Thursday, June 9, 2011

Betulkah jantung akan terhenti seketika apabila kita bersin?



Kalau dulu dekat sekolah rendah. X kisah lah, sekolah pagi(kebangsaan) atau sekolah petang(agama). Ada x ustaz atau ustazah kalian suruh ucap Alhamdulillah lepas bersin? Waktu tu, kita yg kecik lagi comel lote ni memang ikut jela kan. Dan x tahu apa sebab kena buat mcm tu. Kita terima seadanya sbg salah satu amalan kehidupan seharian. Betul ke tidak? Hehe..






Bila usia dah makin bertambah ni kan... Perasaan ingin tahu tu makin membuak-buak. Ceh, membuak lah sgt..  Huhu. Lagi-lagi bila ada ura-ura tentang ketidakfungsian jantung buat seketika apabila bersin. Peredaran masa kadang-kadang menceritakan segala-galanya lah. Haha..

Sebelum tu, nak tanya lah kan. 
Kenapa perlu bersin? 
Penting sangat ke bersin tu dalam kehidupan ni? 
Kalau x bersin, apa akan terjadi?


Ish, bnyk plak persoalan kau ni kan. Hehe..
Kalau nak tahu, 
Bersin itu adalah mekanisme pertahanan diri bagi mengeluarkan bahan-bahan yang tidak diperlukan dalam badan. Tahukan bersin tu macam mana. Haa, mcm tu la.. Haha..
Bersin juga disenaraikan sbg salah satu cara badan manusia menyingkirkan sebarang kotoran atau virus yg akan mempengaruhi sistem badan kita.


Dari segi sains pula,
Dah mula la tu, Pelajar sains lah katakan.. Tumpang lalu lah ye.. Hehe.
Kan setiap pergerakan, pertuturan dan apa shj yg manusia lakukan itu dikawal oleh otak. 
Perlakuan bersin ni pun, dikawal oleh otak tau. Mengikut istilah sains, bersin ialah tindakan refleksi badan yang dikawal oleh satu bahagian di pangkal otak iaitu Medulla.
Jom tgok jap di mana kedudukan medulla.
Belajar psl anatomi manusia plak dah.. Huhu..





Untuk pengetahuan, antara fungsi medulla tu adalah mengawal sistem pernafasan kita dan juga mempengaruhi denyutan jantung. Kita bernafas guna apa? Paru-paru. Eh, tidak. Trakea. Eh, tidak jugak. Hidung kan?? Haha.. Kalau nk cerita panjang-panjang tentang sistem pernafasan kt sini. Memang x habis lah. Jadi, dipendekkan cerita Mula-mula kita bernafas mestilah melalui hidung kan?

Lepas itu, kadang-kadang bila ada habuk yg berlebihan masuk ke dalam rongga hidung kita. Stimulus atau rangsangan akan menghantar impuls(maklumat) melalui saraf terus ke medulla. Bahasa sains yang agak memeningkan di sini.Hehe... 
Medulla kemudiannya akan menghantar impuls ini kembali kepada otot-otot. Waktu ni lah ada yang bersin sehingga mata tertutup dan menyebabkan Paru-paru menghembuskan udara selaju kira-kira 100 meter/jam. Laju lah tu.

Kemudian, pada masa yang sama otak dan medulla tidak akan menghantar sebarang gelombang atau impuls ke jantung. Maka dengan itu, jantung berhenti seketika shj.

Bila kita tidak bersin, jantung akan berfungsi seperti biasa. 
Mekanisme yg kt atas ni akan terjadi ketika bersin shj. Jadi, jantung akan terus berdetak seperti sedia kala walau sekerap mana pun kita bersin.

Lagi satu, tahu x kelajuan saraf kita menghantar maklumat ke otak adalah 0.5 m/saat ke 100m/saat. Maaf kalau info salah. Tapi, kan nmpk x betapa laju nya pergerakan itu. Sekejap je kot. Pelari pecut dunia pun x mampu nak lawan! Hehe..


Itulah keindahan ciptaan Allah kan. Maka nya, marilah kita sama-sam bersyukur dengan segala percaturan kehidupan ini. Dengan mengamalkan, amalan yang telah diberitahu sejak zaman tadika lagi sebenarnya, bukan sekolah rendah. Hehe..









Lagipun, mengucapkan Alhamdulillah selepas bersin itu adalah sunat. Namun, menjawab ucapan syukur itu adalah kewajipan bagi yang mendengarnya. 


Dan, nak ingatkan juga. Kalau rasa nak bersin, jangan ditahan. X baik untuk kesihatan. Antara sebabnya ialah  boleh menyebabkan gegendang telinga pecah, wajah bengkak sementara, dan keretakan tulang rawan hidung. Fuhhh, bahaya jugak kan.
Tapi, kalau dalam solat. Seseorang yang bersin, boleh menggerakkan anggota badan dan akan mempengaruhi solat dia. Maka, cuba lah sedaya upaya untuk kawal bersin anda. Jangan lah bertindak di luar jangkauan.



Wallahu`alam.

Sekadar ingin berkongsi pengetahuan. Kalau ada tersalah tu, halalkan dan minta diperbetulkan. Sekian, Terima kasih!












No comments: