Sunday, June 19, 2011

Celcom, Digi, Maxis, Tune talk...



Tetiba je fikiran ni dah dipenuhi dengan pelbagai nombor dan harga-harga barang kt kedai tu. Hehe. Yepp!! Aku sedang bekerja sekarang ni. Kerja apa eh? Alaaa, jd tukang sapu sampah, lap cermin, mop lantai, sapu sawang di sebuah kedai henset yg terletak berhampiran dengan Pekan Sabak. X best kan kerja aku ni. Haha.. Xde ah, memain jela. Tapi, semua kerja-kerja tu aku kena buat lah jgak. Yela, aku je satu-satunya pekerja wanita kt situ. Dah 5 hari pun. Bos amacam?? Dia adalah seorang lelaki cina. Biasalah kan, kalau bab-bab niaga ni bagi kt dorg jela. Apa yg aku nampak, memang tak boleh disangkal lagi bahawa kaum cina memonopoli perniagaan di negara ni. Yela, bayangkan lah.. Kalau dah para pembekal barangan2 henset yg aku jumpa, semua nya Cina.. Nak jmpa India? Xde lah pula. Melayu?? Huh, hampeh je! Huhu.. 









Apa je kerja aku sebenarnya??
#Kemas kedai seperti yg dinyatakan di atas.
# Masuk kan nilai top up. Kerja plg utama aku. Sbb yg tu je aku mahir! Haha.
#Terkebil-kebil uruskan pembayaran bil broadband/internet
#Tergagap-gagap jawab soalan psl henset. 
#Jerit 'Ah Yee!!!' (nama bos kedai). Kalau aku tak tahu apa-apa psl barangan kt kedai tuh.



Ceh! Apa punya orang lah. Patutnya, kalau bekerja tu. Sekurang-kurangnya, kena tahu pasal apa je yang kita kena buat kan. Tapi, aku kerja kt situ dengan 'bekalan yang kosong'..Haha. 
Ada beberapa ketika aku kena tegur, 
" Apsal U blur sgt ni?"
Maaf lah, kadang2 tu memang betul-betul blur dan kekadang tu aku terlupa kena buat apa. Hehe.
Dan, ada ketika pula aku ditanya,
"U ni ada masalah pendengaran ke? Apsal tarak faham apa yg sy ckp? Sikit-sikit haaa..??"
HAha. Tergelak besar aku sbb dihina sebegitu. tp, aku jawab kt dia.. Bukan lah, saya kurg faham dan tak biasa dengan slanga Cina. Sorry, boS!! Hehe. Jadi, memang bukan salah aku ya.. Lepas tu, dia ouhhh kan je. Haha.. Bos aku ni memang sporting dan baik hati. Tarak hal punya lah. 
Setiap hari aku belajar benda baru. Dia ajar harga barang itu ini. Tapi, aku kan baru lagi. Susah jugak lah nak ingat semua harga tu dalam masa yang singkat. Nasib lah dia faham. Hehe..
Kalau bab solat pun, agak longgar lah jgak. Lagipun, tempat solat dekat je. Memandangkan, kedai henset ni bersebelahan dgn kedai cermin mata yg dimiliki oleh kaum Melayu Islam. Jadi, aku tumpang solat kt tempat dorg je. Tapi, Bawa telekung sendiri lah ya..
Alhamdulillah, waktu solat aku tak terabai dan terjaga. Nasiblah bos cina yg ni agak faham kan. Bukan sstgh cina lain tu. Hampeh punya org! Lagipun, aku nmpk yg dia ni agak rajin 'sembahyang' jugak lah. Pagi dan petang sekali. Kena lah tahan dengan asap colok tu. Aduh! sakit hidung ni. Huhu.






Aku nak kongsi lah sikit tentang 5 4 3 2 1 fasal kerja sementara aku ni. Hehe..


5 Perkara yang paling aku suka bila kerja kt situ
# Waktu solat flexible dan tak terikat. Tempat solat pun dekat dan kemudahan lain-lain pun sempurna.
# Boleh pakai baju apa-apa je. Tak terikat dan takde baju uniform rasmi. 
# Waktu makan dan rehat pun ikut suka hati. Tapi, mestilah kena minta izin. Jangan nak buat perangai sendiri je. Tak pasal-pasal nanti dia fikir kita naik kepala plak.
# Tak buat banyak kerja berat. maksudnya, takde lah kena angkat barang itu ini pun. 
# Bos yang baik hati, memahami, menghormati dan sporting. jarang nmpk dia marah. Kalau buat silap pun, dia tegur je. Tapi, dalam nada serious lah jgak. Cuak woo!!


4 perkara yg membuatkan aku rasa 'Loser' dan Teruk
# Ada nya, kawan-kawan, pelanggan, para pembekal, dll yg berbangsa cina datang berjumpa dengan tokeh kedai tu. Mula lah speaking Chinese kan. Aku ni dah la sensitif. Fikir negatif plak tu. Bayangkan kt fikiran yg dorg tgh dok sembang n kutuk pasal aku. Terasa dipinggirkan. Haha..
# Tersalah asingkan duit. Antara duit bayaran dgn duit bil internet. Tak boleh campur. Sebab nanti akan mempengaruhi jumlah untung hari tersebut. 
# Tak tahu nak jawab apa kalau org tanya pasal henset yg dijual kt kedai tuh. Aduh! Waktu ni lah aku jerit nama bos! Hehe..
# Tak pandai nak mulakan sst perbualan ringkas. Soft skill aku sgt teruk weh! Bila lah nak ada peningkatan ni?? Patutnya, aku kena jadi lebih peramah. Biar orang suka datang kedai tu. 


3 sebab yang membuatkan aku rasa nak balik rumah dan berhenti kerja waktu tu jugak!
# Terasa macam ada buat salah. Mungkin tadi tak ambil duit dari pelanggan ke, tersalah kira duit ke, tersilap bg kad top up, dsb.. Hati jadi tak tenang. Dan segala kerja jadi huru-hara. Lepas tu, kena marah lagi.. Aduh!
# Penat + mengantuk-sangat-tak-boleh-tahan + Rindu nak lepak-bersenang-lenang kt rumah.
# Berurusan dengan pelanggan yang bad mood. Nak marah tak tentu pasal plak. Dan ada juga yang tak sabar-sabar agar urusan diselesaikan dengan cepat. HUh?? Ingat robot ke apa? Buat aku jadi kelam-kabut je.


2 Benda yg paling aku menyampah
# Kena uruskan pembayaran bil internet itu ini. Banyak lah plak nk kena buat kan. Resit, kertas kosong, Mesej.. Tak suka!
# Nak kena 'call' pihak Celcom atau Digi atau Maxis bagi urusan pembayaran. Aku memang tak gemar nak buat panggilan macam tuh. Benci! huhu..


1 Sebab aku akan cuba bertahan bekerja kt situ ialah..
# Tak sanggup nak makan, tidur je kt rumah tu. Sumpah bosan! Jadi, aku akan cuba perhati di kalendar dan lihat berapa minggu lagi aku akan sambung belajar. Huh! Memang semangat balik. Hehe.. 









Ok, aku pun taknak cerita panjang-panjang. Tunggu jela, sampai bila aku boleh bertahan kan. hehe.. haaa!! Lupa nak cerita pasal gaji. Errrr, secara jujur. Aku tak kisah pun pasal gaji. Dan aku takde plak nk tanya. Ntah la. Suka hati dia lah nak bagi berapa pun. Biarlah nilai tu menjadi rahsia. Hehe. Yang penting, masa aku tak terbuang dengan tidur dan tv je. Lagi-lagi, pengalaman macam ni lah yang aku nantikan. Oyeaahhhh!











Sunday, June 12, 2011

Yeahhh!! Terengganu menang, Kelantan tak menang! :p







Pertembungan Piala FA 10/11 antara KELANTAN & TERENGGANU malam tadi, memang hebat! Hurm, boleh tahan lah jugak. Walaupun pada mulanya, agak hampeh dan hambar. Tapi, disebabkan aku nak jugak tgok siapa yang menang dan nak tahu adakah Kelantan merupakan pasukan itu. Aku sanggup tunggu hingga perlawanan habis!!! Haha..
Dah la waktu tu aku berada di rumah atuk sebab ada lah kenduri sikit sempena kandungan mak cik yg berusia 6 bulan tuh. Huhu. Ish, atuk aku ni pun. Waktu org nk tgok bola ni lah, dia nk buat kenduri kan. Spoil betul lah! Hehe.. Nasib baik malam tu buat kenduri lepas maghrib dan hidangan makan utk malam tu plak ialah NASI AMBENG versi Melayu yg dijawakan! Haha.. Agak lain sikit drpd sebelum2 ni.. :p



Pinjam gambar dari org. Terjumpa kt google! :)

Tetiba nk cerita psl nasi Ambeng plak dah. Hehe.. Sopo nang kene wong jowo. Reti po orak, gawe nasi ambeng ki?? Bhahaha.. keluar bahasa jawa lagi.. Ok2, back to the story..
memandangkan mlm tu buat nasi ambeng.. Jadi, pinggan mangkuk yang perlu dibasuh adalah sedikit bilangan nya. Aku nk basuh pinggan?? Ktorg kt sini, klu bab basuh2 ni. Bagi kt lelaki! Hehe.. Maka, aku terlepas! yeayyy, boleh tgok bola dgn aman. Tapi, abah aku usik plak mlm tu. 
'Eh, mana ada perempuan tgok bola. Lelaki je boleh. Pergi basuh pinggan lah sana.'

Aku buat tak endah. Anak tak makan saman betul kan.. Hehe. Alaaa, ramai je org lain kt dapur tu boleh tolong basuhkan.. Dipendekkan cerita, bukan abah mahupun adik lelaki aku yg basuh pun.. Tapi, Pak Cik aku yg nk wt kenduri tu yg basuh berdua dgn isteri dia. Huhu.. Kami yg kt depan tv tu memang x bleh tahan dah. Melekat je la kt depan tv tu.. Hehe.. Maaf lah sbb x tolong! :p



Tak semestinya, kalau tgok bola kena sokong salah satu pasukan yg tgh bertanding tu kan. Tapi, secara tersurat nya, aku tak sokong mana-mana pihak pun. Manakala, secara tersirat nya pula aku mcm 'tersokong' terengganu plak dah! Haha.. 
Yelaaa, tahu kan yg aku ni Selangor fc DIE-HARD fan punya! Haha. Mana x sebal hati kalau pasukan pilihan tak masuk final kan.. Lagi-lagi hari tu separuh akhir dgn Kelantan. Lagi lah dendam kan.. Cewah! Hehe.. Pak Long jgn marah.. Huhu..



Barisan pemain KELANTAN




Barisan pemain TERENGGANU



Bukan nak kata apa lah kan. Dah memang rezeki Terengganu malam tu. Semua bola yg gol adalah waktu-waktu 'last minute' punya. Huhu.. Tu lah penyokong Kelantan, siapa suruh baling mercun ke arah penjaga gol Kelantan. Tak pasal-pasal perlawanan terpaksa dihentikan selama 4 minit lebih dan tambah masa kecederaan lagi. Memang untung lah kau Penyu! Huhu...
Lagi-lagi apabila pemain Kelantan tertanduk bola ke gol sendiri dan membuatkan Terengganu mendapat Gol pertama dan mnjadikan kedua pasukan seri pada 'last minut' tu. Niat dia nak tanduk keluar. Tapi, tersalah target kot! Hehe.. Nasib lah kan.
Aku rasa, hero malam tu adalah penjaga gol Terengganu kot.. Hehe.. Sebab apa eh? Gaya terbang dia yg kiut tu kot! Khairul Fahmi tak boleh lawan gaya Sharbinie Alwi kalau bab2 terbang ni. Haha. 

Dengan keputusan penuh malam tu.
TERENGGANU 2-1 KELANTAN
Memang membuatkan aku melompat-lompat lah jugak! Hehe. Sebab yg pasti. Bukan kelantan yg menang. Cewah! mentang-mentang kelantan tu musuh tradisi kau kan. Suka lah tu. :p










Tapi kan, Terengganu yg menang. Kelantan yang cuti. Hehe.. Apa-apa jela. Cukuplah hurai cerita ni. Tak perlu nak seronok dgn pasukan org plak. Huhu.

Dan, aku tabik dgn stamina pemain-pemain bola ni. Main selama 120 minit kot, iaitu lebih kurang 2 jam jgak lah dorg kt padang tu berhempas pulas tenaga dan keringat. Kalau selalu 90 minit je kan. Fuhhh, memang terbaik! kuat dan hebat. Yela, padang tu dah lah besar. Kena lari ke sana sini n kejar bola lagi. Hehe.. Org biasa-biasa memang tak mampu..
Tapi, yang aku tak tabik ialah banyak sangat kad kuning yang dilayangkan malam tu. Kalau tak silap aku, 12 kot.. Woo!! ni main ke pesta kad kuning? Hehe.. Kalau tgok dari segi permainan pun, memang nampak hampeh. Siki-sikit nk bentes kaki org kan. Ganas betul main. Liga Inggeris xde plak main cmtu. Ok je. Ini tidak, org sepak bola. Dia pergi sepak kaki org. Ntah pa per~



Apa-apa pun, tahniah lah terengganu ye.......






Thursday, June 9, 2011

Betulkah jantung akan terhenti seketika apabila kita bersin?



Kalau dulu dekat sekolah rendah. X kisah lah, sekolah pagi(kebangsaan) atau sekolah petang(agama). Ada x ustaz atau ustazah kalian suruh ucap Alhamdulillah lepas bersin? Waktu tu, kita yg kecik lagi comel lote ni memang ikut jela kan. Dan x tahu apa sebab kena buat mcm tu. Kita terima seadanya sbg salah satu amalan kehidupan seharian. Betul ke tidak? Hehe..






Bila usia dah makin bertambah ni kan... Perasaan ingin tahu tu makin membuak-buak. Ceh, membuak lah sgt..  Huhu. Lagi-lagi bila ada ura-ura tentang ketidakfungsian jantung buat seketika apabila bersin. Peredaran masa kadang-kadang menceritakan segala-galanya lah. Haha..

Sebelum tu, nak tanya lah kan. 
Kenapa perlu bersin? 
Penting sangat ke bersin tu dalam kehidupan ni? 
Kalau x bersin, apa akan terjadi?


Ish, bnyk plak persoalan kau ni kan. Hehe..
Kalau nak tahu, 
Bersin itu adalah mekanisme pertahanan diri bagi mengeluarkan bahan-bahan yang tidak diperlukan dalam badan. Tahukan bersin tu macam mana. Haa, mcm tu la.. Haha..
Bersin juga disenaraikan sbg salah satu cara badan manusia menyingkirkan sebarang kotoran atau virus yg akan mempengaruhi sistem badan kita.


Dari segi sains pula,
Dah mula la tu, Pelajar sains lah katakan.. Tumpang lalu lah ye.. Hehe.
Kan setiap pergerakan, pertuturan dan apa shj yg manusia lakukan itu dikawal oleh otak. 
Perlakuan bersin ni pun, dikawal oleh otak tau. Mengikut istilah sains, bersin ialah tindakan refleksi badan yang dikawal oleh satu bahagian di pangkal otak iaitu Medulla.
Jom tgok jap di mana kedudukan medulla.
Belajar psl anatomi manusia plak dah.. Huhu..





Untuk pengetahuan, antara fungsi medulla tu adalah mengawal sistem pernafasan kita dan juga mempengaruhi denyutan jantung. Kita bernafas guna apa? Paru-paru. Eh, tidak. Trakea. Eh, tidak jugak. Hidung kan?? Haha.. Kalau nk cerita panjang-panjang tentang sistem pernafasan kt sini. Memang x habis lah. Jadi, dipendekkan cerita Mula-mula kita bernafas mestilah melalui hidung kan?

Lepas itu, kadang-kadang bila ada habuk yg berlebihan masuk ke dalam rongga hidung kita. Stimulus atau rangsangan akan menghantar impuls(maklumat) melalui saraf terus ke medulla. Bahasa sains yang agak memeningkan di sini.Hehe... 
Medulla kemudiannya akan menghantar impuls ini kembali kepada otot-otot. Waktu ni lah ada yang bersin sehingga mata tertutup dan menyebabkan Paru-paru menghembuskan udara selaju kira-kira 100 meter/jam. Laju lah tu.

Kemudian, pada masa yang sama otak dan medulla tidak akan menghantar sebarang gelombang atau impuls ke jantung. Maka dengan itu, jantung berhenti seketika shj.

Bila kita tidak bersin, jantung akan berfungsi seperti biasa. 
Mekanisme yg kt atas ni akan terjadi ketika bersin shj. Jadi, jantung akan terus berdetak seperti sedia kala walau sekerap mana pun kita bersin.

Lagi satu, tahu x kelajuan saraf kita menghantar maklumat ke otak adalah 0.5 m/saat ke 100m/saat. Maaf kalau info salah. Tapi, kan nmpk x betapa laju nya pergerakan itu. Sekejap je kot. Pelari pecut dunia pun x mampu nak lawan! Hehe..


Itulah keindahan ciptaan Allah kan. Maka nya, marilah kita sama-sam bersyukur dengan segala percaturan kehidupan ini. Dengan mengamalkan, amalan yang telah diberitahu sejak zaman tadika lagi sebenarnya, bukan sekolah rendah. Hehe..









Lagipun, mengucapkan Alhamdulillah selepas bersin itu adalah sunat. Namun, menjawab ucapan syukur itu adalah kewajipan bagi yang mendengarnya. 


Dan, nak ingatkan juga. Kalau rasa nak bersin, jangan ditahan. X baik untuk kesihatan. Antara sebabnya ialah  boleh menyebabkan gegendang telinga pecah, wajah bengkak sementara, dan keretakan tulang rawan hidung. Fuhhh, bahaya jugak kan.
Tapi, kalau dalam solat. Seseorang yang bersin, boleh menggerakkan anggota badan dan akan mempengaruhi solat dia. Maka, cuba lah sedaya upaya untuk kawal bersin anda. Jangan lah bertindak di luar jangkauan.



Wallahu`alam.

Sekadar ingin berkongsi pengetahuan. Kalau ada tersalah tu, halalkan dan minta diperbetulkan. Sekian, Terima kasih!












Ketika waktunya ketandusan idea...

Fuhfuhfuh... Bunyi keluhan ke apa tu? Entah la.. Yang pasti nya, aku dah kekeringan idea nk update apa je kt blog ni. Makin lama aku dok membesarkan bdn je kt rumah ni kan, makin tumpul minda aku ni. Banyak info-info terkini yang cuba aku abaikan satu-persatu. Hoho.. Otak tidak mahu menerima apa-apa maklumat yang memerlukan ia bekerja dengan lebih banyak nya. Huhu.


Lagi satu, aku agak malas nak melayangkan jari-jari comel aku kt keyboard lappy ni. Haha. Sgt malas! Bila rasa rajin, idea tiada pula. Bila idea datang, malas plak.. Dan, bila 'rasa' macam ada idea dan rajin.. Tetiba dah lupa nak update apa?? Apa punya perangai lah kan.. Apa Pun Tak Boleh la kau ni.. Sekarang ni pun, nak tulis sikit-sikit je. Rasa macam.... 0k lah! Berhenti sampai sini je!! X payah panjang-panjang post kau ni. Hehe..


Ok?? Memang dah xnk sambung celoteh lagi lah ni? Sebab buntu sangat-sangat lah ni? K, fine!! :p





Zzzzzzz... 






Sementara itu, sebentar tadi. Tetiba je abah aku tanya, nak kerja kat sekian dot sekian x?? Aku terus je sahut! Mesti la nak! Haha.. Lepas tu, dia cakap lagi. Kalau betul-betul nak, isnin depan dah kena mula kerja.. Aku cakap kt dia, ok je... Hehe..

Dalam hati,
Yes, Yes, Yessss....



tapi, belum konpem lagi lah. Haha.. Tunggu lah apa je yang akan terjadi seterusnya nanti..
Bebudak sekolah mula penggal 2 sesi persekolahan isnin minggu depan tuh. Aku pulak insyaAllah, kerja kot..
Let see, how I can manage that.. Huhu..







Thursday, June 2, 2011

BuLu Mata Jatuh, Apa Maknanya??

"Eh? Bulu mata kau jatuh la.."
" Mana??"
" Tu ha!! Kt bwh mata belah kanan..."
" Oh, ha'ah la.."
" Ada org ckp, klu bulu mata belah kanan jatuh.. Ada org rindu kt kau"
" Ye ke?? Mengarut lah~ Percaya lah ckp orang tu kan..."
" Pakwe kau kot??"
" Ceiittt, aku mana ada pakwe??"
Bla..Bla..Bla..



Heh?? Pernah x korg dgr ataupun berbual2 mcm kt atas ni.. Haha.. Mesti ada punya lah.. Semuanya berdasarkan bila adanya "ada org ckp........". Mesti mcm nk percaya je kan.. Padahal, ntah dari mana org tu dgr dan lepas tu nk mancing kita plak.. Hehe. Gurau jela..



Jom kita lihat, apa yg 'ada org kata....' tu tahu~

Bila bulu mata jatuh di pipi
>Maksudnya: Ada org rindu kt kita
*orang dulu-dulu yg kalau duk berjauhan, x payah msj atau kol bg tahu rindu ke x.. Dengan indicator bulu mata pun dah cukup kot.. haha.. Jimat lagi~


Bila bulu mata jatuh kt sebelah kanan
>Maksudnya: Orang yg rindu kat kita tuh, baik belaka dan ckp yg manis-manis je psl kita kt org
*Ceh, blushing lah ni kan.. Kalau ada org yg rindu kt kita. Baik plak tu. Mesti orang tu syg kat aku lebih. Haha.. Perasan ke apa?? 




Bila bulu mata jatuh kt sebelah kiri
> Maksudnya: 0rang tu x rindu kat kita pun.. Tapi, dia benci kita.
*Perrgghh, nanti kalau bulu mata belah kiri jatuh.. pergi amik gam dan lekat balik.. Haha.. Dengan sedaya upaya nya, kalau boleh xnk org benci kt kita kan.. Huhu..












Betul ke x fakta yg 'ada org ckp' ni keluarkan... Bergantung pd diri masing-masing lah. Jgn percaya 100% plak. Jd, syirik x pasal-pasal kan... Haha..



Sekadar ingin berkongsi~



Pstttt, kalau bulu ketiak jatuh? Apa plak maksud dia eh? Bulu roma jatuh ke??? Xde plak 'ada org ckp' tu bgtau kan?? Haiiihhhhh....











Prosecutor princess done~






Siapa dah tgok drama ni?? Angkat tangan!!
Dan, siapa setuju yg drama ni best?? Angkat kaki plak!! Haha..

Boleh tahan lah drama ni. Drpd 5 bintang, aku nak bagi 4 kot. 
Jalan cerita masyuk, hero dan heroin sepadan, konflik yang berlaku plak menarik hati, dan happy ending lah kan. Hehe..




Meh sini, aku bgtau sinopsis drama ni sikit.. 
Para pelakon nya, aku malas lah nk perkenalkan. Pandai-pandai cari sendiri eh. Lagipun, aku bukan nya fanatik sgt dgn menda2 nih.. Cuma nya, aku `ter`tengok je sebab dah bosan sgt kan. Lepas tu, nk tahu psl ending dia cmne.. Tu je. Hehe..



Ma Hye Ri, seorang yg berkelulusan dlm bidang undang-undang. Tapi, suka kan fesyen kot dan suka bergaya. Disebabkan dia sering dipaksa oleh bapa nya yang akan menyekat segala wang ringgit dan kemewahan yg dimiliki itu, maka Hye Ri pun bekerja keras utk mnjadi yg terbaik di mata bapa nya.

Seo In Woo ni plak, adalah hero drama ni. Masyuk kot. Dia sbnar nya nk balas dendam utk bapa dia je. Nak tahu lebih lanjut, tgok ah sendiri.. Haha..






Antara orang-orang yang berkonflik dgn Hye Ri. Comel-comel belaka.
0keh! Aku malas nk hurai pnjang2.. Pandai-pandai sendiri lah kan.. Yang penting, drama ni best!! Bukan cinta semata-mata. Tapi, tentang cita-cita, menjadi diri sendiri, kecekalan mnghadapi kehidupan, dan yg plg utama.. Berjuang dgn apa yg kita inginkan bersungguh-sungguh!! Aja-aja fighting~ 







Oyeaahhh!! Penghujung cerita yg menarik dan tertarik! Hehe..
nak tahu lebih lanjut psl sinopsis ni.. KLIK SINI jela~
Enjoy watching...