Tuesday, May 7, 2013

Syukur berganda





Alhamdulillah, Allah bagi rezeki. 
Teringat tika yang dulu itu. Waktu itu. Betapa terasa futur nya. 
Dan kini. Tika ini, betapa malunya dengan Allah. Sebab terkadang hati sering bersangka itu ini. MashaAllah. Tapi, bila dah dikurniakan rezeki bukan satu. Tapi, dua. Syukur yang tak terhingga. Takde kata lain yang meniti di bibir ni selain, Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah =)
*sapu muka. Tapi pada masa yg sama. Errrr.... Segan dgn Allah. Ketap gigi
Lagi-lagi bila aku dapat zakat+JPA pulak tuh. Berganda rezeki yang Allah bagi. Tak semua orang dapat macam yang aku dapat. Nampak tak perancangan Allah tu sangat chantek untuk aku. Senyumkelat. Segan lagi. 



Sekarang, makin kerap ingatkan diri yang.....
Rezeki Allah itu maha luas. Kalau bukan sekarang, mungkin lain kali. Kalau bukan yg itu, mungkin ada yang lain.
Dan, kesedaran bahawa dalam setiap rezeki kita tu terdapat nya hak orang lain.
Maka, berSABARlah. Serta, berWASPADAlah. 
Allah itu lah sebaik perancang. Pegang kuat konsep yang tu. Allah ada perancangan yang sangat HEBAT untuk hamba-hamba Nya.
Allah sedang menguji >.< 


********************

Tuhan sahaja yang tahu perasaan hati ni. Tapi, pada masa yang sama hati rasa takut. Ada lah sekelumit rasa tuuuuuuu. 
Sebab (?)
Takut dengan rezeki yang ada ni, diri mudah lari dengan matlamat asal. 
Risau kalau-kalau diri berada dalam zon selesa yang membawa diri jauuhhhhh dari jalan yg panjang itu.
Bimbang andai diri jadi leka serta alpa. Allah~ *kesat peluh di dahi.





*************
#Tukar gaya penulisan kepada informal mood.

Ouh, mak abah. Nadia harap dengan kurniaan rezeki Allah ni dapat mengurangkan sikit beban yuran pengajian nadia. Betapa lega dan gembira nya hati. Dan syukur tak terkata. Huwaaaaaaaaa~ Nadia tak akan berputus asa untuk terus memberikan yang terbaik untuk diri, keluarga dan jugak UMMAH.
In shaaAllah, I will improve myself day by day! Pray for me. Pray for me until the end. Forever and ever.
Dunia ini memang penuh cabaran. Yeahhh! Cabaran dan dugaan yang tiada penghujungnya. Tapi, Allah itu maha adil. Allah pasti dengan janji-Nya. Yoshhh!!!

*Tak pandai lah buat ayat. Tutup muka. Segan T_T


"Bersama kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan." 
[al-Insyirah: ayat 5 dan 6]


Keputusan dah tekad, In shaaAllah 




Aku faham perasaan mereka yang tak dapat mana-mana tajaan lagi. 
Aku pernah rasa perasaan itu.
Tapi, aku nak pesan kt korg. Bersabarlah. Aku tahu kata-kata tak semudah yang dibayangkan. Aku tahu semua tu. Aku hanya mampu berpesan, bersabarlah sebab Allah sedang menguji diri masing-masing. Yuppp, Dia pun sedang 'test' mereka-mereka yang dah ada tajaan ni.
Sebelum aku nak isi JPA yang ni dulu pun, aku diuji. 
Dan, bila waktu nak bukak keputusan JPA pun iman masih teruji. Adakah kali ni giliran aku?
Rasa macam tak yakin dengan Allah. Cek pun sebab rasa saje je nak bukak. Nampak tak permainan nya kt situ. Na'udzubillah.
Tapi, Alhamdulillah. Allah nak ajar aku sesuatu melalui situasi ini. Segan lagi dan lagi dengan Allah. Hurm. Rasa mcm mimpi. Allah~ 
Siyesly, rezeki Allah itu luas. Yakinlah!
Korg jangan futur eh. In shaaAllah usaha untuk ekselen=MUMTAZ second year ni. JOM!!
Aku pun kena usaha sama untuk Mumtaz. SEBAB(?) Sebab paling mudah ialah nk buktikan yang aku layak untuk terima tajaan ni dan seterusnya nak jadi qudwah utk org lain jugak. Wallahu'alam.
Kesat air mata tuh. Hilangkan segala gundah gulana anda itu. 
Jom kembali pada usaha masing-masing.
DAN serahkan segala urusan kepada ALLAH (^_^)





No comments: