Thursday, September 26, 2013

The gift [Excos 12/13]


Termimpi terbayang memori lalu
Belek album kalau rindu
Mencari masa ingin ketemu
Apakan daya tak mampu

Bukan saudara bukan juga siapa-siapa
Ikatan terjalin umpama dah kenal lama
Manisnya ukhuwah terikat jua
Sungguh, inilah perancangan-Nya

Tak kenal maka tak chenta
Bila dah kenal hati terpana
Terima kasih buat ikhwah wa akhowati semua
Atas kenangan yang tercipta



Let this picture, tell a thousand stories.
[-..-]




Belajar menerima


'Eh? mana pergi pelam (sila baca=mangga) kt atas meja ni. Dah habis?'

'Yela tu kot.'

'Ada lagi 2 biji tuh. Kena makan cepat. Nanti bonyot...'

'Dah tu? Bangun dari kerusi. Pergi lah kupas kan.'

*lelaki memang macam ni eh? kwang3x...


Tchhhh...
Secara jujur nya aku banyak belajar kerenah atau ragam seorang lelaki ni dari bapa sendiri. Eh? Apa maksudnya ni? Hoho. Well, nak aplikasi kan ilmu 'When mecca meets Medina' kan... Ini lah waktu yang terbaik. Eceh eceh :p

Pujangga ada berkata:
- Kalau nak tahu perangai bakal isteri/ bakal menantu (@perempuan), sila perhatikan bagaimana peribadi ibu nya.
-Kalau nak tahu perangai bakal suami pula (@lelaki), sila lihat dengan siapa dia berkawan. Kawan dia tu menggambarkan serba sedikit hati budi lelaki tu...

Relevan lagi ke kata-kata ni.
Hurm.
It seems complicated.
Apa-apa pun, takesah lah siapa ibu nya, ataupun bapanya mahupun kawan nya. Secara dasar nya ialah, selagi diri tu rasa nak menjadi yang terbaik untuk orang lain. Maka itu lah yang terbaik.

Dan. Belajar menerima keadaan seseorang tu. Menerima kekurangan serta meraikan keistimewaan yang ada.

Nak cakap tu je. Kbai.



Wednesday, September 25, 2013

[Nak balik Mesir jugak! Apa alasan?] Mesir vs Malaysia #2


Ya, aku percaya. Masih ramai pelajar yang bertekad nak balik Mesir.
Dan masih ada lagi IbuBapa yang memilih untuk menghantar anak nya menyambung pengajian di Mesir.
Walaupun dalam keadaan yang tidak mengizinkan tu.
Aku yakin dan percaya, masing-masing ada hujah tersendiri.

" Korg ni tak serik ke? Sambung belajar kt negara bergolak tu?"

"Takyah lah balik Mesir dah. Meh sambung study kt Malaysia je. Kerajaan dah offer baik kot. Peluang keemasan ni"

"Kau tak takut ke jadi apa-apa. Ada budak dah kena kes rompak kot."

" Aku tengok berita. Seram ah tengok kt Mesir tu. Macam tgh perang je. Kau tak takut??"

Antara persoalan yang menggoyahkan pendirian student Mesir. Parah ni. Hehe. Dilemma gitu.
The truth is, hanya manikam mengenal jauhari. Yang bermaksud, hanya mereka yang pernah singgah di Mesir faham dan tahu macam mana rentak kehidupan serta budi pekerti orang-orang nya. Hanya mereka yang mengikuti sejarah politik Mesir je yang faham semua ni. Dapat tahu sikit pun jadi lah. Maka, rakyat Mesir hanya bertindak naturally lah kan? Ok, taknak sentuh tentang ni. Mungkin post yang lain.

Nak cakap nya, Mesir tetap di hati.
Pi lantaq lah depa nak cakap bergolak ke apa. Tak kenal maka tak chenta lah bro.
Semua risaukan keselamatan.
Semua bimbangkan kualiti pengeluaran doktor yang lemah dari Mesir
Semua waspada dengan kecelaruan rakyat nya

Allah. Allah yang letakkan prasangka semua tu dalam hati kita.
Allah nak uji keteguhan kita pada sesuatu.
Dan Sebenarnya Allah sedang merancang yang terbaik untuk kita.
Bagaimana harus kita bertindak?
Apakah reaksi yang kita berikan atas segala yang berlaku?

Jadi,
Siapa yang rasa Malaysia adalah yang terbaik untuk diri nya, silakan penuhi cita-cita.
Siapa yang rasa nak balik sambung kt Mesir, teruskan dengan matlamat wibawa.

Ya, masing-masing ada hujah tersendiri. No offense.
Kenapa ya ada orang yang masih nak belajar kt Mesir ni?
Aku tak puas hati lah. Dok canang sana sini, Mesir tetap di hati. Kenapa? Tengah perang macam tu pun, masih berdegil.

Seriyes banyak je pro dan cons.

1. Yuran pengajian murah.
2. Kos sara hidup yang rendah.
3. Nak hidup berdikari
4. Mencari permata di sebalik debu-debu pasir itu
5. Jauh perjalanan, luas pemandangan
6. Kelas tak pack. Banyak masa terluang membina diri.
7. Memperluaskan rangkaian hubungan antara doktor
8. Rindu hunggabongga Mesir yg memg takde kt Malaysia
9. Menebus kejayaan yang tertangguh
10. Doktor dan pensyarah yang baik hati dan pemurah ilmu
11. Menimba ilmu duniawi dan ukhrawi
12. Belajar bahasa Arab

Cukup tak hujah yang saya bagi? Nak tambah apa-apa?
Meh lah aku huraikan sikit apa yang sedang difikirkan di benak fikiran aku ni.

Persoalan yang sama. Kenapa ya masih nak sambung di Mesir?

Saya ada tanya, kawan-kawan batch lain.... Kenapa~

Ada yang jawab.

  • Kalau nak risaukan tentang keselamatan. Kau yakin ke kalau kita kt Malaysia nanti, keselamatan terjamin? Semua tu kuasa Tuhan. Kalau ditakdirkan kita kena rompak kt Malaysia atau eksiden dan meninggal dunia. Benda dah jadi. Kita tak boleh salahkan takdir. Memang itu lah yang akan terjadi pada kita. Ya, aku tahu sebagai langkah berjaga-jaga - sediakan payung sebelum hujan semua tu. Tapi, aku berserah sepenuhnya kt Allah. 
  • Aku dah selesa dengan gaya kehidupan di Mesir. Hidup berdikari gituhhh. Kena survive kot. Tak boleh manjakan diri. Nanti tercicir. Siyes. Ouh, tak sanggup lah sambung kt Malaysia. Banyak dugaan wo! Aku rasa, aku bukan yang sekarang kalau study kt Malaysia. Senak. Uhuk
  • Medic kt Malaysia tough kot. Mesir rilex je. No stress. Eheh?
  • Nak jadi graduan dari Mesir yang tulen! Nak buktikan kt satu dunia, student medik keluaran Mesir ni hebat belaka. Bukan calang-calang orang. *amekaww*
  • Banyak benda aku nak belajar kt Mesir. Belajar bahasa Arab, belajar Qur'an, join usrah, dengar ceramah. Nak jadi orang baik~ Pendek kata, aku suka bi'ah solehah kt Mesir tu. Aku suka bergaul dengan orang-orang baik. Secara otomatik, aku lebih faham tentang agama.
  • Kalau kt Malaysia lah kan. Aku rasa lah kan. Tak kuat lahhhh.... Aku tak mampu nak jaga diri sendiri. Banyak distraction kot. Nak balik rumah tiap minggu lah. Nak melencong sana sini lah. Lagi-lagi kalau andai kata dah ada kereta sendiri [tapi, mak abah yang tanggung lah] Nak itu lah nak ini lah. ISH! Macam-macam. Yela, negara Malaysia ni terlalu aman. Suka hati lah kan, kau nak buat apa. Aku takut tuh. Kalau kt Mesir nak jalan-jalan pun fikir dua tiga kali. Sebab kena naik kenderaan awam. Pastu, keadaan masih tak menentu. Perintah berkurung lagi. Jimat duit aku :p
  • Barangan di Mesir murah kot. Hehe. Best ni shopping bundle.


Hurm. Ada yang logik dan boleh diterima akal.
Aku dah dua tahun duduk kt Mesir dan pernah juga merasa setahun di universiti tempatan.
Aku sangat faham diri sendiri,
APAKAH AKU jika diletakkan di Malaysia.
Dan, APAKAH AKU jika dicampakkan ke Mesir.
Aku tahu mana yang terbaik untuk diri sendiri. Dan aku yakin Allah jua yang menggerakkan hati ni supaya 'follow the flow'.

Hal-hal lain, kenapa pulak ada orang taknak sambung kt Mesir lagi. Yang tu cerita lain. Yela, ada orang yang memang dah sebati dengan semua ni demi mengejar cita-cita. Dan ada orang yang memang takboleh tahan dengan hunggabongga Mesir tu. Haihhh, macam-macam kerenah bebudak ni haaa...

Maka, mohon doa kalian. Khas kepada seluruh pelajar warganegara Malaysia ni yang tekad nak study kt Mesir. Agar jauh dari segala perkara yang tidak diingini.
Dan mohon doa agar Mesir dan isi keseluruhan nya bebas daripada tangan yang menghancurkan. Sama-sama ikhtiar dan tawakal kepada Allah.

Ouh ya sebelum tu, tentang keselamatan lah kan.
Masing-masing dah besar panjang kan. Jadi, pandai-pandai lah jaga diri. Kalau dah kata ada perintah berkurung sekian sekian, jangan lah pi gatai kaki tu nak keluar rumah jugak. Tak kira lah lelaki, apatah lagi perempuan. Pastu nak claim sana sini cakap Mesir tak selamat. Aduih. Jangan lah degil ya awak. Sila patuhi garis panduan keselamatan yang diberikan.
Dan! Sila. Sila jaga diri daripada melakukan sebarang provokasi di mana-mana sahaja terutama sekali di alam maya. Ouh ho. Ada rakyat Mesir yang up-to-date kot. Ada yang celik IT tuh. Jangan taktahu ya. Jangan selamanya selesa dengan ketinggalan orang Mesir tu. Sama-sama lah jaga kepentingan dan hak masing-masing.



[credit]
Hai Tanta! Saya rindu awak tau. Hehe


Wallahu'alam.
Aku taktahu lah apa yang aku tulis ni membantu ke, apa ke. Cuma aku nak kongsi sedikit lah kot. Mungkin ada orang lain yang lagi hebat huraian nya.
Terserahlah nak terima yang mana.
No offense.

Dilemma Malaysia dan Mesir.



Entry sebelum ni;

(Pendapat peribadi) Mesir vs Malaysia #1





Tuesday, September 24, 2013

Sejenak


Ouh ya, masih lagi tak berkesempatan untuk hapdet entry yang terbuku di fikiran ni. Maka, saya sediakan sedikit printscreen untuk tatapan kalian. Untuk difikirkan sejenak bersama :)



Suka dan gemar dengan kata-kata ukhti ni. Serupa benar dengan apa yang terkandung di benak fikiran saya. Cuma, dia pandai mengungkapkan dengan kata-kata. Saya like aje. Gituuu. Hehe. 




Till then, bye.

Thursday, September 19, 2013

(Pendapat peribadi) Mesir vs Malaysia #1



Dengan nama Allah Yang Pemurah lagi Maha Penyayang.
Fuhhhhh, saya rasa terpanggil untuk mengulas lebih lanjut tentang isu dilemma pelajar Mesir yang antara nak stay di Mesir sahaja atau balik sambung belajar di Malaysia. Eceh~ (gaya cakap macam orang tinggi berpersatuan) Well, bila mana kerajaan buat offer menarik tentang transfer kredit atau 'minus one' sambung belajar di Malaysia ni... Seriyesly, agak tergugat sikit lah rasa macam nak sambung kt Malaysia jela. [Orang yang takteguh pendirian macam saya ni, memang selalu rasa macam terumbang-ambing, atas angin je... Mudah lari dari landasan. Ish ish ish, tak patut. Huhu]


Agak-agak kenapa ya nak dilemma ni. Ada sesetengah pihak kepoh cakap, 'Ek eleh budak-budak ni kecoh lah. Dah tahu Mesir tak selamat, balik je lah belajar kt malaysia...'
Maka, sebelum tu antara point yang membuatkan seseorang itu bertambah dilemma lagi dan lagi.

  1. Sebenarnya bukan isu selamat ke tidak sekarang. Tapi masalah sekarang ialah keadaan di Mesir yang TIDAK MENENTU. Even ada orang cakap yang kestabilan Mesir itu akan mengambil masa yang lama untuk kembali pulih sepenuh nya.
  2. Ibu bapa dan saudara mara yang sungguh TEGAS taknak bagi balik Mesir sebab risaukan keselamatan anak masing-masing.
  3. Tentang jangka masa yang panjang. Sanggup ke kita nak tanggung risiko status pengajian yang ter'gantung', jika ada lagi kes evakuasi pada masa 2-3 tahun akan datang tu? Atau, nak sambung semula tahun satu di Malaysia jika kejadian yang sama berlaku lagi? Fuh.
  4. masalah penajaan.

Jadi point utama kt sini ialah tentang KESELAMATAN dan RISIKO STATUS PENGAJIAN pada masa yang akan datang.

Bila fikir secara logik nya. Dah kira cukup kuat isu-isu kt atas ni menjadi sebab untuk bebudak balik sambung kt Malaysia. Maka, apa pulak yang membuatkan seseorang tu rasa sangat liat nak tukar Malaysia ni? Haihhh, macam-macam ragam bebudak ni (Eh? ke aku je???)
Well, kenapa pulak ya?
Pertama sekali, bagi aku ofkos lah tentang cara pengurusan. Bagi orang yang agak pemalas dan nak semua benda depan mata sahaja. Nak hantar dokumen ke pihak itu. Lepas tu, pihak ni cakap macam ni macam tu. Nak itu nak ini. Lama-lama agak rimas jugak lah. Takde keselarasan langsung. Yeah, ada pihak yang jenis tunggu garis panduan yang jelas untuk berurusan. Tapi, sampai sekarang agak samar-samar. Kena pandai cari jalan keluar sendiri. Macam tu lah maksud nya kot. Hehe. Ya, saya tahu ada yang dah berjaya pun uruskan hal ni semua dan dah sambung belajar pun kt tempat baru. Tahniah! dan All the best untuk kalian . Mohon jangan salah kan pihak yang memang takgemar berurusan dengan sebegini. Pelbagai pihak main tarik tali pulak. Amboi.
Maka, mohon ada perubahan dan peningkatan lah selepas ni bagi memudahkan urusan pelajar-pelajar ni ya =) Akhir kata, ekcelli kita sendiri yang kena usaha.Jangan nak banyak berdalih itu ini. Jangan malas nak survey mana-mana ipta/ipts yang ada kekosongan tuh. Fuh. Hehe.

Kedua, tentang mereka yang terikat dengan penaja. Masih tiada lagi kata putus atau kenyataan rasmi tentang pelajar. Ya, mereka ada je menyatakan tentang tidak menghalang mana-mana pelajar yang ingin meneruskan pengajian di Mesir. Tapi, isu nya sekarang ialah;
-kalau nak sambung di Malaysia adakah masih dapat menyambung penajaan.
-Sekiranya, kejadian yang tidak diingini berlaku sekali lagi selepas ini, apakah tindakan penaja? Nak tarik penajaan?
Blablabla... Pelajar jadi dilemma tentang ini. Masih lagi main tarik tali.


Hurm, secara peribadi nya. Saya tahu semua pihak rasa serba salah dengan situasi yang berlaku sekarang ni. Masing-masing nak menjaga hak tersendiri. Masing-masing juga nak memelihara kewibawaan pengurusan yang ada. Dan masing-masing nak menjaga hati semua pihak. Yela, nak uruskan ribuan penuntut universiti di Mesir dalam pelbagai bidang tu. Memang agak rumit. Sungguh Allah sedang menguji semua pihak. Maka, mungkin ada pihak yang akan mengalah. Ada individu yang terpaksa mengambil keputusan yang agak sukar dalam hal ni dan takpernah terfikir pun dalam hidupnya akan bertindak sedemikian. Amboi, tragis nya ayat. Hehe.

Okay, ni baru sikit celoteh dari pihak saya. Saya tahu ada orang lain yang tak setuju atau sedkit setuju dengan kata-kata saya ni. Mohon maaf kalau ada pihak yang terasa.

Stay @ meneruskan pengajian di Mesir ?
Atau...
Balik @ sambung belajar di Malaysia?


Kedua-dua nya ada kelebihan dan kekurangan nya yang tersendiri.
Dan setiap individu tu ada alasan yang kuat untuk memilih yang terbaik untuk hidupnya.

Because, what we choose maybe good for us not others.
(pinjam dari status fb kawan )


Kejap ya, nantikan entry seterusnya tentang pro & cons.
Mesir vs Malaysia.



*Rumit sekali isu yang diketengahkan kali ni. Lap peluh. Fuhhh.

Monday, September 16, 2013

Extravaganza cuti


[Makluman Universiti]

Pihak PERUBATAN Cawangan Tanta telah mendapat makluman daripada Koordinator Pelajar Malaysia, Doktor Howaida bahawa tarikh permulaan kuliah sesi 2013/2014 bagi pelajar perubatan tahun dua dan tiga akan akan ditunda selepas Hari Raya Aidiladha. Kemungkinan besar tarikh permulaan kuliah adalah sekitar 19-25 Oktober. Hal ini demikian apabila berlakunya perbincangan antara Datuk Prof. Madya Dr. Hj. Su’aidi Dato'Hj Safei (Pengarah Education Malaysia Egypt) dengan Doktor Howaida. Justeru itu, pihak PERUBATAN Cawangan Tanta berharap agar makluman ini diterima oleh semua ahli dengan hati yang tenang.

"Achieve the HIghest, Improve Others"
Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan Tanta 13/14.


********************************************

Alhamdulillah yeayyyy! 
Cuma nya sekarang doa supaya tarikh tu tak berganjak lagi dan lagi. Penat dah ni asyik kol emirates mintak tukar tarikh. Aiyoooo~ Nasib baik takde had berapa kali boleh tukar semua. Alhamdulillah. Senang hati je sebenarnya berurusan dengan Emirates ni. Just then, I can't stand to speak English properly. Bahasa rojak weh. Hancussss bahasa. Hehe. 
Dan, yang lagi best nya tak kena bayaran apa-apa (sila baca= freeofcharge) Rezeki dipermudahkan. Yelaaa, kesian kt kengkawan lain tu yang tiap kali tukar mesti akan dikenakan caj itu ini. Tapi, lain flight lah. Hurm, nak buat macam mana kan? Well, Egypt. Unpredictable country ever. Seriyesly, moga terlahirlah dokter yang ekstravaganza super hebat dari Mesir suatu hari nanti, dengan berlaku nya segala hikmah ni. Eceh~

Yeayyyyy!!! Cuti lagi. Sebulan lagi cuti. Holidayyyy...

Ekcelli entah lah. Bila cuti panjang cenggini, mood nak belajar tu agak merudum ya. Rasa macam masih lagi tak bersedia untuk jadi pelajar Tahun Tiga. Eceh... Apa nak buat, redah jela. Datang lah mood nya nanti =) Haaaa...




Printscreen e-ticket. 

In shaaAllah memang tekad nak balik Mesir jugakkkk! Tak kira, tak kira... Hehe.
Doakan saya dan rakan-rakan seperjuangan lain ya. Juga doakan mesir dan seisi ahlinya moga aman damai serta bebas dari tangan yang menghancurkan. Sangat butuh doa dari kalian. 
Ameeennnnn~




* Mana lah hapdet tentang pengalaman elektif posting ni ya? Makin bertangguh, makin malas nak menaip. Eheh.

Sunday, September 8, 2013

Kembali beraksi. Erkkk~




Pergh. Mana tuan empunya belog ni menyepi ya?
Adakah disebabkan populariti penulis blogger yang kian merudum, membuatkan beliau kurg aktif di laman belog ini? Eheh. Apa-apa jela :p

Tajuk entry kali ni tak boleh blah lah. Adoi. 
Hurm, nak kata sibuk. Entahla. Tak jugak. 
Nak kata malas, mungkin boleh jadi. Hehe.
Biasa lah, dah nama pun cuti. Ini lah masa nya nak manfaatkan cuti yang sebenar-benar nya. 
Okay, gaya penulisan yang makin berkarat. Dan terkial-kial nak setting blog ni juga. Ish3x...

Ouh ya, baru saja menamatkan sesi 'elective posting' di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada minggu lalu. Dan ia merupakan pengalaman yang sangat berharga. Eceh~ Nak hapdet lah ni. Tapi, tengah nak cari idea. Fuhhhhh.....



Nantikan hapdet-hapdet terbaru dari saya.
*bajet nya budak ni cakap, macam belog dia ni hot sangat. Ramai pembaca ke? Tchhhh*
Haha. Takpe, I tak kesah pun dengan semua tu.

Kbai.