Thursday, July 28, 2011

Tak Kalah la, Seri Je



Dah berakhir sudah perlawanan bagi kelayakan Piala Dunia untuk pasukan Malaysia.
Agregat 6-4 dengan pasukan Singapura.

Huh! Begini lah pengakhiran nya kan.
Aku dah cakap sebelum ni, Menang atau Kalah. Dah tertulis pun. Jangan nak ratap sangat lah. Benda dah berlaku. Hehe.





Aku nak ulas panjang-panjang pasal game tadi pun, macam tak sampai hati je. Lagi-lagi, siapalah aku ni nak cakap lebih pasal bola kan.. Dah la pompuan. Sibuk je hal laki ni.
EH! siapa kata?? ah, aku tak kira nak ulas jugak sikit2.. Haha.. Mula-mula tadi rendah diri lah sgt kan..

Memang tak dinafikan kalau setakat nak sumbat 2 gol lagi tu, kedengaran sangat mustahil dan senang~ Tapi, bila dah berhadapan dengan keadaan sebenar. Jadi lain sudah. hehe..
Yela, Bukan kita je ada strategi nak menang. Pasukan lawan pun ada jugak!
Kalau tak caya, tengok jela game tadi tuh..
Memang dikatakan boleh lah bagi anugerah Pelakon Terbaik kt Pemain Singapura. Lagi-lagi Penjaga gol dia! Hampeh je. 
Aku tak tahu lah nape kau org lembik sgt kali ni kan. Asyik jatuh je. Padahal ada ketika tu, takde lah kena apa-apa pun. Pantang orang tu himpit sikit je, dah jatuh kan. Ntah apa-apa punya perangai lah. Tapi, takpelah. Keeper dia pun dah kena kad kuning kan. Haha.. Padan muka! Nak sangat lengahkan masa. Amik kau! :p

Huh! Malaysia pun sama je. 
Pemain kt bahagian pertahanan masih lagi teruk. Aku bukan nya faham sangat pun pasal bola sepak ni. Tapi, aku takdelah jahil sangat pasal sukan. Kebanyakan sukan yang berkaitan dengan bola memang sangat mementingkan kt bahagian pertahanan. Kalau teruk kt part tuh, tak guna jugak walaupun penyerang yg kita ada main gaya tahap dunia punya~ 
Sangat tak seimbang lah kalau macam tuh. Nasib lah ada Khairul Fahmi Che Mat tu, penjaga gol pujaan ramai. Dia banyak menyelamatkan gawang gol Malaysia daripada dibolosi. Sedih woo tgok dia bertungkus lumus. Betapa kental nya semangat beliau. Dengan pertahanan yang agak hampeh. Hehe..


Yeaayyy! Aku dah puas membebel.. 
Apa-apa pun, dari segi persembahan. Singapura memang layak menang. Yela, kalau macam tu lah Malaysia main untuk perlawanan seterusnya, tak payah lah.. 
Buat malu je. Bagi jela peluang kt Singapura-Pura tu. 
Lagipun, game malam ni. Sumpah aku cakap, corak permainan kita memang huduh dan buruk. Tak best langsung. Kecuali aksi gol Safee Sali jela. Hehe..

Okeh2, aku memang tak layak nak hurai lebih-lebih.
Serah pada mereka yang berkelayakan ya.





Sub-Hero Malaya malam ni.
Ok lah, sbb dpt pecahkan telur daripada takde apa-apa langsung~




TERIMA KEKALAHAN HARI INI UNTUK KEMENANGAN AKAN DATANG... 

Tahniah malaysia untuk perlawanan yg hebat dari anda semua





Keputusan Perlawanan Timbal Balik bagi Kelayakan Piala Dunia 2014
MALAYSIA 1-1 SINGAPURA







No comments: