Thursday, May 10, 2012

#Part 2 + Part 3 : Gelabah+cuak



Alhamdulillah!
Selesai sudah Praktikal Exam bagi Anatomy dan jugak Physiology.
Tarik nafas dalam, hembus laju-laju. Fuuhhhhh, lega!
Masih berbaki lagi satu paper je. 




Apa yang seronok dengan practical exam Anatomy ialah
Anda akan bermain dengan...




TULANG 





ORGAN DALAMAN 

Ini adalah bahagian dalam jantung ya para pembaca sekalian~



X-RAY



dan jugak,
MAYAT=cadiver

muka suka main depan cadiver. Tiada rasa gentar dan cuak. *ayatpoyo

Tapi, apa yang tak seronok ialah bila bab nak menghafal muscle attachment pada tulang-tulang yang ada. (kalau bab hafal-hafal semua orang tak suka. Tapi, itulah kunci kejayaan dalam menuntut ilmu! peace ) Berbelit-belit lidah nak mengingat. Longus, pollicis, brevis, flexor or extensor, digitorum, profundus or superficialis. Huuu.... Sikit-sikit tertukar dengan benda lain. Rasa macam dah ingat yang ni tadi. Bila tinggal kan kejap je, sejam yang kemudian.... Dah lupa balik! Adoi... 
Tapi, secara keseluruhan nya. Alhamdulillah, tadaa hal lah. Kalau banyak kali main ulang-ulang. InsyaAllah, senang nak ingat! *senyum kambing~



kawan saya yang comel *that-person-i'm-talking-about kembang lah tu


Sila abaikan 2 orang kawan saya yang comel tuh.
Tapi, sila lihat pada meja-meja di sisi lorong panjang Anatomy tuh. Di situ lah tempat berlangsungnya practical exam kami. Ada 25 meja dalam satu baris. Jadi, untuk sekali harung pelajar yang masuk adalah seramai 50 orang.
Lebih kurang seperti Histology practical jugak.
Bila dengar je word 'CHANGE!!!'
Perlu lah anda bergerak ke stesen yang seterusnya. 
Gelabah tak gelabah. Itulah realiti nya. Key point kt sini ialah, kena 'fast-thinking' sebab walaupun seharusnya waktu yang diberi untuk satu-satu stesyen tu adalah 1 minit. Tapi, taktentu jugak. Ikut suka hati pakcik yang jerit change tu, dia nak arahkan student tukar stesyen bila-bila je yang dia nak. 
Lagi pun, 1 minit adalah masa yang lama........(?????) Don't waste time so much lah :p
Alhamdulillah, aku masuk hall exam ni ketika round yang ke-2. Jadi, bagi aku... Masa untuk aku jawab di satu-satu stesyen tu adalah mencukupi~ 

Tapi, ada jugak lah yang....
'Errrrrr, apa ni?'
'Nak hentam apa ni?'
 ' Ya Allah, berikanlah aku ilham. Kejap pakcik, jgn 'change' lagi. tak habis fikir lagi ni '

Gelabah punya pasal. Macam tu lah jadinya.
Highlight kan lagi sekali tentang format Anatomy practical exam ni.
Keseluruhannya, ada 25 stesyen yang mengandungi
11 Tulang
1 X-Ray
3 bahagian Cadiver (cth muscle/artery/nerve yang terdapat di bahagian tangan)
10 organ
*tertakhluk pada pindaan yang dibuat oleh pihak department bagi tahun pengajian tersebut.



Haaa, nak kongsi rahsia. Sebelum masuk exam tu, kami berpesan-pesan antara satu sama lain ;
1) kalau dah siap jawab, jangan terus angkat kepala. Pura-pura masih menjawab lagi. Supaya dapat bagi peluang kpd rakan-rakan lain yang belum siap lagi
2) kalau tulang, kalau ianya adalah tulang bahagian kanan, letak lah tulang tu kt bahagian kanan meja. Dan sebaliknya.
Best kan sepakat macam ni? Saya sayang akhawat yang baik hati dan setuju untuk berbuat demikian =)
Terima kasih sebab saling membantu....


Tutup cerita pasal Practical Anatomy~



Lepas tu, selang dua hari yang agak perit. Physiology practical exam pula~
Sebab apa perit. Pertamanya, rasa macam dua hari tu tak cukup nak cover semua topik. *impaknya apabila tangguh study!
Keduanya, Allah bagi saya dugaan sakit perut+muntah+pening kepala pada malam sebelum exam. Saya taktahu apa punca jadi macam ni. Nak cakap salah makan. Apa yang housemate makan, saya pun makan. Tapi, mereka tak kena apa-apa pun. Adoiiii~
Saya paksa diri juga untuk kuat. Sebab saya nak mumtaz! :)
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.....




Kalau Anatomy tadi, kita main dengan tulang dan mayat.
Kali ni, kt Physiology pula. Kita ada darah, katak, dan hal jantung :)

Format untuk Physiology Practical ni ada 2;
Oral (berdasarkan buku practical semata)
MCQ- 15q

Tu je... Yang macam cuak sikit ialah, waktu oral=lisan. 
Aku masuk berdua dengan coursemate. Dia mula dulu dan dapat topik HB content.
Aku dapat topik ESR(Erythrocyte Sedimentation Rate) 



Macam ni Professor=examiner tu tunjuk tube seperti kt atas tu

Lepas tu dia tanya,
'What is this?'
*answering
' What for? '
**answering
' Factors increasing??? '
***answering


'Syukran, you can go...'

Aku dah macam... Eh? Itu je dia tanya? Rasa tak puas hati. Tak sampai 5 minit pun. Apsal taknak tanya banyak? Penat aku cover satu buku tu dalam masa 2 hari. Haha. Sabo jela~
Takpe lah kan. Dia tanya sikit tu pun, dah gelabah dan tergagap-gagap bagai. Ni kan pula bila dia tanya banyak. Syukurlah soalan yang tu je! =)

Lepas oral, jawab MCQ pula...
Segalanya okayyy okayyy je! Alhamdulillah. 








p/s: Perut masih lagi berbunyi-bunyi angin apa ntah? Aku pun takfaham :(
Takde selera makan, dan taktahu nak makan apa untuk naikkan selera ni...












No comments: