Ouh ye, semenjak dua menjak ni. Suka betul blogwalking sana sini.
Baca pasal hal dunia.
Baca pasal kehidupan orang lain.
Baca pasal politik Malaysia.
Baca jugak pasal isu kemanusian di Syria, Palestin Myanmar, dll.
Baca pasal gosip artis *haihhh, dunia lagi~
Baca pasal apa lagi eh?! Hurmmm... Banyak lah jugak.
Tapi, tak semua blog yang disinggah tu. Dari atas sampai bawah aku baca dengan teliti. Ada je yang aku usha gambar semata. Hehe. Lepas tu, terus tutup blog tu...
Cakap pasal gambar lah kan.
Errr, siapa kt sini yang tak suka gambar dia nampak cantik melecun. Turun tangan! Hehe.
Almaklumlah, tak mampu nak miliki kamera DCLSR(macam ni ke ejaan dye?) atau Canond9100 (nombor-bersiri-main-hentam-sebab-jahil-pasal-teknologi) yang besar gedabak dan nampak cool tu.
Jadi, hanya mampu guna aplikasi di laman maya yang serba percuma ini... Agar gambar tampak lebih chantek serta kewl. (ouh, dunia semata)
Kalau dulu, guna picnik je. Tapi, bila dah bukak picmonkey ni. I jatuh hati you! :p
sebab nya, ialah...
Apa kata tgok hasil tangan ni dulu.
sebelum |
SELEPAS |
sebelum |
SELEPAS |
sebelum |
SELEPAS |
sebelum |
SELEPAS |
Okay, tu je.
Budak baru belajar. Gambar pun ntah apa-apa je. Adoi~ tetiba rasa mcm pakai gincu-pink-tebal-yang-sgtlah-gedik.
Cadangnya nak letak 2/3 gambar je. Tapi, tetiba seronok pula main edit kt situ. Macam main game dah plak. Hehe. Hurm, agak-agak mesti anda dapat lihat. Apa yang macam best je guna picmonkey ni.
1. make up. Pakai lipstik dan blusher. Ahakss
2. hilangkan eyebag! dan juga kedutan di muka.
3. ada frame gambar yg osem
4. bnyk effect gambar yg stailo. phewwww
Dan lain-lain. Nak tahu selanjutnya.... Pergi lah singgah sendiri ke picmonkey tu~
[Gosip ni dtg drpd blog Dayah Jelita]
Tengah syok tekan effect gambar yang ada, dan tersalah tekan apa ntah.
Tetiba terkeluar mesej comel ni.
Rupa-rupanya, English pun ada gak ejaan 'bahasa pasar' dorg.
Ex-squezzzzzeee me! Haha...
p/s: maaf, sebab dalam banyak-banyak entry yang saya baca ketika blogwalking. Pasal picmonkey ni lah yang dipilih untuk update di blog. Padahal isu-isu lain ada yang lagi penting drpd benda ni. Dan perlukan perhatian semua pihak! Ampunkan saya, Ya Allah.... Cuma saya taktahu nak ulas bagaimana~ Hanya mampu membaca. Karena, saya tak sehebat seperti 'mereka, dia, awak'.... Maafkan saya
No comments:
Post a Comment