Wednesday, September 25, 2013

[Nak balik Mesir jugak! Apa alasan?] Mesir vs Malaysia #2


Ya, aku percaya. Masih ramai pelajar yang bertekad nak balik Mesir.
Dan masih ada lagi IbuBapa yang memilih untuk menghantar anak nya menyambung pengajian di Mesir.
Walaupun dalam keadaan yang tidak mengizinkan tu.
Aku yakin dan percaya, masing-masing ada hujah tersendiri.

" Korg ni tak serik ke? Sambung belajar kt negara bergolak tu?"

"Takyah lah balik Mesir dah. Meh sambung study kt Malaysia je. Kerajaan dah offer baik kot. Peluang keemasan ni"

"Kau tak takut ke jadi apa-apa. Ada budak dah kena kes rompak kot."

" Aku tengok berita. Seram ah tengok kt Mesir tu. Macam tgh perang je. Kau tak takut??"

Antara persoalan yang menggoyahkan pendirian student Mesir. Parah ni. Hehe. Dilemma gitu.
The truth is, hanya manikam mengenal jauhari. Yang bermaksud, hanya mereka yang pernah singgah di Mesir faham dan tahu macam mana rentak kehidupan serta budi pekerti orang-orang nya. Hanya mereka yang mengikuti sejarah politik Mesir je yang faham semua ni. Dapat tahu sikit pun jadi lah. Maka, rakyat Mesir hanya bertindak naturally lah kan? Ok, taknak sentuh tentang ni. Mungkin post yang lain.

Nak cakap nya, Mesir tetap di hati.
Pi lantaq lah depa nak cakap bergolak ke apa. Tak kenal maka tak chenta lah bro.
Semua risaukan keselamatan.
Semua bimbangkan kualiti pengeluaran doktor yang lemah dari Mesir
Semua waspada dengan kecelaruan rakyat nya

Allah. Allah yang letakkan prasangka semua tu dalam hati kita.
Allah nak uji keteguhan kita pada sesuatu.
Dan Sebenarnya Allah sedang merancang yang terbaik untuk kita.
Bagaimana harus kita bertindak?
Apakah reaksi yang kita berikan atas segala yang berlaku?

Jadi,
Siapa yang rasa Malaysia adalah yang terbaik untuk diri nya, silakan penuhi cita-cita.
Siapa yang rasa nak balik sambung kt Mesir, teruskan dengan matlamat wibawa.

Ya, masing-masing ada hujah tersendiri. No offense.
Kenapa ya ada orang yang masih nak belajar kt Mesir ni?
Aku tak puas hati lah. Dok canang sana sini, Mesir tetap di hati. Kenapa? Tengah perang macam tu pun, masih berdegil.

Seriyes banyak je pro dan cons.

1. Yuran pengajian murah.
2. Kos sara hidup yang rendah.
3. Nak hidup berdikari
4. Mencari permata di sebalik debu-debu pasir itu
5. Jauh perjalanan, luas pemandangan
6. Kelas tak pack. Banyak masa terluang membina diri.
7. Memperluaskan rangkaian hubungan antara doktor
8. Rindu hunggabongga Mesir yg memg takde kt Malaysia
9. Menebus kejayaan yang tertangguh
10. Doktor dan pensyarah yang baik hati dan pemurah ilmu
11. Menimba ilmu duniawi dan ukhrawi
12. Belajar bahasa Arab

Cukup tak hujah yang saya bagi? Nak tambah apa-apa?
Meh lah aku huraikan sikit apa yang sedang difikirkan di benak fikiran aku ni.

Persoalan yang sama. Kenapa ya masih nak sambung di Mesir?

Saya ada tanya, kawan-kawan batch lain.... Kenapa~

Ada yang jawab.

  • Kalau nak risaukan tentang keselamatan. Kau yakin ke kalau kita kt Malaysia nanti, keselamatan terjamin? Semua tu kuasa Tuhan. Kalau ditakdirkan kita kena rompak kt Malaysia atau eksiden dan meninggal dunia. Benda dah jadi. Kita tak boleh salahkan takdir. Memang itu lah yang akan terjadi pada kita. Ya, aku tahu sebagai langkah berjaga-jaga - sediakan payung sebelum hujan semua tu. Tapi, aku berserah sepenuhnya kt Allah. 
  • Aku dah selesa dengan gaya kehidupan di Mesir. Hidup berdikari gituhhh. Kena survive kot. Tak boleh manjakan diri. Nanti tercicir. Siyes. Ouh, tak sanggup lah sambung kt Malaysia. Banyak dugaan wo! Aku rasa, aku bukan yang sekarang kalau study kt Malaysia. Senak. Uhuk
  • Medic kt Malaysia tough kot. Mesir rilex je. No stress. Eheh?
  • Nak jadi graduan dari Mesir yang tulen! Nak buktikan kt satu dunia, student medik keluaran Mesir ni hebat belaka. Bukan calang-calang orang. *amekaww*
  • Banyak benda aku nak belajar kt Mesir. Belajar bahasa Arab, belajar Qur'an, join usrah, dengar ceramah. Nak jadi orang baik~ Pendek kata, aku suka bi'ah solehah kt Mesir tu. Aku suka bergaul dengan orang-orang baik. Secara otomatik, aku lebih faham tentang agama.
  • Kalau kt Malaysia lah kan. Aku rasa lah kan. Tak kuat lahhhh.... Aku tak mampu nak jaga diri sendiri. Banyak distraction kot. Nak balik rumah tiap minggu lah. Nak melencong sana sini lah. Lagi-lagi kalau andai kata dah ada kereta sendiri [tapi, mak abah yang tanggung lah] Nak itu lah nak ini lah. ISH! Macam-macam. Yela, negara Malaysia ni terlalu aman. Suka hati lah kan, kau nak buat apa. Aku takut tuh. Kalau kt Mesir nak jalan-jalan pun fikir dua tiga kali. Sebab kena naik kenderaan awam. Pastu, keadaan masih tak menentu. Perintah berkurung lagi. Jimat duit aku :p
  • Barangan di Mesir murah kot. Hehe. Best ni shopping bundle.


Hurm. Ada yang logik dan boleh diterima akal.
Aku dah dua tahun duduk kt Mesir dan pernah juga merasa setahun di universiti tempatan.
Aku sangat faham diri sendiri,
APAKAH AKU jika diletakkan di Malaysia.
Dan, APAKAH AKU jika dicampakkan ke Mesir.
Aku tahu mana yang terbaik untuk diri sendiri. Dan aku yakin Allah jua yang menggerakkan hati ni supaya 'follow the flow'.

Hal-hal lain, kenapa pulak ada orang taknak sambung kt Mesir lagi. Yang tu cerita lain. Yela, ada orang yang memang dah sebati dengan semua ni demi mengejar cita-cita. Dan ada orang yang memang takboleh tahan dengan hunggabongga Mesir tu. Haihhh, macam-macam kerenah bebudak ni haaa...

Maka, mohon doa kalian. Khas kepada seluruh pelajar warganegara Malaysia ni yang tekad nak study kt Mesir. Agar jauh dari segala perkara yang tidak diingini.
Dan mohon doa agar Mesir dan isi keseluruhan nya bebas daripada tangan yang menghancurkan. Sama-sama ikhtiar dan tawakal kepada Allah.

Ouh ya sebelum tu, tentang keselamatan lah kan.
Masing-masing dah besar panjang kan. Jadi, pandai-pandai lah jaga diri. Kalau dah kata ada perintah berkurung sekian sekian, jangan lah pi gatai kaki tu nak keluar rumah jugak. Tak kira lah lelaki, apatah lagi perempuan. Pastu nak claim sana sini cakap Mesir tak selamat. Aduih. Jangan lah degil ya awak. Sila patuhi garis panduan keselamatan yang diberikan.
Dan! Sila. Sila jaga diri daripada melakukan sebarang provokasi di mana-mana sahaja terutama sekali di alam maya. Ouh ho. Ada rakyat Mesir yang up-to-date kot. Ada yang celik IT tuh. Jangan taktahu ya. Jangan selamanya selesa dengan ketinggalan orang Mesir tu. Sama-sama lah jaga kepentingan dan hak masing-masing.



[credit]
Hai Tanta! Saya rindu awak tau. Hehe


Wallahu'alam.
Aku taktahu lah apa yang aku tulis ni membantu ke, apa ke. Cuma aku nak kongsi sedikit lah kot. Mungkin ada orang lain yang lagi hebat huraian nya.
Terserahlah nak terima yang mana.
No offense.

Dilemma Malaysia dan Mesir.



Entry sebelum ni;

(Pendapat peribadi) Mesir vs Malaysia #1





No comments: