Thursday, June 14, 2012

gambarmonyet, eh bukan picmonkey


Ouh ye, semenjak dua menjak ni. Suka betul blogwalking sana sini.
Baca pasal hal dunia. 
Baca pasal kehidupan orang lain.
Baca pasal politik Malaysia.
Baca jugak pasal isu kemanusian di Syria, Palestin Myanmar, dll.
Baca pasal gosip artis *haihhh, dunia lagi~
Baca pasal apa lagi eh?! Hurmmm... Banyak lah jugak.
Tapi, tak semua blog yang disinggah tu. Dari atas sampai bawah aku baca dengan teliti. Ada je yang aku usha gambar semata. Hehe. Lepas tu, terus tutup blog tu...

Cakap pasal gambar lah kan. 
Errr, siapa kt sini yang tak suka gambar dia nampak cantik melecun. Turun tangan! Hehe.
Almaklumlah, tak mampu nak miliki kamera DCLSR(macam ni ke ejaan dye?) atau Canond9100 (nombor-bersiri-main-hentam-sebab-jahil-pasal-teknologi) yang besar gedabak dan nampak cool tu. 
Jadi, hanya mampu guna aplikasi di laman maya yang serba percuma ini... Agar gambar tampak lebih chantek serta kewl. (ouh, dunia semata)

Kalau dulu, guna picnik je. Tapi, bila dah bukak picmonkey ni. I jatuh hati you! :p
sebab nya, ialah... 


Apa kata tgok hasil tangan ni dulu. 


sebelum
SELEPAS





sebelum
SELEPAS



sebelum

SELEPAS

sebelum
SELEPAS


Okay, tu je. 
Budak baru belajar. Gambar pun ntah apa-apa je. Adoi~ tetiba rasa mcm pakai gincu-pink-tebal-yang-sgtlah-gedik.
Cadangnya nak letak 2/3 gambar je. Tapi, tetiba seronok pula main edit kt situ. Macam main game dah plak. Hehe. Hurm, agak-agak mesti anda dapat lihat. Apa yang macam best je guna picmonkey ni.
1. make up. Pakai lipstik dan blusher. Ahakss
2. hilangkan eyebag! dan juga kedutan di muka. 
3. ada frame gambar yg osem
4. bnyk effect gambar yg stailo. phewwww

Dan lain-lain. Nak tahu selanjutnya.... Pergi lah singgah sendiri ke picmonkey tu~



[Gosip ni dtg drpd blog Dayah Jelita]




Tengah syok tekan effect gambar yang ada, dan tersalah tekan apa ntah. 
Tetiba terkeluar mesej comel ni.
Rupa-rupanya, English pun ada gak ejaan 'bahasa pasar' dorg. 


Ex-squezzzzzeee me! Haha...
*takde apa yang lawak sangat lah nadia oi~





p/s: maaf, sebab dalam banyak-banyak entry yang saya baca ketika blogwalking. Pasal picmonkey ni lah yang dipilih untuk update di blog. Padahal isu-isu lain ada yang lagi penting drpd benda ni. Dan perlukan perhatian semua pihak! Ampunkan saya, Ya Allah.... Cuma saya taktahu nak ulas bagaimana~ Hanya mampu membaca. Karena, saya tak sehebat seperti 'mereka, dia, awak'.... Maafkan saya






Friday, June 8, 2012

Sweety-sour #discipline





Y(^_^)Y

“If a person is disciplined in their prayer, 
they’ll be disciplined in
 everything else in their life.”

-Sayed Ammar Nakshawani




so-called-busy-stuff




Pfttt....
Sibuk dengan urusan dunia
Sibuk uruskan hal 'rumah tangga'
Sibuk study
Sibuk mentelaah pelajaran
Sibuk dengan spot soalan
Sibuk nak habiskan subtopik
[bukan lebih kurang je ke, 3 ayat yang terakhir tu?]
Sibuk hitung hari bila nak balik Malaysia
Sibuk itu
Sibuk ini
Okayyyy, tema entry kali ini adalah sibuk. Atau pun di sebut sebagai 'bizi' dalam kalangan orang jawa. :p

Hurm, penat fikir pasal hal dunia.
Dunia ouhhh dunia...

Alhamdulillah, dah selesai pun menghadapi paper Anatomy; written + Oral~
Keseluruhannya, hanya tuhan sahaja yang tahu. 3 jam yang ditempuh itu, fuhhhh... Taknak hurai panjang. Sendiri punya hal, sendiri yang tanggung.
Selebihnya, bergantung pada doa dan tawakal...... XD





Kad pelajar sesi 2011/2012
Nak kongsi tentang kad pelajar.
Hurm, dah biasa pun dengan pengurusan di Mesir ni. Kurang sistematik sikit. Hehe...
Dah nak hujung tahun, baru dapat. Memang best! Tetiba baru terasa seperti student. Sebelum ni, rasa macam takde identiti sebagai seorang pelajar kt UniTanta tuh.. Ececehhh~ ayat nak dramatik je kot....



Exam yang seterusnya, adalah paper Histology pada 13th June ni (rabu)~
Jom study!
Jom buat past year question!
Jom buat latih tubi!
Jom stay up!
Jom bersungguh-sungguh!
Jom genggam Mumtaz!
Ini siyesss~
JOM!

Okay, sudah-sudah la tu membebel.
Mentang-mentang baru dapat internet
*sila baca: dah seminggu takde internet dan saya rindu nak skype dgn Mak, Abah, Suha, Mardhiah dan Imran!
Doakan saya dan rakan-rakan sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang dalam final exam ni :)



Godek-godek post kt wall MedicMesir Tanta, jumpa banyak pesanan...
Antara pesanan Ummi MedicMesir kepada anak-anak UniTanta sempena imtihan kali ini~



" Salam...anak2 tersayang ♥ ! 
Jadikan kesusahan kita sekarang sebagai kekuatan utk kita mencipta kejayaan buat masa hadapan......
Mereka yang berjaya sekarang adalah hasil dari kesabaran dan usaha yang telah mereka lalui dengan IZIN Allah! 

Adakah kita KURANG memperolehi kekuatan utk berusaha ....
a. sebab kesusahan kita sekarang yang tak berapa nak susah (rasa cam ok aja!) atau
b. kita tergolong dari mereka yang 'tak berapa nak sedar diri'
c. kita tak berapa faham...kenapa perlu cemerlang sbg seorg Muslim ! 
d. Kita tak boleh bayangkan 'erti sebuah kejayaan'!??? "







okayyyy, jom sambung usaha yang tergendala tadi...
Chaiyokkk, chaiyokkkk :)