Monday, November 28, 2011

Utusan Pilihan Raya Mesir



Ish, tajuk entry ni nak gempak je kan. Takde lah utusan mana pun. Cuma serba sedikit info tentang apa 

yang berlaku. Baca lah jap~



Hari ini bermulalah Pilihanraya Umum Mesir peringkat pertama untuk memlilh ahli Dewan Rakyat & Dewan Negara yang baru kesan dari revolusi Mesir pasca kejatuhan rejim Mubarak. Pilihanraya yang mempunyai 6 peringkat dijangka tamat pada 21 januari 2012. Sembilan buah negeri termasuk Kaherah mendahului pemilihan peringkat pertama di Mesir yang melibatkan seramai 17.5 juta pengundi.

Rakyat yang berusia 18 tahun keatas layak dan wajib membuang undi di hampir 3500 pusat penundian yang dibuka pada hari ini.Kegagalan mereka membuang undi akan dikenakan denda oleh pihak mahkamah sebanyak LE500.14 ribu orang jentera SPR telah bersedia bertugas dengan dibantu oleh ribuan tentera dan polis dalam menjaga keamanan sepanjang pilihanraya berlangsung.Sebanyak 553 buah ambulans juga telah disediakan untuk menghadapi sebarang kumingkinan.

Pertama kali dalam sejarah Mesir setelah kejatuhan Mubarak, Rakyat Mesir di Luar negara dibenarkan mengundi untuk memilih pimpinan mereka.Dijangkakan lebih 8 juta rakyat Mesir di laur negara akan membuang undi mereka melalui konsul Mesir dan memalui sistem E-undi.Penggunaan dakwat kekal juga dikekalkan dalam memastikan ketelusan SPR dapat diyakini oleh rakyat.

Di Kaherah menyaksikan pertandingan sengit diantara puluhan parti dan ribuan calon untuk merebut 54 kerusi parlimen. 1/3 dari kerusi tersebut atau sebanyak 18 kerusi akan dipilih melalui calon individu ( fardy ) dari 9 kawasan yang dipertandingkan. Manakala 2/3 kerusi @ 36 kerusi dipilih melalui calon berparti ( qoimah ) dari 4 zon besar.Ikhwan Muslimin dengan partinya Al hurriyah Wal adalah dijangka menang besar kali ini.

Parti Huriyyah Wal Adalah berjaya bertahaluf dengan 10 parti lain yang dikenali tahaluf demokrasi.Pakatan ini adalah antara pakatan terkuat yang dilihat mempunyai harapan besar rakyat.Parti ini adalah parti teramai yang telah menempatkan calon mereka di seluruh Mesir.Seramai 40 ribu sukarelawan Ikhwan di Kaherah sedang bertugas membantu keselamatan di kawasan-kawasan pilihanraya dalam memastikan proses PRU tidak diganggu oleh fulul watany.Keputusan pilihanraya setiap peringkat akan diketahui selepas 12 jam setelah tamatnya pengundian setiap peringkat.

Mohd Firdaus Madzlan.
28 November 2011.
slogan Parti Alhurriyah Wal Adalah.
معا نحمل الخير لمصر.









Ayat tu, aku copy paste je dari Facebook. Saje je nak tambah ilmu tentang apa yang berlaku di sekitar kita ni kan. Kalau ada yang tanya apa yang terjadi, takdelah rasa macam loser je. Hehe..
Lagipun, aku bukan nya minat sangat dengan benda alah politik ni pun.
Bosan je. Dan, rasa macam politik ni kotor je. Huhu. Maaflah kalau ada yang salah tuh! :p



Doa-doalah agar, pilihan raya Mesir ni tak ganggu apa-apa dan melibatkan urusan pembelajaran 
kami ni. InsyaAllah! Aminnn..

Nak belajar kt Mesir ni sampai graduate!! Tak nak balik Malaysia awal.

TAK NAK! TAK NAK! 

















Semalam punya post~




Sila baca entry ni pada hari yg semalam.. Haha.. Gedik je. Tetiba nak update..
Sambung kembali agenda yang tergendala semalam~

Okay, teruskan je dengan apa yang nak dibicarakan.
Nak cakap yang, semalam tu kan.. hari pertama makan tengah hari yang disediakan oleh ghamaah. Teruja tak tentu pasal je kot. Sebab dapat makanan. Di kala perut tengah berbunyi-bunyi diminta untuk diisi! Hehe.. 
Alhamdulillah, okay lah jugak! Tapi tak habis sebab.... Makanan ni tak pedas, jadi lidah aku agak rasa tawar dan kurang menerima rasa nasi tuh. :) 



Nasi goreng+spageti nipis+gulai kentang



acting je lebih...


Lepas tu kan, petang tu plak... Balik dari kuliah, hujan turun. Apa lagi, main hujan lah gamak nya! Brrrr, sumpah sejuk sgt! Tak tahan kot. Yang lagi tak tahan, agak teruja sebab mulut keluar asap! Haha... Asyik nk main hembus-hembus nafas. Ishhh, keanak-anakan sangat lah... :p

Banjir I

Lecak II

Dalam lif
Sempat lagi nk berdrama dalam tuh.
Basah kuyup kot~


Errr, nak cerita tu je kot.
Jap lagi sambung cerita lain plak. Haha.



Haaaa, pasal oral test physio tu kan. Takde apa-apa sangat pun. Lecturer tu, tunjuk random je. Lepas tu dia ada pesan, belajar rajin dan kuat lagi. Sebab mereka yang ditanya tu kan, jawab soalan dengan agak tergagap-gagap... Hehe. 
Hari ini adalah hari terakhir beliau ajar Physiology -Blood dengan ktorg. Seronok dengan dia walaupun sgt laju dan kadang-kadang tu ter'mengantuk' dalam kuliah dia~  




Sunday, November 27, 2011

+___+




Tak jadilah nak update blog seperti yang dirancang. Hati dah tawar kot.
+ Internet ni lembap sangat. Malas nak tunggu lama untuk upload gambar.
+ Nak baca Physio. Esok ada oral test!
+ Dah ngantuk!
+ Lagha (tetiba je!) :p
+Gedik je nak update blog selalu, sebab dah tak suka nak update semua benda kt status FB!
Walaupun tak ramai orang yang kan baca blog ni.
Do I cares??? So, what???
+ Esok ah qadak cerita untuk 3 hari punya...


Zzzzzzzz...............







Wednesday, November 23, 2011

Yeay!! BB percuma~



Argh, abaikan tajuk entry tuh! Haha..
Takde kaitan apa-apa pun dengan Blackberry. (Poyo je lebih)
Sebenarnya, BB stands for 'Buku Baru'... :p

Alhamdulillah! Akhirnya! Dapat jugak buku teks sepenuhnya! Boleh lah study dengan jayanya lepas ni kan. (konon)... Huhu.
Padahal, hari ni punya on9... sumpah lama glerrr... Taktahu apa je yang aku godek kt fb dan blog ni haaa. Nak amik mood apa ntah lah. Buang masa ke apa ntah aku ni?! 
Apa?! Ingat Mumtaz tu boleh datang bergolek macam tu je ke bila kau on9 24 jam camni? Haha. Kena sebijik!

Okay fine! Aku nak bagitahu pasal buku-buku teks yang aku dapat kt Universiti tuh.
Untuk pengetahuan, Tahun pertama ni.... Aku belajar 4 subjek je dulu. 
ANATOMY
PHYSIOLOGY
BIOCHEMISTRY
HISTOLOGY

4 subjek je tu pun. Terkial-kial jugak kot. Masih lagi mencari-cari roh subjek-subjek tu supaya masuk ke dalam jiwa ini... Hehe :p


ops, ada no fon plak. sila abaikan...
Malas nak edit dah~









Menarik kan buku-buku tuh! Hehe.
Saya sayang buku-buku Ghamaah ni~ Banyak Ilmu yang ada dalam buku tu...



Semakin tinggi buku yang diterima,
semakin tinggi cabaran ilmu yang diperoleh! InsyaALLAH~









Lepas tu jugak, kalau nak tahu. Pihak Universiti ada sediakan makanan Tengahari untuk pelajar-pelajar Malaysia. 
Yippieee!! Lepas ni, takde lah perut asyik mengadu kelaparan je! Hehe... Tapi, dengar cerita, untuk 4 hari je... Hari Khamis tuh kena masak sendiri lah kot! Ececehhh...
Taktahu lagi macam mana kah gaya makanan nya tu. Baru dapat kupon untuk minggu depan. Tak sabar nak tengok apa je hidangan yang akan diperoleh...

kupon mknn




Okay lah, sangat-sangat lah terlanjur waktu.
Cukup dulu kemaskini blog setakat ni
Wasssalam~




Wordless Wednesday #MalaysianFood vs MesirFood




Salam Ukhuwah

Malas nak cerita panjang-panjang. Aku letak gambar je banyak kt bawah ni. 
Tajuk entry ni pun, 'wordless wednesday' kan. Jadi, tak perlukan sangat ayat yang banyak untuk menerangkan setiap gambar itu. Hehe.
Apa yang pasti, gambar-gambar di bawah bertemakan MAKANAN!!! Yummy~




Nasi Lemak pertama,
dapat ketika setibanya di Cairo...

Nasi Goreng Ayam
(beli di Kedai Makan Haita)

Nasi goreng Lada hitam
(Beli di kedai Haita jgak)


Pizza mini



Ada Koftar, burger, dan Pizza Mini

Pizza di Ketchup...

Burger Panjang dan Bulat di Ketchup

Spageti cincai.
1st trial!!

Fatirah susu.
Lebih kurg macam roti canai segera...

Nasi Goreng pertama yang dimasak bersama Housemate...

Ikan masak tumis pedas.

Cekodok pisang dan jemput-jemput.
Ada sambal telur jgak! :)

Kari ayam

Ikan masak gulai cili hijau...

Tomyam- Potluck Iftar Jam'ie utk Raya Haji

Nasi Arab

Daging unta masak kunyit...

Bubur segera
selalu masak sebelum Quiz~

Nasi Goreng Padprik~
makan kt Haita dengan Housemate

Mee Bandung
Ditempah oleh Yan di Haita

Itu lah antara makanan-makanan yang ada.
Tak semua dalam gambar tu aku yang masak. Ada yang housemate masak. Ada yang masak sama-sama. Ada yang aku tolong tengok je! Hehe.
Yang lain-lain tuh, ada yang beli kt kedai jugak.


Jadi, takdelah nak cakap makanan kt sini tak best kan. Ada je yang memenuhi citarasa. Lagi-lagi dapat housemate yang pandai memasak. Memang berisi jela perut ni! :)
Dan, nasiblah ada restoran makanan Malaysia jgak kt sini. Tak rasa macam loser sgt lah kan, kalau setahun tak rasa makanan kt warung atau restoran. Agak-agak kalau malas tuh, boleh je dok tempah. Siap ada delivery lagi! Bahagia sungguh... Haha :p
Alhamdulillah~










Saturday, November 19, 2011

Sedikit kata-kata



I've got this quote from my FB's friend status,

which is she got it from her friend too.

I'm just re-blog it here~

:)

"Sure, medical students may not have a life, and being a doctor 

doesn't change the fact, but remember this; we sacrifice our life so 

that others can have theirs (:" 





And, one of my PASUM's friend have commented on that post with this nice words.



it depends on how you look at things. you may have sacrifice as a terrible thing, or you


may just enjoy all the learning, all the treatment, all the smiles of relieved patients " 

dont be a doctor, be a healer :)











Friday, November 11, 2011

Tawarnya kek coklat ini


Haha. 
Belajar buat kek lah sangat kan. Saje je memenuhi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah. Ada housemate tu bosan katanya. Layan lah kejap dia dengan membuat kek coklat ni haaa..

Buat punya buat, Alhamdulillah.. Terhasil lah jugak kek yang sedap ni.
(malas nak cerita panjang-panjang)

Tapi, tawar sikit lah plak..
Sekali makan, macam tak rasa apa-apa.
Dua kali makan, ada rasa kek coklat lah.
Tiga kali makan, Rasa nak lagi lah plak.
(??????)
Apa motif dua, tiga kali makan tuh? hehe. Okay, abaikan!
Biasalah, percubaan kali pertama kan? Mana boleh terus sempurna. Mesti ada yang tak kena... 

Dah tahu kot apa punca yg membuatkan kek coklat ni tawar.
Afirah & Fatin Nabilah! Boleh lah kita cuba buat lagi pasni! Hehe.. :)

adunan kek sebelum dibakar




kek yang dah siap untuk dimakan!




Pengajaran di sini ialah,
berani untuk mencuba sesuatu 
dan jangan takut untuk melakukan sebarang kesalahan. Kerana melalui kesalahan lah kita akan belajar tentang sesuatu! 
XD










Esok nak buat kek vanila plak kot.
tgok ah klu rajin update blog lagi...
Jumpa lagi  minggu depan! Hehe.. :p




K.O.R.B.A.N


Cantik kan tarikh ni, 11 September 2011. 
11.11.11

Jom kahwin! Ahakss, gedik sudah~
Best je klu dapat tarikh ni untuk majlis nikah. Hantaran pun boleh layan. RM11,111.11 sen. Cantik tak?? Haha.. :p
Macam ramai je yang mengungkapkan tarikh tu sebagai sebuah kenangan yang sangat bernilai. Huhu. Untunglah orang tu kan. Ada yang dah selamat kahwin, bertunang dan jugak yang gatai dok anniversary itu ini (???)... Hehe. No komen! 

Okay, sebenarnya bukan nak cerita pasal tarikh cantik tu pun. Aku cuma nak kongsi sedikit video dan ilmu lah sikit kot.Memandangkan kita baru je lepas raya Aidiladha kan. Dan sangat-sangat berkait rapat  dengan tema pengorbanan. Jadi, aku sangat terkesan dengan video ni.

" Apakah yang anda telah korbankan dalam kehidupan ini? "

Haaaa, agak-agak ada tak pengorbanan yang betul-betul kita dah lakukan untuk diri sendiri serta orang-orang yang tersayang? Kalau ada lah kan, cuba senaraikan dan lihat apakah hasil yang kita dapat daripada pengorbanan tu.
Kalau takde?? Cuba muhasabah diri semula, apa je yang dah kita lakukan sepanjang kita hidup ni (????????)

Tepuk dada, tanya selera!
^_^






Berkorban ialah menyumbang jiwa dan harta, 
masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat. 
Di dunia ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. 
Segala pengorbanan yang disumbangkan demi gagasan ini tidak akan disia-siakan sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang lebih baik. 


~ Imam Hasan Al-Banna ~
Risalah Taalim



Aku jugak sangat terkesan dengan pesanan terakhir Ummi MM sebelum beliau berangkat pulang ke Malaysia. Banyak yang beliau kongsikan dan bebelkan tentang pengorbanan dan jugak usaha! Terutama sekali, kesan nya kepada Orang yang paling tersayang dunia akhirat iaitu Abah & Emak. Huhu. Aku sangat terasa serta terharu dengan segala nasihat Ummi. Lagi-lagi, aku adalah anak sulung, satu-satunya harapan keluarga, adik beradik, saudara-mara... Satu-satunya, ahli keluarga yang ke luar negara. Banyak yang mengharap yang terbaik drpd aku! *Fuhhh, berat gak tanggugjawab tuh... 

Betapa banyak pengorbanan yang telah Emak & Abah lakukan, dengan harapan aku akan menjadi seorang doktor Muslimah yang berjaya dunia akhirat~
Alhamdulillah, dengan izin Allah juga. Aku dicampakkan ke kawasan yang penuh barakah ini. Begitu banyak perkara yang akan aku pelajari, yang dapat aku selami, dan banyak juga ilmu perkongsian drpd para senior yang ada.

Ummi MM pesan, berkorban lah untuk 3 bulan ni.
Berkorban lah selama 10 minggu yang akan datang ni untuk betul-betul FOKUS 
dan bersedia untuk menghadapi Mid Year Test! InsyaAllah~
Jadi, walau dengan apa niat sekali pun. 
Pastikan pengorbanan yang kita lakukan itu adalah kerana Allah dan sematkan juga dengan usaha yang setimpal 
dan juga doa serta tawakal kepada Allah setelah berusaha tu.


Hehe. Sebenarnya jugak kan! Entry kali ni, nak memotivasikan diri aku supaya BERKORBAN! 
daripada terus melayani perkara-perkara yang tak berfaedah ni haaa.... Mak bapak kita dah banyak berkorban kt luar sana tu! Ingat 10 sen je ke modal nak hantar kita kt sini? Sedarlah! Dan, berkorbanlah!
Tak lama pun, untuk Mid year je dulu. 10 minggu bukan masa yang lama. Tapi, sangat sekejap okay~
Berkorban lah! Tak rugi apa-apa pun.
Hasilnya, kita sendiri yang akan terima. Pahit atau manis bergantung pada rezeki masing-masing~

I ceased my sleep time to study!
I sacrificed FB to do the past year question!
I sacrificed myself from watching movie to revise the lecture!
N also, I will sacrificed myself from thinking about others!

(Ececehhh, semangat sangat2 dah tuh! huhu.. Jom zero-FB for next 10weeks! Hikhik.... )



Lets do the changes!
InsyaAllah.....








Sumber





Tuesday, November 8, 2011

EidulAdha di negara orang~



Salam AidilAdha buat semua umat muslim di dunia ini~

Alhamdulillah, tahun ni adalah raya haji yg pertama... Aku tak sambut dengan keluarga. Huhu. Sedih ke tak, tu lain cerita. Tipu lah kalau cakap tak sedih langsung kan. Setiap detik, aku teringat kt dorg. Lagi-lagi masakan mak! Rendang ayam, sambal ta'un, kuah kacang, pecal... Brrrrr, terliur sudah. Huhu.
Nak cuba masak kt sini, bahan banyak yg takde plak. Err, adakah semuanya itu alasan semata-mata? Tepuk dada tanya selera! Haha.. :p
Bukannya apa, air tangan mak sendiri mempunyai citarasa yang lain kan. Percayalah, makanan tersedap, terbaik dan terpelihara khasiatnya adalah masakan mak sendiri!! Memang tiada tandingan. Hehe.

Cerita kt atas tu sebagai mukadimah je. Sebenarnya, nak cerita dari hari ke hari tentang sambutan raya Qurban aku di negara orang ni kan. Kt sini, sambut raya haji selama 3 hari lah jugak. Dah macam raya puasa plak? hehe..




5 September 2011
(Sabtu)


Sehari sebelum raya Qurban.
Hari ini, kami semua digalakkan untuk berpuasa. Program hari tu takde apa sangat pun. 
Cuma ada Iftar Jam'ie dan jugak Takbir raya beramai-ramai selepas maghrib.

Makanan untuk berbuka malam tu pula, adalah masakan dari rumah ke rumah. Maksudnya, setiap rumah kena masak... Lepas tu, bwk turun masakan masing-masing untuk dihidangkan kepada yang lain. Makan secara dulang...

Potluck- Tomyam

Rumah ktorg masak tomyam ayam je. Nampak sedap kan. Biasa lah, ada chef hebat kt umah ni. hehe.. :) Menggoda sungguh tomyam tuh. Hisshhhh, kalau tengah puasa... Semua benda nmpak sedap~




Makan di dulang beramai-ramai.
Alhamdulillah, pelbagai jugak lah makanan yang mereka buat.
Ada roti jala, ayam kurma, karipap, sambal goreng. Yummy! Malam tuh, perut menyanyi kekenyangan. Haha. Kalau tak silap, bergedil pun ada jugak kot. Pehhh!! Memang terbaik lah. Jadi, ibu bapa di luar sana. Jangan risau anak-anak di Mesir ni tak cukup makan. Haha. InsyaAllah, makanan kt sini memuaskan hati~!



Yang kt atas ni plak, Nasi Arab yang diberi oleh orang Arab. Tapi, macam bukan nasi arab je. Kalau tak silap, nasi arab tu kan... Beras dye panjang-panjang dan lebih kurang macam nasi beriani. Kan2? Eh, entahlah.. Tapi, yang pasti. Nasi ni bukan orang Malaysia yang masak. memang original orang Arab yang punya! Hehe. Makan waktu supper. Peh, kenyang tak terkata. Alhamdulillah...

Malam tu tidur awal, untuk agenda keesokan harinya.



6 September 2011
(Ahad)

 Hari ni raya! Yeayyy!!Nak pergi solat raya! Yeayyy!! Haha.. Suka sangat lah tu. Secara jujur, ini adalah kali pertama aku solat raya. Fuhhh! Pengakuan berani mati. Kalau kt Malaysia, mana pernah nak solat raya. Dok kt umah, melangut memikirkan masa depan lah konon kan. Aiseh, memang tak patut dicontohi. Huhu.
Itu lah sebab nya, aku makin bertambah teruja sebab ini adalah pengalaman pertama bersolat raya dan dapat merasai suasan raya Haji di Mesir.
Memang sangat banyak perbezaan nya! Sangat-sangat berlainan.

Pertama sekali, mungkin nak cakap pasal tempat kot. Kt Mesir, tempat solat raya Haji ialah di istad ataupun stadium. Bukan kt masjid besar-besaran tu. DI situ, karpet akan dijadikan alas dan solat beramai-ramai di atas alas yang agak berpasir itu.
terperanjat jugak lah, sebab sangat ramai wanita-wanita Arab lain yang bersolat raya. Kalau kt Malaysia, susah lah nak jumpa suasana camni. Selalunya, hanya orang lelaki je kan yang sibuk pergi masjid utk solat raya. Orang perempuan plak sibuk kt dapur atau uruskan hal-hal keluarga. Kalau kt Mesir ni macam tak je. Semua orang turun untuk solat raya. Tak kira, tua atau muda, wanita atau lelaki, mahupun yang ada baby pun sanggup datang. Memang mantap! nampak lah betapa mereka begitu menghargai perayaan Islam ni.

Khutbah dye kan, dalam bahasa Arab. Huhu.. Tak faham pun, tapi sebab hormat. Duduk lah jugak. Pura-pura memahami. Hehe. Sekejap je pun, 15 minit. Tak lama kan. Lepas dah salam-salam, dan bergambar. Ktorg ambil peluang pergi usha pula kawasan persekitaran.


Muka takde ekspresi~
Haha. Blur lah tu.

Berjubah di pagi raya. Cisss, padahal kan. Jubah pinjam je.. Hehe. Tetiba teringin nak pakai. Sendiri punya takde kan. Nasib lah housemate ada lebih. Memang kitorg dah pakat nak pakai jubah waktu solat raya tuh. Comel tak saya? hehe...
*okay, abaikan perkataan gedik tuh! :p



Inilah yang dikatakan kemeriahan sambutan solat raya di Mesir. Ramai kan para jemaah muslimah yang hadir. Aku sangat senang hati melihat suasana sebegini! :)




Antara rakan-rakan tahun pertama yang turut hadir bersolat raya! Kepada ibu bapa sekalian, kami di sini okay je! InsyaAllah. :)


topi raya (?) 

Belon raya (?)
Haaa, apa lagi yang lain eh? Dah usha kan gambar kt atas tu kn? Ada belon dengan topi birthday party. Hehe.. Sangat menarik hati. Kt Malaysia mana ada jumpa suasana belon-belon camtu. Paling tak pun, ada jual kt pasar je kot! Haha.
Comel je sebab ada belon-belon tuh. Pastu, faham-faham lah kalau perempuan kan. Saje nak gedik-gedik.. Pergi lah beli topi-topi tu haa.. :p


Dah macam perempuan sihir yg kt kartun tu tapi versi Muslimah. Hehe.



Sempat jugak bergambar dengan Minah-minah Arab yang comel belaka ni. Hehe. Kan Mesir nak pilihan raya, jadi dorg ni lebih kurang macam tengah buat kempen kot.
*macam adik-beradik tak? Hehe.. Acah jela. Bukan bajet mana pun :p



Tengah jalan-jalan usha itu ini. Terserempak dengan Pensyarah Histology, Dr Khaled dan keluarga. Juga mengambil kesempatan bagi menitip kenangan AidilAdha bersama beliau.




Lepas tuh, dalam perjalan balik.. Sebelum kembali pulang ke Imarah tu, pergi singgah kt kawasan PCT (Perubatan Cawangan Tanta) sebab dorg dah ada sesi sembelihan unta dan kambing juga. Meriah sungguh! Ramai kot orang-orang kt situ. Nampak lah yang sebenarnya... Ramai je orang Malaysia kt daerah Tanta tu. huhu...

bertungkus lumus untuk menumbangkan unta


Pastu kt imarah plak, buat aktiviti bebas jap. Beraya dengan jiran rumah sebelah. Hehe.

Ziarah antara jiran

Kumpul di AC2 untuk makan-makan pula. Kali ni punya makanan pun potluck gak. Rumah ktorg masak spageti. tapi, bukan ktorg lah sangat. Sorg je yg masak. Hehe... Sedap dye masak.


Lepas dah makan-makan tu. Berkumpul dan bergambar lagi! Cepat cari kakak masing-masing kt mana??? hehe. 

Tengah hari ke petang plak, takde buat apa sangat pun. Ada lah study sikit-sikit. Selebihnya, tidur kot. Opsss, kantoi. Hehe.. Biasa ah, mood tgh raya kan.. 
Nak studi pun, fikir unta je~ Haha.

Peh!!! Memg kegemaran... 

Malam nya plak. Berkumpul lagi untuk mendengar sesi forum yang berkaitan dengan raya Qurban ni. Tema yang diketengahkan semestinya korban. 
Ahli panel nya ialah Aiman Latiff dan Izzudin Azaharuddin bersama dengan Aiman Nizar.

Point utama yang aku dapat malam tu ialah;
1. Yakin dengan ketentuan Allah
2. Keberanian dalam menegakkan sesuatu kebenaran
3. Pengorbanan kita terhadap sesuatu
4. Ketabahan dalam menghadapi ujian Allah

Lepas dah habis forum, sesi makan-makan lagi. Alhamdulillah, dapat makan laksa kot. Suka sangat-sangat! Hehe...



7 September 2011
(Isnin)

Yeayyy!! Agenda kemuncak pada Hari Raya yg Ke-2. 
Sembelihan unta dan aktiviti potong daging. 
ehem-ehem, jangan taktahu yang aku pegang AJK Potong daging. Maklumlah, yang busuk-busuk tu semua aku lah kot. Huhu.. 
Jumlah unta yang akan disembelih ialah 3 ekor. Mula-mula, dengarnya hanya 2 ekor unta je. Rupa-rupanya, tambah lagi 1 sebab ada parents yang bermurah hati nak sedekah. Alhamdulillah. :)



Comel kan unta-unta ni.


Okay! Sebelum sembelihan pun, sempat lagi nak bergambar kan? Haha. Sebelum tu jugak, Ummi ada bagi sepatah dua kata amanat kepada anak-anak medicmseir beliau. Supaya mengingati kembali niat serta pengorbanan mereka yang tersayang. Dan juga apa sahaja pengorbanan yang kita lakukan selepas ni biarlah dengan hati yang ikhlas kerana Allah. InsyaAllah~




Sesi penyembelihan yang penuh dengan kontroversi. 
kalau nak tahu, waktu nak sembelih unta yang kedua tu kan. Tali yang ikat leher unta tu putus. Cuak ke tak, itulah kenyataan nya. Semua orang lari mencicit mencari tempat selamat. Termasuk aku sekali lah tuh! Haha... Tapi, nasiblah unta tu tak lari jauh sangat pun. Dia lari kt tempat yang ada kawan dia je. Hehe.


Superhero Tanta a.ka. Abg Mat sedang menjalankan tugas




Berlatang belakang kan, orang yang tengah melapah unta. Sesuka hati je nak menyibuk... Hehe.. :p
Jangan marah~


saya tgh pegang KIDNEY a.k.a buah pinggang unta

Lepas dah abis sesi sembelihan, mestilah sesi lapah dan potong daging plak kan? Peh, kerja aku lah tu. Busy.Busy.Busy. (konon???) Haha...
Waktu tu memang berbau daging jela satu badan. Tapi, okay je. Aku memang suka buat kerja mcm ni. Penat tak terkata kot. Angkat itu ini. Ke hulir ke hilir, Berlari sana sini. Memang terbaik! :)


Bersama daging agihan. Banyak jugak lah. Memang satu hari tu kan, aku bersama dengan daging unta jela. Suka-suka!! Pengalaman kali pertama kan...

Pagi sampai petang tu memang sangat-sangat penat. Tapi, kalau fikir balik... Bukan aku seorang je yang penat. Semua AJK lain pun penat gak. AJK masakan, AJK lapah, sembelihan lagi. Memang semua orang penat waktu tuh. Sangat tak terkata penatnya. Tapi, inilah pengorbanan kan. Sama-sama penat dan bergembira di hari raya. Sumpah lah cakap. Kalau kt Malaysia memang susah nak join aktiviti yang sebegini. Lagi-lagi yang melibatkan remaja-remaja ni. Sukar nak nampak penglibatan bebudak sekarang untuk buat kerja-kerja macam ni. Huhu...


Malam nya plak adalah sesi kemuncak Hari Raya! InsyaAllah, segalanya dah selesai kot. Cuma bab agihan daging jela yang tak selesai sangat. Jadi, aku kena lah ke hulur je hilir lagi... Kalut tak tentu pasal. Ada partner pun, agak susah skit lah. Mungkin sebab perbezaan umur ke? Tak mungkin lah... Haha. Bukan lah, masing-masing sibuk dengan kerja tersendiri (konon je)...



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!
dari aku yang berada di perantauan ini.
0.o


Nasi Himpit & Kuah Kacang

Bihun sup tulang
Antara makanan yang dah selamat dalam perut aku malam tu.
Makan yang dimasak, semuanya terbaik! Fuhhh, sedap sangat-sangat. Huhu.



Eh, sebelum nak tutup cerita... Aku nak cerita gak pasal tetamu istimewa Arab malam tu. Hehe. Sangat menarik hati sebab Arab tu kan, sangat pandai berbahasa Kelantan. Sangat fasih weh! Sumpah tak tipu. Dia ada bagitahu yang dia duduk kt Malaysia sejak 1995 lagi. memang patutlah pun, dia fasih kecek kelate! Fuyoo2! Terkesima kot. Hehe... Errr, pesanan dia yang paling menarik perhatian ialah bila dia cakap yang kalau nak menguasai sesuatu bahasa tu kan. Kita takkan dapat bahasa itu selagi kita tak betul-betul mencampuri atau bergaul dengan masyarakat sekeliling. 
Jadinya, kita kena lah cuba berkawan dengan mana-mana orang Arab. Untuk menguasai bahasa mereka. Walaupun pada mulanya agak kekok dan blur.
Okay! saya akan berusaha! InsyaAllah!:)



dengan Dr. Fatin Farhanah

Berjumpa dengan rakan dari Al-Azhar. Yang datang dari Cairo dan sanggup turun ke Tanta. :)

Sebenarnya, hari tu jugak... Kawan-kawan dari Cairo, Alex, Mansoura dan Al-Azhar turun ke Tanta. Kehadiran mereka telah memeriahkan lagi majlis jamuan besar-besaran Raya Qurban. Sebagai tuan rumah (cewah, bajet je takpasal2) sangat berbesar hati dengan kehadiran mereka! 






Kini, berakhirlah sudah tugas aku!


Dan, tamat sampai di sini sahaja lah laporan tentang perayaan Raya korban aku di negara orang.
RINDUUUUUU.............