Ia datang kembali. Menghantui kehidupan pelajar-pelajar. AHAH!
Mandi tak kenyang, tidur tak basah, makan tak lena. Eh? Tapi, solat jgn tak khusyuk sudah. Itu parah. Mintak jauh =)
Memang bukan nama nya life student lah kalau belajar sahaja tanpa dihiasi dengan exam. Lepas midterm, Final lah pulak kan. Hurm.
Sedikit update tentang tarikh-tarikh keramat exam |
Mood Final exam 2nd year untuk kali ni, lain macam sikit. Ehem. Lain macam yg macam mana pun entah lah. Tak dapat nak huraikan. Hurm, semangat yang berkobar-kobar? Atau Betul-betul dah mengambil iktibar dari kesilapan lalu. Atau, apakah? Hehe. Walau apa pun munasabab nya, moga final kali ini lebih baik dari yang sebelum nya.
Kadang kala selalu rasa risau tak tentu pasal. Padahal tak buat apa pun lagi. Usaha kurang lagi tuh. Tapi, dah fikir negatif. Haih. Nampak tak tuh~ Perasaan ragu dan syak-wasangka. Hah! Siapa punya perangai tu. Siapa punya angkara tu. Astaghfirullah. Cepat-cepat bisik dalam hati *Sahajaakuberlindungdarisyaitanyangdirejam Shuhhhh. Jangan datang dekat lagi.
Yuppp, waktu macam ni lah nak lihat kebergantungan sepenuh nya hanya dari Allah kan. Segala ilmu Dia yang kita tuntut kt dunia ni, memang ada hikmah nya. Moga segala usaha yang kita lakukan sekarang ni, dalam konteks study- hafal, faham, belajar, dll... Allah nampak kesungguhan kita ni. Sentiasa cek balik niat tu, study untuk apa? Dan exam untuk apa? ^^,
The Vow before exam. It's kind of errrr. Not 'beban' but more to Amanah & Tanggungjawab~ |
30th April 2013
Alhamdulillah. Lega. 1st paper. Histology Practical. DONE!
12 papers are waiting for us >..<
[credit] Antara slide+lukisan gambar ituuu |
Pengalaman jawab praktikal histo kali ni takde beza dengan tahun lepas. Lebih kurang je. Hurm, cuma kali ni sejujurnya lah kan. Rasa macam 'Weh, lukisan yg nak kena hafal ni tak boleh banyak lagi ke?' Hehe. Dan, ada sesetengah lukisan yang macam main tikam tikus. Agak-agak macam mustahil nak keluar. Yang banyak labelling follicle itu ini tu, terus tolak ke tepi. Aduh, buruk nya perangai~
Hurm, kali ni aku masuk trip yang ke-2. Jadi, bila orang 1st trip dah keluar terus gosip tentang lukisan. Dorg dapat set Eosophagus Dog / Trachea. Wah! Senang jugak lah tuh. Okay berdebar.
Waktu aku lepas ni dapat apa pulak.
Masing-masing letak target. 'Aku rasa lepas ni mesti kita kena lukis bla dan bla. Cepat latih lukis untuk saat-saat akhir ni....'
*Struggle, sambil lukis nak ingat. (Padahal. Tetttttt ==')
Kedengaran pakcik arab tu dah jerit-jerit panggil student masuk. Trip aku lah tu. *Tcchhhh, tak sempat nak buat apa dah. Tawakal jela~
Lepas taklimat semua, dapatlah 1 tajuk lukisan ni.
EYE LID 0_o
Target blabla yg ktorg dok cakap sebelum masuk lab exam tadi. Itu lah lukisan dye. Hehe. (Btw, set lagi satu pula dapat lukisan ureter) Alhamdulillah, dapat soalan yg senang. Hurm, tapi tak selengkap lukisan seperti lukisan di atas. Banyak salah. EHEH! Adoyai. Sayang dan sedikit rasa terkilan. Telan air liur. Gulp~
Okay, takpe sabar.
Untuk soalan labelling pulak. Alhamdulillah, dapat yang simple jugak. Tempat kosong untuk label ada 3 je. Hati senang tak terkata. Huhu.
Tapi, rasa berdebar tak berhenti setakat tu sahaja. Hurm, sambung pulak untuk sesi mikroskop. Blablabla dan potpetpotpet.
Habis dah exam untuk hari ni ^_^(Y)
Lagi sedikit terkilan bila lupa tulis stain kt slide CNS tu. Bukan nak cakap lupa atau taktahu. Tapi, entahlah. Tahu je kena tulis. Sebab dokter kt tepi tu dok ulang banyak kali ingatkan, 'If there is a slide with special stain, don't forget to mention it..' Ada lah tu kot, terhijab mana-mana bahagian. Husnuzon selalu.
Next paper> Practical exam of ANATOMY (4th May)
Dengan harapan taknak jadi macam apa yang terjadi waktu Histo tadi. Moga najjah!
#HungerForKnowledge #DesperateForMumtaz
Kbai.
Alhamdulillah, selamat sampai ke tangan. Ada lah tu hikmah nya~
No comments:
Post a Comment