Sunday, June 19, 2011

Celcom, Digi, Maxis, Tune talk...



Tetiba je fikiran ni dah dipenuhi dengan pelbagai nombor dan harga-harga barang kt kedai tu. Hehe. Yepp!! Aku sedang bekerja sekarang ni. Kerja apa eh? Alaaa, jd tukang sapu sampah, lap cermin, mop lantai, sapu sawang di sebuah kedai henset yg terletak berhampiran dengan Pekan Sabak. X best kan kerja aku ni. Haha.. Xde ah, memain jela. Tapi, semua kerja-kerja tu aku kena buat lah jgak. Yela, aku je satu-satunya pekerja wanita kt situ. Dah 5 hari pun. Bos amacam?? Dia adalah seorang lelaki cina. Biasalah kan, kalau bab-bab niaga ni bagi kt dorg jela. Apa yg aku nampak, memang tak boleh disangkal lagi bahawa kaum cina memonopoli perniagaan di negara ni. Yela, bayangkan lah.. Kalau dah para pembekal barangan2 henset yg aku jumpa, semua nya Cina.. Nak jmpa India? Xde lah pula. Melayu?? Huh, hampeh je! Huhu.. 









Apa je kerja aku sebenarnya??
#Kemas kedai seperti yg dinyatakan di atas.
# Masuk kan nilai top up. Kerja plg utama aku. Sbb yg tu je aku mahir! Haha.
#Terkebil-kebil uruskan pembayaran bil broadband/internet
#Tergagap-gagap jawab soalan psl henset. 
#Jerit 'Ah Yee!!!' (nama bos kedai). Kalau aku tak tahu apa-apa psl barangan kt kedai tuh.



Ceh! Apa punya orang lah. Patutnya, kalau bekerja tu. Sekurang-kurangnya, kena tahu pasal apa je yang kita kena buat kan. Tapi, aku kerja kt situ dengan 'bekalan yang kosong'..Haha. 
Ada beberapa ketika aku kena tegur, 
" Apsal U blur sgt ni?"
Maaf lah, kadang2 tu memang betul-betul blur dan kekadang tu aku terlupa kena buat apa. Hehe.
Dan, ada ketika pula aku ditanya,
"U ni ada masalah pendengaran ke? Apsal tarak faham apa yg sy ckp? Sikit-sikit haaa..??"
HAha. Tergelak besar aku sbb dihina sebegitu. tp, aku jawab kt dia.. Bukan lah, saya kurg faham dan tak biasa dengan slanga Cina. Sorry, boS!! Hehe. Jadi, memang bukan salah aku ya.. Lepas tu, dia ouhhh kan je. Haha.. Bos aku ni memang sporting dan baik hati. Tarak hal punya lah. 
Setiap hari aku belajar benda baru. Dia ajar harga barang itu ini. Tapi, aku kan baru lagi. Susah jugak lah nak ingat semua harga tu dalam masa yang singkat. Nasib lah dia faham. Hehe..
Kalau bab solat pun, agak longgar lah jgak. Lagipun, tempat solat dekat je. Memandangkan, kedai henset ni bersebelahan dgn kedai cermin mata yg dimiliki oleh kaum Melayu Islam. Jadi, aku tumpang solat kt tempat dorg je. Tapi, Bawa telekung sendiri lah ya..
Alhamdulillah, waktu solat aku tak terabai dan terjaga. Nasiblah bos cina yg ni agak faham kan. Bukan sstgh cina lain tu. Hampeh punya org! Lagipun, aku nmpk yg dia ni agak rajin 'sembahyang' jugak lah. Pagi dan petang sekali. Kena lah tahan dengan asap colok tu. Aduh! sakit hidung ni. Huhu.






Aku nak kongsi lah sikit tentang 5 4 3 2 1 fasal kerja sementara aku ni. Hehe..


5 Perkara yang paling aku suka bila kerja kt situ
# Waktu solat flexible dan tak terikat. Tempat solat pun dekat dan kemudahan lain-lain pun sempurna.
# Boleh pakai baju apa-apa je. Tak terikat dan takde baju uniform rasmi. 
# Waktu makan dan rehat pun ikut suka hati. Tapi, mestilah kena minta izin. Jangan nak buat perangai sendiri je. Tak pasal-pasal nanti dia fikir kita naik kepala plak.
# Tak buat banyak kerja berat. maksudnya, takde lah kena angkat barang itu ini pun. 
# Bos yang baik hati, memahami, menghormati dan sporting. jarang nmpk dia marah. Kalau buat silap pun, dia tegur je. Tapi, dalam nada serious lah jgak. Cuak woo!!


4 perkara yg membuatkan aku rasa 'Loser' dan Teruk
# Ada nya, kawan-kawan, pelanggan, para pembekal, dll yg berbangsa cina datang berjumpa dengan tokeh kedai tu. Mula lah speaking Chinese kan. Aku ni dah la sensitif. Fikir negatif plak tu. Bayangkan kt fikiran yg dorg tgh dok sembang n kutuk pasal aku. Terasa dipinggirkan. Haha..
# Tersalah asingkan duit. Antara duit bayaran dgn duit bil internet. Tak boleh campur. Sebab nanti akan mempengaruhi jumlah untung hari tersebut. 
# Tak tahu nak jawab apa kalau org tanya pasal henset yg dijual kt kedai tuh. Aduh! Waktu ni lah aku jerit nama bos! Hehe..
# Tak pandai nak mulakan sst perbualan ringkas. Soft skill aku sgt teruk weh! Bila lah nak ada peningkatan ni?? Patutnya, aku kena jadi lebih peramah. Biar orang suka datang kedai tu. 


3 sebab yang membuatkan aku rasa nak balik rumah dan berhenti kerja waktu tu jugak!
# Terasa macam ada buat salah. Mungkin tadi tak ambil duit dari pelanggan ke, tersalah kira duit ke, tersilap bg kad top up, dsb.. Hati jadi tak tenang. Dan segala kerja jadi huru-hara. Lepas tu, kena marah lagi.. Aduh!
# Penat + mengantuk-sangat-tak-boleh-tahan + Rindu nak lepak-bersenang-lenang kt rumah.
# Berurusan dengan pelanggan yang bad mood. Nak marah tak tentu pasal plak. Dan ada juga yang tak sabar-sabar agar urusan diselesaikan dengan cepat. HUh?? Ingat robot ke apa? Buat aku jadi kelam-kabut je.


2 Benda yg paling aku menyampah
# Kena uruskan pembayaran bil internet itu ini. Banyak lah plak nk kena buat kan. Resit, kertas kosong, Mesej.. Tak suka!
# Nak kena 'call' pihak Celcom atau Digi atau Maxis bagi urusan pembayaran. Aku memang tak gemar nak buat panggilan macam tuh. Benci! huhu..


1 Sebab aku akan cuba bertahan bekerja kt situ ialah..
# Tak sanggup nak makan, tidur je kt rumah tu. Sumpah bosan! Jadi, aku akan cuba perhati di kalendar dan lihat berapa minggu lagi aku akan sambung belajar. Huh! Memang semangat balik. Hehe.. 









Ok, aku pun taknak cerita panjang-panjang. Tunggu jela, sampai bila aku boleh bertahan kan. hehe.. haaa!! Lupa nak cerita pasal gaji. Errrr, secara jujur. Aku tak kisah pun pasal gaji. Dan aku takde plak nk tanya. Ntah la. Suka hati dia lah nak bagi berapa pun. Biarlah nilai tu menjadi rahsia. Hehe. Yang penting, masa aku tak terbuang dengan tidur dan tv je. Lagi-lagi, pengalaman macam ni lah yang aku nantikan. Oyeaahhhh!











3 comments:

Unknown said...

haha aku bace dari atas smpai bawah tawww. hahaha nice entry ^^



macam best je tym panggel nama bos tu?

NadiaSarwani said...

@bunbun

Haha.. manyak time kasih ma.. U memang suwiiittt... :)

xde ah best sgt pun..Hehe... Jerit bila perlu je~

Syuhada said...

tension kan uruskan duit2 pembayaran ni . haihh. syud pun kerja woo ;)