merujuk kepada Hari Kekasih khususnya, tak payah lah nak batak sangat nak sambut. Lagi-lagi kalau korang tu baru setakat couple biasa-biasa je. Baru setakat couple, cintan monyet je.. dah nak anniversary bagai~ Euuuuwwwww, tolong sikit. Nak sambut pun, biarlah dengan orang yang betul-betul halal dengan kita kan. Lagi syok kot.. 
Apa barang Hari Kekasih yang cikai-cikai camni. 
Setakat dapat coklat, lepas tu selamat masuk dalam perut. 
Setakat dapat bunga ros, lepas tu layu jadi sampah.
Nak cakap kt sini betapa benda alah ni hanya mainan org kafir semata-mata nak perjatuhkan orang Islam.
Ada je cara lain untyk menghargai orang yang kita sayang kan... 
Tak payah lah kot nak ikut jalan/cara orang 'kapiaq' ni~



Opsss... Aku ni kalau dah dapat peluang membebel memang macam ni.
Cadang nak buat short entry. Hurm, terlepas jadi long entry dah plak... Haha.
okay2.. I'm going to continue my study.
InsyaAllah, next paper is Biochemistry. =)




Thursday, February 9, 2012

It's over winter break!



Yeayyy!! Winter break dah nak tamat! 


Padahal dalam hati, tak mungkin! Taknak! Urghhhhh~ 
Sebab nya apa? nak exam lah...

Kalau bagi mereka-mereka student Mesir yang lain, (yup, mereka yang sudah habis exam semestinya!) waktu winter break ni lah musim makan angin ke sana ke mari. Musim sejuk lah katakan..... Tapi, kami (pelajar-pelajar Universiti di Tanta ni) Sobb, sobb, sobbb... Tak ke mana sgt pun. Setakat keluar rumah, beli jajan, sayur-sayur, ayam, roti, dll... Tu je~ 
Haha.. Nada sedih la tu konon kan? Gedik je...
Yelah, tak berapa nak mampu pun kan, nak ke sana ke mari tu. 


 

Antara tempat yang menjadi pilihan ramai untuk dikunjungi pada musim sejuk ialah Gunung Sinai... Selain dari nak menikmati adanya salji kt situ, serta melihat kebesaran Allah iaitu keindahan timbulnya matahari (sunrise), terdapat juga kesan-kesan sejarah peninggalan para Anbiya' di situ terutama yang berkaitan dengan nabi Musa. Dengar cerita dari mereka-mereka yang dah sampai, memang macam best. 
Tapi.........
Buat setakat ni, aku tak lagi terasa teruja nak ke mana-mana. Sebab, errrrrrr... ada lah kot sebab-sebab nya. Hehe... lain kali lah kot kan. Ada 5 tahun akan datang lagi kot. Tak lari ke mana pun Sinai tuh! Hehe... :p



Dan, tapi... Kalau ada yang saje nak tukar hangin tu kan, yang memang sebetul-betulnya mereka makan angin. Dengan tersengaja memilih tempat-tempat yang lagi menarik dari apa yang ada kt Mesir ni haaa..
Antaranya, pergi London kot! Wow, macam best je kan.
Tak kurang juga, ada yang ke Sepanyol wow! Switzerland wow! Itali lagi lah wow!.....
Jeles lah plak. Hehe. Nak jugak. Nak jugak.



Dapat main salji yang sebetul-betul salji. Pergh, memang best lah kan.
Ops, tereksaited over sangat lah kan. :p
Takpe-takpe, kalau berkesempatan.. Akan sampai ke tempat-tempat itu jua. Yeayyy!


Tapi, bagi kalau aku lah kan.... 
Macam lagi best je kalau cuti yang ada, lepas tu ada wang saku lebih ni. Beli tiket balik Malaysia. Lagi OHSEMMM kot...
Kalau aku lah kan. Hehe.... :p



Apa ke halnya, nak cerita pasal perihal orang lain ni?
Okay, stop it... Move on to my story.... Hehe

Aku pergi jalan mana je eh cuti winter tadi?
Errrr, nak jalan jauh-jauh dan lama-lama pun... Macam tak sampai hati, sebab?!! 
Tak kan lah nak bergembira+berpoya-poya sebelum exam tatkala buku Anatamoy, Physiology, Histology, Biochemsitry memanggil-manggil kan? Ish3x... Sangat tak patut! Haha...

Tapi, dalam kesibukan winter break dalam erti kata lain study week tu kan..
Ada lah jugak curi masa untuk ke sana ke mari.
Bukak je cuti tu, terus gerak ke Cairo. Pergi pameran buku + pusat bowling... Errr, best lah jugak. Bagi pelajar yang duduk kt bhgian kampung Tanta ni, memang lah seronok dapat ke bandar Cairo tuh.
Jejak kaki sekejap pun dah seronok sangat. Tengok bangunan, jalan raya. Dah syok kot. Hehe...



Lakonan semata-mata. Ceh




Bowling~
Secara keseluruhan, aku seronok dan gembira pada hari tersebut. Walaupun, agenda untuk merebut microwave tidak tercapai. Huhu.. :p



Haaaa, seterusnya plak lah kan. Yang ni aku teruja! 
Semalam, 09022012.. Aku, housemate dan beberapa rakan-rakan yang lain. Gerak ke Cairo  untuk selesaikan hal-hal yang berkaitan dengan zakat selangor tu kan. Di mana, memerlukan pengesahan pegawai Selangor di Mesir ni....
Apa lagi, menjongket lah. Haha.. Opsss, lama tak guna ayat tuh. Hehe... :p


Apa yang eksaited nya ialah sepanjang perjalanan nak ke tempat tu. Aku rasa macam nak balik rumah. Umpama jalan dari Klang ke Sabak Bernam. Mula lah kan, nak 'touching2' ni. Huhu. Suka sangat layan perasaan. Haisshhhh~


Rumah BKAN Selangor

Bila dah sampai situ. Lagi lah Wow!! hehe. Tak habis-habis dengan wow dia. Apa punya keanak-anakan ntah... :p
Sebab apa ku teruja. Mestilah sebab tempat dia. 
Nama tempat tu Haiyul Asyir. Terletaknya rumah-rumah negeri Malaysia di situ. Yuhuu.. Cantik kot rumah negeri Selangor kt situ.
Dan, nak cakap. Memang sangat untung kalau dapat tinggal kt situ. Apa yang aku tahu, mereka yang tinggal kt bangunan tu hanya mereka yang terpilih iaitu yang dapat yayasan negeri. Wow, untung lah kan...
Hurm, takpe.. untung juga dapat duduk kt bangunan Imarah MM yang serba indah ni. ALhamdulillah. Hehe.. XD
Errr, yang aku perasan lah kan. ada rumah negeri Pahang, Kedah, Terengganu jugak kot. Kalau tak silap lah. Sebab tak berapa nak sempat nak usha semua tempat tuh. 
Dah la, penat dah teruja sana sini~



Bersama housemate tersayang.
Yang takde dalam gambar pun sayang jugak tau! Muuahhhh~



boleh buat salam perantauan ni. Hehe....






Okay lah setakat ni je dulu update ku.
Sayonara Winter Break! Tahun depan InsyaAllah jumpa lagi.... 




Jumpa makwe kt situ kot. Tapi, pertemuan yang tak disangka dan sangat singkat. hehe.


Errr, yup! Aku memang pakai winter coat yang tu je. Hehe. Maklumlah, rezeki ada satu je dulu. Alhamdulillah. Cantik tak winter coat tuh?!!! XOXOXOX



Wednesday, February 8, 2012

Petua gaya hidup sihat cara Rasulullah SAW


Salam MAULIDUR RASUL!!!

Alhamdulillah3, tahun ni kita berjumpa lagi dengan 12 RabiulAwal bagi tahun 1433 Hijriah pula iaitu sempena sambutan Maulidur Rasul. 
Sempena memperingati Rasulullah S.A.W
Sempena memperingati segala pengorbanan dan perjuangan 
Juga, lebih dekatkan diri kita dengan Pencipta Yang Maha Esa kita iaitu Allah SWT!

Jom lah kita menyelusuri (Ayat skema) serba sedikit antara sunnah Rasulullah dan serba sedikit tentang pesanan Imam Syafie tentang kehidupan ni.
Walaupun ramai yang dah tahu, tapi tak salah kalau nak berkongsi serta nak memperingatkan kembali ilmu yang pernah diketahui itu. Hehe.. 








[PETUA IMAM SYAFIE]

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

 

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.




Doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)
                                                                                                           


InsyaAllah, mungkin segala apa pesanan dan sunnah Rasulullah itu boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita sebagai pelajar.
Masing-masing boleh fikir mana baik dan buruk kan.
Jadi, takde yang buruk pun kalau kita amalkan semua tuh.
Bayangkan....
Dah lah, kita amalkan gaya hidup yang sihat.... Lepas tu, secara tak langsung plak... Dapat pahala sebab kita buat perkara tersebut, yg pastinya utama niat kerana Allah, dan yg keduanya kita mengikuti Sunnah Rasulullah. Yeaaayyy!!! =)

“Dan apa yang diperintahkan Rasul kepada kalian maka lakukanlah sedang apa yang beliau larang darinya maka tinggalkanlah.” (Al Hasyr: 7)







Alhamdulillah jugak, tinggal beberapa hari je lagi nak exam.. Huuuuu, tak sabar kot nak abiskan midYear ni.. Cepat lah datang kepadaku wahai exam itu! 





Thursday, February 2, 2012

Mesir- Jangan risau! InsyaAllah kami selamat...




Assalamualaikum

Dimaklumkan perkara berkaitan situasi terkini di Mesir



Pihak kedutaan memaklumkan bahawa keadaan keselamatan di Mesir sekarang agak kurang baik. Ada usaha2 jahat untuk mengganggu kestabilan negara yg bakal diperintah oleh IM/ Parti Hurriyah.

Antara kemuncaknya ialah rusuhan yg berlaku semalam di Port Said (perlawanan bola antara ahli dan al misri yg berakhir dengan kekacauan yg mengakibatkan 74 mati dan ratusan lagi cedera) Parlimen Mesir baru mengakhiri sidang tergempar yg akhirnya membuat keputusan utk menyiasat kejadian tersebut. Mereka menganggap ada usaha terancang utk menggagalkan thaurah ini. Ianya dilakukan oleh saki baki rejim mubarak. 

Sudah berlaku berbagai kejadian gangguan seperti ragut,rompak dan bunuh ( tidak melibatkan warga Malaysia) yg semuanya menjurus ke arah mewujudkan suasana tidak aman dalam negara. Ada juga usaha mendesak pihak tentera segera menyerahkan pemerintahan kpd rakyat. Dijangka akan ada banyak demonstrasi esok. Pihak Kedutaan juga tidak menggalakkan pelajar berada di luar muhafazah khasnya esok dan sabtu.

Harap maklum.


^
^
^
^
^




Gulp!
Tetiba kan, aku jadi cuak + takut. Huhu. Tapi, mungkin disebabkan kawasan yang aku duduk ni jauh dari kawsan bandar Cairo tuh. Jadi, takdelah terasa sangat pun. Cuma bila dah dengar nasihat berwaspada tuh dan tgok sedutan berita TV3 tu kan. Aku terkesima seketika.
Ya Allah, tolonglah pelihara negara Mesir ni. Apakah agenda utama pihak-pihak yang melakukan kejahatan sebegitu rupa? Dah kalah tu, sila lah blah! Suka betul nak porak-perandakan negara orang. Haiyaaa!

Errrr, tetiba je kan aku kisah pasal negara Mesir ni kan. 
Yelah, aku rasa macam harus mengetahui apa yang terjadi. Lagi-lagi kan, kalau ada nya rusuhan teruk macam yang tahun lepas tu. Dan, mewujudkan suasana yang sangat tidak selamat untuk kami pelajar-pelajar Malaysia ni. Takkan lah nak kena balik Malaysia lagi?
Maksud nya, OPS PIRAMID yang ke-2. Bersediakah anda?
Ouh, no way! It's not gonna happen. 




Usha jap apa yang berlaku di tempat kejadian. 








Okay2... Cukup-cukup lah setakat ni je. Kalau nak tahu lebih lagi, pergi lah cari maklumat tambahan sendiri okeh. Bukan nya apa, nanti ada plak yang terlebih risau kan. Huhu.
Tapi, kalau lah fikir secara logik kan. 74 orang 'mati' kot... Errr, ramai tuh...  Tak pasal-pasal perlawanan bola sepak tu tergendala. Siot je! Hehe.. 

Entry kali ni, tak bermaksud pun nak menambahkan kebimbangan mana-mana pihak~
cuma nak kongsi apa yang patut je.

InsyaAllah, kami-kami di sini (pelajar MedicMesir Malaysia di Tanta) dalam keadaan yang selamat. Cuma kena lah ambil perhatian dengan nasihat pihak kedutaan tu. Sila terhad kan pergerakan anda. Jangan keluar ke mana-mana sangat. Sebab keadaan Mesir sekarang sukar diduga.
Maklumlah, ada pihak yang tak puas hati kan. Huhu....


Secara jujurnya, kt Tanta ni. Aku tak rasa apa-apa bahang pun yang ada demonstrasi / rusuhan seperti yang digambarkan dalam berita-berita tu. ALHAMDULILAH, masih lagi selamat di sini. 
Jadi, aku pohon doa.
Moga Mesir selamat!
Moga Mesir aman!
Moga Mesir damai selamanya!





Rasanya kan, baru semalam 27 Januari. Hari Ulangtahun rusuhan pertama Mesir yang membawa kejatuhan pemimpin kuku besi negara itu, Hosni Mubarak dengan harapan mendapat kebebasan dan keamanan serta kehidupan lebih baik pada masa depan.
Tapi, lain pula yang jadi kan sekarang ni.


Wallahu'alam.....