Salam ukhuwah buat teman-teman yang disayangi sekalian!
Hurm, aku kan tergerak lah nak tulis entry pasal topik nih. Tak tahu kenapa, tapi aku rasa tak puas hati sangat-sangat. Lagi-lagi, dapat ilham dari entry blog Dr Faizal ni. Topik yang dibawa tak hangat mana pun, cuma tulisan dalam entry tu yang memberi impak besar kepada mana-mana pihak yang membaca. Pergh, aku baca 10 kali pun tersentap berkali-kali. Haha. Aku tak tahulah kan, kalau ada yang tak rasa apa-apa. Kebal kot hati jiwa raga kau, kalau tak terasa! Haishhh~
Nak membebel lah kejap. Boleh tak? kalau tak boleh pun, suka hati lah. Ini belog, aku yang punya. Bukan kau, kau atau kau! Hahaha... :p
Sebelum tu, aku nak cakap yang aku bukan manusia sempurna pun.. Nak komen itu ini dan cakap itu ini semberono je. Tapi, mungkin hanya teguran, nasihat ataupun mungkin sekadar kata-kata kosong??? Entahlah, bergantung pada penilaian masing-masing lah. Ada aku kisah?
Ayat yang paling terkesan dalam entry Study la wei! tu ialah,
Kalau tahun satu nak pergi mesir tu menangis-nangis ahli keluarga di klia nak melepaskan kita pergi berjihad kat Mesir ni.
Dah sampai sini, lain pulak dibuatnya!!
Dan jugak!
Ini time belajar,
sibuk main,
sibuk berpersatuan,
sibuk politik sana sini,
sibuk main game,
sibuk nak bawa kawan oversea berjalan kat mesir,
sibuk pulak nak dirikan rumah tangga,
sibuk berfotografi dengan kamera nicon,
sibuk buat blog ( yang ini, aku agak terasa. Tetiba nak tutup belog! Haha) dan website bla bla bla bla,
maka focus dah hilang, study pun macam tak study
Kalau bagi pihak akhawat plak kan, aku rasa nak edit je ayat tu.. Okay, kalau aku kan... nak tambah ayat ni..
Ini waktu untuk study,
ini tidak...
Sibuk nak mencuba resepi baru,
Sibuk nak kongsi resepi,
Sibuk nak berniaga makanan,
Sibuk nak cari Drama Korea terbaru,
Sibuk nak tengok movie itu ini,
Sibuk nak 'anyam ketupat' dan bergosip potpetpotpet...
Sibuk dengan window shopping
Sibuk teruja dengan mamat-mamat hensem, dan blablabla...
Maka, fokus dah hilang... Belajar pun macam tak belajar!!!
Haaa? Terasa tak?! Damn it. Secara jujurnya, aku pun selalu jugak buat perkara-perkara lagha kt atas tu. Tak dinafikan, memang jadi lalai dan leka. Seharian tak buat apa-apa, maksudnya TAK STUDY dan masa terus berlalu begitu sahaja. Lepas tu, dok menyesal sebab membuang masa.
Dalam hal ni, kita nak salahkan siapa? Tepuk dada, tanya lah selera... Whatever~ Tak payah nak pandang kanan, toleh kiri, tengok depan, lihat belakang... Tapi, renunglah diri sendiri tu dulu. Siapa suruh tak bijak dalam menguruskan masa? Haaaa!
" Kita ambil perubatan, bukan perakaunan, bukan business, bukan art, bukan agama.
Tak cukup ilmu salah diagnose, salah ubat, salah itu salah ini pesakit mati dalam tangan sendiri.
Cubalah sedar sikit. Di Malaysia sangat competitive.
The more u know the wiser u’ll be. NO boundaries for knowledge.
Kalau tak cukup ilmu, buat silap, kena marah kat consultant, tak pun disaman patient, jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri yang belajar macam tahi. "
Pergh, mulut laser you! siapa kt sini yang belajar macam tahi tuh? Aku suka orang mulut laser ni.
Yelah, mana tidaknya. Kadang-kadang aku tak puas hati sangat-sangat kalau orang tu dok sibuk buat itu ini. Padahal takde kaitan pun dengan study. Lepas tu nak salahkan keadaan kalau result exam macam tahi??? Apakah? Tak salah pun nak libatkan diri dalam... Errr, sebagai contoh jadi AJK persatuan ataupun EXCO apa-apa jelah kan, tapi selagi kau tu tak berdaya nak imbangkan masa antara persatuan dan study. Baik takpayah lah. Bukan nak salahkan persatuan ke apa. But, everybody knows their own capacity right? Then, choose the right path which suits to yourself!
(Btw, aku sangat tabik dengan mereka yang cemerlang dan hebat dalam mengimbangi antara study dan hal bukan study! ^^, )
Macam mana plak dengan orang yang tak join apa-apa pun, tapi asyik duk terperap dalam rumah untuk study. Okay, it's fine. Takpe. Aku tak kisah.
*Kalau betul lah dia study!
Tapi aku sangat tak puas hati kalau orang tu dah lah duk senyap-senyap, tengok punya tengok takdelah study apa pun. Tapi, duk melangut dengan benda-benda lagha lah, tidur lah. Haishhh, panassss je...
Lepas tu, result cukup-cukup makan jugak.. Sama taraf dengan orang yang duk sibuk join aktiviti itu ini.
Lepas tu, dapat result exam nak komplen itu ini. Come on lah!
Dalam hal ni, pihak mana yang beruntung??
Tepuk dada, tanyalah iman. Korg dah besar, boleh fikir mana baik dan buruk.
Lagi satu, bab ponteng kuliah ni. Korg tahu tak, yang jam kredit kita belajar tu adalah berbayar? Korg tahu tak 'bayaran' tu apa? Guna duit okay! Bukan guna daun, air liur ataupun percuma je. Tahu kan? Sekarang siapa yang kufur nikmat??? Sebelum tuh, cuba korang baca, artikel Escape The Class ni. Sedar tak apa tanggungjawab kita.
Eh, aku tak kisah lah korang nak ponteng ke apa. Lantak pi korang lah kan? Korang gadaikan duit Mak Bapak korang jugak. Takde kaitan langsung dengan hidup aku. Suka lah kan kalau keberkatan dan kepercayaan mak bapak korang tu hilang dari kehidupan korang? Na'uzubillah.
Pandai-pandailah fikir! Masing-masing dah besar panjang. Membebel panjang pun bukan nya korang nak dengar. Lepas tu, nak bajet GoodGood :p
Itu belum kira yang ponteng kuiz lah, assessment lah, practical lagi. Haishhh, aku pantang betul lah. Hebat sangat ke sampai semua benda kau nak ponteng?????
Aku cakap panjang-panjang kt sini. Bukanlah untuk kutuk atau mengherdik mana-mana pihak pun. Tapi, jugak nak nasihat kepada diri sendiri. Dan, mungkin juga berdasarkan pemerhatian aku selama ni. Aku tak salahkan semua orang. Aku tak kisah pun, kalau lepas kau orang baca entry ni nak cakap kt aku,
'Eleh minah ni, cakap nak bajet goodgood je.. Diri sendiri pun ntah apa-apa'
Eh, so what? Jangan nak sibukkan diri aku. Sibuk pasal diri kau orang tu.
Dalam hal ni, siapa yang tak suka tengok kawan-kawan berjaya. Dah lah belajar sama-sama, satu kuliah, makan sama-sama, tidur sama-sama, stay up together-gether! Lepas tu, dapat MUMTAZ sama-sama. Perghhh! perasaan yang terungkap melalui kata-kata. Mestilah seronok!
Cuba bayangkan kalau ada di antara rakan-rakan kita yang tak sukses dalam study. Macam mana nak raikan kejayaan bersama-sama?? Nanti kita yang berjaya ni Syok Sendiri je. Tak best lah kan...
Itupun, kalau yang betul-betul dah usaha tu, okay itu tak kisah. Mungkin ada lagi perkara yang dia terlepas pandang ketika study. Senang jugak lah nak 'comfort' kan dia tentang kegagalan tuh
Cuba lah kalau kawan korg tu, gagal exam.. Lepas tu korg tahu yang dorg tu jenis yang asyik tidur, asyik berinternet, asyik ponteng kelas, asyik berangan itu ini, asyik teeetttt.. Korg nak redakan masalah kekecewaan dia pun susah kan. Tak kan lah nak ungkit balik dengan berkata-kata,
' Haaa! tu lah kau. Aku suruh study, tapi kau sibuk dengan benda lain. Kan dapat result macam ni~'
Kalau kawan tu dapat terima ayat macam tu. Okay lah! Kalau jenis yang memberontak? Tak pasal-pasal putus kawan. Lagi lah sedih! Ish3x...
Kalau dah tahu diri tu tak pernah nak usaha untuk mendapat yang terbaik. Dan dah berusaha sehabis yang mungkin hingga ke titisan darah yang terakhir pun!
Tak payah lah nak bajet, dan mengharap untuk dapat result yang gempak, yang fullmark tu! Tak payah lah nak... Urggghhhhh~
Lebih baik cakap kt diri sendiri,
' Padan muka kau!!! '
Just do our best. Do what you can, with what you have, right where you are-
result tu kemudian cerita, tu rezeki masing-masing .
Saya percaya rezeki itu setimpal dengan usaha yang kita berikan kerana saya percaya Allah Maha Adil.
Ini belajar bagai membuang batuk di tangga, pastu claim tak ada rezeki, berimankah dengan sifat Allah Maha Adil tu??
Akhir kata, kita kena berbalik semula kepada diri sendiri. Ingat Allah! Ingat apa janji Allah. Semua perkara yang berlaku ada sebab, ada hikmahnya, dan ada kelebihan dan keburukan nya.
Janganlah nak berserah sangat. Lepas tu, nak salahkan Qadak dan Qadar plak? Nak salahkan Allah sebab tak bagi result terbaik kt 'aku' ??? Astaghfirullah. Come on lah! Cuba hayati ayat ni,
" Dan manusia tidak akan mendapat kecuali apa yang telah dia usahakan.
Dan segala yang diusahakan akan diperlihatkan dan kemudian dia mendapat keputusan dan balasan yang setimpal dengan apa yang telah dikerjakan"
Surah An-Najm; 39-41
Fuhhh, lega dapat berleter! Sedar tak sedar. Memang panjang aku duk membebel. Errr, maaf banyak-banyak. Sebab aku pun join Dr Faizal tu bermulut laser. Aku tak point kt siapa-siapa pun. Sebab nya lagi, kalau aku tunjuk siapa yang bersalah dalam hal ni umpamanya, padahal ada 4 jari lagi yang menghala kt aku. Maknanya, kalau aku kata orang. Lagi banyak kekurangan tu datang dari aku.
(hayati lagu tema belog ni jugak tau.)
Tapi, tak kisah la kan. Aku tahu siapa diri aku. Aku sedar!
tapi, ANDA sekalian sedar tak siapa diri anda? Hurmmm, lu pikir lah sendiri.
By the way, I'm Sorry! (^^,)
Yummy, Strawberry Mesir yg sangat sedap+manis+lazat dan murah juga! |
Perghhh!! Habislah aku kena banned lepas ni! =p
cuak tak cuak. Haha....
4 comments:
oh ad blog upanya.hahhaha.nice entry.nice blog.
thanx @Fatin Farhani.. Hehe..
mestilah ada... saje je taknak hebahkan... :p
tapi dah terhebah kan kak??
hehe..tersentap jugak..huh.~
@shefashahrul
ha'ah.. Hehe... aiyokkk, tersentap! :p
Post a Comment