Wednesday, July 13, 2011

Tersenyum~

'Eh? U dah fikir belum, nak kerja smpai bila je?'
' *Diam sejenak..... Ntah lah.'
'U belum fikir lagi ke? Haiyaaa... '
' Errr, Mak suruh kerja sampai ujung bulan ni je terus. Dah alang-alang kan.. Tapi, tak pasti lagi lah camne..'
'Ouuhhh....'
'Agak-agak U nak saya kerja sampai bila je?'
'Seumur HiduP....'
' Heh?!?!?? Tak boleh la. Saya ada cita-cita lain maaa. Nak sambung belajar~ Hehe.....'
'*sambung main I-Phone dia yg baru berusia 5 hari tuh...'


Ada ke patut, dia suruh aku kerja situ sepanjang hayat. Haha. 
mana lah aku sanggup beb! Memang tak dinafikan kerja situ memang terbaik ah. Rasa mcm kau tak kerja dan hanya duduk membuang masa je. Main-main topup, amik duit dari org, sembang, termenung... Macam main game tu ha.. Lepas topup, dpt duit, duduk balik tunggu pelanggan seterusnya.. Senang je kan?? Hehe. Mungkin sebab aku ni terlampau rajin ke? 
Tak bnyk karenah ke? 
Atau sgt efektif bekerja?? 
Huh!?? Entah la.. Haha.. Jgn nk bajet sgt lah nadia oi~


Hari ni, dpt balik awal.. Tak tahu knp. Tapi, kami diberi arahan utk tutup kedai pukul 6.45 petang. Agak awal lah juga.. Alhamdulillah, seronok lah kan.. Hehe.. Aku tanya lah dia kenapa. Dia pun tak tahu knp. Mungkin betul-betul tak tahu atau taknak bgtau sebab nya apa. Aku pun, malas nak lanjutkan kes ni. Lepas tuh, baru aku teringat yang mlm ni ada perlawan persahabatan antara Malaysia dgn Arsenal. Mungkin tu kot sebab nya??? 
Phewiittt! Memang aku tak sabar nak balik awal. Hehe..




Bila balik je.. Aku terus terjah TV nak tgok lah pukul berapa game dorg ni main kan..
Tapi.........................
Hampeh jela, takde apa-apa petunjuk pun yg game ni ada kt main kt TV.. Antara TV1 mahupun Astro. Hampa dan kecewa!! Huhu..
Lepas tu, aku pergi lah usha FB. .. Aku terjumpa yang ni,
KUALA LUMPUR  – Sah! Tidak akan ada sebarang siaran langsung untuk pertemuan antara Malaysia menentang Kelab Inggeris, Arsenal malam ini.
Sebaliknya, pihak Astro melalui kiriman email kepada pihak media memaklumkan, perlawanan berkenaan akan disiarkan secara tertunda.
Jadual seperti berikut:
14 Julai (Khamis) : Astro Super Sport (811) – Pukul 9 Malam.
15 Julai (Jumaat) : Astro Arena  (801) – Pukul 8.30 Pagi dan 4 Petang.
Ketiadaan siaran langsung akibat syarat penganjur bahawa jualan tiket perlu melepasi tahap 90 peratus untuk membolehkan siaran langsung dibenarkan.

Lepas tu, aku godek-godek lah fb tu lagi. Rupa-rupanya, boleh tgok live streaming lah!
Jom tgok sini..
Yeahh!! jom saksikan sama-sama~

No comments: