Thursday, May 3, 2012

#Part 1- Sedikit cuai


All praises to Allah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah!
Dah habis satu paper. Histology practical. Huuuuu.... 
Debaran yang terasa sebelum jawab exam macam nak apa je. Kalau nak cakap macam perasaan nak jumpa ehem2 tu, ntah lah. Tak pernah ada plak.. Tapi, macam ni lah kot ya perasaan debaran tu? Haha.. Gatal plak kau Nadia. Euuwwww~

Meh sini nak cerita sikit bagaimanakah gayanya practical exam Histology ni.
Sebelum tu, mesti nak tahu format dye kan.


Bagi Histology, keseluruhannya ada 3 bahagian
-Lukisan
-LM picture (usha pada microscope)
-EM picture (gambar hitam putih yg sudah di 'laminate' kan)

Mula-mula kena buat lukisan tu dulu. 15 minit masa untuk menjawab
Lepas tu, mula pula dengan soalan slide-slide. Ada 20 stesen kesemuanya. Selesai jawab satu, pindah ke stesen yang lain dan seterusnya. Sehingga lah selesai~

Nampak macam senang je kan. Haish, disebabkan macam ni jangkaan kami dan jugak sikap yang memandang enteng terhadap lukisan-lukisan dan slide-slide yang ada. 
Malam sebelum exam tu lah baru nak  'urghhh, haaaa, ooooo, huuuuu....'
Dulu waktu dalam kelas praktikal taknak fokus. Main-main. Setakat tengok-tengok slide kt microscope macam tu je.. Lepas tu blah! 
Bila nak exam baru tetiba rasa nak hargai masa ketika praktikal tu. Memang tak dapat lah kan. Haha.. Padan muka. Amik kau~
Kepada adik-adik junior ambil ikhtibar. Lagi-lagi kalau pasal gambar yang kena lukis tuh. Jangan dah last minute baru lah terkedek-kedek nak tahu kenapa kena lukis macam tu, nak letak dot-dot apa je, kena guna kaler apa..... Adoi~



Sebahagian lukisan yang perlu dilukis

Sebenarnya, benda yang macam susah sikit ialah bab yang lukis-lukis tuh. Secara terus terang, waktu kelas praktikal tak ambil berat pun pasal ni. Lagi-lagi lecturer tu takde lah plak nak cakap apa-apa kan. Jadi kami takdelah 'noted' sangat yang benda ni penting.
Sekali nyaaaa, seminggu sebelum exam dah pening itu ini. Malam sebelum exam lagi, ehhh?? Macam nya pagi sebelum exam pun.. Tak selesai lagi masalah lukisan ni! Hahaha... kaler biru lah, merah lah??? Akhirnya, K.I.V je... 
Tapi, Alhamdulillah lukisan yang rumit tu... Tak masuk pun.
Dalam 20++ lukisan yang ada tu. 
Sebenarnya, 2 lukisan je pun yang kena lukis ketika exam. Tu pasal lah berdebar semacam. Dalam banyak-banyak lukisan tu, aku nak kena lukis yang mana ni.

Alhamdulillah again, i've got....
Spinal Ganglia & Elastic cartilage
(no display image is available)

Ni baru bab lukis-lukis....
Masuk je part yang slide-slide tuh. Lagi lah, gabra dye dah jadi lain. Hehe.
Sebab nya????
Bila je dengar word MOVE!....
Memang rasa macam nak, terkinja-kinja kt tengah-tengah exam tu. Lepas tu, cakap.. 
'Kejap lah, kejap lah!!! Lek lu~'
HAHAHA.... Bajet lecturer2 Arab yang ada tu nak layan je kan...
Ada yang tak habis tulis lagi, dah kena tukar stesyen. What the *%4#%&??? Adoiiii~
Membebel Nadia, membebel~~~





Lepas tu, tengah dalam kegelabahan nak jawab tu serta pertukaran stesen yang menekankan lagi keadaan...
Aku jadi bingung antara 3 slide ni.
Mana satu moderator band, umbilical cord dan jugak Medium-sized artery & vein




Belum kira lagi dengan yang salah. Entah lah... Tawakal Nadia. Ingat, Allah lihat pada usaha anda.....
Ouh, my bad!! Tu lah... cuai sangat.. Huuuu~



Tapi, cakap banyak kt sini pun... Benda dah jadi pun. 
Tak boleh pusingkan masa dah. Apa aku jawab tempoh hari, itu lah dia! =)
Bila cerita semula kt kawan-kawan.. Yela , macam biasa lah kan. Lepas habis satu paper, mesti ada yang tanya, 'Okay tak tadi?'
Aku cerita lah balik apa yang aku dok membebel kat atas ni kan. Hehe..
Alih-alih, ukhti-ukhti yang positif ni pun jawab,
' Takpe je..... Doa banyak-banyak, biar lecturer yang tanda tu. Nampak betul je semua jawapan yang kita tulis tu! '
InsyaAllah~ 



*seronok jawab exam. Dapat pengalaman baru.
senyum lebar~











No comments: