Malas lah nak update! Tapi nak jugak conteng-conteng kt blog ni. Rinduuuuu~ Haha.. Apakah? :p
Sekadar gambar hiasan semata-mata |
#1
Alhamdulillah, assesment Physiology & Histology dah tamat! Senang hati untuk seketika. Konon lah kan. Padahal banyak lagi subjek lain yang perlu di ulang kaji\! Jangan nak leka sangatlah....
#2
Dah tahu tarikh 'winter break' bila.. Yakni, waktu di mana kami diberi masa untuk study. Pendek cerita, Study Week lah..
27 Januari 2010-11 Febuari 2012
Amik kau! kasi bold, besar dan berwarna font tarikh tu! Haha..
sila ambil perhatian okay, Study Week tu bukan 'Honeymoon Week'! :p
Jadi, sila manfaatkan sebaik-baiknya waktu yang ada.....
Tapi, jadual exam belum tahu lagi lah.. Sabar eh. Belajar dan siap sedia je dulu. Tak payah nak kecoh-kecoh sangat...
#3
Aku baru kebah dari demam. Alhamdulillah... Masuk kali ni, dah 2 kali aku tak sihat semenjak berada kt Mesir ni. Apakah imuniti badan aku ni tak kuat?????? Manja lah konon nya tu kan? Ish, susahlah cmni. Dah la, terpaksa ponteng kelas untuk satu hari. Takpe lah, penyakit tu kan kafarah dosa. InsyaAllah~
#4
Muncul juga kelibat Strawberry! Yummy.. Alhamdulillah, sekarang ni tengah musim buah strawberi, murah plak tuh, dan senang serta mudah untuk dibeli. Keluar dari ghamaah dah jumpa buah tuh!
Lagi bertambah lazat kalau makan strawberi dengan coklat ya! Urmmm, sedapnya.... :)
Sokonglah buah-buahan tempatan.. *tetiba je.. Hehe..
#5
Dah takde apa-apa kot nak kongsi.. Itu je setakat ni.. Bye2!!!
#6
Ada lagi lah sebenarnya!
Errr, aku dah cakap dulu. Aku memang tak suka sst perubahan tu sangat melainkan yang baik. Hehe..
Okay, ini takde kaitan langsung dengan mereka-mereka di luar sana.
Tapi, aku nak cakap...
AKU TAK SUKA FB BARU TU. FORMAT TIMELINE TU NAMPAK SERABUT JE KT PROFILE..
ops, tercaps lock lah! Hehe.. :p Tapi, serius weh.... taksuka2! Ada ura-ura yang berkata-kata, suatu hari nanti... Semua fb akan diseragamkan juga. DAMN it!!! Grrrr...
*Tak payah lah nak marah sangat kt benda lagha tuh! Haisshhh...
#7
Cuaca di Mesir ni, makin bertambah sejuk... Brrrrr... taktahan kot. Mandi tuh, toksah cerita lah kan. Pernah gak, 2 hari tak mandi. Tapi, tu selalunya hujung minggu jela. Pemalas lah kata kan.. Macam tak biasa plak dah.. :p
#8
Okay, yang ni betul-betul dah abis cerita!
Lagipun, tinggal beberapa hari je lagi nak tahun baru kan? Opsss, cepat sungguh masa berlalu...
Jumpa lagi tahun depan ya!!! =)
Hehe...
Assalamu'alaikum....