Salam ukhuwah
Hari ini, sewaktu physiology practical. Ada ujian darah. Alhamdulillah, banyak benda baru yang aku belajar. Walau dah ada asas semasa di asasi dulu, tapi banyak lagi benda lain yang aku dapat tahu! Seronok belajar pasal komponen darah ni~
Untuk kali yang kedua nya, aku buat ujian darah ni. Kali pertama semestinya praktikal di asasi, dan waktu tu jugak lah kali pertama setelah 18 tahun hidup.. Aku tahu apa jenis darah aku. Haha... Kali yang kedua ni plak, aku dapat tahu apa jenis darah Rh aku.
Dengan rasa teruja nak jadi 'volunteer' nya, aku pun hulurkan darah... Hehe..
Dan, terhasillah ujian seperti di atas~
Kalau tak faham apa yang terjadi kt atas tuh, meh sini nak cerita.. Err, Alhamdulillah.. Aku berdarah B+... Jadi, InsyaAllah aku tergolong dalam mereka yang normal! =)
Hanya boleh terima darah dari O dan B sahaja.
Haha.. Takde kena mengena kot.. Abaikan~
Lepas tu kan, nak dijadikan cerita.. Heboh plak ura-ura tentang tarikh midterm exam. Ada yang cakap exam lagi 2 minggu... Peh!!! Memang terbaik ah..
Aku punya reaksi biasa-biasa je. Sebab macam mustahil kot kalau lagi 2 minggu tuh. Subjek yang dah belajar pun, tak banyak sangat (???????)
Apa-apa jela kan.. Yang penting sekarang studi dan siap sedia je dari awal. Walau apa je yang berlaku secara mendadak nanti, sekurang-kurangnya takdelah nak gelabah sangat kan..
Dan, jugak pokok pangkal nya sekarang... 'Peperiksaan pertengahan tahun' tuh memang dah nak dekat! Tak payah nak asyik main, tidur, makan, berangan, FB!!!
Tulis blog boleh lagi kot.. Hehe... :p
Skeleton learn by itself!! |
Macam mana lah nak stop fb, kalau semua maklumat letak dalam fb??
Inisiatif lain takde ke??? Hurmmmm.....
No comments:
Post a Comment