Wednesday, June 27, 2012

Oyeah!



Ahah! Macam biasa. Dah habis satu paper, terus nak update. Tchhh, gedik~ 
Alhamdulillah, physio - written+oral. Selesai jugak! 
Hooraay...Hooray...



Lagi sekali. Selamat tinggal PHYSIOLOGY..
Selamat lah kalian dalam kotak itu. InsyaAllah, tidak akan dipertemukan lagi kita di lain waktu!
Hewhewhew~


Apesal macam suka sangat?!
Haihhh... Nak bergumbira sekejap je ni. Sat lagi nak gerak study Human right(28/6-esok) dan Biochemsitry(4/7)
Perjuangan belum tamat lagi.
Misi belum selesai lagi.
Takperlu nak hoorayhooray sangat lah :p


InsyaAllah, sikit je lagi ni. Taksabar taksabar sangat dah ni. Huhu..
Pray the best for us :)





Short update from me.
Still counting the days... Hurmmm~



Hi, sweet stalkers!







Sunday, June 24, 2012

Silence doesn't mean nothing







p/s: Nak exam physio esok!
Doakan agar dipermudahkan.... Aminnn~
Wallahu'alam...

p/s/s: ALHAMDULILLAH! ALLAHUAKBAR!
kemenangan di pihak kita. Teruskan berdoa agar perjuangan ini akan terus dirahmati Allah agar Islam dapat memerintah dunia sebagaimana ketika zaman kegemilangan Nabi Muhammad, dan ketika zaman Turki Uthamniyah~
Tahniah Dr Mursy! *mcm dia dengar ucapan tahniah dari aku ni? Hehe...
Pergi on9 facebook, InsyaAllah ada bnyk update lain~ :D


Friday, June 22, 2012

That's it! Fullstop~



[credit]


Haihhh.... memang blog ni lah tempat aku nak merapik, merapu ntah apa-apa lah kan. 
Hurrrrmmmm..... *nada mengeluh.
Wahai lah hati... Apa sahaja lah kau inginkan?!!




Bersabarlah wahai hati. Hoho...

Woiiii!!!! APa ni? Apakah semua ini???
Hewhewhew... Ini lah dunia semata-mata. Y(^o^)Y

Saje nak letak gambar-gambar ni. Cantik, menarik. Tersirat dan jugak tersurat. Huuuuu...

[credit]

" InsyaAllah, kalau jodoh tak ke mana~ "


p/s: aku buat entry ni bagi pihak orang lain. Sebab dye gedik sangat... Eh heh!




Sweetysour: harapan


Tepuk dada tanya iman... 
Nak jadi orang haybat macam ni jugak! Walaupun banyak lagi perkara yang perlu topup kt hati, iman, diri, personaliti, dll... 







Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, 
nescaya tidak akan ada pendakwah. 
Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”

-Hassan Al Basri



btw, tengok video ni jugak... Ohsem!
Padat, ringkas, dan banyak intipati mesej yang perlu diambil perhatian...
Yeppp! Masih banyak yang harus diperbaiki... Perjalanan ini masih jauh... Huuuu~
Aim high! 








Monday, June 18, 2012

Apabila kempunan ABC tatkala musim panas ini, syok lagi andai ada aircond dalam bilik. Muahahaaa


Subhanallah! sungguh panas cuaca sekarang ni. Rasa macam nak mandi tiap kali 1 jam. Ehhh???
Ataupun, dok melangut kt depan peti sejuk 24/7! :)))
Dah nama pun Summer (sila baca-Musim panas), memang lah panas kan. Adoi~
Tetiba terfikir, kalau dah macam ni lah hangat nya panas di dunia. Macam mana pula waktu hari akhirat nanti yang jarak matahari yg sejengkal je dengan kita... Apatah lagi, neraka??? Na'uzdubillah~ 
Mohon doa sama-sama agar dipermudahkan, diperjauhkan! :)


Yummy! Sodappp nyewww....
Taknak tempah satu, terus nak tempah TIGA dah! Hikhikhik :p
gelojoh sangat kau ni Nadia~



Kt mesir ni ada je minuman sejuk yang osemmm macam ni. Tapi, bukan ABC lah...
Harga plak memang sangat masyuk. Bagi aku, lebih baik ABC daripada air 'mewah' macam tu. Siap ada aiskrim lagi, itupun dah boleh dpt dengan harga RM5 ke bawah tau! Slurpppp, telan air liur~
ouhh, Malaysia. I misshhh u so much!






Macam biasa, blogwalking sana sini. Jumpa benda alah ni. Hoho.


Dalam banyak-banyak tu aku selalu guna yang biasa-biasa je.

#3 Ketawa kebaratan: Hahaha

#4 Ketawa sambil tutup mulut: Hihihihi
kononnya, ketawa sopan lettewww


#15 Ketawa kuat: LOL

#26 eh heh - ketawa sindir.

#28 ngee ngee ngee - ketawa sengih
sambil tumjuk gigi kuning XD


Ketawa yang aku rasa agak annoying. Rasa mcm mintak pelempang :p

#5 Ketawa berdekah-dekah: Kah3
aku anggap ketawa yang ni umpama org yg mengejek. Menyampah! tapi, comel je. Kah3
jarang guna, tapi selalu orang guna kt aku~ hurmmm, annoying

#6 Ketawa pontianak: Kih3
Yg ni pun aku klasifikasikan sebagai ketawa annoying. Ouh, pehlizzz~
takpernah guna jugak.

8. Gelak besar: Muahhaaaaa 
*ketawa jin/setan. Sambil buat muka jahat! aku nak bunuh kau! :p

#19 Ahaksss = ketawa jimat cermat
ek eleh, yg ni ketawa gedik. Ahaks, bajet comel... Adoi, semua benda aku tak puasa hati lah kan :p

#24 hek hek hek - ketawa ngada-ngada.
gedik letteww, tak layannn~ pergi main jaoh-jaoh!




Ketawa yang agak kejam

#16 Ketawa bergolek-golek: LOLROTFL
tak pernah guna ni. Dan baru tahu. Dan taktahu apekebenda LOLROFTL tuh? anybody knows it??? Huhu

25. wakakakkakaka - ketawa berguling-guling cam tenggiling dalam piring

#27 huargh huargh huargh!!! - ketawa sambil bermain ngan benda-benda tajam. (ketawa brutal)

29. kwah kwah kwaaahhhh kwahhhhh - Ketawa sambil lewa

30. ketawa perli : ahe ahe ahe ahe... ..
apakah?? macam tak pernah jumpa je ketawa macam tu? nampak sangat admin tu dah takde idea dan sengaja tulis ni untuk cukupkan kuota sampai jadi 30! Kih3... tak puas hati glerrr budak ni :p





Eh? Aku cari jugak gelak gedik 'hewhewhew' tu.. Out of list ke? Hehe...


Pesanan penaja:
Senyumlah selalu! Peace Y(^o^)Y



p/s: ini serius... cuaca panas yang makin mencabar minda... badan dan muka melekit-lekit. tekak yang kehausan dengan air sejuk. Lalat yang berkicauan bertebaran di tepi muka. Phewwww~
Mengeluh kah? takde lah... Hanya mintak simpati je. Eh??? haha... 

p/s/s: nak ABC satu! yang ada aiskrim tau. Eh? taknak satu, nak TIGA!!! :p




Sunday, June 17, 2012

Kalaulah baca buku CVS ini, tahan lama dan khusyuk umpama baca novel cinta Adam&Hawa. Haihhh~




Amboi, bila masa pandai tulis tajuk entry panjang-panjang macam tu? Hehe...
Pengaruh dari Bunbun gamaknya T_T

CVS (sila baca; Cardiovascular System. Salah satu drpd 5 bijik buku physiology yang harus ditelaah tatkala ini..... )





Nostalgia Histology
 Dengan harapan, tak akan bersua lagi pada masa akan datang~
Selamat lah dikau dalam kotak itu. Hewhewhew..... :))))





Habis sudah Histology pada 13-14 JUNE lepas.
Alhamdulillah!
Segala puji bagi Allah.
Sebab dipermudahkan.
Walaupun.......
Errrrrrr... 
Ada soalan yang memang tak sangka akan memunculkan diri. Tapi, itu lah. Kehendak Allah. Nak uji hamba-Nya. Adakah betul-betul bersedia untuk diuji. Dah nama pun peperiksaan atau pun ujian kan? 
erkkkk?!!
Hamekawww....





Meja dah dikemaskini untuk bersiap sedia~
Berhadapan dengan paper yg seterusnya...  Sebaik sahaja habis oral Histology.  Amboi, Begitu macho sekali gayanya.... 


Walau apa pun yang terjadi,
akan terus melangkah dengan penuh bergaya!
Paper seterusnya, Physiology. Bertarikhkan 25JUN. 
5 buku untuk diselami sedalam-dalamnya. Phewwww....
Jangka masa yang panjang merupakan ujian yang perit.
Diuji lagi oleh nikmat Allah. Waktu lapang~
But, she (Ummi MedicMesir) said to us... 'YOU still have time!!!!!' (ada 5 tanda seru digunakan, menunjukkan betapa dalamnya maksud ayat itu ^_^  Bersemangatlah!)





p/s: momentum yang turun naik. Fokus umpama chipsmore. Kejap ada, kejap takde... Beginikah Mumtaz yang dicanang sana-sini itu mampu direalisasikan?
Tepuk dada, tanya iman~ 

p/s/s: terselit paper English sebelum Physiology, pada 20JUN... Ops, terlupa. haha, poyo~






Sweetysour: realiti hati dan fitrah antara lelaki perempuan zaman sekarang



Jom baca komik ni~
Jom lah. Jom lah...
Sangat comel macam saya dan comel juga pengajaran nya! :)
























Wallahu'alam. 
Sweet kan art komik ni. Tapi, lagi sweet kalau ada orang yang macam ni secara realiti. Tapi, berapa ramai je yang bermujahadah macam ni kan?
Semuanya bergantung pada hati masing-masing. *bersangka baik lah anda...
Maklumlah, sekarang memang musim CINTA. Sana-sini cakap pasal cinta. 
Up sikit, cakap pasal kawen. Hamboiiii, awak~ 
Harta takde mana pun, dah sibuk cakap pasal kawen. Nak kena tanggung anak orang plak tu. Tanggungjawab pun makin bertambah. Tapi, ntahlahhhh.. Haihhh, budak mentah bila ngomong-ngomong pasal kawen memang ntah apa-apa je. Jadi berhenti jela sembang pasal benda ni. :P

Comel tu comel lah jugak! puji saya lagi
Yang, penting, Jangan lupa ambil ibrah drpd komik ni.
Haruslah saling nasihat-menasihati kan...
Mungkin ada yang pernah berjumpa dengan artikel yang mempunyai maksud yang sama seperti ini. Tapi, apalah salahnya kalau memperingati hati kita semula!

So, chill~


Friday, June 15, 2012

SENTAPan minda dan logika; kenapa lah tak boleh tgok drama Korea ni? Betul ke haram?



Korea/k-Pop = HARAM? DOSA? LAGHA?
.
.
.




































































































































MUSLIMAH KITA DAN DRAMA KOREA



Ini suatu isu yang bagus untuk ditulis bahkan sebenarnya perlu untuk menyedarkan sahabat-sahabat kita terutama MUSLIMAH yang begitu obses dengan drama Korea. 

Bagi memastikan entri ini ringkas dan tidak terlalu panjang, maka adalah lebih wajar untuk ditulis khusus kepada skop yang dimaksudkan sahaja. Bermakna, bukanlah untuk berbicara tentang hukum menonton filem, melihat pelakon dalam drama dan sebagainya. Skop yang dimaksudkan adalah, fenomena MUSLIMAH kita yang ‘tersampuk’ KEGILAAN menonton drama Korea dan juga meminati para pelakonnya secara berlebihan.
ASAS

Mengapa perlu dibincangkan tentang drama Korea sahaja?
Mengapa tidak dikaitkan sekali filem-filem Melayu, filem-filem Hollywood, Bollywood, sinetron Indoneia, filem-filem aksi dari China dan sebagainya?

Memang benar, ramai juga yang obses atau fanatik dengan filem komedi dari barat, umpamanya filem Big Mama ataupun filem-filem horror umpamanya Saw dan Final Destination. Begitu juga ada yang fanatik dengan filem-filem aksi dari China umpamanya IP Man, Fearless dan sebagainya. Tetapi isu drama Korea menarik perhatian kerana fenomenanya berbeza.

Fenomena ini boleh mengundang ‘demam’ dan demam drama Korea ini agak kronik, sehingga mampu menjadikan ‘pesakit’ itu seakan ANGAU, hilang fokus belajar, suka berangan-angan mat jenin dan paling dahsyat, terlibat dengan PEMBAZIRAN MASA yang sungguh parah. Lebih malang, demam ini kebanyakannya menimpa wanita MUSLIMAH kita termasuklah yang berada di jurusan agama. Justeru dalam isu ini, kiranya eloklah kita perhatikan kepada beberapa perkara :






Tergoda tak? tergoda tak? Hamekawww~ 
apesal comel sangat. Ish3x. Sekadar gambar hiasan je. Tapi, ada kaitan dengan artikel ni. 


1) SYARIAT
Di dalam Al-Quran ada perintah supaya menundukkan pandangan, dengan ertikata lain menjaga pandangan kita daripada melihat kepada yang bukan mahram.
Lelaki didahulukan dalam ayat tersebut, kemudian diikuti dengan wanita.

Memang benar, di sana sini kerapkali larangan memandang ini dititikberatkan kepada lelaki sahaja, sehingga wanita dilupakan.
Lelaki dilarang memandang wanita, tetapi wanita tidak kisah kalau memandang lelaki.
Mungkin, sesetengah berpendapat sifat malu wanita sudah cukup menjadi benteng penghalang.

Tidak kurang juga yang beralasan :

“Lelaki kalau pandang wanita boleh naik syahwat, bahaya.
Tetapi wanita lain, dia tak naik syahwat kalau pandang lelaki..”

Cuba rujuk balik kepada ayat Allah.
Perintah menundukkan pandangan itu dihighlightkan kepada kedua-dua, lelaki dan wanita.
Meskipun suruhan kepada lelaki didahulukan dalam ayat pertama dan untuk wanita dalam ayat kedua, itu tidak bermakna suruhan menundukkan pandangan bagi wanita boleh dipandang enteng.

Ataupun , adakah kita sanggup mengatakan bahawa Allah menyebut suruhan itu secara sia-sia?
Maha Suci Allah dari perbuatan yang sia-sia.
Setiap suruhan dan larangan sesungguhnya terkandung hikmah dan kepentingan yang sangat besar untuk manusia.
Maka, mahu atau tidak, wanita juga perlu mengambil berat soal menjaga pandangan dari kaum adam.
Tidak kiralah di alam nyata mahupun di dalam filem dan drama.




2) KEPERLUAN ATAU KEHENDAK

Menonton filem atau drama bukanlah suatu yang wajib ataupun keperluan kepada manusia.

Dengan makna, kita tidak mati jika tidak menonton filem.
Justeru, memandang aurat bukan mahram di dalam filem atau drama adalah merupakan pilihan kita sendiri dan bukannya suatu yang dipaksakan kepada kita.
Ia berbeza dengan wanita-wanita yang membuka aurat di sekeliling kita.
Kita mungkin akan terlanggar tiang jika mahu mengelak dari memandang wanita yang membuka aurat.
Begitu juga dengan wanita.
Berada di khalayak untuk sesuatu urusan sehingga membuka ruang pandang kepada bukan mahram adalah perkara yang dimaafkan.

Kecuali jika kita sengaja memandang, maka itu jelas haram.
Berbalik kepada drama Korea, tiada siapa yang memaksa anda untuk menonton melainkan anda sendiri.
Jadi anda perlulah sedar bahawa, sebarang kemaksiatan yang berlaku di hadapan anda adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri dan anda mempunyai pilihan samada untuk meninggalkan ataupun meneruskan.






3) FANATIK DAN OBSES

Adalah suatu yang malang bagi seorang mukmin, jika ditimpa keobsesan kepada orang kafir dan fasiq yang sedikit pun tidak mendatangkan manfaat kepadanya.

Ini jelas terjadi kepada peminat fanatik drama dan pelakon Korea. Ia berbeza dengan minat dan kekaguman kita terhadap seseorang tokoh. Mereka kita jadikan sebagai idola dan pencetus motivasi.

Ini suatu yang berbeza.

Kegilaan kepada pelakon Korea adalah kegilaan yang terfokus kepada cara dia berlakon, rupa paras, kacak, hensem, comel, romantik, pandai bermadah kata, pandai menyanyi dan sebagainya.
Bahkan ada yang menghabiskan masa meng’google‘ gambar pelakon kegemarannya, mendownload serta menyimpan pula pelbagai klip video lagu Korea yang disukainya.

Kegilaan seperti ini sama sekali tidak mengundang faedah.

Berapa ramai yang menonton drama Korea kerana mahukan moral of the story berbanding yang menonton dan hanyut dengan angan-angan dan perasaan masing-masing. Kesemua ini, jika tidak dikawal akan membawa hati kita kepada berkurangnya rasa cinta dan kasih kepada Allah serta Rasul.
Di waktu kita melihat keelokan rupa paras, ianya tidak kita kembalikan kepada Allah.
Di waktu kita melihat sesuatu kesedihan dan ‘lakonan’ takdir, maka kita tidak kembalikan kepada Allah.
Kita hanya menonton dan mengagumi makhluk-makhluk dalam lakonan tersebut sahaja.





4) LALAI
” Saya risau, ramai kawan-kawan saya yang obses dengan cerita Korea, mereka menjadi sangat lalai..”

Ya. Itulah point nya.

Kelalaian.

Pembaziran masa.

Hilang fokus.

Sebagai contoh, MUSLIMAH yang sebelumnya rajin mengulangkaji pelajaran dan menggunakan masa untuk membaca bahan ilmiah, tetapi setelah ‘tersampuk’ kegilaan kepada drama Korea, jadual hariannya tunggang langgang.

Anehnya, tunggang langgang itu tidak menjadikan dirinya ‘susah’ sebaliknya selesa dan bahagia pula.
Ini kerana dia sudah terbang ke suatu dunia yang penuh dengan warna warni ciptaan manusia.
Suatu perkara yang perlu difahami tentang drama Korea ialah, jalan ceritanya sengaja dibentuk supaya bersambung-sambung dan benar-benar menjadikan perasaan penontonnya terbuai-buai dan ‘nak lagi-nak lagi’.
Suntikan maut inilah yang akhirnya mematikan diri anda yang sebenar.

Di luar, anda menjaga pandangan dari kaum adam.
Kononnya, kerana mahukan pasangan yang soleh suatu hari nanti.

Tetapi di dalam bilik, wajah pelakon Korea itulah yang menjadi teman setia anda sampai ke dalam selimut.
Gambar ditampal di dinding bilik dan di ‘dinding hati’.
Dalam solat terbawa-bawa, dalam mimpi terngigau-ngigau.
Dalam bilik kuliah, hanyut entah ke mana.




5) SIFAT MALU
Inilah yang menjadikan wanita MUSLIMAH sebagai subjek utama.
Mengapa secara luaran, anda malu untuk menyatakan cinta kepada seseorang lelaki kecuali dengan ikatan pernikahan yang sah, tetapi di dalam, anda begitu tidak malu meluahkan rasa ‘cinta’ dan minat anda kepada ‘mamat-mamat’ Korea?

Oh..Hensemnya dia!
Aku jatuh cinta!
Aku suka hero cerita ni.
Sangat caring..romatik..wah..sukanya..sukanya..

Kemudian, apabila ditegur dan dinasihati, jawabnya :

Aku suka je, minat je, bukan betul-betul pun
Alah..biasalah minat, macam lelaki minat siti norhaliza, aku minat mamat Korea. Hakikatnya, itulah simptom yang terhasil daripada pokok permasalahan iaitu terhakisnya sifat malu dari dalam diri. 
Apabila pandangan tidak dijaga, hati akan ditimpa musibah. 
Lantas lahirlah pelbagai alasan mempertahankan diri meskipun hati sendiri tidak beroleh ketenangan.





KESIMPULAN

Lebih cenderung nampaknya agar kita diajak untuk mengambil sikap pertengahan.
Kerana itu usahlah dikatakan haram dan haram semata-mata, tanpa meraikan fitrah dan keperluan insan.

Kalau mahu menonton, tontonlah sekadarnya sahaja.
Sekadar mahu menghilangkan tension.
Sekadar mahu mengalih perhatian.
Sekadar mahu menghilangkan bosan.
Sekadar mahu menghiburkan hati.

Tetapi kalau berhari-hari, berminggu-minggu hanya itu yang dihadap, itu ‘sekadarnya’ kah?

Bukan semua cerita Korea itu bersambung episod, ada juga yang dibuat dalam satu cerita pendek sahaja, tetapi yang terfokus di sini adalah drama Korea yang berjela-jela panjangnya, sehingga anda tidak bisa menonton sekadar setengah atau satu jam.

Itu bukan lagi termasuk dalam kategori harus, bahkan boleh sampai tahap makruh atau haram kepada melibatkan kelalaian hati dan pembaziran masa tanpa keperluan.



Maka berwaspadalah.

Isu ini perlu dijadikan teguran dan ‘kempen’, bukan serangan dan hukuman.
Mereka yang terlibat mungkin tidak sedar dan mungkin juga sedar, tetapi sedang berusaha melawan keobsesan mereka sendiri.

Pesan pada mereka:
Kalau anda tidak dapat menahan hati dengan hanya melihat satu episod
maka jalan terbaik adalah jangan tonton walaupun satu episod.
Mencegah itu, sesungguhnya jauh lebih baik dan selamat.

Sekian



.
.
.


Phewwwww, sangat lah bagus artikel ni untuk dikongsi.
Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan akhawat-akhwat yang budiman kt luar sana. Hoho.
Minda dan logika ini agak terasa dan tersentap buat seketika. 
Aku pun layan gak korea ni. Tu yang terasa. Dan memang sangat betul pun apa yg Ustaz tu huraikan. Lagi-lagi memang tepat kena dusshhh kt hati. sebab dia highlight dalam artikel ni, perihal wanita dan korea. Jadi, memang lah dia kutuk perempuan.
Eh, bukan~ dia nasihat dan keluarkan pandangan lah...

Secara konklusi nya, hukum haram dan dosa tu. Takde pun fatwa yang dikeluarkan lagi.
Tapi, sebagai orang Islam... Kita harus sedar mana yang baik atau buruk untuk rohani kita. Untuk didik iman kita. Mana-mana yang tak patut tu, jauhilah! Hindarilah!
Kalau tak setuju pun dengan kata-kata ustaz tu, jangan nak melenting lah kan. Kesedaran setiap orang tu berbeza-beza. Allah tu Maha Adil.