Friday, July 22, 2011

Penangan Mr. UPU

Pssttt, curi masa kejap nak update blog! Hehe.. 
Sekarang aku kt kedai tgh kerja kot. Tapi, dah memang macam ni keadaan hari sabtu kan.. Yang lengang, kosong dan hambar.. Jadi agak bosan dan banyak masa terluang. Nasib lah aku bawak lappy ni. Dan, untunglah jugak sebab bos kecik aku ni bagi bawa plak.. Hehe. Partner kerja aku, Fatin, mc plak hari ni.. Demam katanya. Keseorangan lah aku dan duduk melangut je. Dan, sekarang ni plak.. Aku betul2 keseorangan sebab bos kecik keluar sekejap, erkk, sejam kot katanya.. Dah bosan lagi.. Haha.. Takpe2, memang tkde orang masuk kedai pun! :p
senang kerja aku.. Hehe.
Apa-apa jelah kan. Yang penting dapat lah masa nk update blog ni.







Sedar tak sedar, dah seminggu jugak lah keputusan UPU berlalu
atau 
Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf.

Dupp....Dappp.....
Berdebar lah jugak kan, aku dapat pergi mana plak pasni?????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Aku dapat USSM
Universiti Surirumah Sepenuh Masa
Kos plak Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Rumah Tangga dengan Kepujian

Haha. Bengang je kan. Errr, maaflah aku takde mood nak share dengan lebih lanjut pasal upu, kos dan kt mana aku dapat. Antara aku terima ke tidak tawaran tu. Itu semua urusan aku~
Kepada kawan-kawan yg dah tahu tu, takpelah.. Dah terlepas kan.. Hehe..
Kepada lain-lain yang asyik tanya tuh, MAAF lah! Tau2x.. Janganlah berdendam & menyampah dengan aku plak sebab tak cerita dengan korg.. Huhu.. I'm sorry~ (style Amir RajaLawak)

Nanti lah, bila aku rasa masa tu sesuai dan segala-galanya mengizinkan. Aku post kt blog ni, Ok! hehe. 
Sekarang ni, aku dalam keadaan yang stabil lah jugak. Dah tak terumbang-ambing waktu dpt result asasi dan keputusan upu tu keluar macam dulu-dulu tuh. 
Tapi, macam terasa kesal dan rugi sedikit lah kot. Sebab apa? Ntah lah. Tapi, kan ke takdir kita dah tertulis. Allah dah tentukan kehidupan kita cmne kan. Tapi, tak bermaksud, kita hanya perlu duduk diam sahaja dan tunggu takdir tu jalan sendiri. Kena lah ikhtiar kan~ 

Alhamdulillah, Aku bersyukur.
InsyaAllah, aku dah ikhtiar.








Yang dah berlaku tu, jadikan pengajaran dan pedoman.
Ada peluang kedua, jangan sia-siakan.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Di kesempatan ini, aku nak lah juga ucapkan 
TAHNIAH!!!
kepada rakan-rakan seperjuangan yang dapat kos terbaik n mencabar,
serta sambung belajar dan teruskan perjuangan di Universiti tempatan sama ada awam atau Swasta~
kepada yang dapat kos 'lelong' tu, terima lah seadanya. Mungkin ada hikmah atas segala apa yang terjadi kan.. InsyaAllah~
Allah kan Maha Adil dan Lebih Mengetahui..


Okeh, kawan-kawan!
Hidup ni kena lah 'ENJOY'!!! Haha..
Chill-lex sudah~   

http://www.emocutez.com








No comments: