Monday, December 19, 2011

Pabila Gula dah terasa manisnya



Bismillahirrahmanirrahim~

Salam ukhuwah!
(suka buat tajuk entry yang ntah apa-apa.. Maaf, saya takde idea! Hanya itu yang terlintas di fikiran! Hehe)
Lama gak kan tak update blog. Maklumlah, sibuk dengan kelas, kuiz, khidmat kerja itu ini lagi. Fuhhh, memang tak menang tangan dibuatnya (konon lah tuh, berlagak terlalu sibuk mengalahkan perdana menteri! Haha)

Setakat ni, aku rasa... Aku dah mampu untuk sesuaikan diri dengan kehidupan baru ni. Memandangkan sekarang ni pun kan, terasa masa berjalan dengan agak pantas. Dan, memang tak terasa sangat waktu-waktu yang dah berlalu tuh! Hehe.. Ayat skema lah sangat.. Errr, tetiba kan, dah nak masuk musim peperiksaan. Untuk pengetahuan, minggu depan ni, aku dah mula sibuk dengan 'assessment' tahunan. Alhamdulillah, secara kasarnya.. Topik yang akan keluar nanti, tak banyak sangat.. Tapi, tu lah kan.. Banyak kot benda atau 'term' yang kena hafal! Ya Allah, bantulah aku dalam mengingati segala pembelajaran ini.. Amin~

Memang lah dah dapat sesuaikan diri kan.. Tapi, rasa rindu tu masih lagi tebal. Lagi-lagi kalau tetiba dok dalam bilik keseorangan ataupun dok sengaja termenung bersendirian. Haha. Memang deras jugaklah hujan kt muka ni. :p 




Kt atas ni, gambar terbaru aku... Nampak sebarang perubahan apa-apa tak? Hehe. Yelah, dah nak hampir 3 bulan tinggalkan Malaysia kan. Mana tahu disebabkan faktor pemakanan, cuaca dan persekitaran, akan jadikan muka ke, badan ke, jadi lain dari yang lain (?????) Haha. Takde kena-mengena pun lah~
Gambar diambil setelah selesai menyiapkan eksperimen di makmal Biokimia. Alhamdulillah, setakat ni semuanya berjalan seperti biasa... =D








Yang kat bawah ni pula, ada jadual assesment untuk minggu depan. Doakan agar saya berjaya dengan jayanya! Hehe.. Tapi, kalau setakat doa je pun, tak jadi jugak kan. 
Jadi, saya lah tu kena mainkan peranan yang lagi penting dengan cara 'STUDY HARD & STUDY SMART!!!' Oyeaaahhh!!! Let's do it..
Alang-alang, buat persediaan untuk 'mid-term exam' sekali! 




Format Assesment:
#Assesment 1 
Subject : Histology
Tarikh : 22-29 Disember 2011
Masa = Waktu practical Histology
Tajuk = Cytology kecuali nucleus

#Assesment 2
Subject : Physiology
Tarikh : 25- 29 Disember 2011
Masa : waktu practical Physiology
Tajuk : -Blood
-Autonomic Nerves System (ANS)


Group B
Histology practical = Ahad (25 disember 2011) 11.00AM - 01:00PM
Physiology Practical = Rabu (28 disember 2011) 09:00AM – 11:00AM



Disediakan
Team E-Format MMTanta



-----------------------------------



Lepas tu jugak kan!!!
Ni yang nak gosip ni.. Haha.. Itu jelah kerja pompuan kan. Tak abis-abis, asyik bersembang itu ini. Err, okay teruskan dengan topik hangat kita di sini ya!
Aku jumpa video ni kt FB, sebab ramai sangat orang dok share dan kata sweet lah, untung lah.. Errr, lepas tu jugak. Bebudak2 pun dok cakap pasal video ni dalam kelas. Haishh, tak puas hati ni... Kena tengok jugak! Haha.. Balik je kelas, bukak lappy... Terus on..
Fuhhhh, okay.. Bila dah tengok tu kan.. Rasa macam, nak cakap.. YES, I DO.. I DO!!! Hehe.. Tetiba je kan?! Serius tak malu!!(ops, maaf. Bukan nya ada hati dengan abang tu ke apa?) Cuma aku rasa, errr sebagai seorang perempuan, aku sangat-sangat terharu jugak kot dengan cara lamaran lelaki tuh. Fuhhh, sangat 'gentleman' kot.. Kisah cinta yang sangat menarik!
 Hurm, mungkin jodoh dia dah tertulis macam tu.. Alhamdulillah, moga beliau dan tunang akan berkekalan sampai ke Jannah! Aminnn....




Sebaya kot dengan Dena Bahrin tuh.. Uhuk-uhuk, batuk plak tetiba kan? Hehe. Takpe2, belum sampai seru lagi ni. InsyaAllah, Allah ada perancangan yang hebat dan terbaik untuk semua orang! =)
Pergilah usha blog dia, dan akan jumpa lah serba sedikit kisah tunang dia kt situ...
Dan, memang betul... Dia sangat-sangat comel! Hehe... Tahniah2!




*Nak jugak, bercinta selepas kahwin!!! 
Nak jugak ada lelaki yang budiman macam abang tuh! 
Yang sangat-sangat macho buat proposal guna video dan sangat menjaga tatasusila pergaulan! 
Nak jugak!! Opsss, tergedik lebih-lebih... Apa-apa pun, doa tu kena ada. 
Wahai jodohku, walau aku tak tahu siapa kah kamu... Jaga diri elok-elok kt sana tuh... Belajar rajin-rajin demi masa depan yang cerah! Taat perintah Allah & Rasul serta Ibu Bapa! :)
InsyaAllah... Jangan nakal-nakal tau... 
Opsss, sekali lagi.. Hehe... Over 'acting' plak kan... :p







Okay!!! Abaikan... Tersengaja bersemosi~





Arghhhh!! Tutup cerita pasal cinta-cinta duniawi ni.. Cukup lah sampai kt sini je! Doakan aku berjaya dalam assesment dan lain-lain hal jugak! InsyaAllah, tajdid niat kerana Allah.. Semoga dipermudahkan! Amin....~






No comments: