As-SalaM
"
last published on Jul 3, 2011"
Fuhhh! satu tempoh yg agak pnjang bg rekod peribadi aku buat masa ni.. Lebih kurang 3 minggu aku tak conteng-conteng kt blog ni.. yelah, kalau dulu-dulu tuh.. Betapa batak dan teruja nya, nak cerita itu ini kan. Sampai nak curi-curi masa lagi. Sekarang plak, dah ada masa yg agak2 terluang ni kan.. Sikap malas plak dtg menerjah! Hehe.. Macam-macam lah aku ni.. Rasa mcm nk lempang je sbb getik sgt.. :p
Tapi jap! Betul-betul free ke aku sekarang ni? Hehe..
Sebenarnya, takde lah free sgt pun. Tahu kan, aku tgh kerja. Peh! Sibuk lah sgt kan sekarang ni, sampai nak bukak lappy pun malas.. Haha.. Padahal sempat je lagi nk update status kt FB. Ntah pa per lah aku ni. Balik rumah pun, paling2 dalam pukul 9.35 pm tuh dah sampai rumah.. Kedai tutup pukul 9. Yela, nk kemas lagi, kira itu ini. Kt rumah, bila dh buka lappy tak tahu lah knp aku malas sgt nak main taip-taip keyboard ni. Hehe.. Selalunya, aku akan makan, mandi, solat n tv jap.. Lepas tu, terus tidur.. Huhu.
Kalau perasan.. Kebanyakan status aku tu 'via Celcom SMS' je. Sebab, aku tak berapa dpt peluang utk on9 secara live. Hehe. Kalau FB tu rajin skit lah kot, sbb nk usha apa yg terjadi kt dlm negara, isu semasa, psl UPU lg. tapi, bab blog ni plak.. Aku agak liat & malas. Yelah, mcm takde org nk baca pun blog aku yg hambar ni kan.. Sobsss3x.. Sedih je.. Hehe..Follower plak, mcm chipsmore. Bukan nya makin tambah, tp berkurang.. Haha.. Whatever lah kan.. Aku conteng-conteng kt sini pun, bukan utk menghiburkan hati korg ke apa. Cuma nak puaskan hati aku je.. Jadi, apa aku kisah????
Aku tak nak cerita panjang-panjang sgt lah. Penat ni. Esok kena bangun awal lagi, siap sedia pergi kerja lah kan.. Ceh! poyo je lebih. Hehe.. Padahal, masuk pukul 9 suku kot. Jarak rumah tak smpai 10 minit pun dgn tmpat kerja tuh. Baju plak takde nk gosok pun. Redah je baju apa kau nak pakai, yang penting selesa dan sopan. Hurm, apa -apa jela kan.. Hehe..
Apsal mcm aku tetiba blur nk cerita apa ni?!! Aigo0ooo0o....
*slanga korea apabila mengeluh! tetiba je kan. Haha. Ntah betul ke salah benda tu. Ah! belasah jela.
...
.....
........
...........
..................
Ha! dah ingat~
Nak cerita kt sini.. Tanggal 13 Julai ni genap sebulan dah aku kerja kt kedai henset tu. Huhu. Bangga tak bangga?? Semua bnda aku rempuh kot sepanjang kerja situ. Maksudnya, pelbagai pengalaman yang aku tempuhi sepanjang tempoh itu. Nadia ni kan, memang suka teruja pada sst benda yang ntah apa-apa. Perkara yang paling berat aku berjaya tempuh ialah
BOSAN!!
Peh, memang tak terkata lah. Aku fikir klu aku g kerja ni dapatlah ubati kebosanan aku ni kan. Tapi, ada suatu masa tu.. Lagi dahsyat bosan kt kedai tu. Kalau bosan kt rumah, boleh lah
on9 atau
tgok tv atau
tidur atau main
lompat-lompat senamrobik dgn adik ke kan.. Tapi, kt kedai tu. Dah lah, bosan tnggu pelanggan takde.Lepas tu, klu mengantuk tu kan. Memg tak bleh nak kata apa lah. Kadang-kadang kalau tgh menahan tu la, takde org masuk kedai.. Bila je mula lentok kepala kt atas meja, tetiba je ada org nk topup lah, itu lah , ini lah.... Hishhh, hangin je aku. Dan lagi satu, kalau waktu aku beria bersedia tunggu pelanggan, takde plak org. Bila tiba masa aku nak beli mkn ke atau pun solat ke, ada lah pulak org.. Berduyun plak tuh! Siot je. Haha.. Cuma tu jelah yg aku rasa, nk berhenti sekarang jugak!! Bosan siot duk termenung sorang2 kt kedai tuh~
Ah Yee plak (
bos cina muda yg baik lagi budiman. Ceh! mesti dia kembang je sbb aku puji dia kan. Haha.) , asyik menghadap komputer dia je sepanjang masa. Tengok filem n drama yg hnya ada subtittle mandarin. Dah lah aku tak faham apa-apa.. Lepas tu, Bukan nya nak temankan aku yg keseorangan ni! Yg bosan n asyik melangut tak tentu pasal je.. hehe.. Tapi, kadang-kadang tu ada lah jugak dia sembang-sembang dgn aku. Best lah klu ada boss yg sama frekuensi dgn kita. Maksud nya, lebih kurg je perangai nya dgn kita. Umur dia 20 kot. Tua setahun je.. Huh! Memang seronok lah klu gaduh-gaduh dgn dia pun. Huhu.. Tak kisah dan dia agak positif orang nya. Sangat sengal lah jugak. Haha.. Tak kering gusi kalau sembang dgn dia.
Memandangkan aku akan berhenti tak lama lagi, Boss besar si Ah Yee ni dah 'jemput' pengganti baru aku. Isnin lepas dia mula kerja. Umur plak muda setahun je dgn aku, 18. Dia ckp setakat ni memang takde perancangan apa-apa mahupun utk sambung belajar. JAdi, aku faham dan tak nak hurai panjang-panjang. Mungkin akan jadi isu sensitif. Huhu.. Aku agak lega lah juga, sbb sementara aku ada ni.. Boleh lah aku ajar dia apa yang patut kan.. nanti takde lah dia kelam kabut & Ah Yee pening sebab kena ajar mcm2 kt budak baru ni..
Dengan kehadiran budak baru ni kan, aku tetiba fikir balik. Nak berhenti mnggu depan ataupun ujung bulan je terus..
Sebab kerja kt situ
SUMPAH BEST!! tak berat dan tak tertekan sgt pun. Semuanya flexible. Dalam post sebelum ni, aku ada huraikan sikit-sikit. Pasal waktu rehat, pelanggan, kerja yg perlu dibuat, dan yg paling penting waktu solat terjaga. Alhamdulillah..
Pasal solat ni plak, si Ah Yee ni agak prihatin lah jgak. Agak-agak kalau waktu Maghrib tu, dia selalu akan keluar kejap sbb nk beli mknn. Dia akan tnya dulu, "U nk pergi solat tak?? err, saya nak pergi cari mkn jap. takpelah, U solat dulu. Saya tunggu.." Sweet kan?? haha.. Bengong lah nadia ni~
Dan, ada suatu ketika tu.. Aku ABC lah plak. (
ABC tu apa eh? faham-faham sendiri sudah..) Dia sibuk dok tanya. Sebab selalunya, dalam pukul 2 pm cmtu, aku akan solat zuhur.. Lepas tu, waktu tu lebih kurang pukul 3 dia dtg dekat dgn aku dan tanya " U tak pergi solat ke hari ni??".... Aku dah blur, tak tahu nk jawab apa. Tapi, nasib ada pakcik kedai spek sebelah tu dtg. Dia adalah terangkan sikit2 kot.. Huhu.. Segan dah aku.
Suka menyibuk betul apek muda ni!! :p
Ada lah babak lain yang dia ni suka menyibuk. haha.. Pendek kata, seronok kerja kt situ. Tak nyesal ah. Sekarang aku bingung dah. Nak berhenti kerja bila ni?
Ah Yee tu tak kisah katanya..
Budak baru tu plak, suruh aku kerja lama lagi..
Aku cadang nak berhenti rabu depan je. Huhu..
Mak plak suruh je kerja sampai akhir bulan ni. Sebab, dia ckp dah alang-alang. Mula-mula aku ckp nk berhenti kerja, dia marah n membebel. Dapat kerja senang tu pun, kau nk brhenti dah. Tak baik buat mcm tu.. Katanya~ Hehe.......
Apa-apa pun, masih lagi memikirkan..
Macam apa je la aku ni! Itu pun susah nak buat keputusan.
Uit, panjang lah kau punya cerita ni. Ha! ni lah gamaknya sebab tak update blog 3 minggu kan. Berjela2 cerita dia. Ni baru sikit. Bnyk lagi sebenarnya. Tak larat dah. Hehe..
ops, jap.. Pasal gaji lg eh? sumpah aku tak dapat apa-apa lg. Mak ada tanya.. Tapi, aku ckp dia bagi akhir bulan aku berhenti nanti kot. Aku pun, ya kan je. Seriuz aku tak amik tahu psl gaji uh! Hish, aneh la aku ni. Hehe.. Alaa, sama je. Tempat dekat pun kalau nak tuntut gaji. Mak bapak aku pun kamcing dgn bos besar si Ah Yee tu.. Hehe..
p/s: selamat kpd semua yg masih sudi baca cerita aku ni kan~
terima kasih bebanyak lah..
|
muka poyo saya yang minta pelempang! sekati aku lah!!! |
Kalau terlebih sudi lagi kn.. tinggalkan komen ah sikit.. Nampak lah sikit, korg ni ada singgah blog aku.. Takkan nk selamanya '
silent reader' je kan.. Hehe..
Peace yaw!!!
Dan, kalau perasan..
Tajuk entry takde kena mengena sangat pun dengan cerita kali ini. Harap maaf dengan kebeng0ngan aku ketika ini. Huhu.. Siapa yg tak perasan tu, memang sah tak beri tumpuan sepenuh nya terhadap blog aku! Sob3x, sedih lagi.. Haha.. Gurau jela... Tak tahu nak letak tajuk apa..... :p