Nak buat apa eh, hari ni?
*Monolog dalaman*
Padahal, baru balik dari jaulah pagi tadi
[akan update cerita lepas entry ni. Sebab tengah nak kumpul gambar cewah]
Erm. kepala ligat berfikir nak cari aktiviti.
Tuptupp, terus tergerak hati nak makanangin-jalanjalan kt hospital. Ala-ala attachment gitu *atypical medical student maybe. Makan angin pun dalam hospital :p Nak adapt dgn bau darah mungkin *
Haihhh, tak reti duduk diam langsung. Ada masa untuk rehatkan badan, pi berjongket je kerja nya. Atleast, jongket kali berilmiah in shaaAllah dan tak keluar kan duit yg banyak pun. Eheh.
Okay, mula nya agak berdebar. Dan ofkos eksaited. Yela, ekcelli dah lama pun plan nak jalanjalan kt hospital ghamaah instead of waiting for being a 4th year student later, a clinical medical student here in Egypt. Ececehhh...
Kekadang ada yang bertanya,
tak rasa macam awal lagi ke nak round ward semua tu?
tak rasa macam menyibuk ke kt hospital yang memang dah sibuk tu?
tak rasa takut ke kena marah sebab student loser dok tanya itu ini, semua benda taktahu?
nak buat apa je kt sana?
boleh belajar apa je nanti?
Pffttt. Persoalan macam ni lah yang sememangnya akan menyekat had kita sebagai student medic erm khas nya, Mesir. Yuppp, mesir. Kata nak jadi doktor yang berdaya saing. Bila di cop graduan doktor lepasan Mesir itu ini blabla. Nak melenting konon, tapi cuba refleksi diri kita semula. Apa je usaha yang dah kita lakukan supaya dapat counter kata-kata atau pandangan semua tu?
Eceh, orang yang menaip ni pun lebih kurang sama je. Usaha kurang tapi dok potpet potpet itu ini tentang kelemahan atau kekurangan dari side klinikal universiti mesir tu. Tapi, tak pernah nak cari khilaf diri sendiri yang usaha tak banyak mana pun. Tak pandai nak curi peluang. Erm.
Okayyyyyy...
Dipendekkan cerita, hari ni jam 5 petang Mesir tadi. Bersama dengan 2 orang batchmate yang lain. 2 kawan sepermainan untuk hari ini. Menuju ke Emergency department, Hospital University Tanta.
Berbekalkan dengan pelbagai niat. Dan selalu sangat kena cek niat supaya tak lari.
Dan. Ya, ofkos sangat berbeza keadaan hospital Mesir dan di Malaysia.
Kawan sepermainan ada pesan, kena tahan sikit. Bau darah yang menusuk tertusuk. Uhuk-uhuk.
Dan sebelum gerak ke hospital tu pun, dia pesan awal-awal. Bawak air manis, atau gula-gula sebagai bekalan atau persediaan tentang apa sahaja yang bakal terjadi.
Aku pun macam, ouh okayyy~
Bawak lah sikt biskut-biskut yang sedia ada tu.
Macam biasa, kalau kt A&E department. Benda normal yang kita akan tgok ialah aktiviti 'suture'. Selain daripada, patah tangan, trauma patient, dll. Doktor-doktor kt sini sangat lah peramah, kadang dia yang tegur kita dulu. 'Hey, Malaysian Girls' atau 'Hello Malizi' Ahah. This is nice. Hehe. Rasa tak, macam kita dialu-alukan? Erm, padahal serba tahu jela. Doktor kot, mesti kadang rasa macam, stress ke kabut ke apa ke. Tetiba ada orang asing dok menyelit sesuka hati. Dok tanya itu ini. Haha. Well, langsung tak. Doktor Arab kt sini semua nya sangat cool dan rilex serta simple cara bekerja nya. Maksudnya, mereka sangat willing atau pemurah ilmu untuk dikongsikan bersama. Tu je.
|
Add caption |
'What are you doing here?'
'What are you gonna to know here?'
Haaa, jawab je yang sejujurnya, In shaaAllah takde doktor yang akan marah. Malah, rasa nya mereka lagi suka. XD
Pastu, dah agak bosan kt bahagian tu. Naik pulak ke bahagian surgery. Waktu tu hanya dapat observe je. There is an
Neuorosurgery. Nak tanya, macam menggangu doktor. Sambil tengah surgery tu, doktor dok sempat lagi say hi to us.
'Apa khabar? ' Ahah.
Tengok dan tengok. Bau darah menusuk tertusuk menguji deria hidu. Serta lelehan darah yang mengalir pula menguji mata yang memerhati.
Nak dijadikan cerita, lepas 20 minit macam tu kot. Pusing-pusing sekitar katil pembedahan kecil tu, sambil konon nya nak tunggu selesai pembedahan, sebab nak tanya apa yang doktor tu buat semua. Memang dah nak habis dah tu pun. Sikit lagi~
Tetiba rasa macam dada sesak nafas, i mean macam hypoxia lah kot.
Cakap kt partner sepermainan, dorg bawak keluar bilik dan waktu tu memang dah upside down pandangan mata ni. Then, lepas tu terus. Plappp,
gelap.
Sedar je, dah terbaring kt atas kerusi dan terlupa sebentar apa yang terjadi sebab bukak je mata ada nurse makcik Arab dok usaha kejutkan aku dan terdengar suara partner2 tadi.
Kemudian baru sedar. Okay, aku collapse sekejap *bulat mata*
Ouh Nadiaaaa!
What happened there ekcelli???
Nak cakap, sebab pitam tengok darah banyak? Eh? tak pernah ada history pun sebelum ni, dan kau memang tak takut pun dengan darah kan?
Subhanallah, waktu tu macam. Speechless tapi pastu cakap kt diri sendiri. Okay, this is the experience i got today. Buat orang lain risau, dan sendiri tak tahu kenapa jadi macam ni. Punca sebenar? Eheh, mungkin tak boleh tengok proses surgery berdarah-darah tu lama, dan badan masih terperanjat cuba nak adapt.
Are you sure you are gonna be a doctor? Are really A DOCTOR?? Haaaa, nanges.
Pastu jugak, baru sedar betul lah ada penting nya bawa makanan dan minuman manis sewaktu pusing-pusing hospital cenggini. Erm, memang berguna pesanan tu. Kena kt diri sendiri. Ahah!
|
Eksaited nak buat attachment.
Berakhir dengan ini sahaja untuk hari ini. |
Pastu, konon nya nak sambung pusing-pusing kt O&G department pulak. Tapi, erm rasa macam taksedap badan. Lalu buat keputusan untuk balik je. Sobss sobsss T_T hehe.
Takpe, mungkin ada hikmah.
Bila dah jadi, perkara yang terjadi.
Baru tersedar.
Banyak.
Kbai.
Pertama kali rasa pengalaman pitam. Mengerikan sebenarnya, seperti mati hidup semula. Terperanjat. Mohon Allah permudahkan urusan ku dan yang lain, pada masa akan datang. Tangisan dalam senyuman :'(