Thursday, September 19, 2013

(Pendapat peribadi) Mesir vs Malaysia #1



Dengan nama Allah Yang Pemurah lagi Maha Penyayang.
Fuhhhhh, saya rasa terpanggil untuk mengulas lebih lanjut tentang isu dilemma pelajar Mesir yang antara nak stay di Mesir sahaja atau balik sambung belajar di Malaysia. Eceh~ (gaya cakap macam orang tinggi berpersatuan) Well, bila mana kerajaan buat offer menarik tentang transfer kredit atau 'minus one' sambung belajar di Malaysia ni... Seriyesly, agak tergugat sikit lah rasa macam nak sambung kt Malaysia jela. [Orang yang takteguh pendirian macam saya ni, memang selalu rasa macam terumbang-ambing, atas angin je... Mudah lari dari landasan. Ish ish ish, tak patut. Huhu]


Agak-agak kenapa ya nak dilemma ni. Ada sesetengah pihak kepoh cakap, 'Ek eleh budak-budak ni kecoh lah. Dah tahu Mesir tak selamat, balik je lah belajar kt malaysia...'
Maka, sebelum tu antara point yang membuatkan seseorang itu bertambah dilemma lagi dan lagi.

  1. Sebenarnya bukan isu selamat ke tidak sekarang. Tapi masalah sekarang ialah keadaan di Mesir yang TIDAK MENENTU. Even ada orang cakap yang kestabilan Mesir itu akan mengambil masa yang lama untuk kembali pulih sepenuh nya.
  2. Ibu bapa dan saudara mara yang sungguh TEGAS taknak bagi balik Mesir sebab risaukan keselamatan anak masing-masing.
  3. Tentang jangka masa yang panjang. Sanggup ke kita nak tanggung risiko status pengajian yang ter'gantung', jika ada lagi kes evakuasi pada masa 2-3 tahun akan datang tu? Atau, nak sambung semula tahun satu di Malaysia jika kejadian yang sama berlaku lagi? Fuh.
  4. masalah penajaan.

Jadi point utama kt sini ialah tentang KESELAMATAN dan RISIKO STATUS PENGAJIAN pada masa yang akan datang.

Bila fikir secara logik nya. Dah kira cukup kuat isu-isu kt atas ni menjadi sebab untuk bebudak balik sambung kt Malaysia. Maka, apa pulak yang membuatkan seseorang tu rasa sangat liat nak tukar Malaysia ni? Haihhh, macam-macam ragam bebudak ni (Eh? ke aku je???)
Well, kenapa pulak ya?
Pertama sekali, bagi aku ofkos lah tentang cara pengurusan. Bagi orang yang agak pemalas dan nak semua benda depan mata sahaja. Nak hantar dokumen ke pihak itu. Lepas tu, pihak ni cakap macam ni macam tu. Nak itu nak ini. Lama-lama agak rimas jugak lah. Takde keselarasan langsung. Yeah, ada pihak yang jenis tunggu garis panduan yang jelas untuk berurusan. Tapi, sampai sekarang agak samar-samar. Kena pandai cari jalan keluar sendiri. Macam tu lah maksud nya kot. Hehe. Ya, saya tahu ada yang dah berjaya pun uruskan hal ni semua dan dah sambung belajar pun kt tempat baru. Tahniah! dan All the best untuk kalian . Mohon jangan salah kan pihak yang memang takgemar berurusan dengan sebegini. Pelbagai pihak main tarik tali pulak. Amboi.
Maka, mohon ada perubahan dan peningkatan lah selepas ni bagi memudahkan urusan pelajar-pelajar ni ya =) Akhir kata, ekcelli kita sendiri yang kena usaha.Jangan nak banyak berdalih itu ini. Jangan malas nak survey mana-mana ipta/ipts yang ada kekosongan tuh. Fuh. Hehe.

Kedua, tentang mereka yang terikat dengan penaja. Masih tiada lagi kata putus atau kenyataan rasmi tentang pelajar. Ya, mereka ada je menyatakan tentang tidak menghalang mana-mana pelajar yang ingin meneruskan pengajian di Mesir. Tapi, isu nya sekarang ialah;
-kalau nak sambung di Malaysia adakah masih dapat menyambung penajaan.
-Sekiranya, kejadian yang tidak diingini berlaku sekali lagi selepas ini, apakah tindakan penaja? Nak tarik penajaan?
Blablabla... Pelajar jadi dilemma tentang ini. Masih lagi main tarik tali.


Hurm, secara peribadi nya. Saya tahu semua pihak rasa serba salah dengan situasi yang berlaku sekarang ni. Masing-masing nak menjaga hak tersendiri. Masing-masing juga nak memelihara kewibawaan pengurusan yang ada. Dan masing-masing nak menjaga hati semua pihak. Yela, nak uruskan ribuan penuntut universiti di Mesir dalam pelbagai bidang tu. Memang agak rumit. Sungguh Allah sedang menguji semua pihak. Maka, mungkin ada pihak yang akan mengalah. Ada individu yang terpaksa mengambil keputusan yang agak sukar dalam hal ni dan takpernah terfikir pun dalam hidupnya akan bertindak sedemikian. Amboi, tragis nya ayat. Hehe.

Okay, ni baru sikit celoteh dari pihak saya. Saya tahu ada orang lain yang tak setuju atau sedkit setuju dengan kata-kata saya ni. Mohon maaf kalau ada pihak yang terasa.

Stay @ meneruskan pengajian di Mesir ?
Atau...
Balik @ sambung belajar di Malaysia?


Kedua-dua nya ada kelebihan dan kekurangan nya yang tersendiri.
Dan setiap individu tu ada alasan yang kuat untuk memilih yang terbaik untuk hidupnya.

Because, what we choose maybe good for us not others.
(pinjam dari status fb kawan )


Kejap ya, nantikan entry seterusnya tentang pro & cons.
Mesir vs Malaysia.



*Rumit sekali isu yang diketengahkan kali ni. Lap peluh. Fuhhh.

No comments: