Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk Allah. All praises to Allah.
Dah selesai pun practical exam untuk sesi 1st year ni.
Lega tak terkata. Lagi sekali, tarik nafas dalam dan hembus laju-laju!
Itulah hari terakhir buat tahun ni. Main bahan kimia, pegang test tube, berdebar bakar cecair kimia atas api bunsen burner, hadapi letupan cecair kimia, dll...
Bagi praktikal Biokimia pula,
Memang senang dan sangat mudah. Betul, saya tak tipu. Sebab paling best ialah boleh berbincang. Dalam erti kata lain meniru. Opss, kasar kot bahasa yang digunakan di situ! :p
Tak jugak. Bukan sebab tu je. Bagi aku lah kan. Praktikal Biokimia ni yang paling sempoi. Sebab nya, kena buat eksperimen je. Lepas tu kena tulis report. Lepas tu hantar. Siap! Hehe...
Macam ni format nya;
Masuk je dalam makmal, kita akan dapat 2 botol 'unknown solution'
Salah satu cecair tu adalah protein, dan yang lagi satu adalah carbohydrate.
Lecturer yg jaga waktu tuh, ckp kt ktorang yg memg semua orang akan dpt protein dan carbohydrate. Takde yang dapat dua-dua solution tu carbohydrate ataupun dua-dua nya adalah protein. You got my point here? :)
Haaa, sebenarnya ada soalan lain jugak. Pasal Electrophoresis.
Kiranya, ada dua benda lah kena study untuk practical Biochemistry ni. Tentang eksperimen dan jugak electrophoresis!
Masa yang diberikan ialah 1 jam sahaja....
219- dapat nombor ganjil |
Aku masuk makmal exam lepas student 1st round dah selesai. Jadi, sementara tunggu dipanggil masuk, sembang-sembang dulu dengan dorg yang dah buat tu. Tanya punya tanya, ada 4 solution je.
Tak lari jauh pun. Maksudnya, senang nak pastikan apa jenis unknown solution yang kita dapat. *Hati dah berbunga-bunga. Moga dipermudahkan~
Lepas tu kan, bila giliran aku plak. Sembang dgn orang depan. Dia cakap, unknown Solution tu adalah sama ikut no. botol yang genap dan ganjil. Apa lagi, sambil buat tanya orang yang dok selang sebelah plak. Sama tak? Sama tak? Hehe...
Alhamdulillah, dipermudahkan. Sempat buat eksperimen dan sempat jugak tulis report & dapat soalan electrophoresis yang senang.
Pada hari yang sama juga, ada assessment Oral.
Pada mulanya, ada ura-ura ujian lisan ni batal. Sebab nya ialah, sepatutnya assessment ni dah lama dilaksanakan pada pertengahan tahun dulu tuh. Tapi, masih tetap diteruskan jua.
Dah selesai exam praktikal ni, macam biasalah berdebar untuk oral pula. Topik oral- meliputi buku Volume I Biochemistry tu. Nak ckp tebal, buku CVS lagi tebal kot. Cuma banyak kena hafal struktur-struktur Kimia. Faham kan kimia macam mana ^__^
Alhamdulillah, selesai juga. Lecturer yang tanya tu sangat happening. Tak menekan, rasa tertekan ataupun ditekan :)
Berakhirnya praktikal exam.
Errrrr, bermula pula perjuangan Written Exam yang bakal bermula pada 4th June nanti!
Ada 2+3 minggu je lagi ia akan menyusul...
Saya dapat Lollipop sempena berakhirnya praktikal exam hari ni.
Terima kasih awak! roommate, Afirah Zainal~
Hehe. Terima kasih sebab layan perangai 'keanak-anakan' saya ni. :)
p/s1: dah sihat sepenuhnya. Alhamdulillah. Selera makan dah bertambah~
p/s2: Link berkaitan dgn praktikal exam: Part 1 dan Part2+Part3
No comments:
Post a Comment