Friday, September 12, 2014

Betul ke 3rd Year ni susah? Nah tips.



This entry is special dedicated 
to my junior for being 3rd Year Medical Student of University Tanta, Egypt.
*Ceh, speaking bagai. Pastu bajet senior lah sangat. Pui *

Okeh mari mulakan dengan ucapan Basmallah dan hei Assalamu'alaikum wbt *senyumsemangatgototeksaited* Akak nak bagi tips untuk kau orang yang tak sabar nak jadi bebudak Tahun Tiga ni. Hikhik.
Well, akak sedar je diri, result akak bukan kebaboom Mumtaz tu. Haha. Tapi, akak saje je nak share kt sini. Mana tahu membantu adik-adik ni kan. Kalau taknak tahu, tak payah baca lah~ Wekkk :p

Hurm.
3rd Year.
Subjek Baru. Buku Baru. Suasana baru. Lecturer pun baru.
Pendek kata, semua baru. Ouh ye, semangat pun kena baru jugak. Sila refresh diri ye. Cuti dah lemau kan anda tu. Eheh.
Yeah, memang tak dapat dinafikan. Menjadi budak tahun tiga sangat mencabar.
Subjek makin mencabar.

Meh lah kite kongsi beberapa tips untuk kalian buat persediaan.
Sebelum melangkah dengan lebih mendalam. Gituuuu...

1. Jangan sempitkan fikiran dan keupayaan diri dengan mengatakan susahnya 3rd year ni.
Menjadi kebiasaan, awal tahun sebelum jadi budak tahun tiga. Semua freshie dimomokkan dengan; '3rd year susah', 
'3rd year ko jangan banyak main, nanti fail', 
'Subjek ni lah yang orang paling banyak dhur, so watch out'
Blablabla 
See! Awal- awal lagi dah set mind macam-macam. Padahal kita belum pun lagi menyelami subjek-subjek yang ada tu. Belum serasi pun lagi. Bila dari mula dah tampal macam-macam pendapat yang negatif macam tu dalam fikiran, pastu ofkos lah kesan nya sampai akhir. Buat itu, 'haihh susah lah'. Buat ini, 'Arghhh, payah nyeeeee'. Takmo gitu, takmo ye adik-adik.
Jadi nyeeeeeee, sila neutralisasikan fikiran memasing. Secara jujur nya lah, 3rd year tak susah mana pun. Cuma banyaaaakkkkkkkkk. 
Banyak nak kena hafal. Banyak nak kena cover. Banyak word medic baru. Banyak quiz. Banyak twist tongue fakta kena sebut dan hafal. Banyak itu, banyak ini.
Okay, memang tak salah pun kalau nak mindset 'susahnya 3rd year ni'...
Tapi, kawal rasa tu. Jangan berterusan tenggelam dengan rasa tu. Kata nak jadi dokter muslim/ah yang berwibawa,berilmiah baru dapat cabaran sikit dah melatah. Tenang bro!

2. Kena cepat sesuaikan diri dengan 'kebaharuan' 3rd year.
Jangan lenggang kangkung bila dah naik tahun tiga ni. 
Cara belajar kena tukar sikit. Sebab, subjek memang dah totally lain. Tak sama macam 2nd year dulu, kita belajar sambungan 1st year kan. Selalu contact senior, mintak pandangan dan tunjuk ajar. Ada masalah, cepat-cepat selesaikan. Jangan pendam lama-lama. Maksudnya, macam takfaham subjek ke. Taktahu cemana cara nak study yang terbaik ke, dll. Banyakkan diskusi dengan classmate semua.

3. Wujudkan study group
Okay, yang ni bukan nak wajibkan tapi seriyes bila dah naik tahun tiga. Saya sendiri sedar dengan kewujudan study group ni kan, sangat banyak membantu. Selain daripada kefahaman dalam studi tu sendiri, sebenarnya kan secara tak langsung kita ada support system yang kuat untuk naikkan semangat kita bila down. Yela, kita manusia biasa. Ada emosi. Kadang itu, kadang ini.Hoho.
Tapi, bergantung lah pada individu tu sendiri. Ada yang jenis selesa duduk dalam bilik menyendiri, study sendiri. 
Buatlah jadual yang seimbang. Seminggu sekali ke
Meh kite share pesen study group kite cemana. Kitorang ada je banyak plan untuk mengoptimumkan masa study memasing, dan yang digubah mengikut kesesuaian kesibukan memasing. Diskus lah sebaiknya. Kena banyak toleransi dan tolak ansur tau. Jangan syok sendiri, nanti takberapa jalan study group tu sebab takde kesatuan. Cewah.
Salah satu nya ialah, lepas habis kelas kitorang tak terus balik. Tapi stay kt ghamaah jap untuk diskus study semula subjek yang belajar untuk hari tu. Kelebihan nya? Ofkos jimat masa. Boleh settlekan lain-lain perkara. Eheh.

4. Jangan ponteng kelas!
Haihh, pantang nya aku bila ada pesen macam ni. Haha, garangnya akak ni :p
Well, 3rd year bukan subjek yang sesuka hati boleh belajar sendiri. Ada point atau ilmu yang kita akan dapat hanya dengan mendengar bebelan ilmiah para pensyarah. Nak belajar sendiri, boleh. Tapi, lepas kelas k. Cuba atasi rasa malas nak masuk ke kelas tu. Sebosan mana pun kelas tu, duduk je elok-elok berlakon korg minat. Jangan tido! Mengantuk? Makan gula-gula ke.. Huhu.
Sebab, semuanya tentang KEBERKATAN. Jaga adab dengan guru, bila dalam kelas. SO watch out yourself =)

5. Elakkan study last minit.
'Akak, saya ni dah biasa study last minute. Skor je pun'
Okay, mungkin anda jenis otak yang cepat 'pick up'
Tapi, seriyesly jangan buat selalu. Buat persediaan awal. Please. Sebab, 3rd year sangat lah banyaakkkk... Bantu diri sendiri. Kite takkan mampu nak hafal, semua fakta last minute melainkan memang dah ada kotak memori tentang sst subjek tu.


Sebenarnya, ada banyakkkkkkkkk lagi nak kongsi. Tapi, ni je dulu kot setakat ni. Nanti bila-bila kite akan tambah. Apa pun, semuanya bergantung pada diri kalian sendiri. Nak corakkan kehidupan sebagai 3rd year medical student Tanta ni cemana.
Tentang tips study yang berkesan, memang banyak cara dan ikhtiar nya. Kita takboleh nak tetapkan kena buat macam ni, kena buat macam tu untuk skor! Sebab, stail penerimaan study tiap individu itu sangat berlainan. Ada orang tu pesen dia macam ni, ada orang tu macam gitu. Kita tak boleh paksa untuk terima cara kita. Tapi! Tapi, kita hanya boleh tunjukkan jalan je cemana nak harungi nya bersama-sama :D


Apa pun, selalu lah bertajdid niat.
Supaya tak lari daripada restu dan redha Allah. Tuan empunya ilmu yang kita sedang pelajari ini. Wallahu'alam



Semangat dah? Nak jadi budak tahun tiga ni. Jadi pre-senior dah. Eheh.
Ke, nak tips yang lebih lagi?
Cemana pulak cara nak study by subjek? Lain-lain subjek, lain-lain karakter kot.
Okay, nanti kite buat entry khas lain. Salam bye.




No comments: