Haih, lama betol dah tak hupdate. Tangan dan jari jemari ni rasa gatal je nak taip merapu-meraban kt blog ni. Tapi, entah kenapa lah ya. Malas yang teramat sangat. Maklumlah, bila dah melekat kt atas katil rumah ni. Susah nak gerak buat kerja lain. Adoyai~
Ramadhan dah berlalu. Syawal pula menjelma. Gini lah kehidupan. Semuanya silih berganti. Adakah Ramadhan kali ni lebih bermakna dari sebelumnya, ataupun lebih teruk lagi? Tepuk dada, tanya iman. Sendiri punya badan, sendiri mahu tahu lah. Apa yang pasti, beribadat secara bersungguh-sungguh bukan sahaja ketika dlm bulan Ramadhan. Kena setiap masa. Janganlah jadi hamba Ramadhan.
Ehem~ Bersyarah pula dia ni :p
Seperti biasa, jadual raya famili aku lebih kurang je tiap tahun. Yang berbeza mungkin singgah ke tempat-tempat tu dengan siapakah, ataupun malam raya pertama kt kg mana. Sebab, biasalah mesti bergilir-gilir. Kalau tak, ada yang merajuk kang. Hehe. Yep, mungkin itu yang berbeza. Secara kasarnya, yang lain-lain semuanya sama je. Hehe :)
Tak caya, cuba usha entry raya setahun yang lepas ni
Lebih kurang je kan? Eh, jap. Kenapa Basar? Siapa tuh? Errr, ekceli Basar tu nama timangan comel abah ku. Entah macam mana boleh melekat. Kebanyakan sedara-mara jarang panggil Sarwani. Mereka panggil nama comel tu je. Heee~
Malam Raya
Okeh. Malam raya kali ni berlainan sikit. Sebab berada di kg sepintas pula :) tu je beza...
Seawal Hari Jumaat dah balik ke kampung yang terletak hanya 15 minit sahaja jaraknya dari rumah. Tetap tak teruja nak terkinja-kinja nyanyi lagu Balik Kampung Sudirman tuh. Hehe.
Jadi, dengan jangkaan Ahad raya. Maka, selama 3 hari jugaklah bermalam di sana. Berbekalkan beg baju yang berbondong-bondong tu. Amboi~ macam nak pindah je.
Alhamdulillah, Allah bagi peluang kt aku untuk beraya bersama famili kali ni.
Malam raya, berbuka puasa dengan sate. Ada org belanja. Sate ayam, daging dan perut lembu |
Satu Syawal
Pagi Syawal yang hening.
Malam satu syawal yang pening. eh, tak lahhh. Yang happening. Hehe :p
Alhamdulillah, kali ni. Full house! Kesemua adik-beradik nenek dapat menghadirkan diri untuk sesi berkumpul beramai-ramai pada malam raya. Acara macam ni dah jadi perkara wajib. Huhu. Memang tiap tahun, gini lah aktiviti nya.
Kalau nak tahu, adik beradik nenek ada 13 orang. Tapi, yang masih ada ni tinggal 9 orang je. Biasa lah kalau dah berumur ni, macam-macam penyakit melanda. Alhamdulillah semua nya masih lagi dalam keadaan yang sihat secara rawaknya :)
Saya teringin nak lihat mereka kumpul macam ni setiap tahun. Eh, jap.. Ada yang tak datang tahun ni. Sebab sakit kaki. Penyakit biasa yang dialami orang tua pada masa kini.
Jadi, tetiba tergerak hati.
Tiba-tiba dapat semangat baru. Ada angin lalu yang meniupkan semarak ini. Huhu :)
InsyaAllah, sama-sama doakan kesejahteraan atuk-atuk dan nenek-nenek serta para ibu-bapa, supaya dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Semoga dapat menjalankan pelbagai aktiviti harian dengan lancarnya, terutama beribadah kepada Allah. Ameeennnn~
Ni sengaja buat gambar perbezaan macam ni. Hehe. Ada yang maintain, ada yang tembam, ada yang makin comel. Ecewah~ Hehe :p
Alhamdulillah, raya kali ni menyeronokkan.
Sumpah malas nak tulis entry panjang-panjang. Ni pun tersimpan kt draft berapa lama dah! Hehe...
Bila-bila yang rajin nanti, akan update sepanjang-panjang berjela nyaaaa~ amboi... :P
Sumpah malas nak tulis entry panjang-panjang. Ni pun tersimpan kt draft berapa lama dah! Hehe...
Bila-bila yang rajin nanti, akan update sepanjang-panjang berjela nyaaaa~ amboi... :P